Monday, 23 November 2015
KUCING TUA PUN BERGERAK EKORNYA BILA TIKUS MELINTAS

Seorang misi merungut kepada saya,"Pak Cik tu suka tengok atas bawah.Habih di peghatinya.Tak sukalah.Unifom kami memang singkat bajunya."Dia nak menyatakan ada pesakit yg datang buat dailisis yg suka melihat susuk tubuh misi dg pakaian seluar yg agak ketat dan baju singkat tak menutup bahahian punggong.Dia seolah minta saya menasihatkan pak cik tu tetapi sebaliknya saya menyuruhnya membuat baju baru yg lebih labuh.Kucing walau setua mana,bila nampak tikus,tetaplah ia bersedia menerkamnya walau kudrat tak sebanyak mana.Nafsu manusia tidak pernah tua seperti umur mereka.
Lebih baik kita mengubah diri kearah yg lebih baik dari menyuruh dan mengajak orang berubah.Kalau kita yg menyebab orang buat dosa,biar kita berubah,jangan dok sibok menyalah orang lain dg kata-kata gatai,meghela,tua keladi.Sebab itu Islam menetapkan pakaian yg tidak menampak susuk tubuh kerana sedikit saja susuk tubuh terbentuk,syaitan sudah bertenggek di atasnya utk menggamit pandangan,tetapi jika lelaki berpakaian ketat,tak siapa pun melihatnya,bahkan meluat pula.Sebab itu juga pakaian wanita sebaiknya berwarna gelap,kusam,tidak menarik pandangan.
Ingatlah kita semua ada peranan untuk membentuk suasana.Pakaian dan penampilan kita boleh mungubah suasana suatu tempat,seolah radar yg memutar setiap kepala untuk melihat kita,magnet yg menarik setiap pandangan.Maka biarlah mereka melihat dg kebaikan,bukan melihat dg dosa pada bonjolan disana sini pada tubuh kita.Satu ketika,saya menunggu dikaunter sebuah jabatan kerajaan,tetiba masuk seorang lelaki berketayap putih dg dua anak gadis bertudung litup dan memberi salam.Mereka duduk dikerusi.Suasana yg tadinya agak riuh terhenti dg salam itu dan anak gadisnya dilihat mengeluarkan telefon dan kelihatan membaca,saya rasa quran.Sibapa saya lihat bercakap sesuatu di kaunter sambil menunjuk ke arah tv yg menyiar program nyanyian,dan serentak itu chanel tv berubah kpd satu perbincangan mengenai penyakit di saluran lain.Ini yg saya maksudkan biarlah kehadiran kita mengubah suasana kpd lebih baik.
Semua orang ada peranan tersendiri untuk mengubah dan membentuk.Dirumah ibubapa yg kena berperanan,jangan biar tumah menjadi panggung wayang dari pagi hingga ke malam,jangan jadi kelab malam melalak dg lagu tak kira waktu,jangan jadi internet cafe yg game computernya tak kira waktu bersolat.Nabi sebut dalam hadis jangan jadikan rumahmu bagai kuburan,dg andai pada zaman nabi tiada alatan seperti sekarang,maka rumah menjadi sunyi,lalu nabi menyuruh dibacakan quran dirumah.Maka kini kenapa rumah tidak diisi dg bacaan quran tetapi melalak dg muzik yg menjd seruling syaitan,penuh gelak ketawa,tangis,kesakitan yg penuh kepuraan dlm lakonan wayang.Kenapa tv kena di on hari hari,anak kecil kena dipaksa menonton upin ipin,tetapi quran tak dibuka walau sehelai sehari,anak kecil tak diajar menyebut kalimah Allah selancar sebutan "betul,betul,betul" oleh si upin dan ipin.😃abdghaniharon😃
Tanyalah orang yg pernah pergi umrah,haji.Mereka semua akan berkata seronok duduk di Mekah,dok fikir nak bersolat , nak ibadat shj,fikir nak pi masjid shj.Jawapannya mudah,suasana semua orang bepakaian menutup aurat yg sebenar,susana semua orang tidak berbuat dosa,suasana semua orang nak berbuat ibadat,menyebabkan mata kita terhalang dari berdosa,telinga sentiasa mendengar yg baik,fikiran sentiasa tertumpu utk berbuat baik,menyebabkan diri kita terdorong untuk beribadat shj.Maka ciptalah dunia kecil sepeti tansh suci dirumah sendiri,jadilah faktor pengubah kpd suatu tempat dimana kita berada.Hidupkan suasana baik,suasana kebajikan dg berpakaian dan penampilan sempurna menurut Islam,bercakap perkara baik,hentikan umpatan,hentikan perkara sia-sia.
