Monday, 31 August 2015

PEMBERI SEDEKAH YG IKHLAS DAN PENJUAL YG AMANAH

PEMBERI SEDEKAH YANG IKHLAS DAN PENJUAL AIR TEBU YANG AMANAH 😤😤😤abdghaniharon😤😤😤 Memandu dalam panas terik,terasa haus dan teringat se kilometer lagi ada orang jual air tebu tepi jalan.Bila sampai saya memberhenti kereta dan memesan dua cup air tebu utk minum dlm kereta dan bawa balik ke rumah .Bila saya menghulur duit kpd penjual, dia yg biasa dg saya kerana selalu singgah beli air tebunya berkata,"Cikgu,hari ni dah ada orang bayar.Tadi ada seorang pembeli datang masa saya baru buka,dia serah duit Rm50 dan berpesan supaya guna duit tu sebagai bayaran kpd siapa saja yg singgah beli air tebu saya hingga habis duit tersebut.Katanya sedekahnya hari ini."Subhanallah. Saya nak ajak anda semua merenung sejenak beberapa iktibar dari insiden ini.Sipembeli yg meninggalkan duit untuk membayar minuman kpd siapa saja telah bersedekah seikhlasnya bila dia tidak mengetahui dan tidak mahu ambil tahu siapa yg menerima sedekahnya.Malah memberi minuman disebut nabi sebagai antara sedekah yg utama,apa lagi ketika mereka yg bermusafir dijalan kehausan,yg miskin yg mengayuh basikalMalah mungkin juga yg kaya yg berkereta besar akan menerima air tebu ini sebagai sindiran dari Allah.Mungkin berbuat kenduri dirumah,kita masih terdetik sedikit rasa menunjuk,megah, ujub,tetapi cara ini walaupun kecil lebih "selamat" dari sifat yg merosak amal memberi makan. Mudahnya nak berbuat baik, antara hendak dg tidak.Kenapa nak tunggu ada beratus atau beribu rm baru nak berkenduri,memberi jamuan makan, minum,sedangkan ada sedikit,buatlah sedikit.Disamping itu,kita dapat membantu peniaga yg berusaha utk rezeki keluarganya.😯abdghaniharon😯 Sipenjual pula dalam insiden ini ternyata seorang peniaga yg amanah.Ingat pesan nabi peniaga yg jujur dan amanah akan nabi di syurga.Bukan mesti berniaga berjuta,bersifat amanah dan jujur baru masuk syurga.,amanah dan jujurlah ditahap manapun perniagaan kita meskipun sekedar perjual nasi lemak,insyaallah moga kita beroleh syurga.Penjual air tebu ini boleh terus melenyapkan wang yg diamanah kpdnya kerana tiada siapa yg tahu,tetapi dia tidak berbuat demikian.Peniaga yg beginilah yg patut kita beri sokongan,moga urus niaganya dg kita menjadi kebajikan.Moga lebih banyak peniaga yg demikian,kerana berniaga juga suatu sunnah dan menjadi amal soleh. Lihatlah bagaimana Allah memgatur rezeki untuk peniaga yg amanah ini dimana Rm50 adalah bersamaan 50 cawan air tebu yg mungkin telah sebahagian dari jualannya hari itu.Sesungguhnya yg menggerak hati untuk bersedekah adalah Allah dan Dia memilih hambanya yg amanah.Jadi jom kita menjadi insan yg amanah dan jujur dalam apa juga kerja yg kita buat,jom kita berbuat baik,bersedekah dg apa cara pun.Kreatiflah juga dlm memberi.Berhentilah dari memberi alasan tidak cukup duit,tidak ada masa nak berkenduri,tidak ada ruang utk bersedekah.Apa kata saya cadangkan suatu hari kita taja minuman dikantin sekolah yg tentunya ada anak yatim dan miskin yg turut mendapat minuman, menaja nasi lemak yg dijual oleh seseorang diawal pagi,menaja goreng pisang yg dijualawaktu petang dsbnya.Hakikatnya ia adalah kenduri,yg tidak dibuat dirumah,lebih menyenangkan,tiada khemah,tiada jemputan,tiada sambutan tetapi ganjaran tidak berkurang berbanding berkenduri dirumah yg lebih banyak kerenah.Fikir-fikirkanlah,kalau tak setuju,berilah senyuman,kalau setuju,jom kita mulakan..abdghaniharon PEMBERI SEDEKAH YANG IKHLAS DAN PENJUAL AIR TEBU YANG AMANAH 😤😤😤abdghaniharon😤😤😤 Memandu dalam panas terik,terasa haus dan teringat se kilometer lagi ada orang jual air tebu tepi jalan.Bila sampai saya memberhenti kereta dan memesan dua cup air tebu utk minum dlm kereta dan bawa balik ke rumah .Bila saya menghulur duit kpd penjual, dia yg biasa dg saya kerana selalu singgah beli air tebunya berkata,"Cikgu,hari ni dah ada orang bayar.Tadi ada seorang pembeli datang masa saya baru buka,dia serah duit Rm50 dan berpesan supaya guna duit tu sebagai bayaran kpd siapa saja yg singgah beli air tebu saya hingga habis duit tersebut.Katanya sedekahnya hari ini."Subhanallah. Saya nak ajak anda semua merenung sejenak beberapa iktibar dari insiden ini.Sipembeli yg meninggalkan duit untuk membayar minuman kpd siapa saja telah bersedekah seikhlasnya bila dia tidak mengetahui dan tidak mahu ambil tahu siapa yg menerima sedekahnya.Malah memberi minuman disebut nabi sebagai antara sedekah yg utama,apa lagi ketika mereka yg bermusafir dijalan kehausan,yg miskin yg mengayuh basikalMalah mungkin juga yg kaya yg berkereta besar akan menerima air tebu ini sebagai sindiran dari Allah.Mungkin berbuat kenduri dirumah,kita masih terdetik sedikit rasa menunjuk,megah, ujub,tetapi cara ini walaupun kecil lebih "selamat" dari sifat yg merosak amal memberi makan. Mudahnya nak berbuat baik, antara hendak dg tidak.Kenapa nak tunggu ada beratus atau beribu rm baru nak berkenduri,memberi jamuan makan, minum,sedangkan ada sedikit,buatlah sedikit.Disamping itu,kita dapat membantu peniaga yg berusaha utk rezeki keluarganya.😯abdghaniharon😯 Sipenjual pula dalam insiden ini ternyata seorang peniaga yg amanah.Ingat pesan nabi peniaga yg jujur dan amanah akan nabi di syurga.Bukan mesti berniaga berjuta,bersifat amanah dan jujur baru masuk syurga.,amanah dan jujurlah ditahap manapun perniagaan kita meskipun sekedar perjual nasi lemak,insyaallah moga kita beroleh syurga.Penjual air tebu ini boleh terus melenyapkan wang yg diamanah kpdnya kerana tiada siapa yg tahu,tetapi dia tidak berbuat demikian.Peniaga yg beginilah yg patut kita beri sokongan,moga urus niaganya dg kita menjadi kebajikan.Moga lebih banyak peniaga yg demikian,kerana berniaga juga suatu sunnah dan menjadi amal soleh. Lihatlah bagaimana Allah memgatur rezeki untuk peniaga yg amanah ini dimana Rm50 adalah bersamaan 50 cawan air tebu yg mungkin telah sebahagian dari jualannya hari itu.Sesungguhnya yg menggerak hati untuk bersedekah adalah Allah dan Dia memilih hambanya yg amanah.Jadi jom kita menjadi insan yg amanah dan jujur dalam apa juga kerja yg kita buat,jom kita berbuat baik,bersedekah dg apa cara pun.Kreatiflah juga dlm memberi.Berhentilah dari memberi alasan tidak cukup duit,tidak ada masa nak berkenduri,tidak ada ruang utk bersedekah.Apa kata saya cadangkan suatu hari kita taja minuman dikantin sekolah yg tentunya ada anak yatim dan miskin yg turut mendapat minuman, menaja nasi lemak yg dijual oleh seseorang diawal pagi,menaja goreng pisang yg dijualawaktu petang dsbnya.Hakikatnya ia adalah kenduri,yg tidak dibuat dirumah,lebih menyenangkan,tiada khemah,tiada jemputan,tiada sambutan tetapi ganjaran tidak berkurang berbanding berkenduri dirumah yg lebih banyak kerenah.Fikir-fikirkanlah,kalau tak setuju,berilah senyuman,kalau setuju,jom kita mulakan..abdghaniharon

Sunday, 30 August 2015

MENELADANI IBU KUCING DENGAN LIMA ANAK

MENELADANI IBU KUCING DENGAN LIMA ANAK. Dua ekor ibu kucing saya beranak 5 ekor dan 3 ekor.Dah sebulan lebih ibu kucing tu tak kemana,menunggu anaknya,sebulan lebih juga anak kucing itu hanya minum susu ibu.Bayangkan 5 ekor berkerumun ibunya,itupun semuanya membesar dg baik,montel,tidak sakit.Itulah fitrah yg Allah tetapkan pada kucing,rezeki yg tetap mencukupi baginya.Ibunya hanya makan apa yg diberikan,ikan,nasi atau daging tapi mampu membekal susu utk lima ekor anak hingga sebulan lebih,tanpa perlu makanan lain utk anaknya. Jika demikian fitrah yg Allah tetap kpd kucing sbg makluknya,begitu juga rasanya Allah tentukan kpd manusia.Allah takdirkan setiap ibu yg melahirkan,hadir bersamanya susu ibu yg cukup segala keperluan bagi bayi secara percuma,lengkap semua aspek yg diperlu seorang bayi dan disarankan dlm quran supaya bayi disusui hingga dua tahun atau lebih.Bayi yg menyusu dari ibu memperolehi susu secara terus dari tubuh ibu dlm keadaan segar dan panas,tidak timbul susu masam atau rosak.Menyusu dari ibu tidak memerlu peralatan dan mudah diberikan dimana juga.Anak yg menyusu dipeluk rapat yg merupakan simbul jalinan kasih sayang.. Tetapi banyak orang memilih susu lembu dan susu rumusan atas berbagai alasan.Susu bayi yg dijual memang mahal,perkakas seperti botol,puting dan alatan sampingannya juga mahal.Maka kos membesar anak yg menyusu botol pun meningkat.Penyediaannya juga sukar,memerlu air panas,perlunya penjagaan kebersihan,susu yg tidak habis dimakan terpaksa dibuang dan membazir.Selalu berlaku pencemaran yg menyebabkan bayi tidak selesa perut,kembung kerana tidak sesuai dg susu,sedangkan Allah buat susu bersama bayi yg lahir pastinya berpadan dan sesuai,tetapi ada orang lebih suka memberi dalih. Quality susu rumusan ini tentunya tidak akan dapat menyamai susu ibu dan ada pandangan bahawa susu lembu sedikit sebanyak mempengaruhi perlakuan manusia yg menjadi perdebatan suatu ketika lalu.Sehebat mana pandangan,kajian untuk mengatakan susu formula adalah terbaik,tetaplah tidak betul kerana jika kita mempercayainya bermakna kita seolah mengakui ciptaan manusia lebih baik dari ciptaan Allah.Sehubungan itu,bila membuat keputusan nak menyusu dg susu formula,berhati-hatilah pada niat kerana rezeki anak telah dikirim bersama,apakah kita nak menolaknya,memilih yg lain.Mungkin jika faktor kurang air susu boleh diterima,atau atas nasihat doktor kerana sesuatu,tetapi alasan lain patut difikir sedalamnya.Bimbang kita menolak rezeki dari Allah yg lebih baik dari srmua aspek.😊abdghaniharon😊 Kpd mereka yg akan berkeluarga,timbang dan fikirkan.Allah Maha Adil,setiap mulut yg dijadikanNya,dijadikan rezeki baginya.Mengapa sibuk meninjau rak susu bayi,mengapa berbimbang banyak belanja nak beli perkakas bayi.Mengapa cari pasal menambah kos bela anak.Usah berbimbang anak ramai,terlepas cakap kata anak banyak nak makan apa,janji Allah rezeki tetap diberi kpd yg dijdkanNya.Pengalaman saya,ibu yg menyusu 2 tahun juga menyumbang kearah kelahiran selepas 2 tahun dimana setiap anak saya seramai 9 orang berselang 2 tahun dan lebih.Saya lihat ibu kucing saya juga hanya bunting pula setelah dia berhenti menyusu anaknya. Bila suatu masa bermuhasabah,merenung kembali masa lalu,bersedih dg kelakuan anak,berikan sedikit pertanyaaan apakah kerana kesilapan menolak rezeki Allah yg dikirim bersama kelahirannya dan memilih susu lembu telah menyumbang 0.001 peratus kpd perlakuannya,apakah ini satu kifarah kpd penolakan anugerahNya dan dibiar terbazir,apakah ini juga menyumbang kpd kanser.Hanya sekadar menungan,jika tidak betul,berlapang dadalah. abdghaniharon

Saturday, 29 August 2015

MALU BUKAN LETAKNYA PADA WAJAH

MALU BUKAN LETAKNYA PADA WAJAH Saya pernah bertanya pelajar,dimana letak rasa malu.Ada yg kata di muka,sebab itu mereka tutup muka.Ada yg kata di mata kerana orang tutp mata supaya tak malu.Kedua-duanya kurang tepat.Dari segi manusia,malu itu letsk pada fikiran.Jika malu letak dimata,mengaoa orang buta pun rasa malu,menunjuk malu bukan dimata.Jika malu letak dimuka,mengapa orang gila bertelanjang pun dia tak malu,menunjuk malu bukan pada muka tetapi pada fikiran. Dari segi agams malu itu letak pada iman dan ia satu cabang iman,separuh dari iman.Malu senantiasa seiring dengan iman, bila salah satunya tercabut hilanglah yang lainnya.Rasulullah bersabda,"Malu dan iman senantiasa bersama. Apabila salah satunya dicabut, maka hilanglah yang lainnya.”Shahîh: HR.al-Hâkim Dari Abu Mas’ûd ‘ “Rasulullah bersabda, ‘Sesungguhnya salah satu perkara yang telah diketahui oleh manusia dari kalimat kenabian terdahulu adalah, ‘Jika engkau tidak malu, berbuatlah sesukamu.’”Riwayat Bukhari.Jelas orang tidak buat perkara buruk kerana ia ada iman.Tidak dedah aurat,tidak mengambil yg bukan hak,tidak pecsh amanah dll bukan kerana orang tidak nampak,tetapi keimanan yg ada pada mereka.Jika malu hanya diletak pada mata,pada fikiranmaka manusia tetap buat makdist bila tidak ada orang melihat.☺abdghaniharon☺ Seorang Imam masjid yg wara hanya mendengar sedikit sungutan anak qariah memgenai dirinya,segera mengumum utk letak jawatan.Ini kerana keteguhan iman yg ada padanya yg merasa malu.Tetapi ada juga imam yg dikomplen,dimaki dikhalayak pun masih bertahan,ini tidak lain tidak merasa malu dan keimanannya juga mungkin ditenggelami dg kehendak duniawi..Jadi marilah kita jadikan malu itu seiring dg iman,jangan buat perkara buruk walau dibelakang pandangan manusia,tetapi ingatlah Allah Maha Melihat pada setiap gerak kita.Malulah kpd Allah. Begitulah pemimpin yg amanah tidak akan merebut harta negara walau kuasa ditangannya dan dia boleh menutup semua pintu utk mendakwanya,tetapi keimanan dan rasa malu yg seiring menyebabkan dia tidak mengambilnya. Sebaliknya pemimpin yg rakus mengaut semahunya,menutup semua pintu yg boleh mendakwanya,memberi berbagai alasan,pembohongan kerana ia tidak beriman dan merasa malu bahawa Allah melihatnya.Tetapi Allah yg Maha Melihat akan membuka sedikit rahsianya kpd hambanya dan didedahkan perbuatannya,tetapi ketiadaan rasa malu akan menyebabkan dia membungkam menjadi ketul batu ditengan jalan yg terus menjadi masalah,dicaci ,dimaki.,cuba dialih,dia tetap buat deeeek shj. Ada hadis menyebut,seseorang ketika dia berbuat dosa,hilang imannya.Hilang iman disini juga hilang rasa malu kpd Allah,sebab itu dia tak segan utk melakukannya.Saya nak ajak anda semua untuk merasa kehadiran Allah dimana shj kita berada selaras dg keimanan kita,maka binalah rasa malu untuk berbuat perkara buruk meski pun mata manusia tidsk dpt melihat kita,tetapi yalin Allah tetap melihat.Bila melihat orang berbuat buruk,waktu itu mereka tidak beriman.Sebab itu berawaslah kpd orang yg tidak ada rasa malu kerana mereka berciri munafik,menyembunyi maksiat dari mata manusia,lidah berbelit menyatakan keimanannya.Ustaz yg menipu duit kutipan wakaf masih boleh mengajar sana sini,pemimpin yg songlap berjuta masih boleh bercakap perkara agama, pemimpin yg mungkir janji tapi mungkir janji adalah antara manusia yg hilang rasa mslu dan hilang juga keimanan tetapi masih terus berpura.Jangan kita jadi demikian,banyakkan rasa malu kpd Allah.abdghaniharon

