Thursday, 30 April 2015

JANGAN JADIKAN HIDUP BAGAI MENAIKI KERETAPI EKSPRESS

JANGAN JADIKAN HIDUP BAGAI MENAIKI KERETAPI EKSPRESS

Pagi itu saya memasuki tol Sungai Petani Selatan untuk cepat sampai ke hospital dekat tol Sungai Petani utara. Bila menghampiri tol Sungai Petani utara,saya menyelok poket mencari duit Rm 1.60.Baru sedar tak bawa wallet.Menyelongkar dlm dashboard kereta jumpa,duit syiling Rm 1.40 sen.Tak cukup 20 sen lagi.Saya memberhenti kereta agak jauh dari rumah tol.Kepala ligat memikir mana nak cari duit 20 sen lagi.Selak pelapik kaki,buka bonet belakang,namun duit 20 sen tak ditemui.

Nak telefon anak suruh hantar,tentu kena pusing jauh.Dalam hati mengingat Alah moga dipermudahkan.Nak masuk tol dsn minta belas ihsan juru tol,rasa malu.Semasa berdiri luar kereta memikir jalan,seorang penunggang motosikal oku memberhenti motosikal roda empatnya menegur saya,bertanya adakah kereta saya rosak.Saya cepat mengatakan tidak.Masa itu saya hilang rasa malu meminta kpdnya 20 sen untuk mencukupkan bayaran untuk keluar tol.Dia gelak kecil dan mengeluarkan duit seringgit,dan menyuruh saya menerimanya.Dia berlalu dg ucapan salam setelah saya menyatakan penghargaan kpdnya.

Mungkin kejadian ini Allah memperingatkan saya bahawa sekaya mana kita,sebanyak mana harta kita,setinggi mana kedudukan kita,sebaik mana kenderaan kita, itu bukan bermakna kita sudah tidak perlu orang lain dalam hidup.Janganlah memandang rendah kpd mereka yg kurang berada,kerana suatu hari mungkin kita memerlukan mereka.Tuhan boleh menakdirkan apa juga.Mungkin kerana kereta kita besar,hebat,kita memicit hon kpd kancil dan viva kerana lambat untuk memotong,kapcai yg termasuk ke lorong kereta atau tak mau mengelak bila berselisih dg motor dlm kampung.

Mungkin juga Allah mahu membiarkan saya merasai untuk seketika betapa resahnya mereka yg tidak berada,tidak mampu..Sedangkan orang lain tidak kecukupan sepanjang hidup.Mungkin juga Allah mahu mengingatkan saya bahasa setiap siling adalah rezeki dari Allah,besar nilainya.Ada ketika siling yg jatuh dibiar tidak dikutip,tetapi bila terjadi peristiwa ini mengajar betapa setiap siling besar nilainya disisi tuhan.Siling 20 sen yg saya cari waktu itu utk mencukupkan bayaran tol tidak ternilai harganya.

Bila kita ditimpa kesusahan,bila kita dlm keadaan meminta dan mengharap,kerapkali yg datang menolong adalah mereka yg kurang berada.Berapa banyak kereta yg berlalu begitu sahaja,tetapi oku yg bermotor inilah yg sanggup berhenti bertanya masalah dg hasrat utk menolong.

Allah selalu menegur kita,cuma kita yg tidak terasa teguran itu kerana kita mahu memikirkan setiap peristiwa yg berlaku kpd kita,yg dinampakkan kpd kita.Kita melalui semua adegan hidup bagai menaiki keretapi ekspress.Berhentilah sejenak untuk memikir kerana di dalzm quran,Allah ada menyebutkan 'sebagai peringatan kpd mereka yg mahu berfikir'.Ambillahlah langkah untuk mula memikirkan.
ABD GHANI HARON

Wednesday, 29 April 2015

PIMPINLAH TANGAN MEREKA KE SYURGA

PIMPINLAH TANGAN MEREKA KE SYURGA

Rasulullah dijamin masuk syurga.Mungkin telah banyak orang berbicara soal nabi tetap beribadat hingga bengkak kaki,walau dijamin masuk syurga.Saya nak melihat aspek lain. Rasulullah kerap menyebut umatku dalam beberapa perkara.Pengajaran disini ialah nabi sepanjang hidup berusaha untuk mengajak orang ke syurga,sedangkan dia boleh masuk syurga sendirian.Tetapi dia terus menyeru,memperingat,mengajak, membimbing supaya lebih ramai umatnya masuk syurga hinggalah kepenghujung hayatnya .