Ingatlah kita tidak boleh melarang orang melihat apa yg menarik pada tubuh kita,maka kita jadikan apa yg dipakai harus pada penglihatan mereka,biarlah mereka lihat.Kucing tua pun tetap bergerak ekornya bila tikus melintas.Jom kita menjadi faktor pengubah yg lebih kearah baik bagai kapor yg mengubah kunyit menjadi perang.abdghaniharon.
Saturday, 21 November 2015
CARIK PADA JUBAH ORANG
CARIK PADA JUBAH ORANG
Dalam perjalanan ke masjid,saya terserempak dengan seorang lelaki tua sedang menimbus lopak kecil dengan batu yang dibawa dalam uncang plastik dijalan berdepan rumahnya.Bila saya menyapanya,dia bersungut jalan dalam kampung banyak tempat dah rosak,JKK buat tak tahu saja.Katanya,"Setakat mana kita larat,kita tolong perbaiklah."
Perkataannya mengingatkan saya kisah burung pipit yang membawa air dalam paruh untuk memadam api yang membakar nabi Ibrahim,walaupun air itu tidak akan memadamkan api.tetapi itu tidak penting,yang penting berusaha dengan kemampuan kita,Allah yang menentu jaya tidaknya.Jangan tunggu ada perkara besar baru nak buat kebajikan,ada bencana banjir,kemusnahan,baru nak berbuat kebajikan,sedangkan didepan mata ada berbagai kerja kebajikan yg kecil yang boleh dibuat untuk manfaat orang ramai.Hingga disebut,kamu membuang halangan dijalan itu satu amalan iman.☺abdghaniharon☺
Ada orang tunggu kaya baru nak bersedekah,tunggu berlebih baru nak memberi,tunggu senang baru nak menyumbang, jawabnya sampai tualah tidak berbuat kebajikan.Ada yang tunggu rezeki bertambah,dapat itubini,naik pangkat baru nak berkenduri.Ada yang menunggu terserempak dengan orang yang meminta,baru nak memberi.Ada gerakan berusaha nak memerintah baru fikir tentang Islam,maka terbiarlah aspek kebajikan,pendidikan,ekonomi dan sebagainya kerana seluruh usaha ditumpu kepada nak berkuasa sedangkan menegakkan Islam buka bermaksud berkuasa sahaja tetapi melaksana seluruh hidup secara Islam baik ekonomi, sosial,pendidikan, kebajikan,politik dan sebaganya,bukanlah politik semata.Kita disuruh berdakwah menyeru kepada Islam tidak kira berkuasa atau tidak.
Kenapa kita tidak berusaha menimbulkan gerakan untuk membangun ekonomi Islam,membangun sistem pendidikan Islam,pengurusan kebajikan Islam secara besar-besaran seperti bangunnya gerakan politik Islam.?Kenapa kita kena tumpu politik sahaja,sedangkan melaksana hukum Islam itu hanya satu perintah,sedanhkan banyak lagi perintah Allah yang suruh lakukan yang kena dibuat samada memerintah atau tidak.Kita masih bergantung bahan makanan pada bukan Islam,jangan ceritalah barangan lain,bahkan nak nuat masjid pun bergantung kepada bukan Islam.Sekolah agama,tahfiz adalah sekolah termiskin.Orang Islam meminta-minta dimana sahaja untuk berbagai keperluan hinggalah untuk membiayai rumah tuhannya.Keruntuhan akhlak paling ramai dari orang yang mengaku Islam.Semua ini akan ditamya Allah sama seperti ditanya soalan menegak pemerintahan secara perindangan Islam.
