Sunday, 29 November 2015

RANGKA AYAM GORENG BUAT ANAK YANG MEMINTA

RANGKA AYAM GORENG BUAT ANAK YANG MEMINTA Saya ke pasar minggu suatu petang mencari cucok badak dan karipap untuk berbuka puasa sunat.Disebelah gerai kuih ini,gerai menjual ayam goreng.Ketika saya memilih kuih, seorang lelaki juga sedang berdiri digerai ayam goreng seperti nak membeli sesuatu.Seorang perempuan pertengahan umur kemudian muncul bersama dua orang anak perempuan dg pakaian agak lusuh.Anaknya kelihatan menunjuk ayam goreng sambil menarik-narik baju ibu.Si ibu bertanya penjual,"Rangka ayam ni berapa harga?"Dibalas penjual,"Tiga ringgit" Rangka ayam adalah ayam yg dilapah diambil isi untuk dibuat sate,tinggal kerangka tulang dg sisa isi,dicelop tepong dan digoreng.☺abdghaniharon☺ Wanita itu meminta dibungkus satu rangka ayam.Dia mengeluarkan satu bungkusan plastik dg duit syiling untuk membayar harga kerangka itu.Ketika wanita itu mahu bergerak meninggalkan gerai,lelaki yg berada disitu segera memintanya menunggu,lalu saya melihat dia menyuruh penjual itu membungkus beberapa ketul ayam goreng,dan diberikan kpd wanita itu.Wanita itu memandang lelaki itu dg senyum lebar tetapi akhirnya bibirnya mengorak kesedihan,dan linangan air mata.Lelaki itu pula membuka cermin matannya lalu mengesat air mata yg mungkin terdorong oleh kesedihan wanita itu.Wanita itu berkata,"Rangka ayam ini boleh dikongsi soramg sikit dengan anak-anak.Tak cukup duit nak beli ayam goreng sorang seketul"Saya sendiri turut sebak,betapa mereka hanya mampu membeli rangka sisa ayam goreng untuk anak yg meminta.Mungkin ada lagi anak yg lain dirumah. Bila wanita itu meninggalkan gerai itu,saya menyapa lelaki tersebut.Katanya,"Ketika kita sedap memamah isi ayam,ada orang hanya sanggup memamah tulang ayam tulang ayam.Saya selalu melihat orang membeli rangka ayam ini kerana sukakan tulang dari isi,hari ini saya bertemu dengan orang yang hanya mampu membeli rangka ayam untuk anak yang meminta-minta"Dia betul-betul sedih,tetapi wajahnya membayangkan kepuasan dapat membantu wanita itu. Jadilah hamba yang bersyukurlah.Ingatlah bila kita memilih bahagian makanan yg sedap,kita sedang meninggalkan bahagian yg lain kepada orang lain yg tidak mampu.Janganlah merendahkan apa juga yg tidak kita sukai,kerana kepada orang lain,itulah rezeki mereka.Ada orang yg membeli udang yg sudah bercerai kepala yg dilelong dlm pinggan,sotong yg melecet kulitnya yg dijual secara longgok,kerana ingin merasai juga keenakan rezeki Allah itu walau telah kurang elok.Manfaatkanlah setiap cebisan makanan yg menjadi rezeki kita,jangan dibazirkan kerana ada orang hanya mampu membeli apa tersisa,yg dijual dg murah,utk turut merasai juga nikmat makanan tersebut. Akhirnya saya beli juga satu rangka ayam untuk merasainya.Sesungguhnya apa yg masih ada hanyalah kerangupan tepung,dan tulang rawan yg rapuh disamping memamah sendi-sendi ayam yg lembut.Ya Allah! abdghaniharon