Ini satu sunnah yg kita kena ikut.Jangan fikir diri sendiri saja nak masuk syurga.Perbaikilah diri dan jangan lupa untuk mengajak anak isteri,rakan taulan,saudara mara jiran tetangga dan seluruh umat Islam untuk bersama ke syurga.Mereka yg hanya duduk beribadat sendirian,tanpa memperduli orang keliling adalah mementing diri,menyalahi sunnah nabi. Sedangkan perintah amai makruf nahi mungkar itu bermaksud kita tak boleh sendirian masuk syurga,tak boleh hanya memikir diri.Perintah berjemaah dlm solat,dlm hidup itu mempunyai maksud bahawa kita kena bersama kesyurga.

Jadi bukan terbaik jika melihat seseorang hanya berulang alik ke masjid tanpa memperduli soal masyarakat,yg miskin, yatim,institusi agama yg memerlukan,sedekah jariah,pendidkan dsbnya.Saiyidina Omar pernah menegur mereka yg hanya duduk di masjid berwirid.Kerap didengar pegawai kerajaan berkata "Saya lepas pencen ni tak mau buat apa dah,nak beribadat saja."Kata kata ini amat tidak bertepatan dg prinsip hidup Islam.

Saya memperingat diri dan pembaca,jangan jd ahli ibadat yg pentingkan diri,bagai enau dlm belukar,melepas pucuk masing-masing.Ayuh pimpinlah tangan mereka yg lain yg perlu diajak bersama kesyurga.Harta kekayaan,kelapangan masa, umur,kesihatan adalah amanah Allah yg diberi untuk dikongsi dan dimanfaatkan bersama utk melaksana sunnah rasulullah,janganlah semuanya dikerkah dan dipolok(bahasa kedah maksud dikawal dan dihabiskan)oleh kita seorang.Kita tidak akan menjadi Islam yg sebenar selagi amanah tuhan kpd harta,umur,masa,kesihatan tidak diguna utk amar makruf nahi mungkar,sebaliknya kita terus menggenggam erat semua dg bisikan' ini aku punya'.Jangan fikir aku saja akan masuk syurga
ABD GHANI HARON

Tuesday, 28 April 2015

BIAR ADANYA KITA DIRASAI,KETIADAAN DITANGISI

BIAR ADANYA KITA DIRASAI,KETIADAAN DITANGISI

Pagi itu ketika sedang punch card terdengar seseorang berkata "Saya masuk wad 3 hari kerana denggi."Disambut oleh seorang rakan,"Tak peraasan pun kata you tak hadir,tak tau pulak you masuk wad."Perkataan ini biasa kpd orang ramai tetapi kesannya besar jika dinilai.Ini menunjukkan orang yg masuk wad itu ibarat melukut ditepi gantang, ada tak menambah , tak ada tak mengurang.Orang tak terasa kehadiran kita,dg itu ketiadaan kita pun orang tak terasa,seolah kita tidak diperlukan disitu..Ini teruk,bertindaklah utk menyatakan kehadiran kita,keperluan orang kpd kita,kepentingan kita kpd organisasi.

Seorang guru akan mengetuk meja utk tarik perhatian murid.Seorang pensyarah mungkin bertanya soalan atau membuka perbincangan utk menguasai kuliah.Seseorang mungkin pakai baju warna garang utk menarik perhatian.Maka dari kelaziman ini,kita kena buat sesuatu yg sedikit berbeza utk menyatakan kahadiran atau keberadaan kita pada suatu tempat.Mungkin kita berpakain paling kemas,mungkin jd orang paling awal hadir tiap hari,atau balik paling lewat,paling cepat hantar tugasan,atau apa saja kerja yg baik supaya menjadi trademark.Tunjukkan peranan dan kepentingan kita,biar bila kita tidak muncul suatu hari,orang sudah bertanya.Bukan utk bermegah.