Saya nak ajak anda melaksana Islam dalam diri,dalam keluarga,perselitaran hidup kita setakat termampu.Binalah ilmu untuk diri,untuk keluarga untuk memenuhi bidang ibadat,berkahwin,berumahtangga dan hiduplah secara tuntutan dalam munakahah,buat kerja menurut prinsip Islam,buat niaga dan barangan keluaran untuk memenuhi tuntutan muamalah,tuntutlah dilaksana hukum islam dalam prinsip jinayat.Buatlah kerja kebajikan kerana jika setiap kita melakukan kerja kebajikan,hidup kita akan bahagia tanpa mengharap semata-mata dari kerajaan.
Jangan terlalu kecewa perundangan Islam tak terlaksana,mungkin Allah tak makbulkan kerana kita tidak sempurnakan lagi perintah yang lain dalam hidup Islam.Dalam kita menuding tangan menyalahkan pemerintah yang tidak mahu laksana hukum Islam,tanyalah juga diri kita,apakah aku telah laksanakan semua perintah Allah,selain dari perintah menegak perundangan Islam.Jangan kuman diseberang laut nampak,gajah dibibir mata tak nampak.Jangan nampak carik pada jubah orang,carik pada jubah srndiri tak nampak.Saya tetap menyokong dan menuntut perundangan Islam tetapi saya lebih cenderong untuk memastikan perintah lain juga dilaksana,perintah membantu anak yatim dan miskin yang disebut 23 kali dalam quran,perintah ibadat,pendidikan,akhlak,kesihatan dan sebagainya.Islam bukan mesti tertegak dengan adanya negara,tetapi wajib menegak Islam dalam diri,dalam keluarga..abdghaniharon

MANFAATKANLAH REZEKI HINGGA KE PENGHUJUNGNYA.

Saya ke market agak awal kerana nak membeli ikan .Motor saya di parking dihujung market kerana kawasan itu tiada orang berniaga.Ketika menongkat motor,saya terpandang sesusuk tubuh wanita agak tua membawa sesuatu dalam bungkusan kertas dan duduk mencangkung membuka bungkusan di kaki lima market bahagian belakang yg tiada orang berniaga.Saya menghampiri wanita itu .Rupanya dia membawa nasi yang siap digaul dengan lauk dan membentang dlm kertas lalu memanggil kucing yang berkeliaran di market.Beberapa ekor kucing segera mengerumuninya dan membaham nasi yg disediakan dengan rakusnya.
Saya memberi salam dan menyapanya.Dia kelihatan seronok melihat kucing berebut makan..Katanya,"Cikgu,kesian tengok kucing-kucing ni.Saya hanya bawa nasi yang tak habis di makan dirumah dengan sikit lauk untuk mereka bila mai market.Tiap hari memang nak mai ke market.Kalau tak bawa mai,nasi dan lauk yg tak habis dimakan dibuang saja membazir pula.Jadi sedekah juga ni walau pada kucing."
Mari kita pelajari sesuatu dari wanita ini.Dia melakukan dua kebaikan.Dia berusaha mengelak dari membazir dan menjadikan sisa makanan yang tidak habis dirumah untuk kucing jalanan yang juga merupakan sedekah dan melakukan sedekah jariah.Beginilah insan yang halus perkiraan dalam hidup.Cuba lihat diri kita,ada tidaknya makanan yang tidak habis di makan,dibuang ke tong sampah atau ke mana.Membazirlah namanya,kerana sepatutnya kita masih boleh berikhtiar untuk memberi apa yg tidak habis di makan kepada binatang baik yang dipelihara atau yang dijalanan.Sedangkan pada sunnah,sisa makanan pada jaripun disunat dijilat,apalagi yg bersisa dlm periok.Manfaatkanlah rezeki hingga ke penghujungnya.