Friday, 28 August 2015

KACANG LUPAKAN KULIT DALAM MENCARI REZEKI

KACANG LUPAKAN KULIT DALAM MENCARI REZEKI Seorang saudara jauh isteri saya yg bekerja sebagai jururawat diberitakan meletak jawatan kerana berniaga.Lalu bila bertemunya disuatu majlis,saya minta kepastian.Katanya,"Gaji jururawat tak sebanyak mana pun.Pendapatan jualan langsung saya menyebabkan saya tak pernah ambik duit gaji.Lebih baik berhenti kerja."Percakapannya sedikit angkuh.Selang beberapa bulan saya dengar khabar dia minta kerja semula sebagai jururawst di hospital swasta setelah perniagaan merudum. Seorang guru yg membuat kerja sambilan membeli harta yg dilelong juga diadu oleh pengetuanya mengajar secara melepas betok ditangga.Bila ditegur, perkataannya hampir sama dg jururawat itu,"Saya dah bertahun tak sentuh gaji saya."Jawapan ini seolah nak mengatakan dia tidak heran dg kerja gurunya,kerana pendapatan dari niaga rumah lelong lebih menguntungkan.Baru-baru ini saya terdengar guru tersebut terkena serangan janting dan mula merosot kesihatannya.Mungkin bila dengar kos rawatan,dia akan sedar anugerah Allah pada pekerjaan gurunya. Dua kes ini saya nak ulas untuk teladan.Kita belajar bertahun disekolah dg harapan utk dpt kerja,selepas itu memang Allah makbulkan dg memberi kita kerja dan menjadi pintu rezeki kita.Dari situ kita bertatih melihat dunia,mula meninjau sumber pendapatan yg lebih banyak.Maka kita pun mencebur diri dalam kerja sambilan yg sesetengahnya membuah pendapatan yg banyak.Dari sini banyak orang mula tenggelam punca,antara yg utama dg yg sampingan,antara amanah yg wajib dg tambahan pendapatan.Pekerjaan kita itu utama kerana pekerjaan itu anugerah Allah hasil dari usaha belajar,pekerjaan itu juga yg membuah hasil hingga kini,hingga kita kenal dunia lebih luas.Pekerjaan itu juga amanah kerana kita yg minta,kita yg berjanji utk bekerja dan diberi gaji kerana menunai tanggungjawab.Banyak atau sedikit gaji,itu bukan soal,itu rezeki dari Allah.Menghina pekerjaan asal kerana pendapatan lebih dari kerja tambahan adalah ibarat kacang lupakan kulit. Jika pendapatan dari kerja tambahan bamyak sekalipu,usahlah angkuh dan menghina kerja asal.Bahkan saya melihat ada orang mempamer kereta mewah sebagai lambang kejayaan dlm niaga,dlm kempen menarik peniaga baru,yg sah berunsur riak.Rezeki bukan hasil tangan,bukan hasil tenaga empat kerat,rezeki terpijak,biasanya tidak lama,apalagi bila dicampur riak.Sebaliknya bersyukurlah kerana itu juga anugerah Allah.Yg sedikit,yg banyak semua dari anugerahNya.Jika nak tinggal kerja asal,timbanglah sebaik-baiknya,jangan terburu.Ingatlah pekerjaan pertama kita adalah anugerah Allah,jika nak ditinggal,betulkan niat untuk tambah pendapatan,untuk tumpu satu pekerjaan,jangan menghina,mencebek kerana pekerjaan itulah yg telah membawa kita ke tahap ini.Tinggalkan dg penuh beradab. Jika buat kerja tambahan,jangan mengabai tugas utama.Jangan jadikan tugas utama sebagai sampingan,ditunai secara lebih kurang shj,sekadar ada.Lebih teruk mencuri waktu kerja untuk buat kerja tambahan adalah merosakkan seluruh rezeki.Merasa kerja tambahan lebih penting juga seolah metendahkan satu lagi seumber rezeki yg Allah beri.Buatlah kerja tambahan diluar waktu kerja dan tidak menyebabkan keletihan untuk melaksana tugas utama.Jika tidak berdaya,lebih baik berpada dg pekerjaan utama dan bersyukurlah dg apa yg kita perolehi. Ingatlah,setiap sesuatu ada balasannya.Yg baik Allah akan balas dg kebaikan,yg buruk akan dibalas juga,jika tidak didunia,diakhirat.Kita telah banyak melihat orang yg tamak memburu rezeki,meninggal pekerjaan asal,berpindah dari satu kerja kpd kerja lain akhirnya kecundang sudahnya.Allah menyuruh berusaha,tetapi Allah juga melarang ketamakan.Allah melarang keangkuhan,melarang merendahkan kurniaanNya,tetapi menyuruh kita bersyukur.Sedikit bukan bermakna tidak cukup,banyak bukan bermakna sempurna.Yg betulnya ialah keberkatan,sedikitpun jika berkat, lebih baik dari banyak yg tidak berkat.Jadi hambatlah rezeki yg berkat bukan yg banyak,kerana orang yg berpendapatan ratusan rm dg memelihara anak isteri yg ramai masih bahagia berbanding yg berpendapatan belas ribu tetapi penuh kedukaan.Sebaiknya beristiqamah pada satu pekerjaan,buatlah lain tetapi ia tetap sebagai sampingan.abdghaniharon.

Thursday, 27 August 2015

BOLEHKAH KIYA MENCAPAI HUSNUL QOTIMAH

BOLEHKAH KITA MENCAPAI HUSNUL QOTIMAH Selesai kuliah malam tu,ada pengumuman dari ustaz yg mengajar buat kutipan wakaf untuk membantu pelajar membina pondok pengajian.Hj Ramli yg duduk ditepi saya berbisik,"Hang ada duit dak,aku pinjam sikit.Aku tak bawa duit,nak buat wakaf sikit."Ada beberapa ringgit yg saya bawa,saya serah sebahgian kepadanya lalu dia saya lihat berjalan berjumpa ustaz yg mengajar itu. Selesai solat,ada kenduri di balai lintang masjid.Kebetulan saya duduk setalam dg Hj Ramli bersama seorang lagi,makan nasi dalam talam berlauk gulai daging dan acar timun nenas.Saya lihat Hj Ramli menyuap nasi dg kuah ,perlahan dan jarang suapannya seperti sengaja dia biarkan kami makan.Bila saya berhenti dan diikuti seorang lagi pun berhenti,saya lihat Hj Ramli baru bersungguh makan.Dia menarik semua butiran nasi dlm talam dibahagian saya dan seorang lagi , ke arahnya dan dia makan sehingga licin semuanya.Kemudian dia membawa takam utk dibasuh. Apa yg saya ceritakan diatas hanya imbauan kisah lalu.Hj Ramli telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun dulu ketika dalam solat terawih di masjid di suatu malam Jumaat dibulan Ramadan.Mari kita ambil iktibar dari imbauan kisahnya ini.Orang yg teliti melihat kesempatan berbuat baik,tidak akan dilepaskan.Dia sanggup meminjam untuk berbuat wakaf hanya kerana dia tidak bawa duit ke masjid,tetapi tetaplah dia tidak mahu melepas peluang.Sedangkan orang lain mungkin memberi berbagai alasan,mengelak utk memberi ,atau jika memberi pun memilih duit syiling, tetapi insan ini sanggup meminjam.Ketika orang lain melihat permintaan untuk mendapat sumbangan sebagai suatu yg mengurangkan harta,dia melihatnya srbagai peluang yg kena direbut utk berbuat baik. Subhanallah. Ada dua perkara yg patut direnung pada kisah makan.Pertama dia sengaja melambatkan suapan kerana mahu membiar orang lain makan lebih dari dirinya, dg maksud mendahulukan orang lain.Keduanya dia berharap untuk menjadikan dirinya orang terakhir makan kerana dia nak pastilan semua makanan dlm talam habis dimakan,tiada dibazirkan.Dia mungkin memahami hadis yg menyebut mungkin disuapan terakhir itu ada keberkatan,itulah yg hendak direbutnya.Mungkin inilah yg menajadikan pengalhiran hidupnya ketika bersolat dlm masjid.Allahuakbar. Bandinglah diri kita dg insan ini yg halus perkiraan dlm hidupnya dan akhirnya Allah menjemputnya ketika dlm solat di masjid.Itu baru paparan satu malam bersamanya,belum lebih lama bergaul dan berkawan dgnya yg lebih banyak lagi ketelitiannya dlm hidup berpandu sunnah.Kita selalu berdoa agar diakhiri hidup dg husnul qotimah,kesudahan yg baik,tetapi apakah perlakuan kita,ibadat kita,hidup kita memenuhi ciri untuk mencapai husnul qotimah, kesudahan yg baik.Bukan dalam ibadat shj kita kena teliti,halusi tetapi setiap langkah hidup haruslah diperhalusi supaya berciri muslim.Jangan hanya dlm solat berusaha mengingat Allah,diluar solat langsung lupa.Jangan bila mengadap Allah penuh sopan,pakaian litup,berkopiah,bertertib,terapi diluar solat pakaian dedah sana sini,membonjol depan belakang,nak berkopiah takut dikata lebai dsbnya,tidakkah terasa seperti kita berlakon dan hipokrit dg Allah.abdghaniharon

Wednesday, 26 August 2015

SETIAP HARI ANDA MEMBAWA 4 KERUSI KOSONG

SETIAP HARI ANDA MEMBAWA 4 KERUSI KOSONG!!! Kali ini nak berbicara mengenai memanfaatkan bahan makanan hingga ke penghujungnya,semaksimanya.Ada banyak bahan mentah makanan yg kita miliki kita proses untuk jadikan makanan,yg kita buang sebahagiannya atas alasan tertentu.Saya nak mengajak anda semua berfikir untuk memanfaatkan semua bahagian bahan makanan tersebut.Saya beri contoh saya memproses ayam untuk catering biasanya 500 ekor sehari.Isi ayam kami ambil.Kaki pedai, hati, tengkok,songgeng ayam disedekah diprojek sedekah jariah.Usus ayam diambil oleh penternak ikan.Najis ayam dibuat baja.Kepala ayam diberi kpd seorang pekebun untuk jadi makanan sekumpulan anjing yg menjaga dusunnya.Percuma,yg terbuang hanyalah bulu ayam kerana tak tahu nak buat apa.Perhatikan sebagai contoh betapa kita boleh memanfaatkan sesuatu hingga kehujungnya..Daging beku impot yg dipotong dg gergaji bone saw,menghasilkan habuk daging yg banyak.Ini diberi kpd mereka yg membela kucing sebagai makanan.😊abdghaniharon☺ Jom kita lihat orang tua-tua dulu.Saya cerita berdasar suasana diutara.Orang tua dulu bela ayam dg tujuan jika nasi tidak habis dimakan,diberi ayam makan.Bela itik,jika ada perut ikan yg disiang diberi pada itik.Gulai yg tak habis dimakan hari ini,akan diperhangat (perangat)utk dimakan esok dg peknga atau lempeng buat sarapan pagi, atau cicah dg apom.Sambal tumis atau sambal belacan yg tak habis dimakan esoknya dibuat nasi goreng bersama nasi sejuk yg juga tidak habis.Pisang yg banyak dan lasu tak sempat di makan dibuat serawa,buat pelengat,buat lepat.Durian yg buruk dibuat tempoyak dan lempok.Rambutan yg banyak tak larat nak makan dibuat jem,begitu juga betik dan nenas.Nasi sejuk yg tak habis mungkin kerana kenduri dijemur dibuat sagon, dimakan musim hujan ketika tak boleh ke bendang atau kekebun.Dan banyak lagi usaha orang tua dulu yg mahu memanfaatkan makanan ke penghujungnya dan tidak mahu membazir. Lihatlah pula kita hari ini.Tidakkah kita berbimbang tergolong dalam kalangan orang yg membazir bila sebahagian bahan makansn masuk ke tong sampah.Ambil mudah dan jalan singkat.Makanan yg tak habis hari ini masuk ke singki dan longkang.Saya mengajak anda semua berpaling melihat bagaimana nenek moyong kita bercermat dlm hal ini,marilah kita jejaki supaya kita tidak membazir.Contoh,sisa sayuran dan kulit buah boleh direndah dlm balang dg tambahan sedikit gula menjadi baja yg baik utk tanaman.Jika ada ruang,belalah seekor dua ayam.Ingatlah kokok ayam adalah kerana melihat malaikat mengikut hadis.Makanan yg tak habis,cuba manfaatkan dg satu menu esoknya yg boleh diguna lagi seperti gulai dicicah peknga,sambal diguna utk nasi goreng,nasi sejuk buat nasi goreng berbagai jenis dsbnya.Bahkan mungkin sisa makanan boleh diberi sebagai makanan burung,kucing.Bila nabi menyebut supaya kita menghabiskan suapan terakhir makanan kerana mungkin padanya ada keberkatan,mungkinkah pada apa yg kita buang itu ada keberkatan. Seorang kerani dipejabat saya dulu membawa nasi yg bercampur lauk ikan yg mungkin tak habis dimakan dirumah hampir setiap hari ke pejabat dan memberi makan kucing jalanan yg berkeliaran disekitar kantin.Uncang teh terpakai boleh diguna utk rendaman cucian pinggan.Minyak terpakai boleh dikumpul dijual semula utk pembuatan sabun dan biodiesel.Dan banyak petua lagi.Apa pun,jangan mudah buat keputusan utk buang dlm tong sampah,bertanyalah pada diri,apakah Allah tidak akan tanya diakhirat nanti kerana apa yg kita buang itu juga makanan.Jika malas nak usaha untuk selesai masalah lebihan makanan,berusahalah untuk tidak berlebih dlm memasak,membeli. Selain aspek makanan,aspek lain juga boleh difikir utk dimanfaat kehujungnya.Kain baju,barang mainan,kasut,berbagai alatan yg kita rasa sudah tidak perlu lagi,berilah kpd orang lain sebagai sedekah jariah.Jangan digenggam hingga mereput.Jangan jumud bila nak memberi,fikir anak yatim shj,macam rumah anak yatim tempat buangan.Berilah kpd pendatang asing,mereka tu manusia juga,yg salah hanya dari hukum manusia sedangkan bumi ini milik Allah,bahkan Allah menyuruh manusia bertebaran mencari rezeki masing-masing. Pada mata Allah tidak ada Bangla,Indon,Burma,Kampuchea dsbnya. Jom lah kita memikir apa yg terlebih yg ada pada kita,jangan hanya memikir aku tak ada itu ini,aku nak tambah itu ini.Kekadang saya risau juga bila rumah tingkat atas tiada orang yg menghuni bila anak telah berpindah,tanah yg dibeli ditumbuhhi semak dan lalang,rumah yg dibeli dibiar kosong,.Bahkan saya kekadang berharap ada orang menumpang kereta utk perjalanan biasa ke pekan atau tempat kerja kerana kita membawa 4 lagi kerusi kosong dlm kereta.Perasankah anda.abdghaniharon