Bina diri supaya jd teladan,qudwah hasanah.Buat sesuatu amalan yg baik secara istiqamah bukan utk menunjuk tetapi utk diikuti sebagai suatu dakwah dg teladan.Contoh solat duha waktu rehat,baca quran atau tafsir waktu sampai awal ke pejabat, bawalah makanan utk berkongsi sbg kenduri kecil,beri hadiah kpd rakan atas sesuatu kegembiraan meskipun kecil,komited dg kekemasan diri,percakapan yg baik sprt selalu mohon maaf dll.Berserah kpd Allah moga ada orang memerhati,ada orang yg tergerak hatinya.

Kita kena kuasai dan membentuk arus serta mencorak suasana tempat kerja supaya selaras dg unsur baik,unsur kegamaan.Jangan kita pula ikut arus mereka yg tidak baik.Tegurlah sesuatu yg kurang baik dg hikmah.Peringatan cara berseloroh bahawa waktu makan dah habis,peringatan penggunaan harta pejabat utk peribadi seperti cas telepon,mencelah perbuatan mengumpat dan borak kosong kpd arah yg lebih baik dll.Disamping itu binalah contoh yg baik,ajaklah kpd kebaikan.Contoh ajak bina majlis ilmu sekali sekala,atau sebut suatu pesanan nabi dlm morning prayer yg menasihat salahlaku yg sering berlaku disitu,ajak rakan membuat kerja kebajikan seperti menyumbang kpd mereka yg meminta,memerlukan dll.

Munculkan diri dalam perjumpaan seperti mesyuarat dan morning prayer dg bercakap memberi fikiran,bertanya,menegur. Ambil kesempatan utk berkata yg baik,peringat kpd kebaikan.Ambil kesempatan utk menyatakan satu hadis kerana pesan nabi,'Sampaikan dari aku walau satu ayat.'.Dimana ada ruang orang berhimpun,rebutlah peluang,berusahalah menghafal maksud hadis yg pendek yg memperingatkan.

Kita sukakan kebahgiaan,suasana kerja yg baik,suasana kerja yg tidak ada unsur bertentangan agama.Ayuh kita berusaha bersama yg lain utk mencorak kebaikan,jangan ikut arus yg tak baik.Munculkan diri kita,nyatakan kehadiran kita,keperluan orang kpd kita bukan utk menjd pemimpin pejabat tetapi utk memimpin kearah kebaikan,kegamaan dan menjd insan serta khalifah dibumi seperti amanah tuhan.Kehadiran kita dirasai,kepergian kita ditangisi.
ABD GHANI HARON

Monday, 27 April 2015

KEBANYAKAN ORANG PLAN NOT TO WORK

KEBANYAKAN ORANG PLAN NOT TO WORK,TO DO,TO GIVE

Awal pagi ini,teringat arwah emak dulu membela itik jawa betina sekawan.Awal pagi emak menyuluh kedalam lau (reban)mencari telor itik.Saya dan abang diberi seorang tiga biji utk dijual dikedai dlm perjalanan kesekolah,dapatlah 15 sen utk bekal makan disekolah. Sedih mengenangnya,tetapi itulah satu perancangan emak saya utk pastikan anaknya ada belanja disekolah.Ayah menyimpan padi dlm kepok sebagai perancangan utk makan 6 selama bulan sekeluarga.

Kita kena merancang utk melakukan,plan to work.Tetapi banyak dari kita tidak merancang,membiar sesuatu berjalan ikut keadaan,bahkan ada yg plan not to work,tidak merancang utk melaksana bahkan membina alasan.Jika nak masak utk makan tengahari,makan malam,nak shopping,nak jumpa doktor,kita merancang ,maka bila nak ibadat,nak mengadap tuhan,nak buat kebaikan juga kena merancang,ditetapkan.Bila nabi berkata,antara yg kena disegerakan ialah solat,maka kena dirancang solat didahulukan,kecuali halangan yg membolehkan.Jangan bagi alasan sekejap lagi lepas drama tv habis,waktu solat panjang dsbnya.Kena rancang utk solat dimana,bila,ruang yg ada dlm merangcang hidup sehari.Juga kena dirancang solat sunat supaya ada masa dan tidak terlupa,contoh ketika mana nak solat dhuha.