Jika direnung hikmah Allah jadikan kucing binatang yang hidupnya dikalangan manusia,hikmah ayam yang sangup dikurung oleh manusia.Dan Allah takdirkan makanan mereka apa yang dimakan oleh manusia.Mereka mungkin penyelamat kepada pembaziran yang dilakukan manusia.Jadi ninatang ini ibarat pelengkap hidup manusia itu sendiri.Maka bila makanan kita tidak habis atau sisanya,berilah kpd binatang yang ada dikeliling kita termasuk burung.Jika tiada dipelihara dirumah,bawalah ke market sambil ke sana membeli keperluan.Moga perjalanan kita ke market bukan saja utk memenuhi keperluan,tetapi suatu amal kebajikan,moga ada kucing menanti dan mengharap akan menjadi doa buat kita.Sebab itu saya lihat beberapa ekor kucing mengerumuni wanita ini seperti mereka telah mengetahui kehadirannya.
Manfaatkamlah setiap cebisan rezeki dan masa serta peluang yg ada untuk berbuat baik.Wanita ini tidak sahaja menjadikan pergi matket sebagai routine harian utk mengisi perut,tetapi bersiap ke sana dg tujuan sampingan untuk berbuat kebajikan.Tentulah, antara kita yg pergi ke market semata-mata utk beli keperluan dg wanita ini yg pergi market untuk memberi sedekah dan membeli keperluan,berbeza disisi Allah.Kita mungkin tidak perlu jadi seperti wanita ini,tetapi saya nak mengajak pembaca semua memikirkan,jika wanita ini memanfaatkan setiap inci hidupnya,rezekinya utk berbuat baik,bagaimana dg kita.Rancangkah setiap pergerakan supaya menjadi kebaikan seperti mana wanita ini yg menanfaatkan kunjungan ke market setiap hari dg bersedekah.
Saya pernah melihat kerani pejabat saya berugas dulu membawa nasi untuk kucing yg berkeliaran di kantin pejabat,seorang jemaah masjid yg membawa makanan untuk kucing yg dibuang di sekitar masjid,pelajar sekolah yg memberi cebisan roti kpd ikan dlm kolam sekolah, bahkan seorang pengetua yg membawa bungkusan nasi lemak untuk dihulur kpd jaga sekolah yg semalaman bersengkang mata.Selalulah berfikir untuk berbuat kebajikan. abdghaniharon
Thursday, 19 November 2015
KELOMPOK MANUSIA YANG PARA NABI DAN SYUHADA BERIRI HATI

Ada beberapa kenalan fb menulis kpd saya untuk menjadi kenalan yang baik.Maka saya suka berkongsi hadis nabi ciri sahabat yang baik supaya semua teman fb saya merenung dan berfikir serta membentuk diri supaya mempunyai ciri yang disebut oleh rasulullah dalam bersahabat. Pernah Rasulullah s.a.w. ditanya oleh para sahabat,“Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan sebagai teman yang baik? Baginda s.a.w. menjawab , “Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika mana kita mengingati Allah dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika mana kita alpa dan lalai dalam mengingati-Nya”.Sahabat bertanya lagi,“Apakah pula ciri-ciri sahabat yang tidak baik?” Baginda s.a.w. membalas , “Dia adalah teman yang bukan sahaja tidak membantu kita semasa kita mengingati Allah. malahan dia juga tidak menegur semasa kita alpa dalam dosa dan maksiat.”😦abdghaniharon😯
Berdasa pesan nabi ini,saya akan mengajak anda semua kepada kebaikan,saya akan menegur anda secara umum perkara yang perlu dijauhkan.Tegurlah juga kesilapan dan kealpaan saya ajaklah saya untuk kearah lebih baik.Mari berpimpin tangan untuk saling membina,saling membetul,marilah kita sama paut berpaut melawan arus hidup,marilah kita bersama melangkah ke syurga Allah.