Tuesday, 25 August 2015

MENITI KE MATAHARI JATUH

MENITI KE MATAHARI JATUH Seorang budak remaja yg duduk bersembang dg saya bertanya satu soalan,"Kenapa kita kena jadi tua,jadi tak larat?"Saya tahu,jika saya jawab spontan,saya hipokrit kerana jawab tanpa fikir,pakai hentam shj sedangkan budak ini bertanya untuk mengetahui,untuk berilmu,maka saya perlu memberitahunya yg benar,yg boleh menjadi pegangan bukan sekedar hentam keroma.Saya kongsi dg anda. Sunatullah hidup manusia dilahirkan,membesar menjadi kanak-kanak,remaja,pemuda,dewasa dan menjadi tua lalu kembali kpd Allah.Tiada siapa boleh ubah,cuma ada orang tak sempat melalui semua peringkat hidup ini.Dari segi fizikal tubuh yg tua adalah tubuh yg peringkat pekembangan sudah tidak berlaku,anggota semakin lusuh ditelan zaman,pergerakan semakin perlahan dan terbatas.Dari segi fikiran menjadi matang dan juga mulai lusuh.Yang tidak tua ialah nafsu manusia. Banyak orang tidak suka tua.Maka dg itu berbagai usaha dibuat supaya tidak nampsk tua dan tidak jadi tua.Ada yg tidak mahu tua dilihat pada wajah,maka ada ubat tak mau kedut muka,puteh gebu,ada yg tak mau tua pada nafsu syahwat,telah segala jenis ubat,kopi,akar kayu,ada juga yg tak mau tua pada fikiran,maka berpakaian macam orang muda,cermin mata kaboi (cermin mata hitam),melalak di karaoke seperti di kedai kopi tempat saya di Tikam Batu.Tetapi mereka tidak sedar mereka sedang menentang sunatullah hidup manusia,tidak mahu tunduk kpd realiti hidup. Tua itu adalah anugerah Allah.Allah jadikan tua sebagai peringatan.Kekuatan tenaga yg dulunya dikerah untuk merebut harta dunia,berhibur hingga lupa Allah,lupa nak ibadat,kalau adapun sekedar celup celap,melepas betok ditangga shj,kini semakin longlai dimamah usia tua.Sakit mula menjengok,rambut berubah warna dan jarang.Semua itu adalah takdir Allah untuk mengingatkan manusia.Bayangkan jika kita terus-terusan muda,maka sebahagian besar manusia tidak akan pernah insaf dan bersedia utk mengadap Allah.Tua menyebabkan tubuh menjadi lemah,walau nafsu tidak tua dan terus bergejolak,ketidakupayaan disebabkan tua akan menghalang nafsu menghambat harta dunia,nafsu makan ,nafsu syahwat dsbnya.Walaupun berbagai usaha dibuat utk memenuhi nafsu,akhirnya mereka tetap akan mengalah kpd usia tua. Lihatlah betapa kasihnya Allah kpd hambanya.Peringatan demi peringatan terus diberi berpuluh tahun,bila kita terus tidak peduli,Allah jadikan tubuh makin lemah oleh usia,moga kita insaf.Maka ambillah tindakan utk berubah menjadi orang tua,berperangai sprt orang tua yg tidak suka hiburan ,riuh rendah,,ubahlah cara berpakaian,ubahlah perwatakan,tambahkan ibadat dalam hidup seharian,beralihlah ke arah banyak mengadap natahari jatuh(istilah orang uatara utk mrngingat mati) Bertuahlah mereka yg boleh menlepasi umur pencen,umur menikmati hidup hasil dari kerahan keringat berpuluh tahun,atau hidup ditanggung oleh anak-anak yg dididik dg baik.Usia bersara ini adalah usia emas yg Allah beri kpd kita dg berbagai kekurangan dari segi kekuatan.Gunakanlah untuk beribadat,berbuat kebajikan.Bila nafsu makan telah berkurang,banyakkanlah memberi sedekah, bila nafsu menghambat dunia makin terbatas oleh lemahnya tubuh,banyakkan duduk disejadah,bila nafsu mata dan telinga telah berkurang,banyakkanlah melihat quran.Anak-anak sebaiknya mendorong dan memberi kemudahan kearah ini,jangan diseret ibubapa kembali ke kancah riuhnya dunia,menghambat terus menghambat,ibubapa yg tua sudah tidak perlu hiburan.Akhirnya kita seolah dipaksa oleh Allah dg menjadikan tubuh kita tua supaya tunduk kpdNya dg melemahkan tubuh dan dg itu lemahlah juga nafsu mereka.Berbahagialah mereka yg menginsafi tua itu satu anugerah Allah dan meraikan hari tuanya dg tunduk patuh kpdNya.Hari tua adalah hari meniti ke matahari jatuh.abdghaniharon. (Catatan- betok adalah pencebok air yg dibuat dari tempurung kelapa yg diletak pada tempayan ditepi tangga rumah untuk basuh kaki sebelum naik kerumah kerana orang melayu dulu berkaki ayam.Melepas betok ditangga bukan batuk)

Monday, 24 August 2015

NAK BUAT IBADAT PUN MAHAL

NAK BUAT IBADAT PUN MAHAL Seorang perempuan tua berjumpa saya dan bertanya ssya ada anjur korban ke tidak.Saya hanya buat korban pakatan dikalangan anak-anak dan sudah penuh seekor lembu.Dia berkata,"Saya pi tanya di masjid,depa kata sebahagian lima ratus lima puluh ringgit,mahainya.Saya tak la ada duit sampai sebanyak tu.Dulu tak ssmpai empat ratus."Kesian melihat dia.Saya membalas kata-katanya,"Korban tu sunat,kalau tak mampu tak buat tak apa.Kita jadi orang yang menerima daging korban,kerana orang yg menerima pun ada ganjaran kerana sempurna suatu korban bila ada yg membuat korban dan ada yg menerima daging korban."Dia senyum dan berkata,"Sungguh juga.".Dia minta diri. Perasankah anda bahawa beberapa perkara ibadat yg melibat perbelanjaan kini sangat mahal berbanding dulu.Lembu dan kambing korban meningkat dg tinggi kerana bukan sahaja keadaan pasaran tetapi peniaga yg ambil kesempatan. Binatang korban dan aqiqah dijual bukan ikut saiz tetapi ikut umur iaitu umur yg memboleh buat korban atau aqiqah.Harga binatang ini jauh lebih tinggi dari binatang yg disembeleh di dan dijual di market ,mereka seolah menjual umur binatang bukan dagingnya.Ibadat umrah dikatakan meningkat 30 peratus dlm lingkungan rm 8k lebih.Nak ibadat berziarah makan kenduri sakit mati yg jauh ,minyak mahal,tol mahal.Bahkan jika mati,urusan juga sudah beribu kerana seperti telah diswastakan,hingga ada satu masjid mengenakan bayaran kpd imam rm150,tak kira saguhati solat jenazah,solat hadiah.Mahal setinggi mana pun,bagi yg diberi rezeki dg banyak,berbuatlah ibadat dgnya kerana kita mengembalikan rezeki kepada Allah dlm bentuk ibadat,lagi besar lagilah baik,kerana apa yg dibelanja ke jalan Allah itu akan kekal menjadi milik kita.😡abdghaniharon😡 Banyak orang suka tangguh ibadat.Nak buat korban tunggu ada duit banyak,duit lebih,nafsu selalu berkata tidak cukup bukannya lebih.Nak berumrah,tunggu tua sikit,takut bila pi umrah tak boleh buat dosa dah.Nak sedekah,tunggu duit lebih,tunggu ada semiaq-semiaq (loghat kedah)sampai bila pun tak lebih,nak berkenduri konon tunggu rezeki lebih,yg dipelahap tiap hari tu bukan rezeki ka,yg dibuang ke tong sampah yg dibiar merosak membusuk bukan lebihan rezeki ka.Tangguh utk buat ibadat kerana rasa tak cukup,sampai bila pun tak cukup.Akhirnya masa berubah,harga naik,beri alasan mahal,alasan tak mampu,maka kita terus tak buat ibadat.Ada orang tangguh aqiqah,sampai mati tak buat aqiqah,tangguh korban sampai terkorban maut tak pernah buat korban. Bila ada perbelanjaan, buatlah ibadat yg boleh dg kadar ada,rebutlah.Nanti Allah akan cukupkan apa yg terkurang.Nak tunggu cukup,berlebih,nafsu tak petnah merasa cukup.Apa yg terkurang,Allah akan cukupkan.Itu satu ujian.Jika tidak mampu buat ibadat dg perbelanjaan,tambahkanlah ibadat dg tulang 4 kerat,solat sunat,puasa sunat,berzikir,membuat kerja kebajikan,menolong sesama manusia,menyeru yg baik,menegah mungkar. Diketika matawang kita jatuh teruk, kita sepatutnya beralih untuk belajar agama di institusi dalam negeri,tidak lagi ke timur tengah.Sudah berpuluh tahun kita menghantar pelajar ke timur tengah,apakah mereka itu tidak boleh menjadi guru,pensyarah untuk diujud institusi khusus seperti universiti,setelah UIA,UKM tidak mampu menampung pelajar jurusan agama.Kenaikan kos pengajian agama diluar negara akhirnya akan menyebab berkurang pelajar dapat dihantar,maka berkurang pula dimasa depan mereka yg berpendidikan agama utk memimpin masyarakat. Jangan tangguh utk melakukan ibadat.Lintasan pertama untuk berbuat ibadat atau kebaikan itu dari malaikat,lintasan kedua yg memberi alasan atau menangguhkan itu dari syaitan.Bersegeralah kamu dg apa yg ada utk berbuat kebajikan,apa yg berkurang,apa yg hilang dari akibat kita berbuat kebajikan itu akan diganti oleh Allah dg lebih banyak kerana rezeki di tanganNya.abdghaniharon

Sunday, 23 August 2015

KUNCI TERBAIK

KUNCI YANG TEBAIK,SEMPURNA DAN TIADA TANDINGANNYA Seorang jemaah mengadu kisah ia kehilangan motor,"Saya mai masjid waktu Subuh dan parking motor tempat biasa lalu naik bersolat berjamaah Subuh.Bila turun dari masjid,motor telah tiada,dicuri.Saya dah kunci motor tu,dia boleh curi juga.Macam mana ni cikgu,nabi suruh tambat unta,dlm satu kisah sebelum naik ke masjid,saya dah kunci motor sebelum naik ke masjid?."Jawapan kpd soalan ringkas ini saya kongsi untuk kita sama memikir,walaupun saya dah menulis hal ini beberapa hari lalu. Saya faham dia merujuk kpd hadis riwayat Imam Tarmizi mengenai seorang yg bertanya nabi samada dia patut membiar untanya semasa dia naik ke masjid,nabi menyebutkan,tambatlah unta mu dan bertawakkallah.Kebanyakan dari kita mengambil fahaman separuh dari hadis ini seperti rakan saya diatas buat iaitu kunci motor,tetapi kunci motor sahaja hanyalah usaha kita.Bertawakkal atau berserah kpd Allah itu satu hal lain pula,hal yg menyentuh niat,harapan atau doa atau permintaan moga Allah selamatkan harta kita itu.Kita kena tambah dg ingatan berserah kpd Allah,ini baru menepati hadis yg menyuruh tambat dan bertawakkal,bukan tambat shj.Jadi kunci dan niatkan,doa dsbnya kita berserah kpd Allah.☺abdghaniharon☺ Dalam pengajian ilmu tauhid disebut,"usaha manusia tidak memberi bekas" dg maksud apa yg kita usahakan sebenarnya tidak menyebabkan terhasil sesuatu tetapi ia terhasil dg kehendak Allah.Kita menanam,tetapi yg menumbuhkan itu kuasa Allah.Kita mengisi minyak kereta,tetapi yg menggerakkan kereta itu adalah Allah.Kita mengunci motor,yg menentukan selamat atau tidak motor itu ialah Allah.Maka yg lebih utama berserah dan bertawakkal kpd Allah sebagai penentu , tetapi Allah menyuruh kita berusaha untuk Dia memakbulkan apa yg kita usahakan.Jadi jangan percaya apa yg kita buat akan jadi penentu kejayaan,seperti terlalu yakin kereta tak boleh dicuri kerana sistem canggih, rumah tak boleh diceroboh kerana grill dan tembok hebat sedangkan penjara paling teguh didunia Alcatraz pun boleh dibolosi banduan.Hakikatnya semuamya terletak pada penentunya,kuasa Allah,bukan pada usaha kita.Usaha hanya penyebab bukan penentu.Saya pernah menegur sebuah sekolah kebangsaan membuat kelas tambahan hingga malam,sedangkan esok peperiksaan upsr,seolah meletak kejayaan pada usaha,tidak bertawakkal.Akhirnya Allah takdirkan peperiksaan dibatal kerana kebocoran. Jadi kunci terbaik yg tiada tandingannya bagi kita orang Islam untuk menjaga hartanya ialah bertawakkal dan berserah kpd Alkah sebagai kunci terakhir setelah berusaha memasang beberapa kunci.Begitu juga dalam hal usaha yg lain,akhirkanlah dg berserah kpd Allah.Berserah kpd Allah ini kena diniatkan,didoakan,diharapkan,jangan diam membisu,bila hilang baru sebut aku berserah kpd Allah. Bapa saudara saya dulu yg balik dari Kula Lumpur dg kereta Toyota buruk ditanya oleh nenek saya,"Hang berani balik dg kereta cabuk ni."Dijawabnya,"Aku percaya dan yakin Allah bersama aku ."Maka setiap usaha yg baik,sertakanlah ingatan semoga Allah bersama kita,samada dalam hal kita berupaya atau tidak.Contoh memandu kereta,walau kita berupaya mengawal kereta,tetaplah berserah kpd Allah keselamatan kita,jika melepas anak ke sekolah yg kita tidak tahu apa akan terjadi kpdnya disebalik pandangan kita,maka berserahlah kpd Allah setiap hari melepaskan ia kesekolah,moga ia dlm lindungan Allah. Kesimpulannya,akhirkan semua usaha dg tawakkal,berserah kpd Allah dan niatkan,kerana tidak terjadi suatu ibadat tanpa niat.Jangan dah usaha terus membisu.Sebab itu setiap usaha baik disertai doa,permintaan sbg bukti kita berserah kpd Allah.Mereka yg tidak berserah kpd Allah pada setiap usahanya telah menunjuk tanda kesombongan kpd Allah secara tidak langsung.abdghaniharon.