Merancanglah utk bangun malam.Jangan harap jika terjaga baru nak solat,pasti tak akan terjaga.Merancanglah dg berqailulah iaitu tidur sekejap waktu siang sbg persediaan utk bangun malam,tidur awal sebaik solat Isyak dan berniatlah utk bangun awal pagi utk qiam.Ini baru dikata kita benar benar nak bangun malam.Jika mengharap terbangun,sedangkan tidak merancang,tidak berniat,itu merancang utk tidak melakukan.Plan to do

Merancanglah utk bersedekah.Saya melihat satu post yg melaksanakan sedekah subuh dimana setiap orang dlm keluarga telah ada satu tabung,setiap awal subuh,mereka memasukkan sedekah yg kecil kedalamnya.Pada hujung bulan tabung ini dibuka dan dibelikan barangan utk disedekah kpd yg miskin dan yatim.Ini contoh terbaik bagi mereka yg merancang utk bersedekah.Kalau kita jujur pd kata,sedekah itu memurah rezeki,kita kena merancang dg menetapkan kadar sedekah setiap bulan atau minggu atau hari.Pastikan,buat jadual,buat aturan sprt sedekah subuh tersebut dll.Ini baru disebut merancang utk bersedekah.Kalau setakat berkata jika ada lebih aku bagi sedekah,selalunya manusia tak pernah merasa ada lebih,itu adalah plan not to give.

Merancanglah utk kerja kebajikan dan tanggungjawab.Sumbangan utk ibubapa hendaklah dipastikan,jangan beri alasan bila ada,abah dah cukup duit pencennya,abah tak perlu duit banyak sebab dah tua dll.Melawat ibubapa hendaklah dijadualkan,jangan hanya berkata bila ada cuti,bila ada masa,depa ok saja.Semua ini merancang utk tidak memberi,tidak menunaikan tanggungjawab sedangkan ibu bapa kita dulu merancang hidup anaknya,memastikan duit poket kesekolah supaya tidak lapar,memastikan anak sampai kesekolah dg menghantar ke pintu sekolah,menunggu anak balik dg masakan tersedia dsbnya tanpa alasan.Mereka merancang utk kebahgiaan anak.

Akhirnya,jom kita merenung,apakah kita merancang utk beribadat,utk melaksana tanggungjawab agama seperti kita merancang utk datang bekerja.Atau kita sentiasa memberi alasan.Banyak dari kita merancang utk tidak melakukan dg membina alasan.
 ABD GHANI HARON

ANTARA YANG DIRIBA DAN YANG DI SISI

ANTARA YANG DI RIBA DENGAN YANG DISISI
(Disiar semula dg sedikit suntingan)
Anda mungkin pernah merasa atau melihat ibubapa yg memelihara anak anak yg kadangkala memberi layanan berbeza antara yg sulong dg yg bongsu,yg lelaki dg yg perempuan,yg cerdik dg yg kurang,yg oku dg yg sempurna.Kali ini saya nak perturunkan hadis riwayat Anas bin Malik mengenai layanan terhadap anak,katanya, "Pada suatu hari ketika seorang lelaki duduk dg Rasulullah,tiba-tiba datang anak lelakinya lalu dia menciumnya dan didudukkan di ribanya.Tak lama kemudian datang pula anak perempuannya,lalu didudukkan disampingnya.Nabi yg melihat hal ini bersabda,"Kamu tidak adil kepada anakmu."(Riwayat Baihaqi)

Jika sekedar berbeza layanan mencium dan duduk di riba dg duduk disamping pun ditegur oleh Rasulullah,maka mungkin pada kita banyak lagi ketidakadilan kpd anak-anak yg dilakukan tanpa sedar atau sedar.Anak yg cerdik dipuji,yg kurang cerdik diherdik dicaci,yg perempuan dibeli itu ini,yg lelaki dibiar bermain lumpur,yg berjawatan dibangga,yg kerja boroh,dicebek mulut,yg cantik,yg come,dibawa ke majlis,dipapar di fb,yg sedikit hodoh,tak sempurna ditinggal dirumah,berat hati nak snap camera,sedangkan semua anak adalah kurniaan tuhan.Siapa pun tidak tahu ketentuan nasibnya.Subhanallah!