Nabi membayangkan sahabat yang baik dicemburui oleh para nabi. Sabdanya,"Sesungguhnya sebahagian dari hamba Allah terdapat sekelompok manusia. Mereka itu bukan dari golongan Nabi dan tidak pula dari golongan syuhada, akan tetapi para Nabi dan syuhada merasa iri atas kedudukan mereka di sisi Allah Ta'ala. Mereka berkata: 'Hai Rasulullah, tolong beritahu siapakah mereka itu?', kemudian jawab Baginda : 'Mereka adalah suatu kaum yang saling mencintai kerana Allah Taala bukan atas dasar hubungan keturunan di antara mereka, dan juga bukan kerana wang yang mereka berikan. Maka demi Allah Ta'ala, sesungguhnya wajah mereka memancarkan cahaya, cahaya yang sangat terang. Mereka tidak merasakan takut ketika orang lain merasa takut, dan mereka tidak merasa khuatir ketika orang lain dilanda kekhuatiran".
Saya menyeru anda semua marilah kita menjadi kaum yg disebut nabi ini,kita bersahabat atas dasar saling membina untuk mentaati Allah,kita berkenalan bukan untuk tujuan kekayaan dan kita berkenalan untuk berani menyatakan yang benar.Jangan ambil kesempatan dari persahabatan untuk keoentingan diri seperti niat berniaga,niat meminta tolong selesai hutang,niat nak tambah like pada post,nak tambah friend,nak popular,dsbnya.Nasihatkanlah mereka yg mengirim bahan berdosa dan jauhkanlah diri jika teguran tidak diendahkan.Biarlah dlm kumpulan friend kita kebaikan terus mewangi dg jambangan bunga serta pelangi ketaatan kpd Allah.Tinggalkanlah apa yg membusuk,apa yg memburuk,biarlah mereka sesama mereka.
Guru saya Allahyarham Syeikh Azmi pernah berpesan jika nak kenali sahabat sejati dari segi perlakuannya, makanlah bersamanya,berjalan atau bermusafir bersamanya dan tidur bersamanya,kita akan kenali dirinya secara yg lebih dekat.Saya dapati ianya amat benar.Jika hal ini digabung dg sifat yg dikatakan oleh nabi,kita akan memiliki sahabat ketawa dan menangis bersama masa hidup dan sahabat yang pemergiannya bagai sabutir bintang ufuk timur yang hilang.
Jadilah sahabat saya yang baik yang disebut nabi,dan saya berazam untuk menjadi sahabat anda yang lebih baik.Jom kita jadi kelompok manusia yg para nabi dan syuhada pun beriri hati .abdghaniharon
KESEMPURNAAN HANYA MILIK ALLAH
KESEMPURNAAN HANYA MILIK ALLAH
Pernahkah anda mendengar orang memuji dengan berkata artis itu memiliki paras yang sempurna.Pengarah pelajaran masa saya kerja dulu mahu semua pegawai melaksana program zero defect maksudnya tanpa salah,tanpa cacat.Ada orang memuji kereta Bufori sebagai satu kesempurnaan.Seorang bapa memuji paras rupa anak kecilnya sebagai satu kesempurnaan.Betulkah apa yg mereka kata tentang kesempurnaan.?
Sebenarnya tidak ada suatu apa pun didunia jni yang sempurna,tanpa ada kelemahan,kerana yang sempurna hanya satu sahaja di alam ini iaitu Allah.Itulah sifat yang tidak boleh ditandingi oleh manusia dan lainnya kerana kita dicipta oleh Allah,maka Allah meletakkan sifat tidak sempurna itu sebagai bukti bahawa Dia yang Mencipta,Dia Tuhan yang Esa,Dua yang kebih besar dari segalanya.
