Showing posts with label Malu. Show all posts
Showing posts with label Malu. Show all posts
Thursday, 26 November 2015
MALULAH UNTUK TERUS MEMINTA-MINTA
MALULAH UNTUK TERUS MEMINTA-MINTA
Suatu petang kakak saya yg menziarahi anak saya yang menderita bone cancer dan saya pula rosak buah pinggang memeluk anak lelaki saya dalam tangisan lalu menyebut,"Mintalah doa,moga disembuhkan."Saya bingkas bangun meninggalkannya dalam esakan.Saya teringat kisah nabi Ayub yg diuji berbagai perkara termasuk penyakitnya yg ada riwayat mengatakan hingga 18 tahun.Pada suatu hari Siti Rahmah,isteri nabi Ayub berkata kepada Nabi Ayyub: “Engkau adalah seorang Nabi yang mulia terhadap Tuhanmu, seandainya engkau berdoa kepada Allah swt supaya Dia (Allah) menyembuhkanmu?” Kata Nabi Ayyub: “Sesungguhnya saya merasa malu kepada Allah swt, untuk meminta kepadaNya sebab waktu cubaanNya belumlah memadai dibandingkan masa senangku.”
Mari kita merenung sedikit iktibar dari kata-kata nabi Ayub ini,yg merasa malu meminta Allah mengangkat ujian kesusahannya kerana masa senang yg telah diberi lebih lama dari itu.Lihatlah pada diri kita,sedikit diuji dg sakit,bertali arus berdoa minta disembuhkan,sekali diuji kepayahan,meronta bagai pelanduk terkena jerat minta dilepaskan,berendam air mata melahirkan kesedihan. Hakikatnya jika Allah beri ujian,tentu Allah ada tujuan,ada masa,ada tahap kepayahannya,bukanlah semudah diberi ujian,kita berdoa,terus baik,Maka tujuan Allah beri ujian tidak tercapai.Kena sakit,berdoa,terus baik.Hakikatnya ujian Allah menguji keimanan, kesabaran,rasa bersyukur.Maka bila diuji dg kepayahan seperti penyakit,ambil iktibar dulu utk membina kesabaran,keimanan,rasa bersyukur atas nikmat sebelum ini dan redo,itulah yg lebih baik dari segera memohon disembuhkan kerana inilah tujuan Allah menguji kita.😣abdghaniharon😕
Seperkara lagi,bila Allah memberi ujian,sebaiknya kita tidak mengajar Allah atau menentukan bagaimana Allah kena buat untuk kita dlm berdoa.Bila diuji dg sakit,sebaiknya kita tidak meminta disembuhkan,seperti contoh nabi Ayob merayu kpd Allah. "Dan Nabi Ayub, telah berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani”.Nabi Ayob tidak mohon kesembuhan,tidak minta supaya Allah buat buat itu ini kpdnya tetapi Nabi Ayob hanya memuji Allah dengan sifat kasih sayangNya.Janganlah tentukan apa yg Allah kena buat untuk kita dlm berdoa tetapi,sebutlah dg sifat Allah yg menjurus kpd permintaan kita.Bila meminta rezeki mohonlah dg sifat pemberi rezeki,bila dizalimi,mohonlah dg sifat yang maha Adil,bila mohon keselamatan,mohonlah dg sifat maha Melindungi.Bukankah itu lebih beradab dalam meminta pertolongan.😅abdghaniharon😅
Iktibar lain dari peristiwa nabi Ayob ini ialah betapa kita kena bersyukur atas nikmat terdahulu yg Allah beri sebelum terus meminta-minta.Jika nabi Ayob merasa malu dg Allah untuk terus meminta,kita sepatutnya juga kena merasa malu untuk terus meminta terutama kpd perkara kenikmatan hidup.Bila diberi pekerjaan,posting ke tempat yg jauh,bersyukurlah dapat kerja,Allah dah tentukan rezeki kita disitu,redolah dan sesuaikanlah diri.Janganlah meronta,kerabat tangga kementerian sana sini nak bertukar balik ke pejabat depan rumah.Terima hakikat,ini ketentuan Allah.Mohonlah Allah beri kekuatan,mudahkan,mungkin setahun dua,Allah akan ubah.Istiqamahlah dulu pada apa yg Allah tentukan.Berapa ramai yg tak dapat kerja walau ada degree.Malulah kpd Allah untuk terus tidak berpuashati dg takdirNya.
Kita dok minta umur panjang,tak rasa malukah kpd Allah dg umur yg telah dilalui ini, banyak mana kebajikan telah dibuat.Kita selalu minta tambah rezeki,tidak malukah berapa banyak yg Allah telah beri,ratus ribu,mungkin juta,berapa banyak yg jadi kebajikan,jadi sedekah jariah berbanding yg jadi najis yg keluar dari perut.Kita selalu minta sihat berpanjangan,tak terasa malukah, Allah telah beri sihat begitu lama,tetapi ibadat sebanyak mana,kita selalu minta kejayaan,entah berapa banyak kejayaan yg Allah beri,tetapi berapa banyak pula persiapan untuk berjaya diakhirat yg kita buat.