Saturday, 22 August 2015

JIKA AJAL SEHARI DUA LAGI

JIKA AJAL SEHARI DUA LAGI Seorang kenalan saya mengadu halnya kpd saya dg wajah yg murung dan seperti ketakutan,"Saya bermimpi saya mati.Apskah amalan yg baik yg patut saya buat cikgu dalam masa terdekat.Saya takut mimpi itu menjadi nyata."Jawapan saya kpdnya saya kongsi dengan anda kerana kekadang yg bermimpi mati itu panjang umurnya,tak tak bermimpi itu pula yg lebih cepat matinya.Anda salah seorang yg mungkin dijemput kembali sehari dua ini, jom kita lihat apa amalan yg patut dibuat. Jawapan kpd soalan ini kita sandarkan kpd apa yg orang yg dah mati minta kpd Allah,kerana dlm quran banyak ayat yg menceritakan bahawa orang yg mati memohon kpd Allah untuk dikembalikan ke dunia walau sebentar shj kerana mereka nak beramal soleh.Tidak lain mereka nak patuh semua suruhan Allah bersolat,berpuasa,berzakat dsbnya.Tetapi dalam beberapa banyak permintaan untuk kembali ke dunia itu saya pilih dua darinya yg sedikit berbeza.Saya petik sebahagian ayat: "Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami membawa yang hak, maka adakah bagi kami pemberi syafa'at yang akan memberi syafa'at bagi kami, atau dapatkah kami dikembalikan (ke dunia) sehingga kami dapat beramal yang lain dari yang pernah kami amalkan?." ( Al A'raaf : 53) Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?" Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (. Al Munaafiquun : 10-11) Ayat pertama menyebut supaya kami dapat beramal lain dari yg pernah kami amalkan menunjukkan bahawa orang yg mati mahu melakukan ibadat yg mereka tidak pernah lakukan masa hidup.Iktibarnya ialah kita yg hidup jangan hanya bergantung kpd ibadat yg biasa sahaja tetapi kena lakukan ibadat yg berbagai.Jika solat sunat,pelbagaikan solat sunat,jika puasa sunat,pelbagaikan niat puasa sunat seperti dianjurkan ,jika bersedekah pelbagaikan bentuk sedekah dan pelbagaikan penerima sedekah,jika berbuat kerja kebajijan,pelbagaikan kerja kebajikan dan seterusnya.Jangan bergantung kpd amalan wajib shj.Dalam hidup kita,kita pun ingjn makan yg berbagai,nasi putih,beriani,mendy,gulai,asam pedas,masak kicap,cucok kodok,tepung talam,seri muka dsbnya.Pelbagaikanlah ibadat kerana itu suatu yg diminta oleh mereka yg ingin kembali hidup. Ayat kedua mencerikan orang yg mati minta dikembali untuk bersedekah sebahagian dari harta mereka.Jelas bahawa amalan sedekah itu suatu yg besar kerana amalan itu dipilih oleh mereka yg mati yg minta dihidupkan sekejap sahaja.Maka kita yg masih bernyawa,ada pula hartanya,tidakkah terasa mahu bersedekah sebelum terjadi seperti mereka yg telah mati ini,yg ditolak permintaan untuk kembali ke dunia walau sekejap.Berazamlah dan praktikkan supaya kita bersedekah setiap hari dg apa sahaja yg ada pada kita,yg mampu disedekahkan.Emak saya berpesan,jangan hang tidur pada suatu hari selagi hang tidak bersedekah pada hari itu,menyebabkan saya bina wakaf air bertapis untuk memastikan saya bersedekah tiap hari kpd orang yg saya tidak nampak dan tidak tahu.🔨abdghaniharon🔨 Mari kita bayangkan diri kita seperti kenalan saya yg berbimbang ia akan mati dalam jarak terdekat dan mahu melakukan ibadat yg terbaik dlm jarak singkat.Saya lebih cadangkan apa yg diminta oleh mereka yg telah mati untuk kembali beribadat kerana pilihan mereka tentu lebih tepat setelah mereka melihat dan yakin dg alam barzakh.Pelbagaikan ibadat meskipun sedikit-sedikit dan bersedekahlah dg apa yg kita mampu dari sebahagian rezeki yg dianugerah Allah.Berhentilah dari berkata pendapatan aku sikit, tak cukup,aku hutang banyak lagi, aku itu,aku ini.Nabi menyebut bersedekahlah walau sekedar sebelah buat tamar,itupun tak mampu kah?.Tungguuuulah, ketika kita menghuni kubur,kita pasti akan menjadi orang yg meminta kpd Allah untuk krmbali ke dunia walau seketika untuk bersedekah.abdghaniharon.

Friday, 21 August 2015

TANGGUH DAN PECAH AMANAH OLEH AJK

TANGGUH DAN PECAH AMANAH OLEH AJK Disatu mesyuarat agung sebuah masjid,bendaharinya yg membentang penyata kewangan menyebutkan,"Kami ajk sesi ini telah berjaya meningkatkam jumlah tabungan wang masjid menjadi hampir seratus ribu seperti yg tuan-tuan lihat dalam penyata."Saya membelek penyata,perbelanjaan baru hampir lima puluh ribu.Duit yg disimpan lebih banyak dari yg dibelanja.Berbangga tak kena tempat.Masa di sekolah dulu,YDP PIBG juga berbangga dapat simpan duit banyak.Saya nak menyanggah perkara ini. Baik institusi mana pun,masjid,persatuan,badan kebajikan,wang yg dikutip sebagai sumbangan hendaklah dibelanja kembali untuk feadah golongan sasaran atau tujuan institusi,bukan disuruh simpan.Duit tabung masjid atau badan kebajikan disumbangkan untuk diguna bagi program aktiviti,maintainance,pembangunan, kebajikan dsbnya.Tidak ada siapa pun beri duit nak suruh masjid simpan,begitu juga badan lain yg berupa kebajikan.Ajk yg simpan duit ini telah tidak menunai amanah kerana menyimpan duit sedangkan amanahnya membelanja duit.Duit banyak,aktivititi hanya satu dua,kemudahan tak diupgrade,kemudahan utk oku tak dibuat,kerosakan tak perbaiki dsbnya.Prinsipnya mudah,orang beri sumbangan,kita belanjakan,serah kpd Allah untuk datangkan lagi sumbangan. Oh nanti ada ajk kata,kalau belanja,habislah duit tu.Nanti nak buat apa-apa, tak ada duit.Bukankah duit yg disimpan itu datang dg izin dan dotongan dari Allah,maka kalau kita belanja habis kerana menunai amanah,nanti Allah datangkan lagi.Jika Dia berupaya memberi sebelum ini,apakah Allah tidak berupaya terus memberi, apabila hanis dibelanja,Allah maha kaya.Takut habis duit seperti tidak percaya Allah berkuasa untuk memberi lagi.Inilah ajk kedekut dan berjimat tak kena tempat,bahkan mereka akan ditanya diakhirat kerana tidak menunai amanah atau menangguh menunai amanah.Ini bukan pada masjid shj bahkan utk semua badan kebajikan,persatuan dsbnya. Lebih teruk ada ajk suka simpan duit konon utk dpt faedah bank,boleh tambah jumlah duit.Atau ada yg melabur pula duit yg diamanah dlm saham untuk tambah hasil.Mereka ini seolah tidak percaya Allah berkuasa menambah duit sumbangan,sebaliknya mereka rasa mereka boleh menambah duit dg usaha mereka.Anda lihat dosa disini,dosa pecah amanah kerana mengguna duit untuk tambah duit,sedangkan diamanah mengguna duit untuk aktiviti dan dosa menafi kusa Allah yg memberi rezeki.🐃abdghaniharon🐃 Beralih kpd institusi seperti majlis perbandaran yg memungut cukai pintu dg tujuan untuk menyedia kemudahan dan pentadbiran majlis perbandaran.Hasil cukai sepatutnya diguna utk buat dan perbaki jalan,kemudahan riadah, kemudahan dewan,lampu jalan,pungutan sampah,penanaman pokok,sistem perparitan dsbnya.Tetapi ada yg guna utk labur bagi menjana untung hingga kemudahan pembayar cukai diabai.Contoh mereka bina hotel, berpuluh juta,sedangkan keadaan market menjijikkan,setesen bas yg tidak selesa,banjir kilat sering melanda dsbnya tidak diatasi.Baliklah kpd basic,lu kutip cukai pintu dg janji beri kemudahan,bagilah dg sempurna,jangan dok kalut buat projek tambah duit. Akhirnya ada hadis yg melarang kita mengumpul harta untuk dibangga,dihitung, dimegah.Sesungguhnya,semuamya dari Allah,jika kita belanjakan dg jalan yg betul,jalan melaksana amanah maka yakinlah Allah berupaya mendatangkan yg lebih lagi.Tetapi ingat,mereka yg pecsh amanah,yg tidak menunai amanah akan dituntut diakhirat oleh pemberi amanah yg merupakan penyumbang,mereka yg mentadbir institusi yg mengutip cukai dg suatu janji,akan juga dituntut diakhirat nanti.Mereka yg berbimbang kpd ketidakcukupan,berbimbang takut habis dibelanjakan akan dihadap kehadapan Allah yg maha kaya kelak kerana menafi kemampuan Allah dan tidak berserah kpdNya.Ajk yg boleh menunjuk baki wang yg banyak adalah ajk yg patut diketepikan,pilihlah ajk yg membelanjakan wang utk berbagai aktiviti yg mengikut matlamat.Biar penyata belanja hampir menyamai kutipan,itu yg terbaik.abdghaniharon (Sengaja saya tulis nama saya dibeberapa tempat dg harapan anda tidak deletekan semasa copy,menumpang berbuat baik bukan mesti memadam penulis asal,mengaku hak sendiri.)

Thursday, 20 August 2015

BERBEZA PANGKAT DARJAT DI MASJID DAN MAJLIS KAHWIN

BERBEZA DARJAT PANGKAT DALAM MASJID DAN MAJLIS KAHWIN Singgah solat jumaat di satu masjid,nampak seperti akan ada majlis dan tetamu VIP.Saya masuk,bersolat tahyatul masjid dan duduk beriktikaf di saf kedua di hadapan mimbar.Saya lihat ada 3 sejadah khas disaf depan berdekatan imam.Jemaah mula memenuhi masjid.Ada seorang tua yg berserban dan jubah kelihatan masuk mencari tempat dan bersolat di satu dari sejadah itu.Bila dia selesai bersolat,saya lihat seorang yg mungkin pegawai masjid datang berbisik dgnya,lalu dia bangkit dan mencari tempat duduk yg lain.Saya bertanya orang sebelah saya,"Apa hal?"Katanya,"Tempat itu dikhaskan untuk VIP yg belum datang lagi."Saya membalas,"Dalam rumah Allah pun ada VIP ka.Kesian orang tua tu,mungkin dia jemaah tetap masjid dan dia tahu kelebihan merebut saf pertama". Saya hairan mengapa kita membezakan manusia hingga ke dln rumah Allah sedang Allah menyebut yg mulia dikalangan manusia pada pandangan Allah ialah siapa yg bertakwa,bukan pangkat kedudukan.Maka siapa yg masuk ke masjid,dia kena tinggalkan pangkat kebesarannya diluar masjid dan masuk sebagai hamba Allah seperti semua orang lain.Duduklah dimana tempat yg masih ada,kerana saf depan adalah untuk orang yg datang awal,siapa pun tidak boleh menanda haknya didalam masjid,kecuali imam masjid yg dikhas berada dihadapan saf.Hal begini terjadi dibanyak majlis yg berlangsung di dlm masjid.Saya mendengar kisah sultan Kelantan yg hadir bersolat di masjid dan bersolat dimana shj yg ada tempat kosong adalah suatu contoh yg tepat bilaberada dlm rumah Allah bagi seorang pemimpin.👓abdghaniharon👓 Seperkara lagi jika majlis berlangsung dlm masjid,kerap pengerusi dan yg berucap,menyebut kata aluan yg memuji pangkat kedudukan tetamu.Hal ini tidak sesuai kerana ini rumah Allah,kita semuanya sama disisiNya.Bahkan pemimpin bukan utk sanjung,dipuji tetapi mereka patut menghamba diri kpd rakyat yg memilih mereka.Jadi apakah mereka terus mahu disanjung hingga ke dalam majlis di rumah Allah.Apa kata Allah bila Dia memandang hamba sama shj,yg berbeza ketakwaan mereka.Pujilah Allah apa lagi dirumahnya,jangan yg lsin mengatasiNya.Berpadalah dg salam kerana itu kalimah yg besar utk manusia dari memuji Yang Mulia,Yang Berhormat,Yang Amat Berhormat...😡abdghaniharon😡 Bila menyentuh hal VIP dalam acara agama ini,saya nak lanjut kpd majlis kenduri kahwin walimatulburus yg juga suatu ibadah.Kelaziman yg berlaku ialah jamuan berbeza untuk VIP,kawan terdekat,pegawai sepejabat dg lauk diupgrade,tetamu lain makan lauk biasa-biasa saja.Cenderahati atau doorgift juga ada grade yg berbeza,antara orang tertentu.Kerusi tempat duduk dan khemah pun berbeza dg dome dan banquete bersarung.Mari kita merenung hadis ini Rasulullah bersabda : “Janganlah bersahabat kecuali dengan orang-orang yang beriman dan janganlah memakan hidangan kamu kecuali orang yang bertaqwa.” (hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi) Sabda rasulullah lagi : “Seburuk-buruk makanan yang dijamu ialah hidangan dalam majlis kenduri perkahwinan apabila orang-orang kaya dijemput dan orang-orang miskin tidak dijemput.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Dari dua hadis ini menyimpulkan bahawa tidak patut dibezakan makanan dan layanan kpd tetamu dlm majlis kahwin,mereka semua bertaraf tetamu tidak kira pangkat darjat.Jika dikata buruk majlis yg menjemput yg kaya shj,begitulah buruknya majlis yg mengutama yg kaya dari yg miskin,yg berpangkat dg orang biasa.Bahkan yg patut diutamskan,diVIPkan dlm majlis kita ialah orang yg bertakwa dan anak yatim,fakir miskin.Mereka bukan tetamu sampingan utk meramaikan shj,sepatutnya kepada merekalah jamuan diutamakan mengikut sunnah. Saya nak ajak anda semua memikir hal ini dan berubah.Pokoknya dalam ibadat tidak ada kasta,jurang darjat pangkat,miskin kayanya.Pada pandangan Allah hanyalah ketakwaan,bukan apa yg dipakai,apa yg disanjung,apa yg dimulia oleh manusia.Berhentilah dari membezakan manusia dlm rumah Allah,dalam majlis peribadatan.Mereka yg menjadi VIP sendiri patut sedar diri dan malu untuk disanjung dirumah Allah,sepatutnya mengenepikan kedudukan bila berada dimajlis keagamaan.abdghaniharon Copy/share dg mengekal nama penulis.Sengaja membuang nama penulis adalah suatu yg khianat dan memalukan.kerana akhirnya akan diketahui penulis asal.