Sedang nabi yang dikasihi Allah,Allah tunjukkan juga sedikit kesilapan seperti dalam surah Abasa di mana nabi lebih melayani pembesar dari seorang buta yang datang untuk bertemunya.Ditempat lain kita tidak menemui sifat kekurangan nabi,seperti ia manusia sempurna,tetapi dg kekurangan ini menjadikan nabi seperti manusia lain yg tetap membuat kesilapan.Yang tidak berbuat silap hanyalah Allah.Maka jika ada orang buat silap,buat salah,tegurlah, terimalah permohonan maafnya atau maafkanlah kerana yang demikian itu menjadikan kita akur bahawa semua manusia ada kelemahannya,tidak sempurna.Memarahi ketidaksempurnaan orang lain,kelemahan yg ada pada mereka,ibarat memarahi ketidaksempurnaan yg Allah sengaja ciptakan kpd manusia.Berpadalah dg menegur untuk membetul dan setelah itu berlapang dada dan memaafkan. Sesekali jangan dirasuk rasa marah,rasa tidak memaafkan.
Jangan keterlaluan dalam memuji kerana yang layak dipuji hanya Allah sahaja,bahkah semua puji patut kembali kpd Allah.Bila memuji manusia,lanjutkan pujian kpd Allah kerana Allah yg mencipta manusia kerana pujian kpd manusia hanya bukan kerana kesempurnaan,tetapi pujian kpd Allah itu,kerana kesemprnaan ciptaanNya.Sebutlah Alhamdulillah.Ini kerana pujian kpd apa yg nampak dimata adalah tidak tepat.Contoh bila melihat seorang kanak-kanak yg cantik,jika kita memujinya kecantiiannya adalah tidak tepat,tetapi pujilah penciptanya iaitu Allah.Bila sesuatu kerja sempurna ditunaikan, berpadalah dengan sedikit pujian kpd mereka yg melaksana,tetapi pujilah Allah yg menakdirkan kesempurnaan tugas tersebut.Maka kalimah Alhamdulillah itu Allah amugerah kpd manusia sebagai kalimah yang besar untuk manusia kembali menyatakan pujian,kesyukuran dan kepatuhan bahawa hanya Allah yang sempurna.
Nak ajak pembaca semua memejam mata merenung diri bahawa kita semua tidak sempurna,yg sempurna hanya Allah.Kembalikanlah setiap rasa syukur,setiap rasa kegembiraan kepada penciptanya iaitu Allah.Nak ajak anda berlapang dada kpd kelemahan dan kekurangan orang lain kerana itu juga Allah yg tentukan kpd mereka.Maafkanlah dan redolah kerana jika kita redo dg kelemahan yg ada pada orang lain,hakikatnya kita berlapang dada pada ciptaan Allah.Jika berupaya menegur,tegurlah dg baik,jika tidak berupaya,usaha dijaja,dicaci,berlapang dadalah.Ingatlah,kita semua tidak sempurna,yang sepurna hanya Allah.abdghaniharon.

Tuesday, 17 November 2015
SEBUAH CEBOK AIR BEKAL UNTUK MATI
SEBUAH CEBOK AIR BEKAL UNTUK MATI
Semasa saya singgah di satu masjid untuk bersolat zohor,sebuah kereta Proton Saga tua juga masuk ke kawasan masjid,saya agak mungkin juga singgah nak bersolat zohor.Jam sudah menunjukkan pukul dua lebih.Pemandunya seorang tua berserban turun dan ditangannya saya lihat memegang sebuah pencebok air atau gayung.Mungkin dia nak tumpang mandi di masjid,tekaan hati saya.Ketika saya berwuduk di kolah masjid,dia pun berwuduk sama dan mencedok air dengan cobok air yg dibawanya untuk menbasuh kaki.Saya menggunakan cebok yang telah tersedia.Cebok yg dibawanya diletak ditebing kolah dan dia naik ke masjid,lalu kami solat bersama.☺abdghaniharon☺
Ketika menuruni tangga masjid,saya lihat dia terus ke keretanya.Saya segera memperingatnya ceboknya yg tertinggal.Dia beralih senyum kepada saya dan berkata,"Saya sengaja bawa cebok yang baru dibeli dan ditinggalkan di masjid yg ada kolah,sebagai satu wakaf yang kecil yang saya mampu,moga ia memanfaatkan."Subhanallah!Saya pula yang terasa malu,tidak terfikir untuk berbuat baik hingga sedemikian.Dia menyambung,"Dimana masjid saya singgah,yang ada kolah saya tinggalkan sebuah cebok,bekal untuk mati,tak mampu nak sedekah yang lain."