Bila anak memprotes berebut dg saudara lain itu antara ciri ketidakadilan.Dg demikian ada ibubapa membeli pakaian yg serupa,memberi pilihan tempat duduk dikereta,pilihan memilih makanan direstoren dll.Berhati-hatilah.Saya faham perkara adil kpd anak adalah sukar terutama yg ramai anak,tetapi tanganilah agar mereka tidak masam perasaan,fahamkan mereka,dengar hujah dan permintaan serta bantahan mereka,sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui.Yg penting jangan menunjukkan ciri ketidakadilan yg jelas.

Telah banyak teladan kita melihat anak yg disanjung kerana bijak dlm pelajaran,cantik,akhirnya tidak peduli ibubapa yg tua bila berjawatan besar,sedangkan anak yg kurang cerdik,akhirnya tinggal dg ibubapa yg tua dan memelihara mereka.Itu balasan tuhan, sindiran tuhan kpd ketidakadilan kita dahulu kpd anak. Bahkan ada anak yg dihantar mengaji pondok kerana tak dpt 5A dlm UPSR(dg sindiran hang pi jd lebai pondok sudahlah) akhirnya menjadi penyejuk mata ayah bonda,dan ketika solat jenazah ibu bapanya,dia yg mengimamkannya,sedanngkan anak yg dibangga hanya menunggu dikubur dg cangkul ditangan untuk menimbus tanah kubur ibubapanya.Allahuakbar.

Saya cuma ingin mengajak anda semua menoleh kebelakang melihat kembali layanan kpd anak utk membetulkan kesilapan agar hadis ini dipatuhi.Kpd mereka yg akan ada anak, beringatlah utk berlaku adil meskipun pada kadar ciuman sayang dan antara yg diriba dg yg didudukkan disisi.Isk,isk,isk !
ABD GHANI HARON

Sunday, 26 April 2015

JIKA NAK MAKAN GULAI YANG SEDAP

JIKA NAK MAKAN GULAI YANG SEDAP....

Bila saya mencadangkan kpd ayah supaya berhenti mengerjakan bendang setelah saya dapat kerja,jawapan yg diberikannya cukup menjadi penguat semangat hingga hari ini.Katanya,"Jika kita nak makan gulai ikan,kita kena ke market,kena giling rempah,menyiang ikan,mengukur kelapa,memasak dan akhirnya kita dapat makan gulai yg sedap.Siapa yg meranduk air,menebar jala,ia akan dapat ikan.Orang yg berpeluk tubuh dipantai dan memperolehi ikan yg diberi orang,hanya mendapat nikmat ikan tetapi tidak merasai nikmat kepayahan dan kepayahan itulah nilai sebenar apa yg kita perolehi.Besar pengobanan,besarlah nilai kenikmatan."

Benarlah kata kata ayah.Pengorbanan ibu dan bapalah yg menzahirkan kita yg berjaya hari ini.Jika kita ada kereta,rumah ada kemewahan,itu berkat pengorbanan ibubapa.Jangan mendabik dada mengatakan itu hasil titik peluh kita belajar,kerana hakikatnya kita hanya menempuh alam sekolah dan universiti utk berjaya,kita ibarat berkayuh menuju pulau,sedangkan yg menyedia perahu,pendayung,bekalan,alatan jika perahu bocor,yg menyedia ubat,yg tidak putus mendoakan di pantai adalah ibubapa.Jerihpayah kehidupannya dan harapan mengharap anak berjaya itulah yg dimakbul tuhan dari pengobanannya, janganlah sesekali merasa semuanya hasil usaha sendiri.

Pengorbanan kerana mencapai sesuatu akan menyebabkan kita terasa nikmat bila memperolehinya.Ibarat gulai emak kita waktu dulu yg lebih sedap,dibuat dg susah payah,berbanding gulai kita yg hari yg dibuat dg mudah tanpa susah payah apa lagi yg dibeli dikedai.Anak-anak hari ini kurang menghargai apa yg diperolehi kerana mudah didapati dan tidak perlu susah payah.Lagi mudah diperolehi,lagi rendahlah nilainya,rendahlah nikmatnya.