Tuesday, 18 August 2015

TIDAK CUKUP DUIT NAK BAYAR UBAT

TIDAK CUKUP DUIT NAK BAYAR UBAT Diklinik pakar kulit swasta saya duduk dikerusi dekat kaunter menunggu giliran utk rawatan sakit kulit..Disebelah saya seorang pemuda yg nampak bergaya,mungkin sorang professional.Seorang mak cik yg mungkin telah 60an duduk disebelah saya, menunjukkan sebahagian tangannya yg mengelupas kulit dan berkeruping,seperti psoriasis bila saya tanya sakit apa.Kesian saya lihat,mungkin dibahagian badan lain pun terjadi kerana dia kerap menggaru. Perbulaan kami berlarutan kerana menunggu agak lama.Katanya,dia dah ke hospital beberapa kali tetapi tidak sembuh.Ada orang menyuruhnya datang klinik ini,lagipun masa menunggu dihospital sangat lama.Dia tinggal dg anak perempuan kerja mengambil upah mengopek ikan bilis,dapatlah sebulan empat ratus lebih untuk makan dua beranak dan duduk rumah pprt.Bila gilrannya tiba,dia masuk berjumpa doktor.Tidak lama dia keluar dan berdiri di kaunter ubat menunggu ubat diberikan.Saya mendengar pembantu klinik yg didalam kaunter menyebut,"Ini ubat sapu, yg ini ubat makan dua kali sehari,semua 75 ringgit"Dia kelihatan terpinga dan bertanya utk pengesahan.Sekali lagi disebut 75 ringgit..Saya berbisik dg pemuda disebelah saya,mungkin dia tak cukup duit kerana dia hanya menggenggam duit,langsung tidak pun membuka dompet. Mak Cik itu melangkah meninggalkan kaunter dg murung.Ditangannya tiada bungkusan ubat.Pemuda disebelah saya bingkas bangun bertanya dikaunter,apa masalah mak cik itu dan diberitahu dia tak cukip duit.Saya keluar dari klinik dan memanggil Mak cik itu yg masih ada didepan klinik, mengajaknya masuk semula utk membantu.Sambil menunjuk duit dlm genggaman,katanya,"Mak cik tak cukup duit nak bayar ubat,ada dua pulah dua ringgit saja,makcik ingat cukup.Tak tau pula mahal sampai macam tu.Di rumah pun bukan ada duit dah,seminggu lagi baru dapat duit upah ".Air matannya mula tergenang di matanya,cepat disapu dg hujung tudungnya. Pemuda yg disebelah saya rupanya telah membayar duit ubat mak cik itu semasa saya keluar dan dia menghulur bungkusan ubat kpdnya.Mak cik itu mengambilnya dg wajah berambu air mata dan mengucap terima kasih.Bila ia melangkah pergi,saya minta nak berkongsi bayaran dg pemuda itu,tetapi katanya," Encik,saya sangat sibuk dg kerja hingga tidak pernah menemui orang yg sesusah ini.Biarlah saya bayar semua."Ya Allah,Engkau aturkan pemuda ini utk membantu mak cik itu dlm kedukacitaannya.Sesunghuhnya Engkau Maha Pengasih.Allah menguji kita dimana-mana saja😢😢😢abdghaniharon😢😢😢 Dimana-mana hospital kerajaan hari ini penuh dg pesakit,dlm wad,yg menunggu rawatan pesakit luar,bahkan yg menunggu di klinik pakar hinggala bilik pembedahan pun quenya memanjang.Parking penuh sesak.Sepatutnya kerajaan telah menambah hospital lagi bagi tiap daerah selaras pertambahan penduduk dan berbagai cukai dikenakan. Di samping itu masalah kekurangan doktor pakat amat dirasai kerana ramai yg beralih kerja dihospital dan klinik swasta.Tekanan pesakit yg banyak menyebabkan qualiti rawatan tidak dapat ditumpukan. Mereka yg berduit,mudah shj ke klinik dan hospital pakar dg bayaran tinggi,tetapi bagaimana dg yg berpendptan rendah,yg tinggal dikg.Bersesak dihospital,menunggu appointment yg berminggu bahkan berbulan.Jika keadaan hospital kerajaan tidak diatasi,mungkin kita kena memikirkan untuk menambah item perbelanjaan dg membeli insuran takaful untuk keluarga supaya bila sakit boleh ke hospital pakar.Pekerja swasta pastikan mencarum dg perkeso supaya dibiayai rawatan perubatan,bahkan yg berniaga sendiri pun patut mencarum dg perkeso utk menjamin rawatan perubatan.Pegawai kerajaan memang telah dibiayai dihospital kerajaan. Saya nak mengajak anda semua memikir hal apakah jaminan bila diri kita ,suami isteri dan anak ditimpa sakit kronik yg memerlu rawatan pakar dan alatan yg mahal kerana hari ini banyak penyakit yg kronik.Allah yg menakdirkan,Dia yg menyembuhkan,tetapi ikhtiar juga patut berpadanan,bukan setakat jampi air sejuk,telan panadol shj.Kita bukan tidak percaya kpd takdir,tetapi kena bersedia dan berusaha menghadapi kemungkinan agar tidaklah berlaku kematian yg trajis hanya kerana tiada cukup wang utk dapat rawatan.Saya pernah lihat seorang ibu yg rossk buah pinggang dibiar terkedang dirumah menunggu mati hanya kerana tidak mampu membayar kos dailisis sedangkan mesin dihospital penuh. abdghaniharon

Monday, 17 August 2015

MERANCANG JODOH

BERANGAN DAPAT MENANTU DOKTOR,LUPA JODOH DI TANGAN ALLAH. Bila anak saya yg kedua dan ketiga mengambil kursus kedoktoran,anak saudara pun dibidang berkaitan,saya mula memasang impian agar anak-anak saya yg lain dan anak saudara akan juga mengikuti bidang perubatan.Impian saya lebih jauh berharap mereka berkahwin dg doktor,jadi jika saya mereka berkahwin dg doktor juga,saya ada ramai doktor,maka saya nak buka poliklinik atau hospital swasta.Adik beradik,anak saudara yg susah dpt kerja akan dibawa masuk bekerja setelah berkursus dikolej swasta.Saya pun mencari tanah utk tujuan ini.Tetapi masa berubah,anak yg doktor semua tak berkahwin dg doktor,saya tidak membantah,itu hak Allah.Impian dulu berderai,tetapi tidaklah saya kecewa itu ketentuan Allah.Lagipun saya rasa anak yg lain tak jd doktor pun takpa kerana teruknya kerja doktor di hospital kerajaan,oncall 36 jam tanpa tidur,agaknya orang kementerian kesihatan dan menteri tak cukup akal agaknya.Kekadang isteri saya terpaksa menjemput anak waktu habis oncall kerana tak berupaya memandu dlm mengantuk,menghantar makanan kerana kerja hingga tak sempat nak keluar makan. Kali ini nak berbicara hal jodoh pertemuan yg menjadi hak Allah menentukan.Kita tiada hak menentukan atau memilih.Tak guna merancang jodoh kerana Allah telah merancangnya dan kita tidak berupaya mengubahnya.Bercinta bagai nak rak, kalau tidak ditakdirkan itu jodoh kita,tetap tidak berkahwin.Bukan macam cerita drama Melayu atau lebih trajis filem Hindustan.Jadi jika kita berusaha merancang jodoh, jangan kecewa menonggeng kalau gagal dg apa yg diharap kerana pemutusnya tetap pd tangan Allah. Ibubapa jangan sesekali menentukan jodoh untuk anak.Jika anak doktor nak pilih doktor juga,pilihan anak yg bukan doktor ditolak.Yg nak berkahwin,nak hidup bersamanya berpuluh tahun adalah anak,maka biarlah dia membuat pilihan.Kita sebagai ibubapa mungkin hanya memberi nasihat,tunjuk ajar,supaya pilihannya tepat.Soal apa kerjanya,apa warna kulitnya,tinggi atau rendah,miskin atau kaya tidak menjadi syarat dlm agama.Sabda nabi sebagai panduan dlm memilih menantu. “Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara:Kerana hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya.Utamakanlah yang mempunyai agama,nescaya kamu akan selamat”- (Riwayat Bukhari dan Muslim) Berdasar hadis ini,agama diutamakan,meletak syarat yg lain kpd anak utk memilih jodoh adalah bertentangan hadis.Saya pernah mengetahui kisah seorang doktor yg menangguh berkahwin hingga 7 tahun kerana ibu tidak setuju dg pilihan yg bukan doktor.Anak perempuannya tidak berani dipinang kerana masalah sama.Ini menyiksakan anak-anak. Jangan mudah menolak lamaran,jika lelaki yg melamar mematuhi sifat yg nabi sebut,bimbang kita menolak jodoh.Lebih lagi jika pihak anak dah setuju atau dah kenal lama.Dibimbangi membujang hingga ke tua kerana memilih dan kita tidak berupaya mengubah takdir.Sebaiknya ibubapa tidak menjadi kuasa penentu dg siapa anak akan berkahwin.Bukkankah imam akan meminta persetujuan pengantin perempuan sebelum akad nikah,menunjukkan hak menentu pasangan anak perempuan adalah ditangannya sendiri,bukan ibubapa.Tidak serikkah kita mendengar kisah gagalnya menghalang jodoh hingga terjadi kesengsaraan hidup,bahkan P.Ramlee pun melakonkan kisah ini dlm Ibu Mertuaku.Yg nak bernikah anak kita,nak hidup hingga mati pun anak kita,bukan diri kita,biar dia buat keputusan supaya dihari muka ibubapa tidak persalahkan. Firman Allah,"Kamu merancang dan Aku juga merancang,perancangan Aku lebih baik..."Jelas Allah sudah beri ingatan.Jangan ceroboh hak Allah kerana ikut kehendak kita.Berlapang dadalah.Siapa juga yg jadi menantu,itu anugera Allah yg belum lagi kita ketahui kelebihannya.Ayuhlah menjadi ihubapa yg boleh berunding,bertolakansur dg anak dlm hal memilih jodohnya,jika baik afamanya,tidak meninggaljan solat,baik tingkah laku,budi bahasa,dan anak pula berkenan,berlapang dasalah untuk menerima,itu jodohnya.Akhirnya ketiga tiga anak perenpuan saya berjahwin orang bidang kejuteraan.mungkin satu tempekak Allah kepada saya yg merancang jodoh anak.abdghaniharon.

Sunday, 16 August 2015

TIDAK BERGANJAK SETAPAK KAKI

TIDAK BERGANJAK SETAPAK KAKI,MELAINKAN DENGAN IZIN ALLAH Seorang pelanggan saya yg nak mengadakan kenduri kahwin anak sulongnya, telah tiga kali hadir ke pejabat berbincang hal majlisnya.Sudah tiga kali juga mengubah jumlah tempahan.Mereka gelabah,bimbang lauk tak cukup, walaupun pihak saya sudah memberi nasihat berdasar pengalaman.Akhirnya bagi menamatkan gelabahnya saya berpesan,"Tuan Haji,kita telah berusaha untuk mencukupkan,kita buat satu perkara terakhir iaitu berserah kpd Allah kerana Dia yg akan mencukupkan."Dia terdiam dan bersetuju. Bila majlisnya berjalan,memang sangat ramai hingga kami pun terasa risau,tetapi akhirnya orang yg terakhir sampai masih ada lauk untuk dimakan walapun tidak selengkap permulaan.Bila kami bersiap untuk balik,tuan rumah itu berkata,"Jika di tengok pada yg hadir,kita tak percaya lauk boleh cukup,tapi Alhamdulillah.Syukur sangat."Saya hanya membalas,"Yang nak mencukupkan atau tidak adalah Allah, banyak bukan mesti cukup,sedikit bukan mesti tidak cukup,kerana rezeki setiap tetamu tn haji tetap ditangan Allah.Berserahlah kpdNya." Kebanyakan kita terlupa untuk mengakhiri semua usaha dengan berserah kpd Allah.Maksudnya kita terus meyakini usaha kita akan membuah hasil.Contoh pelanggsn saya ini yg terus menambah-nambah tempahan.Ada orang baca buku sampai dipanggil masuk dewan periksa,ada yg terus baca itu ini hingga dipanggil ke bilik temuduga,ada sekolah buat kelas tambahan malam hingga esoknya peperiksaan upsr.dan sebagainya.Sedangkan kita sedar sekuat mana usaha kita, akhirnya yg menentukan adalah Allah.Maka sebaiknya letakkanlah satu penamat pada usaha dan berserah kpd Allah menentukan. Jika kita terus berusaha hingga ke akhir dan lupa berserah,bertawakkal, dibimbangi kita secara tidak sedar menafikan bahawa Allah yg berkuasa menentukan,bukan usaha kita yg menentukan.Moto usaha tangga kejayasn adalah betul separuh shj,kerana usaha diperlu utk jaya tetapi bukan penentu kejayaan,penentunya ialah Allah..Begitu juga dlm menghadapi musibah,penyakit,berusahalah mengatasi dan mengubat,tapi jangan lupa akhirnya kita berserah kpd Allah.😊abdghaniharon Mereka yg meyakini usaha mereka yg membuah kejayaan sesungguhnya telah sombong kpd Allah,menafikan bahawa kita adalah hamba dan penentu apa yg dilakukan adalah tuhan kita iaitu Allah.Banyak orang tercapoi mulut,berkata,"ini berkat usaha gigih saya selama bertahun" "ini kesan perancangan yg rapi oleh kita semua" dsbnya.Janganlah demikian,sebutlah usaha dan perancangan gigih kami diberkati Allah utk tidak menafikan kekuasaan Allah. Hadis nabi menyebut "Tambatlah unta kamu dan bertawakkallah kpd Allah".Jelas menunjukkan kita kena berusaha walau pun sedikit,dan tamatkan usaha dg berserah kpd Allah.Kunci kereta dan turun untuk bersolat di masjid dan berserah kpd Allah akan keselamatan kereta kita,jangan sesekali meyakini kereta kita tidak akan dapat dicuri kerana sistem keselamatan kita sangat canggih.Seorang kenalan saya yg sangat yakin dg sistem alarm dirumahnya dg cctv dua unit yg berbeza,yg nampak dan yg disembunyikan utk mrngeliru pencuri,akhirnya ditembusi juga pencuri dan hilang 3 kilo emas serta cctv dilarikan.Nabi seolah mahu meyakinkan bahawa berserah kpd Allah itu penamat kpd usaha dan itu lebih utama setelah kita melakukan usaha.Siapa yg tidak menamatkan usaha dg bertawakkal seolah dia menafikan kuasa Allah sbg penentu,dia yakin dia berupaya sendiri.Bila hartanya hilang,baru nak mengadu kpd Allah,sedangkan pada awal yakin dg usahs sendiri. Kesimpulannya,apapun yg kita buat,usahakan,tamatkan dg berserah kpd Allah dari sekecil-kecil perbuatan hinggalah yg sebesar-besarnya.Tidak berganjak setapak kaki manusia dibumi ini melainkan dg izin,tidak terbang sehelai bulu melainkan dg izin Allah,tidak melunvur sebuah jet diudara melainkan dg izin Allah.Allah.abd ghaniharon.