Nak ajak pembaca semua mengambil iktibar dari apa yang dibuat oleh orang tua ini.Sebuah cebok yang ditinggal di kolah masjid akan dimanfaatkan oleh ramai orang yang berwuduk,bayangkan ganjarannya.Berapa ringgit sangat sebuah cebok air.Bukan nanti ada duit beribu baru boleh berbuat baik,yang pentingnya ialah keinginan untuk berbuat kebajikan,maka Allah dorongkan.Bagi orang tua ini sebuah cebok air untuk masjid takkan sama dg ribuan ringgit yg disumbang oleh mereka yang berada pada mata manusia,tetapi pada sisi Allah ianya mungkin lebih besar dari itu.Rebutlah kesempatan berbuat kebajikan walau kecil pada mata nanusia.😯abdghaniharon😅
Masjid dan surau memerlukan berbagai peralatan kecil yg diguna selalu dan mudah rosak.Saya nak ajak anda semua,jom kita tiru orang tua ini dg meninggalkan sebuah cebok air dikolah masjid yg kita singgah sebagai wakaf.Mungkin kita rasa kita mampu beri 10 cebok, jangan cakap saja,tapi tak buat.Maka biarlah bermula dg sebuah cebok,di mana saja masjid yang disinggahi,atau sebiji span yg dipasang dikepala paip untuk mengelak percikan air,atau sepasang selipar untuk ditinggal di tandas masjid,atau se potong getah paip untuk tandas masjid yang tiada getah paip untuk kemudahan bersuci, atau sebatang penyapu,sebuah penyodok sampah,atau sebotol minyak wangi ditinggalkan ditempat minyak wangi,atau...... apa lagi yang boleh difikirkan.Jangan tunggu hingga diminta,dirayu,kerana pemberian ketika itu mungkin berkongsi sebab, bukan semata kerana Allah,mungkin kerana terpaksa.
Orang lain begitu kreatif mencari jalan berbuat kebajikan meski pun hidup dalam serba kurang,membeli saham kesyurga sedikit demi sedikit,apakah kita merasa berpada dengan ibadat kita,atau merasa dah cukup layak ke syurga,atau malas nak fikir.Jom kita mulakan,beberapa alatan kecil dibawa bersama dlm kereta untuk ditinggal sebagai wakaf kpd masjid,suaru atau musolla,walapun mungkin hanya beberapa pin mata lalat atau paku payung untuk melekat dokumen dipapan kenyataan..abdghaniharon
☺☺Buku Bicara Mata Hati Edisi 2 yg merupakan kimpulan tulisan saya masih ada sedikit lagi.Bagi mereka yg berminat,sila whatsapp tel 0124120846.Tiada harga ditetapkan,hanya sumbangan untuk projek sedekah jariah saya barangan terpakai,wakaf air bertapis,quran dan kerusi roda oercuma.

Monday, 16 November 2015
BAGAI MENEPIS LALAT DI HIDUNG
BAGAI MENEPIS LALAT DI HIDUNG
Berkata seorang muda kepada saya bila ditegur berhenti berbuat dosa,"Cikgu,semua orang berdosa.Cikgu pun ada dosa..Kita bertaubatlah suatu hari nanti"Saya membalas,"Berdosa itu satu masalah,tetapi akibat dari berdosa itu akan menimbulkan lebih banyak masalah dan kesan hingga mungkin kita tidak terjumpa jalan keluar atau tak tersedar untuk bertaubat".
Betul,kita boleh bertaubat,tetapi soalnya sempatkah nanti kita bertaubat kerana akan timbul kesukaan berbuat dosa.Ibarat lalat jika diletak minyak wangi dan bangkai dlm satu tempat,ia tetap memilih bangkai kerana kelazimannya.Begitu juga orang suka berbuat dosa.