Saya nak mengajak anda memikir hal ini.Jangan manjakan anak hingga dia tidak mengenali dan merasai kepayahan hidup.Sedapatnya setiap permintaan ditukarkan dg satu pengorbanan,meskipun kecil untuk mendidik, bahawa apa saja yg diingini memerlukan pengorbanan,bukan terus dipetik bagai memetik buah yg melentur dahannya dihalaman.Saya nsk mengajak semua bermuhasabah mengenang pengorbanan ibubapa yg menyebabkan kita hidup berbahagia hari ini.Jangan dabik dada bila bercakap tentang kejayaan diri dg melupakan orang tua sendiri.
ABD GHANI HARON

Saturday, 25 April 2015

BUKAN BANYAK LEBIH BAIK

BUKAN BANYAK LEBIH BAIK

Seorang jemaah yg bersolat subuh disebelah saya pagi ini dilihat rukuk begitu rendah hingga tangannya boleh memegang betis.Saya ingin mengulas tentang ibadat bila dilakukan mestilah menurut apa yg dibuat oleh nabi,apa yg disyarst dan ditetapkan oleh fekah.Dalam ibadat,ada perkara yg ada had dan batasnya.Rukuk mestilah pada kadar tangan memegang lutut dan kepala kadar lurus tangan memegang lutut.Tidak betul memaksa tunduk serendah yg mungkin,bukanlah betul jika lagi rendah rukuk,lagi baik.Rukuk kadar sempurna sprt yg disyaratka.

Ketika duduk tahiyat akhir,ada orang yg terpaksa mencengkol kaki,tersenget badan,kaki tersengkang hingga mengganggu jemeah disebelah dll kerana nak duduk tahiyat akhir seperti diajar.Tidak semua orang boleh duduk tahiyat akhir dg sempurna terutama yg gemuk,maka duduklah secara yg selesa,tak perlu bersakit atau menahan diri hingga menggeletar badan kerana nak duduk tahiyat seperti yg diajar.Jika tidak berupaya,duduk secara tahiyat awal atau duduk antara dua sujud.

Ada yg jadi imam solat berjemaah membaca surah yg sangat panjang,mungkin nak tunjuk dia hafal banyak.Nabi telah melarang bacaan surah yg panjang bila ada orang tua dan kanak-kanak,sebab itu disuruh imam memerhati saf sebelum memulakan solat.Bacalah surah yg pendek dan sederhana.Saya biasa solat jumaat di Mekah yg imamnya hanya membaca surah kausar dan iklas (inna aqthoina dan qul huwallah).Bukanlah suatu yg baik,yg hebat bila seorang imam membaca surah yg panjang dlm solat jemaah yg ada orang tua dzn kanak-kanak.

Ada imam solat jumaat, membaca zikir selepas solat waktu sedangkan ada hadis yg menyuruh membaca surah al fatehah,al ikhlas,al falaq dan an nas tujuh kali yg dikata akan diampun dosa antara jumaat kpd jumaat.Kenapa menolak utk menurut apa yg disebut nabi dan memilih yg lain.Buatlah ikut suruhan.

Begitu juga dalam hal berzikir.Berzikirlah dg tertib,dg lafaz yg betul dan jelas.Berzikir hingga bagai lupa diri,sebutan sudah tidak jelas,apa lagi dg mengangkat tangan,menari,bertempik adalah tidak betul.Tuhan tidak suruh mengingatnya dan memujinya secara demikian.Sepatutnya kita memuji dan mengingat Allah dg bersopan dan tertib.Jika nabi menyebut baca 33 kali subhanallah,alhamdulillah,Allahuakbar dan dicukupkan seratus dg ayat tertentu,maka kena buat sebanyak itu,tak boleh lebih.Bila disuruh tujuh kali membaca Allahumma ajirni minannnar selepas solat,maka kena baca tujuh,bukan lebih.Bila berpuasa disuruh berbuka pada waktunya,bukan lebih lama lebih baik.Dilarang berpuasa tiap hari hingga meninggalkan tanggungjawab lain kerana nabi pun tidak demikian.Bukanlah buat banyak lebih baik.

Bila bermusafir,disuruh menjamak dan qasar solat iaitu menghimpun dan meringkaskan solat.Bukanlah suatu yg baik bila kita menolak untuk jama' dan qasar kerana nak solat penuh,kononnya dia mampu,dia tak puas solat jika jama dan qasar.Adalah suatu yg buruk menolak tawaran Allah utk jama' dan qasar.

Kesimpulannya,buatlah ibadat ikut peraturan.Jangan dikurang atau ditambah.Jangan mengada-adakan dlm agama.
ABD GHANI HARON