PEMUSNAH HARAPAN IBU

PEMUSNAH HARAPAN IBU Suatu pagi seorang ibu pelajar mengetuk pintu bilik saya sebagai pengetua disebuah sekolah menengah.Berpakaian sedikit lusuh dan bertudung,dia memberi salam dan duduk dg sopan." Anak ssya kata cikgu panggil jumpa."Dia memula bicara.Saya mengiyakan."Begini, anak puan didapati melakukan beberapa kesalahan melanggar peraturan.Dia didapati kerap tidak hadir tanpa sebab,jika hadir selalu ponteng kelas,tidak buat kerja rumah dan amat bantah dengsn arahan guru.."Saya berhenti bila melihat dia seperti terkejut,matanya mula berair,mukanya semakin tunduk.Setelah menyambung sedikit lagi perbualan,saya dah tak sanggup meneruskan bila dia mula teresak.Saya tahu,betapa hancur hatinya dg apa yg dibuat oleh anaknya.Saya beralih memujuk dan mententeramkannya. Bila dia melelangkah kaki keluar,saya melihat dia masih mengesat air mata dg hujung tudungnya.Saya seperti kesal membuat ibu ini sedih,tetapi itu kena saya harungi.Teringat satu nukilan yg lama lalu saya mencarinya dan menambah satu perenggan dlm nukilan tersebut utk membayang betapa hancurnya harapan ibu ini.Saya perturunkan semula,semoga ada guru yg boleh mengguna utk menasihat pelajar,ada ibubapa yg boleh memanjang kpd anak anak sebagi ingatan,ada hati yg mahu menginsafi. Ketika kamu masih dlm kandungan,ibumu menanggungmu penuh keperitan,namun tiada ia mengeluh,bahkan tangannya tinggi menadah Ilahi agar ia dikurniakan anak yg baik,bijak,beriman yg menjd cahaya matanya,yg menjd tempat berteduh ketika ia tua.Namun kamu balas dg tendangan dan terjahan dlm perutnya.Tetapi ibumu hanya berkerut mukanya menahan sakit sambil tangan mengusap perut. Ketika kamu dilahirkan,ibumu memelukmu erat memberikan susunya,mengusap kepalamu dg penuh kasihnya,bersengkang mata dikejauhan malam,bimbang tidurmu terganggu,.namun kamu membalasnya dg berak dan kencingmu dan tangisan memecah keheningan malam.Tetapi ibumu tetap senyum,menepuk dan memujukmu dg dodoian lagu samar samar lahir dr bibirnya. Ketika usiamu melangkah musim,kamu disuapkan nasi,dihayun dlm buaian,dimandikan air suam,disalinkan pakaian selalu dan mengajar bertatih.Namun kamu sepahkan makanan,bebal tak tentu punca,kencing berak merata.Tetapi ibumu tetap merasa bahagia.☺ABDGHANIHARON Ketika kamu mula berkata kata,mengajuklah kamu setiap kata kata ibumu,dibisikkan kata 'emak dan abah' sebagai kata mulia.Namun bila besar ibumu tidak cantik dibibirmu.Tetapi ibumu masih ibumu jua. Ketika menghantarmu ke sekolah,kamu dipakaikan pakaian baru,dibekalkan sarapan takut anaknya lapar,menghantarmu dg penuh harapan menggunung,menyiapkan makanan dirumah menunggu anaknya pulang.Namun hasrat ibumu musnah di sekolah dg membantah cakap guru.Namun ibumu tetap menyayangimu kerana kamu anaknya.Linangan airmatanya ketika mengadap pengetua menjelaskan segalanya.Basah tudungnya oleh lelehan air mata membayang kekesalannya.Tunduk mukanya bersama kerutan wajah dan suara yg tertahan tidak pernah disangkakan terpaksa dizahirkan utk membayangkan kesedihannya atas apa yg dibalas oleh anaknya. Itulah sebahagian insan yg lupa kpd pengorbanan dan harapan ibu mereka,Insaflah sementara kita masih boleh menoleh,sementara kita masih ada ibu,sementata hatinya masih noleh disembuhkan dengan airmata kekesalan Anda boleh menyambung nukilan ini "Ketika kamu dihantar ke u......,ketika mendapat berita kamu mendapat pekerjaan.......Sambunglah dalam komen untuk kita sama berkongsi menilai diri.abdghaniharon

Saturday, 15 August 2015

BERKREATIFLAH DALAM USAHA MENGAJAK MANUSIA

BERKREATIFLAH DALAM USAHA MENGAJAK MANUSIA Tulisan kali ini saya nak hurai beberapa contoh program masjid yg boleh dibuat dlm usaha pengimarahan,membangkit penyertaan masyarakat untuk berbuatt baik,dan berfikir diluar kotak bagi yg mengurus masjid.Mungkin ini juga boleh dibuat secara persendirian. Gambar ini diambil jam 5.15 pagi di kampung saya,arah menuju masjid.Perhatikan semua tiang letrik ada lampu,ini bukan taman.Semua tiang ini ditaja oleh orang ramai dg bil rm 10 tiap bulan.Manfaatnya,jalan sepanjang kampung cerah, pencuri pun agak cuak,Yang lebih penting lampu ini sebahagian dari kempen pengimarahsn masjid iaitu bila jalan cerah berlampu mudahlah jemaah khususnya wanita yg berbasikal atau berjalan kaki ke masjid.Ini juga membantu usaha pengimarahan masjid.Kempen menaja ini dibuat oleh pihak masjid semasa saya menjadi setiausaha lebih 10 tahun lalu. Kini sudah lebih sepuluh tahun lampu ini ditaja.Bayangkan ganjarannya kerana memudahkan orang ke masjid dan membantu menjaga keselamatan masyarakat. Jangan bataskan usaha pengimarahan dg mengajak sahaja,tetapi selesaikan masalah anak qariah nak datang berjemaah,beri kemudahan utk mereka datang ke masjid dan mereka sudah tiada alasanJangan sempitkan ibadai dan berbuat baik itu hanya sekitar dlm masjid shj Pihak masjid juga boleh mengambil daya usaha menyediakan wakaf air bertapia untuk orang ramai sebagai satu usaha memberi air minuman yg lebih baik untuk menjaga kesihatan penduduk terutama yg kurang mampu menyedia penapis air dirumah.Pasang penapis berkualiti tinggi dan mohon sumbangan wakaf unyuk membayar kos penapis dan bilnya.Memberi minum adalah antara yg disebut nabi sebagai sedekah yg baik.Menerusi program ini,terbuka ruang orang ramai utk bersedekah air,penduduk yg miskin mendapat manfaat dan masjid memperolehi faedah kerans penduduk sentiasa berulang ke masjid meskipun sekedar datang ambil air.Projek begini boleh juga dibuat secara persendirian dihadapan rumah seperti yg saya dah buat utk memasti kita bersedekah setiap hari. Pihak masjid boleh mengambil dayausaha utk mengajak anak qariah bersedekah dg apa yg mereka telah tidak guna tetapi masih baik seperti pakaian.Ambil satu tempat letak kereta berbunbung di masjid,dan pasang dawai macam penyidai serta sediakan penyangkut baju.Ajak anak qariah yg ingin menyumbang pakaian terpakai datang sangkut pakaian disitu.Buat pengumuman kempen menyumbang dan juga mempelawa siapa yg nak ambil pakaian terpakai di situ untuk kegunaan sendiri.Masjid seolah menjadi pengantara antara yg nak menyumbang dan yg perlukan sumbangan.Ini juga kerja kebajikan iaitu mencegah pembaziran dan memperolehi pahala sedekah,walaupun dari bahan yg kita sudah tidak gunakan lagi, utk yg menyumbang dan meringankan beban hidup yg kurang berada,miskin. Disamping itu mungkin boleh diletak meja utk sesiapa nak bersedekah yg selain pakaian.Contoh buah-buahan,sayuran,ikan dsbnya. Apa yg saya nak sebut disini,kita kena kreatif dan berusaha mencari jalan untuk berbuat baik.Jangan jumud dg hulur duit ke tabung masjid,atau surau shj.Jwt kuasa masjid juga jangan jumud pemikiran duit masjid buat bayar bil api air dan beli alat shj,tetapi kena diluaskan kpd mempermudah masyarakat datang kemasjid,membantu dimana yg memerlukan,membantu yg tidak mampu,miskin,yatim supaya terlepas tanggungjawab masyarakat utk menolong mereka dan supaya mereka merasa terhutang budi kpd masjid.Program pengimarahan tidak berpusat dimasjid shj,buatlah program yg menyebab mereka terpaksa berulang ke masjid,walaupun pada awalnya bukan utk solat,tetapi utk keperluan lain,akhirnya secara bersnsur mereka mungkin berubsh.Jangan mengharap utk mengubah hati manusia bagai mengalih duit syiling,bagai drama Melayu dg satu ayat yg jahat sudah jd baik,satu ceramah habis sekampung insaf.Berkreatiflah dlm usaha untuk berbuat baik dan mengajak orang berbuat baik.Jika kita berbuat baik kpd orang,mudahlah mereka menerima ajakan kita, daripada marah,beri amaran,kata nista,mengherdik dsbnya.abd ghani haron.

Friday, 14 August 2015

KITA SUKA MELIHAT YANG KECIL

KITA SUKA MELIHAT YANG KECIL Semasa menjadi Ppd,seorang kerani datang mengadu kpd saya,"Cikgu,kerana kesilapan menulis alamat dan surat tak sampai tempat sepatutnya,saya dimaki,dicaci sebagai nyanyuk,lembab hingga menyebut keturunan, dan hal fizikal saya oleh pengetua.Pada hal telah bertahun saya berkerja dgnya,tiada masalah."Wanita separuh umur itu tunduk dan menyapu air mata.Kesedihannya membayang betapa teruknya kata-kata yg dilempar kpdnya.Saya nak berbicara hal betapa sesetengah orang mudah lupa jasa yg baik yg lama dicurah hanya dg satu kesilapan.Mungkin anda juga ada ceritanya. Pepatah Melayu menyebut,kuman seberang laut nampak,gajah dibibir mata tak nampak.Masyarakat kita selalu memberi tumpuan kpd yg buruk walaupun sangat kecil,walaupun baru sekali dibuat,atau dia tersilap,tiada maaf bagimu.Perkara yg buruk yg kecil itu akan ditiup bagai belon membesar menelan segala kebaikan yg dah dibuat walau sebesar gunung.Dijajalah yg buruk itu hingga tenggelam semua yg baik..Sebaliknya jarang orang bercerita kebaiksn orang,mungkin rasa cemburu dan irihati.Tetapi mencerita keburukan orang sedap dan seronok kerana ditambah ajinomoto,dan digulakan oleh syaitan.😡abdghani haron Kita patut bersifat menutup aib,berlapang dada pada kekurangan orang,ambil yg jernih,buang yg keruh.Tidak ada siapa pun yg sempurna,yg tak pernah berbuat dosa dan kesilapan,maafkanlah dia.Dalam mencipta manusia,Allah tidak jadikan kita semua sempurna dan baik,tidak ada buruk,tidak ada kekurangan.Tetapi sengaja Allah letakkan kekurangan kpd makluk,kerana mereka tidak boleh menyamai sifat Allah yg sempurna.Siapa berkata dia sempurna,tanpa cacat,tanpa kekurangan,pefect dia telah menyanggahi sifat Allah,hak Allah kerana Dia saja yg sempurna.Walau ada iklan kata wajah sempurna,itu perkataan memancing duit dg melupakan hakikat,manusia tidak sempurna kerana dijadikan kita berbeza pandangsn dan nilai.Baik pd orang ini,belum tentu baik pd orang lain.Jika kita menginsafi semua manusia ada kekurangan,termasuk diri kita,berilah kemaafan,kerana manusia itu ciptaan Allah,memarahinya seperti memarahi ciptanNya juga. Dalam tiap ciptaan Allah ada bahagian yg tidak" disukai "pada pandangan manusia.Bintang filem yg comel lote,tetap berak kencing busuk juga,ketiak busuk juga..Dimana sempurnanya,baiknya.Ikan yg di jadikan Allah dibuang juga perutnya,sotong dibuang juga dakwatnya,udang dibelah dibuang juga najisnya,enas dimasak dibuang juga kotorannya,sebutlah apa saja.Billionaire tetap kentut busuk walau duduk dlm class executive atau bussiness class dlm kapal terbang,jenuh busuk bekuap.Jadi mengapa kita tidak boleh menerima kekurangan orang,berlapang dada pd sedikit sifat kekurangan mereka kerana kita pun tak sempurna.😥abdghaniharon Pakar motivasi selalu berkata jika kita menunjuk orang lain bersalah,buruk laku,ada 4 jari lagi yg menuding kpd diri kita.Kita tidak dapat melihat buruknya diri kita,kerana mata kita hanya boleh memandang keluar,tidak dapat padang didalam diri.Dg itu buruk orang yg kecil pun nampak tapi buruk diri sebesar nangka busuk dalam hati perut tidak nampak.Telah lumrah,siapa yg tinggal ditepi kilang getah,telah mangli atau lali dg baunya dan dah tak terasa busuknya.Janganlah jadi orang yg tidak sedar diri banyak buruknya,tetapi melihat orang lain yg buruk. Ayoh mari kita membaiki diri untuk menerima kekurangan orang seperti kita mahu orang menerima kekurangan kita.Satu kesilapan jangan memadam seluruh kebaikan.Contoh,Ustaz Hadi,Haron Din berpuluh tahun berjuang,telah kama disanjung, apakah dg sepatah dua perkataan yg terlajak diucapnya,maka tukarannya seluruh kebaikan yg dibuat selama ini dihumban ke laut kalzum..Bila Allah menegur nabi dalam suruh Abasa atas satu kesilapan kecil,,apakah selepas itu ada pengikutnya yg berpaling?Berlapang dadalah kpd kekurangan orang,kita pun ada kekurangan.Bila mereka berkata Us Haji berubah-ubah pendirian,tidakkah mereka ketahui imam mazhab sprt Shafie pun mengubah fatwa dan pandangan bila berubah masa dan terasa pandangan dulu perlu dibetulkan.Tak payah dok jaja aib orang.Maaf terlajak sikit ke politik.Pernahkah anda terasa kesilapan kecil telah memusnah kebaikan yg banyak yg telah dilakukan? Ceritalah sikit,moga kita terus tabah.abdghaniharon.