Jangan fikir bila berbuat dosa,kita hanya berdosa tetapi kesan buruknya berdosa itu lebih luas.Mari kita lihat kesan buruk orang berdosa mengikut ulamak besar Ibn Qayyim.Orang berdosa akan terhindar dari mendapat ilmu,jika dapat pun tidak berkat,tidak berfaedah kpdnya.Sebab itu otang berdosa sentiasa menghindar diri dari majlis ilmu,merasa resah berada didlmnya.Lihatlah diri anda,apakah dosa yg kita telah buat yg menghalang kita untuk menambah ilmu.
Orang berdosa akan jauh dari Allah,merasa resah dlm hidup walau ada berbagai kemewahan dunia.Mereka juga jauh dari manusia yg baik-baik.Dengan itu mereka semakin hanyut. Urusan hidupnya menjadi semakin payah kerana tidak mendapat pertolongan Allah.Renungkan pada diri kita, apakah kemewahan hidup telah menjauhkan kita dari Allah.Siapa kawan rakan kita?
Orang berdosa akan terhalang dari kerja mentaati Allah.Dosa yg dilakukan akan menjadi benih menumbuhkan dosa yg lain.Contoh, Satu gambar dedah aurat yg disiar difb,setiap yg melihat berdosa,maka,yg memuat naik beroleh dosa,bila dishare,bertambahlah dosa,bila dimaki hamun, maka yg memuat naik berkongsi sama dosa,bila dibikin fitnah,yg memuat naik terpalit sama,selagi gambar itu berlegar,selagi ada yg menatap,entah-entah hingga yg memuat naik sudah dalam kubur,akaun dosanya masih terus bertambah.Mungkin anda pernah terbaca kisah seorang ahli ibadat yg dihasut syaitan utk mencari jalan beribadat dg lebih khusyuk dg cara buat satu dosa dulu,kemudian bertaubat,dg esak tangis.Ahli ibadat itupun disuruh buat dosa yg mudah sahaja iaitu hanya minum arak.Bila ia minum arak ia mabuk,syaitan mendatangkan wanita kpdnya lalu ia berzina dlm mabuk,setelah ia sedar,ia membunuh wanita itu utk menutup malunya. Lihatlah betapa satu dosa mudah membawa dosa betingkat-tingkat.Jadi jangan buat walau satu dosa mudah,walau kita boleh bertaubat.
Mereka yg kerap berbuat dosa hilang rasa jijik kpd dosa bagai lalat dan bangkai,hatinya tidak lurus,penuh berbelit dan mereka sentiasa menjadi tawanan syaitan.😮abdghaniharon😮
Mukmin adalah orang yang takut pada dosa.Nabi membezakan orang mukmin dg orang berdosa seperti sabdanya,“Sesungguhnya mukmin melihat dosanya seolah-olah dia sedang berada di kaki bukit dan dia takut bukit itu akan runtuh menghempap dirinya. Dan sesungguhnya fajir (orang jahat) melihat dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya, lalu dia menepis-nepisnya.”(Riwayat Tirmizi)
Jadi fikirlah sebelum berbuat dosa,dosa meninggal suruhan,dosa melanggar larangan.Kesannya bukan hanya berdosa,tetapi bertingkat-tingkat,bertambah-tambah.Jika kita pernah menjadi lalat yg suka menghurung bangkai,mari berubah kpd lalat yg menghurung buah dan bunga yg wangi.Jadilah seperti kucing peliharaan yg baik yg tidak makan selain dari apa yg diberi dlm bekas makannya,tidak kecing dan berak merata,bermanja dg tuannya,sentiasa membersih bulunya.Bertaubatlah untuk membersih dosa,moga keburukan dari dosa lalu akan terungkai dari membelit hidup kita.Bila terasa masalah dlm hidup,resah, kembali memikir dosa lalu, ibarat bukit yg nak menghempap,bertaubatlah.Sesungguhnya dosa bukan bagai menepis lalat dihidung.abdghaniharon

Subscribe to:
Posts (Atom)