Mintalah keteguhan iman,ketakwaan,ditambah ilmu dan kekuatan untuk beribadat berterusan tanpa rasa malu,melebihi permintaan untuk hidup.Saya nak mengajak anda merenung apa yg saya titipkan ini ditahap sedikit lebih tinggi dari platform biasa,nak ajak anda mengangkat sedikit darjat keimanan untuk menjadi insan yg merasa malu dg tuhannya,dg apa yg dianugerahkanNya,lalu kita menjadi hamba yg bersyukur dan sangat bersyukur.Tidak sia-sialah Allah menceritakan kisah nabi Ayob,melainkan untuk menjadi teladan kpd mereka yg mahu berfikir.abdghaniharon
Saturday, 29 August 2015
MALU BUKAN LETAKNYA PADA WAJAH
MALU BUKAN LETAKNYA PADA WAJAH
Saya pernah bertanya pelajar,dimana letak rasa malu.Ada yg kata di muka,sebab itu mereka tutup muka.Ada yg kata di mata kerana orang tutp mata supaya tak malu.Kedua-duanya kurang tepat.Dari segi manusia,malu itu letsk pada fikiran.Jika malu letak dimata,mengaoa orang buta pun rasa malu,menunjuk malu bukan dimata.Jika malu letak dimuka,mengapa orang gila bertelanjang pun dia tak malu,menunjuk malu bukan pada muka tetapi pada fikiran.
Dari segi agams malu itu letak pada iman dan ia satu cabang iman,separuh dari iman.Malu senantiasa seiring dengan iman, bila salah satunya tercabut hilanglah yang lainnya.Rasulullah bersabda,"Malu dan iman senantiasa bersama. Apabila salah satunya dicabut, maka hilanglah yang lainnya.”Shahîh: HR.al-Hâkim
Dari Abu Mas’ûd ‘ “Rasulullah bersabda, ‘Sesungguhnya salah satu perkara yang telah diketahui oleh manusia dari kalimat kenabian terdahulu adalah, ‘Jika engkau tidak malu, berbuatlah sesukamu.’”Riwayat Bukhari.Jelas orang tidak buat perkara buruk kerana ia ada iman.Tidak dedah aurat,tidak mengambil yg bukan hak,tidak pecsh amanah dll bukan kerana orang tidak nampak,tetapi keimanan yg ada pada mereka.Jika malu hanya diletak pada mata,pada fikiranmaka manusia tetap buat makdist bila tidak ada orang melihat.☺abdghaniharon☺
Seorang Imam masjid yg wara hanya mendengar sedikit sungutan anak qariah memgenai dirinya,segera mengumum utk letak jawatan.Ini kerana keteguhan iman yg ada padanya yg merasa malu.Tetapi ada juga imam yg dikomplen,dimaki dikhalayak pun masih bertahan,ini tidak lain tidak merasa malu dan keimanannya juga mungkin ditenggelami dg kehendak duniawi..Jadi marilah kita jadikan malu itu seiring dg iman,jangan buat perkara buruk walau dibelakang pandangan manusia,tetapi ingatlah Allah Maha Melihat pada setiap gerak kita.Malulah kpd Allah.
Begitulah pemimpin yg amanah tidak akan merebut harta negara walau kuasa ditangannya dan dia boleh menutup semua pintu utk mendakwanya,tetapi keimanan dan rasa malu yg seiring menyebabkan dia tidak mengambilnya. Sebaliknya pemimpin yg rakus mengaut semahunya,menutup semua pintu yg boleh mendakwanya,memberi berbagai alasan,pembohongan kerana ia tidak beriman dan merasa malu bahawa Allah melihatnya.Tetapi Allah yg Maha Melihat akan membuka sedikit rahsianya kpd hambanya dan didedahkan perbuatannya,tetapi ketiadaan rasa malu akan menyebabkan dia membungkam menjadi ketul batu ditengan jalan yg terus menjadi masalah,dicaci ,dimaki.,cuba dialih,dia tetap buat deeeek shj.
Ada hadis menyebut,seseorang ketika dia berbuat dosa,hilang imannya.Hilang iman disini juga hilang rasa malu kpd Allah,sebab itu dia tak segan utk melakukannya.Saya nak ajak anda semua untuk merasa kehadiran Allah dimana shj kita berada selaras dg keimanan kita,maka binalah rasa malu untuk berbuat perkara buruk meski pun mata manusia tidsk dpt melihat kita,tetapi yalin Allah tetap melihat.Bila melihat orang berbuat buruk,waktu itu mereka tidak beriman.Sebab itu berawaslah kpd orang yg tidak ada rasa malu kerana mereka berciri munafik,menyembunyi maksiat dari mata manusia,lidah berbelit menyatakan keimanannya.Ustaz yg menipu duit kutipan wakaf masih boleh mengajar sana sini,pemimpin yg songlap berjuta masih boleh bercakap perkara agama, pemimpin yg mungkir janji tapi mungkir janji adalah antara manusia yg hilang rasa mslu dan hilang juga keimanan tetapi masih terus berpura.Jangan kita jadi demikian,banyakkan rasa malu kpd Allah.abdghaniharon
Subscribe to:
Posts (Atom)