Thursday, 13 August 2015

SAYA TAK MENGIKLAN KERANA TAKUT DOSA

SAYA TAK MENGIKLAN KERANA TAKUT DOSA Seorang pelanggan saya bertanya,"Mengapa cikgu Ghani tak mengiklan bisnes catering di mana-mana."Jawapan kpd soalan ini saya paparkan utk semua memikir. Saya tidak mengiklan sebabnya saya tidak bimbang berbohong, tidak menunai janji seperti dlm iklan,tak mau memuji barangan jualan saya dan akhirnya tak mau tambah kos,serta beroleh dosa. Jawapan saya bunyi macam pelek dan bertentangan dg hukum niaga conventional yg menjadikan iklan perkara utama.Mari kita teliti hadis kerana saya peniaga muslim yg kena berpegang dan merujuk kpd prinsip Islam. Dari Mu’adz bin Jabal ia berkata: Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya sebaik-baik penghasilan ialah penghasilan para pedagang yang mana apabila berbicara tidak bohong, apabila diberi amanah tidak khianat, apabila berjanji tidak mengingkarinya, apabila membeli tidak mencela, apabila menjual tidak berlebihan (dalam menaikkan harga), apabila berhutang tidak menunda-nunda pelunasan dan apabila menagih hutang tidak memperberat orang yang sedang kesulitan.” (Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi di dalam Syu’abul Iman, Bab Hifzhu Al-Lisan IV/221).😡ABDGHANIHARON Nabi memuji peniaga tetapi peniaga yg mematuhi sifat tidak bohong,amanah, tidak mungkir janji dan seterusnya.Iklan selalu memuji barangan yg kadang melampau dari sebenarnya,itu bohong namanya.Lihatlah iklan dlm media yg tak perlu saya contohkan.Apa yg dijanji dlm iklan kena ditunai,jika tidak jatuh pula kita kpd khianat pada janji.Bagaimana rupa barang diiklan,kesan ubat yg dijual,qualiti barang yg diiklan semua kena dipatuhi sprt iklan untuk kita tidak dipalit dosa tidak amanah,tidak berpegang pada janji.Kekadang harga di iklan tak sama dg harga sebenar,berselindung dibalik lidah yg berbelit.Rupa makanan yg digambar diiklan mesti sama dg yg dijual,udangnya patut sama besar atau lebih besar,pizzanya patut dipenuhi bahan yg sama seperti dlm gambar,nasi goreng USA patut ada udang,sotong,ayam ,bukan ua atau us dsbnya.Jika mengiklan dg bercakap seperti dlm ruangan Singgah tv3,berwaspadalah pada belitan lidah. Saya nak ajak anda berfikir lebih jauh dan teliti sbg muslim.Jangan sandar kpd ilmu barat,yg mengajar cara niaga,sandar kpd hadis nabi kerana nabi juga pernah menjadi peniaga,berniagalah secara muslim.Kita bukan nak cari rezeki sahaja,nak hidup,tetapi kita nak kembali kpd Allah dlm keadaan dia redho.Maka jalan mencari rezeki juga kena halal,kena baik.Matlamat tak menghalal cara.Samalah seperti orang gilakan like,copy artikel orang dg memadam nama penulis,tetaplah haram.Allah maha mengetahui apa dijanji diiklan berbanding apa yg dibekalkan,dijual,walaupun kita berupaya menutup mulut pembeli kita. Muhasabahlah diri. Dari Abu Sa’id Al-Khudri , Nabi bersabda “Pedagang yang senantiasa jujur lagi amanah akan bersama para nabi, orang-orang yang selalu jujur dan orang-orang yang mati syahid.” (HR. Tirmidzi, Kitab Al-Buyu’ Bab Ma Ja-a Fit Tijaroti no. 1130)♎abdghaniharon Ganjaran yg dijanji nabi ini jauh lebih besar dari keuntungan dari iklan yg tidak dipatuhi,bahkan itulah matlamat hidup utk mencapai syurga.Bukan tidak boleh mengiklan,bukannya haram tetapi bagi diri saya yg mengendali bisnes catering,saya khuatir janji dlm iklan tidak dipenuhi,saya khuatir saya memuji barangan sendiri,yg mungkin menitik tinta hitam kpd ceterer lain.Saya lebih senang pelanggan saya menjadi iklan setelah mereka berpuashati dg perkhidmatan kami.Telah 16 tahun,rezeki dari Allah tidak pernah putus untuk 22 pekerja saya yg bergaji bulan.Siapa nak mengiklan buatlah,patuh pd janji,tetap berpeganglah kpd hadis yg dipaparkan,moga niaga kita mendapat berkat. Jangan terikut dg orang,terpengaruh dg perkataan orang.Kita telah diajar oleh nabi utk berniaga,dijanji ganjaran utk peniaga.Jika kita muslim,ikutlah, apa kata nabi.Jangan rosakkan rezeki niaga dg iklan yg tidak dipatuhi,ada unsur mendedah aurat,perlakuan tidak senonoh yg menitik nila dlm rezeki niaga.Binalah iklan yg sederhana,patuh syariah,boleh ditunai.Tulisan ini hanyalah pandangan dan pegangan untuk diri saya shj abd ghani haron. (Tidak izin artikrel ini dicopy di edit tanpa nama saya,SHARE SAHAJA,kerana ini kisah saya,bukan kisah orang lain.)

Wednesday, 12 August 2015

TERJUN PARIT ANAK KEKEJANGAN

TERJUN PARIT KERANA ANAK KEKEJANGAN Anak perempuan saya yg kedua baru berusia dua tahun,demam panas suatu pagi.Bibir merah,mata berair.Merengek sepanjang malam.Pagi tu saya tak pergi kerja,isteri pun tak pergi juga kerana risau.Kami bersiap nak ke klinik di Sg Petani.Anak kecil itu di riba ibunya duduk didepan dan saya memandu. Dipertengahan jalan,isteri perasan anak itu kekejangan,kakinya lurus,matanya putih dan gigi menggigit menggetar.Cepat cepat saya berhentikan kereta ditepi halan.Kepala ligat memikir apa patut dibuat.Isteri yg panik hanya menangis menggoncang badsn dan memanggil nama anak.Saya teringat pesan kawan,jika anak kejang,jirus air.Lalu saya cempung anak itu dan terjun dalam parit di tepi bendang dg tujuan utk membasahkan anak itu. Seorang Cina agak tua yg menonggang motor,tetiba berhenti dan bertanya apa hal.Bila saya jawab anak saya tarik (kejang),katanya,"Lu angkat kasi naik.Gua ada tau sikit ini macam punya sakit,"Saya pun naik dari parit dan memangku anak.Cina tua berkata,"Lu goyang-goyang dia punya kakii,tangan,ulut bagi lembut."Dia pun sibuk memicit sana sini.Akhirnya kekejangan hilang.Dia cepat cepat suruh saya ke klinik dan pesan isteri terus picit-picit anggota anak.Saya memandu dg seluar baju basah ke klinik.Semasa memandu balik,teringat kisah Cina tua itu.Tidak lain inilah pertolongan Allah,yg krkadang kita terlupa bila masalah telah selesai.Kita lebih mudah berkata"Mujurlah....." dari merasa jehadiran pertolongan Allah kpd kita.Amat berat untuk betkata Allah telah telah menolong aku,tapi lebih mudah menyebut "mujurlah .....itu ini"Saya nak anda semua merenung dan bermuhasabah,pernahkah anda terbuat begini,ayuh betul kan kpd utk merasa kehadiran pertolongan Allah dan bersyukur.Berhentilah dari menyebut " mujurlah,nasiblah ada itu ini" kpd menyebut Alhamdullilah,Allah telah menurunkan pertolongannya.Allah takdirkan nak saya itu,hari ini menjd seorang doktor di unit kecemasan Hospital Sultan Abd Halim.😊abdghaniharon Sebagai ibubapa,paling dibimbangi anaknya sakit,rasanya lebih teruk dari diri sendiri yg sakit.Kpd mereka yg menjadi anak,ingatlah emak kamu pernah duatu masa dulu tidak tidur sekejip mata pun,tangisnya mungkin lebih banyak dari dari kamu yg menangis kerana bimbangnya.Nak tau rasanya,tunggulah bila kamu ada anak. Allah boleh datangkan pertolongan dengan tidak disangka.Saya tidak menyangka seorang Cina tua sanggup berhenti kenderaan hanya utk membantu sedang berapa banyak kenderaan yg berlalu hanya melihat shj.Jika kita menemui sesuatu masalah orang lain,hulurkan bantuan yg terdaya jika kita ada ruang untuk membantu,kerana tidak mungkin Allah jadikan sesuatu melain ada tujuannya.Mungkin ini satu ujian kpd kita,mungkin ini satu peluang berbuat baik.Moga suatu masa bila kita kecemasan,Allah datangkan pertolongan kpd kita. Bila terjadi sesuatu yg cemas,jangan bergelut dg pertolongan manusia sahaja,tetapi mintalah pertolongan Allah disamping mengharap pertolongan manusia.Bila terkeluar dari masalah,rafakkan rasa syukur,rasakanlah kehadiran pertolongan Allah. ☺abdghaniharon Jika dalam quran Allah menyebut Dia boleh datangkan rezeki dari arah yg tidak disangka-sangka,yakinlah pertolongan Allah juga boleh datang dari arah yg tidak disangka.Seorang guru saya allahyarham Ustaz Rashid Mahang bercerita,suatu tengag malam dia balik dari mengajar,keretanya rosak di tengah hutan hendak ke Mahang.Tiada rumah orang di situ.Tetiba datang seorang India mabuk,yg nak bantu perbaik kereta dg suluhan lampu suluh.Dari mana dia datang,tetapi dia berjaya memulihkan kereta dan berlalu dlm gelap malam.Ustaz Rashid berkata jangan putus asa dari pertolongan Allah,Allah datangkan pertolongan secara tidak terfikir oleh kita. Bila berlaku seduatu yg kita sudah tidak berupaya,berserahlah dan yakinlah pertolongan Allah amat dekat.Jangan sombong berkata mampuihlah aku kali ni, tak ada sapa nak tolong aku dsbnya.Kembalilah memohon kpd Allah,jangan bataskan kemampuan dan kuasa Allah.Sesungguhnya Dia mengatur segalanya utk kita,kekadang menjadi rahmat,kekadang menjadi ujian,kejadang menjadi kifarah kpd dosa kita.Selagi niat kita baik,ikhlas,Allah tidak akan menganiaya hambanya. Ceritalah sedikit kisah anda yg merasa kehadiran pertolongan Allah ketika saat sangat memerlukan utk dikongsi.abdghani haron

PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID (SAMBUNGAN)

PENGIMARAHAN MASJID(sambungan artikel sebelum ini) Saya dasarkan program pengimarahan kpd masjid sbg pusat kegiatan masyarakat,semua zktiviti masyarakat Islam dlm qariah dibawa ke masjid utk menghidupkannya.Politik demokrasi berparti diletak diluar pagar,masuk ke masjid sbg muslim yg menyembah Allah yg satu.Bila selesai,ambillah balik politik tersebut.Saya simpulkan program ini dibawah 9 tajuk dan dihurai cara ringkas kerana terlalu panjang.Semua ini bukan teori,ia telah dipraktik di masjid al barakah. PROGRAM PERIBADATAN: Seruan utk solat waktu selalu dibuat.Penambahan jemaah bergantung kpd aktiviti pengimarahan.Untuk solat jumaat program tindakan telah diterangkan dlm post sebelum ini dan dikuatkuasakan.Akibatnya ramai yg bersalam dg imam dan saya jika datang jumaat utk punch card.Jika ada kematian,solat jenazah waktu solat waktu untuk perangkap anak qariah bersolat.Jika kematian hari jumaat,jenazah disolat disolat waktu jumaat menjadikan anak khariah terperangkap lagi,dan diharap akhirnya mereka belajar bersolat jenazah.Kuliah terpaksa solat jenazah dibuat sebelum qutbah jumaat dg nota.Program qiyamullail,tadarus,solat-solat sunat,program korban,aqiqah dibuat sprt masjid lain. PROGRAM BUDAYA AGAMA:Program ini menghimpunkan masyarakat utk menjayakan aktiviti dimasjid.Program sambutan Maulud,Maal hijrah,bubur asora, jamuan hari raya qariah dan anak perantau,,kenduri tahlil,kenduri kahwin,kelas jahitan,kelas masakan dsbnya dibuat dimasjid utk menjadikan masyarakat berulang ke masjid. PROGRAM EKONOMI:Program ini bertujuan menjana kewangan kpd masjid dan utk menjadikan masyarakat berulang ke masjid walaupun hanys utk membeli barang.Minimarket masjid ditubuh dg modal sumbangan orang ramai dan kempen dibuat supaya masyarat membeli disitu untuk bantu masjid dan melaksana muamalah Islam.Disamping itu kewangan dijana menerusi jualan t shirt yg berlambang masjid utk mereka berbangga dg masjid mereka.Disamping itu t shrt ini membawa maksud hadis dibelakang sprt "Senyuman adalah sedekah," "Memandang wajah ibubapa dan quran adalah satu ibadah" dsbnya.Ini satu media dakwah dari pesan nabi "sampaikan dariku walau satu ayat" PROGRAM PENDIDIKAN:Kuliah ilmu dibuat dlm berbagai kuliah ikut tahap.Untk kanak-kanak ada taski masjid,untuk remaja dibuat kuliah utk remaja dan pemuda shj,orang tua tak boleh hadir.Kelas pemuda dan pemudi diasing.Kuliah utk orang tua waktu malam,termasuk ceramah.Ada juga kuliah khas muslimat shj.Selain itu kuliah juga dibuat diluar masjid,dirumah,di tempat lepak,di surau,yg dibiayai oleh masjid. Selain itu ada kursus kahwin,kursus haji dan umrah,kursus sembelehan, kursus pengerusan jenazah,disamping kursus tujuan ekonomi sprt penanaman ,kerjaya,kelas komputer,kelas tiusyen,bacaan yasin utk peperiksaan, dsbnya.Program pendidikan ini juga menjadikan orang muda kena berulang ke masjid. ☺😊😀ABD GHANI HARON☺😊😀 PROGRAM KEBAJIKAN:Dibawah program ini,masjid cuba membantu masyarakat selain menunai tanggungjawab,juga menjadikan golongan yg dapat bantuan terasa terhutang budi kpd masjid.Data anak yatim dan fakir miskin,orang tua yg sendirian dikutip dan diurus bantuannya dari sumbangan orang ramai serta zakat.Program derma darah dibuat untuk membantu hospital,masjid menyedia van jenazah utk kemudahan anak qariah,mencari sponsor utk memasang lampu jalan ditiap tiang letrik kearah masjid untuk mencerahkan jalan,dg ini anak qariah terutama muslimat tidak takut ke masjid waktu malam dan subuh.Gotong royong pembersihan kuhur,jalan dlm kampung juga dianjur oleh masjid. Saya tak sempat melaksana program sedekah jariah barangan terpakai setelah tiada jawatan dimasjid,dg itu saya buat dihadapan rumah saya. PROGRAM KESIHATAN:Menerusi program ini dibuat pemeriksaan kesihatan,tekanan darah,paras gula dll dg kerjasama doktor dari anak qariah dan swasta.Ceramah berkaitan kesihatan dibuat dimasjid seperti kelebihan susu ibu, kencing manis,lemah jantung dsbnya.Berkhatan juga dianjur dimasjid dan berkampung beramai-ramai. Saya tak sempat melaksana program kerusi urut kaki dan badan(Takashima)program mesin kesihatan Al jabbar,mesin pemeriksaan darah tinggi,wakaf air bertapis dan kangen water yg akhir perkara ini dibuat dipejabat perniagaan saya berhampiran masjid dan dirumah saya,setelah saya tidak memegang jawatan lagi di masjid. PROGRAM SUKAN;Program ini utk menarik remaja dan sbg usaha kebajikan penduduk.Masjid menjadikan tanah wakaf sebsgai padang bola,membina gelanggang takraw dan badminton di halaman masjid dg syarat guna bukan waktu solat.Ditubuh juga pasukan bola masjid yg membawa ciri keislaman dari segi pakaian dan mereka berdolat di padang jika sesuai.Dianjur juga liga bola masjid sebagai media dakwah. Kesimpulannya,semua program yg dibuat menjadikan masjid pusat kegiatan masyarakat.Nak solat,nak main,nak beli barang,nak bantuan,nak mengaji,nak kahwin,nak .....hingga nak mati semuanya kena pi masjid.Mereka sentiasa berulang ke masjid dg berbagai tujuan.Maka terimarahlah masjid.Bukan senang nak buat,perlu team,kesungguhan,kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepu pantai,kalau nak pegang ajk masjid untuk seronok,megah,lebih baik tak payah,Allah tetap akan tanya kerana kamu mengambil amanah.Siapa yg perlu penjelasan program yg saya tulis,tanyalah saya.Ada lagi program,tak larat nak tulis,lagipun panjang orang tak suka.abdghaniharon

Tuesday, 11 August 2015

PENGALAMAN MENGURUS MASJID

SATU PENGALAMAN MENGURUS MASJID Saya nak berkongsi pengalaman mengurus dan mengimarah masjid,khususnya utk menarik ramai jemaah ke masjid.Apa yg saya paparkan ini bukan teori tetapi telah saya lakukan berkesan hingga menjadi masjid contoh Malaysia dipenghujung 90an dan awal 2000. Saya simpulkan program saya kpd 3 strategi aitu psikologi,paksaan dan pusat kegiatan. Pertama aspek psikologi.Saya beri dua contoh program. Masjid asal dipinggirkan,orang hanya datang sekali seminggu utk solat jumaat,waktu lain hanya berapa kerat shj,itupun yg dah tua.Topik masjid tidak suka dibincang.Saya mengambil langkah meletupkan isu supaya orang bercakap hal masjid,ibarat guru yg menepuk meja utk tarik perhatian murid. Isunya jwtkuasa masjid meluluskan persetujuan anak khariah yg tidak datang solat jumaat berkali kali,akan dinasihatkan selama 2 bulan,jika engkar juga tindakan akan diambil iaitu pihak masjid tidak akan menghadiri sebarang majlis dirumahnya,tidak akan menikahkan keluarganya (dia kena urus terus dg pejabat agama) dan jika dia mati,jenazahnya akan dikuburkan di satu kawasan khas dlm tanah perkuburan.Setiap ajk akan diberi kawasan utk disemak siapa yg tidak hadir jumaat. Akibatnya disemua kedai kopi,majlis kenduri,di market,pejabat semua orang bercakap hal masjid,hal mereka takut tindakan,hal mereka tak setuju dll..Apa juga yg mereka kata,its ok,itu bermakna kita telah berjaya mengheret semua orang berfikir hal masjid,hal mereka juga tak mahu dikubur berasingan.Jadi berjayalah aspek ini dimana semua orang beralih melihat masjid walaupun sebahagian melihat dg marah,takpa.Maka ramailah yg solat jumaat dan bila mereka hadir,mereka mencari ajk untuk bersalam sebagai punch card kehadiran mereka terutama mereka cari cikgu Ghani. Isu psikologi yg kedua ialah saya membuat jamuan kenduri dimasjid dan dijemput seluruh qariah yg jamuannya seekor rusa yg dibeli dari jabatan pertanian.Iklan jamuan ini dibuat pada hari jumaat semonggu sebelum kenduri.Program dimulakan dg ceramah yg berkisar disekitar nak ajak orang ke masjid.Selepas Isyak baru diberi jamuan.Disebabkan masjid ini dlm kampung dan ramai yg tak pernah makan rusa,ramailah yg datang malam itu,walaupun sebelum ini tak pernah datang masjid waktu malam atas hasrat makan kenduri rusa. Mungkin ada yg berhujah,mereka tu datang masjid utk makan rusa,bukan ikhlas nak solat.Saya jawab begini,kerja saya panggil orang datang masjid dg apa cara pun yg tidak bertentangan agama,itu suruhan Allah.Soal ikhlas tidaknya mereka datang itu hak Allah.Pada saya seluruh usaha kena dibuat utk ajak,pujuk,paksa, heret mereka ke masjid,walaupun jamuan itu habis Rm 3000,takpa,matlamat tercapai,ramai yg hadir. Hati mereka nak terbuka atau tidak dg ceramah yg diberi,itu hak Allah.Sekurangnya mereka mendengar nasihat dari penceramah. 😊😊ABDGHANIHARON😊😊 Kedua aspek paksaan.Jwtkuasa masjid telah bersetuju menguatkuasa beberapa perkara sebagai paksaan supaya anak qariah hadir ke masjid.Saya beri beberapa contoh.Tindakan kpd yg tidak hadir jumaat seperti yg diterang di perenggan diatas adalah paksaan supaya mereka hadir solat jumaat.Kini di kedah dan Kelantan telah ada undang-undsng terhadap mereka yg tak hadir jumaat,lahi mudahlah,tak perlu tindakan seperti saya buat,hanya lapor kpd penguatkuasa jabayan agama.Dulu saya buat kerana tiada undang-undang. Akad nikah tidak dibuat rumah,tetapi dimasjid,kenduri buat di rumah.Dengan itu terpaksalah mereka ke masjid walaupun sebelum ini tak tahu berapa anak tangga masjid.Hingga ada seorang wali nikah,naik ke masjid dg kasut kerana tak pernah mai masjid..Kenduri tahlil juga dibuat dimasjid dan tahlil dibaca dimasjid.Siapa nak buat kenduri,dia terpaksa hadir ke masjid. Jika ada kematian,jenazah dikebumi waktu selepas solat waktu.Semua yg hadir akan diajak bersolat waktu dan solat jenazah.Akibatnya semua kena bersolat dan tahu solat jenazah.Kuliah solat jenazah dibuat beberapa minit sebelum solat jumaat dg dibekal nota kuliah utk memastikan semua anak qariah lelaki boleh solat jenazah.Ini macam kuliah paksa. Menerusi dasar ini mereka terpaksa belajar,terpaksa bersiap diri untuk naik ke masjid bersolat samada utk majlis akad,tahlil,menghantar jenazah dsbnya.Ada beberapa lagi program keterpaksaan ini yg tak dpt diterang disini. Saya cerita diatas dua kaedah dlm program pengimarahan masjid.Ada satu lagi aspek iaitu program menjadikan masjid pusat pelbagai aktiviti untuk pengimarahan.Saya berhenti disini dulu kerana terlalu panjang.Jika redpon baik,saya teruskan pos berikitnya dg program lain yg lebih banyak..Moga apa yg dicerita boleh membuka minda,dicontohi atau fikir,tetapi tak perlu caci kerana semua itu saya telah buat dan berjaya mencapai matlamat hingga dianugerah masjid cemerlang oleh negeri dan persekutuan.Cuma bila saya berpindah rumah,pentadniran baru mempunyai pemkiran yg sempit dan jumud,pegang jawatan utk berkuasa,melibatkan masjid dlm politik dan mengambil kepentingan diri telah mematikan seluruh usaha dan kembalilah Masjid al barakah,Tikam Batu seperti kebanyakan masjid lain.abdghaniharon

Monday, 10 August 2015

MENGHUKUM KUCING BERAK KENCING MERATA

MENGHUKUM KUCING BERAK KENCING MERATA Saya teringat satu kisah yg saya lalui 2013 lalu dan pernah saya tulis di timeline.Saya olah semula untuk memperingatkan diri saya dan pembaca,mohon terasa,mohon difikir dan senyumlah,kalau pun tak tertitis air mata kesal. Pada suatu pagi ketika nak keluar rumah(dulunya Lagenda Height,Sg Petani),terdengar bunyi riuh di rumah jiran.Suara jiran marah marah diikuti bunyi teriakan kucing yg kesakitan.Saya meninjau menerusi pintu sisi rumah dan kelihatan jiran menangkap kucing dan dipukul pukal dg tangan dan dihenyak dlm karung guni,mungkin untuk dibuang ke mana-mana.Saya menghampiri ke tepi pagar dan bertanya hal..Jiran saya bersungut,"Kucing ini aku kutip di market ketika masih kecik dan kebuluran ,aku bawa balik,aku beri makan dan tempat tinggal.Dia sihat dan membesaq, elok tubuhnya.tetapi dia berak dan kencing merata tempat.Itulah aku godam dan nak lempaq semula ke market." . Saya cuma tersengeh kepadanya,dan menyampok,"Ini ibarat yg Allah nak tunjuk kpd kita,kita dilahirkan tanpa apa-apa,Allah beri rezeki melimpah ruah,tempat tinggal yg hebat,kesihatan dan kecantikan, akal fikiran,harta dan kemewahan,tetapi akhirnya apa yg kita balas kepadaNya.Kita tinggalkan suruhanNya,kita lakukan apa yg ditegahNya tetapi Allah tetap memberi kita rezeki yg melimpah ruah,makanan,kenikmatan walaupuin kita derhaka dan engkar kpdNya.Dia masih tidak memukul dan membuang kita seperti mana kita lakukan kpd kucing yg berak kencing merata,Dia beri masa berpuluh tahun,Dia juga beri peringatan dengan sakit demam,kehilangan harta,menjadi tua dg harapan kta insaf dan kembali kpd perintahNya."Jiran saya terus naik angin,"Hang nak bela kucing ni,hang ambik."Dia menghilang ke dlm rumah dan bunyi pintu di tutup agak mengejutkan saya.Biasalah,siapa yg menegur kerap kali terkena bahangnya,siapa gatai dua garu,siapa yg nak membuang najis,akan terhidu baunya.Tahan sajalah. 😠Abd Ghani Haron😠 Jika anda bela kucing dan berkelakuan seperti ini,muhasabahlah diri,Allah memberi peringatan kpd kita,dg kiasan pada binatang kesayangan.Pejamkan mata,berapa keingkaran kpd Allah telah kita lakukan hari ini,kelmarin,minggu lepas,bulan lepas,tahun lepas?Berapa banyak pula yg Allah telah beri kenikmatan kpd kita sepanjang masa yg sama.Adakah Allah telah hukum kita?.Allah tetap memberi tangguh,kita masih bernafas,masih ada rezeki bahkan mewah.Berbanding kita yg cepat marah,naik angin langsung menghukum, sepatutnya bila kita engkar perintah Allah,bila kita langgar tegahan Allah,waktu itu juga kita dihukum.Jika demikianlah, ramai dari kita tidak hidup lama selepas baligh kerana sebaik umur itu kita telah mula engkar dan membantah perintah Allah dan berdosa.Tetapi Allah Maha Pengasih,Maha Penyayang,diberinya tempoh,diberi tangguh berpuluh tahun hingga ke tua.Berbanding sifat Allah ini,siapalah kita jika tidak boleh bersabar,nak marah-marah,nak hukum itu ini.Bukan shj kpd kucing,tetapi dlm semua hal kehidupan.Jangan marah makhluk lain termasuk manusia,jangan mudah menghukum mereka. Jangan pukul kucing,jangan maki hamunnya,kerana tidak sabar,tidak bersyukur.Kucing adalah binatang kesayangan nabi,dan menjadi satu sunnah memeliharanya,menyumpah seranah kucing ibarat menyumpah Allah yg menciptakan kucing sedemikian perangainya.Siapalah kita nak menyumpah seranah ciptaan Allah apalagi menghukumnya.abdghaniharon

Sunday, 9 August 2015

KITA SEMUA AKAN JADI JENAZAH

KITA SEMUA AKAN JADI JENAZAH Pernah saya bersama beberapa guru lelaki menziarah jenazah kawan.Kebetulan mayat dah nak diusung ke masjid utk di solatkan,langsung saya ajak guru saya itu ke masjid utk solat jenazah.Saya rasa tak sedap hati bila kelibat seorang dari guru saya tiada di atas masjid,lalu meninjau ke luar.Ternyata nampak kelibat di tandas.Saya faham ini tentu kes tak reti solat jenazah.Saya buat buat tak nampak. Solat jenazah fardu kifayah,orang Kedah menyambung dlm pantun dua kerat, fardu kifayah,orang lain buat,kita tak payah.Betullah tu tetapi solat jenazah antara peluang simati mendapat keampunan kerana tiap orang yg solat jenazah diwajib membaca Allahummaghfirlahu.....Ya Allah ampunilah dia.....Jika salah seorang shj pun dari jemaah solat jenazah itu yg makbul doanya,maka simati terampun dosanya.Apakah kita sebagai sahabat,kenalan,jiran,saudara seagama tidsk mahu melafazkan ini utk membantu saudaranya,kerana suatu hari nanti kita juga akan menjadi jenazah. Suruhlah anak belajar solat jenazah,hadir bersolat jenazah sedapat mungkin moga suatu hari bila kita sebagai ibubapanya mati,dia boleh solatkan,kerana yg lebih dimakbul doa adalah anak kpd simati berbanding yg lain,yg mungkin solat kerana ada saguhatinya.Celakalah anak yg menanggung keranda ibubapa ke masjid tetapi tidak bersolat,sebaliknya menunggu dikubur untuk mengambus mayat ibubapanya.Berapa ramai anak yg dilihat gigih menyangkul tanah menimbus kubur tetapi tidak sekuat itu nak berdolat jenazah kpd ibubapa.Kini kita lihat yg solat jenazah orang tua-tua,orang pencen,lebih teruk diswastakan hingga ke solat. Jika bawa anak berziarah,paksakan tunggu hingga solat jenazah supaya jadi latihan.Suami juga kenalah biasakan.Pihak masjid boleh membentuk kuliah paksa dg memberi kuliah dan praktikal ringkas sebelum khutbah jumaat supaya semua yg hadir jumaat termasuk yg malas mengaji terpaksa ikut belajar.Mungkin dari situ baru mereka tahu solat jenazah amat ringkas tanpa rukuk,tanpa sujud,tanpa tahiyyat.Masjid boleh jadualkan solat jenazah waktu solat waktu atau solat jumaat supaya yg hadir terpaksa solat jenazah utk membiasakan.Memang tabiat orang kita bila terpaksa baru nak buat dan boleh buat..Dg itu bila anak qariah ramai yg boleh solat jenazah,tak perlu impot orang luar bersolat dan membayar saguhati.Ini lebih betul. 😢ABD GHANI HARON😢 Semasa disekolah SMK Sg.Pasir dulu,jika ada jenazah disolat waktu rehat (10 pagi)pihak masjid berhampiran sekolah akan maklum dan saya menghantar sebilangan pelajar lelaki untuk bersolat jenazah sebagai praktikal kerana sokat jenazah ada dlm kurikulum.Saya dan seorang guru akan hadir bersama.Sekolah bukan berfungsi akademik shj tetapi menyediakan pelajar yg boleh menyesuai diri dg hidup bermasyarakat.Ternyata program ini amat berkesan dan dipuji oleh masjid dan masyarakat.Soalnya berapa kerat pengetua berani buat,silap-silap pengetua dan guru pun tak pernah dan tak tahu solat jenazah. Solat jenazah mengingatkan mati,mengingat mati baik untuk membunuh nafsu yg melampau.Suatu hari nanti kita akan disolatkan mau tak mau.Jikaa kita mahu jenazah kita disolat oleh ramai orang yg memohon ampun utk kita,maka imbalannya kita kenalah rajin solat jenazah,moga dihari mati kita atau isteri,Allah gerakkan ramai yg tolong solatkan.Jika kita tidak ambil berat hal ini,siapa nak ambil berat hal kematian kita,melainkan upahlah orang bersolah yg keikhlasannya diragui.Perlunya kita hadir solat jenazah adalah agar kita tidak lupa rukun dan cara jika dikerjakan lama-lama sekali. Akhirnya saya menyeru semua pembaca,belajarlah solat jenazah,praktikkan, biasakan,moga kita boleh bersolat jenazah utk ibubapa,isteri,anak,saudara mara dan sahabat handai sebagai tanda kasih setelah mereka berpindah alam.Para isteri peringatkan dan motivatekan anak dan suami supaya bila puan yg pergi,anak dan suami berada dlm saf yg memohon ampun dari Allah.Tanyalah diri bila kali terakhir aku bersolat jenazah,entahkan esok lusa aku yg jd jenazah.Bersolatlah untuk diri,utk orang yg telah kembali sebelum kita pula disolatkan.abdghaniharon