KERA DIHUTAN DISUSUI,ANAK DI PANGKUAN DILETAKKAN

KERA DIHUTAN DISUSUI,ANAK DI PANGKUAN DILETAKKAN Seorang suri rumah yang berbual dg beberapa orang ketika menunggu giliran di kaunter bayaran bil berkata,"Saya suka beli keperluan rumah di supermarket tesco,giant,selesa,tidak kotor,tidak panas,harga pun ok,ada troli,tak perlu bergantung barang penuh jari,berbanding pasar minggu.."Mereka yg lain yg duduk bersamanya seperti bersetuju dengannya, saya yg duduk di belakang mereka terasa macam nak mencelah,tetapi saya rasa tak sesuai.Saya coretkan pandangan saya disini. Memang benar apa yg dikatakan dari segi keselesaan membeli di supermarket.Saya nak ajak anda melihat dari aspek lain khususnya agama.Dalam Islam,kita tentulah digalak bila membeli atau bermuamalah,mengutamakan sesama Islam dahulu kerana dapat melaksana ibadat jualbeli,dapat bantu orang Islam lain yg berniaga mencari rezekinya,dapat bantu anak isterinya,pekerjanya dan dapat menyokong pengeluaran serta pasaran barangan orang Islam.Sudahlah Islam ditekan dari berbagai penjuru,apakah kita sendiri menekan masyarakat Islam dengan tidak menyokong pembelian dari orang Islam sendiri,sedangkan hak utk membeli di tangan kita.Jika orang Iskam sendiri tidak menyokong saudara seagamanya,siapa lagi yg diharspkan. Keadaan ini lebih parah bila disebutkan ada supermarket yg menyumbang kpd Yahudi atau mempujyai kaitan dg Yahufi yg memusuhi Islam,atau menjual barangan yg dikeluar oleh syarikat yg membantu Yahudi.Mungkin kita rasa ada class shopping di hypermarket,menolak troli dg bangganya,tetapi disebalik itu kita melupakan tangisan masyarakat Gaza.Kita mungkin terlepas pandang pakcik makcik tua yg seagama dg kita yg bersila di pasar minggu menjaja untuk sesuap nasi,untung sepuluh dua,kita mungkin terlupa ada ibu tunggal menunggu pembeli nasi lemak atau kuih di pinggiran market,ada anak muda menjaja pakaian dlm khemah,dan berbagai peniaga yg seagama dg kita yg hanya mampu bertapak di pasar minggu,ditepi jalan,ditepi longkang.Tetapi kita bawa seluruh perbelanjaan kita dilambak kpd satu taukeh hypermarket shj yg bukan seagama dg kita atas nama keselesaan untuk membeli belah. Apakah kita tidak terasa suatu hari di akhirat nanti,akan ada peniaga muslim mengadu kpd Allah,"Ya Allah dunia dulu aku telah berusaha untuk berjual beli,bermuamalah untuk melaksana tuntutanMu,tetapi saudara seislamku tidak memperdulikan aku,bahkan mereka lebih rela membeli dg mereka yg bukan seagama dgku bahkah yg memusihi agamaMu."Ingatlah setiap kita ada tanggungjawab bukan hanya pd diri tetapi juga kpd masyarakat Islam.Bila Allah menetapkan ilmu dan kaedah jual beli sebagai suatu ibadat,barmaksud kita patut mendahulukan jualbeli sesama Islam,bermuamalah sebsgai ibadat. Korbankan sedikit ketidakselesaan membeli di pasar minggu demi agama,demi membantu masyarakat Islam,tentu dibalas dg ganjaran yg lebih baik dari keselesaan menyorong troli di supermarket.Betulkan niat utk membantu masyarakat Iskam moga panas terik,kotoran pada kasut,lenguh jari bergantungan uncang plastik akan gandakan ganjaran oleh Allah.Belilah tanpa terlalu berkira tentang kualiti barang dg niat menyokong dan membantu peniaga muslim,kerana ini lebih baik dari kita yg bersifat mementing diri dari tuntutan agama.😡abdghaniharon😢😴😮😣 Saya tidak mengajak anda memulau supermarket kerana bukan semua barang ada dipasar minggu,tetapi agihkanlah sebahagian keperluan yg boleh diperolehi dari peniaga muslim,kita membeli dari peniaga muslim.Buah-buahan,sayuran,barangan dapur,kuih,ikan antara contoh barangan yg dijual oleh orang Islam.Bukan sahaja pasar minggu,tetapi dimana sektor niaga yg ada orang Islam berniaga,pilihlah untuk nengutamakan mereka.Disamping itu,orang Islam sendiri patut membina niaga yg membolehkan ujud pilihan kpd masyarakat Islam. Saya ingin mengajak anda semua mempertimbangkan untuk mengutama pembelian di kalangan masyarakat Islam, barangan keluaran masyarakat Islam.Jangan hanya melihat aspek selesa,qualiti kerana kita akan ditanya dan dituntut di hari kemudian.Janganlah bagai kera dihutan disusi,anak dipangkuan diletakkan.abdghaniharon

Friday, 27 November 2015

SOLATLAH KAMU DI BELAKANG IMAM SEBELUM KAMU DISOLAT DI HADAPAN IMAM

SOLATLAH KAMU DI BELAKANG IMAM SEBELUM KAMU DISOLAT DI HADAPAN IMAM Ketika membelek apa yang tertulis dipapan kenyataan sebuah surau,saya ternampak dua potong ayat yang agak besar tulisannya.SOLATLAH KAMU SEBELUM KAMU DISOLATKAN.Satu ayat lagi.SOLATLAH KAMU DI BELAKANG IMAM SEBELUM KAMU DISOLAT DI HADAPAN IMAM.Satu peringatan yang baik supaya kita bersolat sebelum kita menjadi jenazah dimana kita akan disolatkan,peringatan untuk bersolat berjemaah kerana mau tak mau suatu masa kita akan tetap diusung ke masjid atau surau untuk disolatkan secara berjemaah. Bersolatlah,jangan sesekali tinggalkan solat.Saya nak meninjau di disini dari aspek mengapa Allah perintahkan manusia yg mati yg mengaku Islam kena disolatkan,walau dlm hidupnya tidak bersolat.Disinilah tampak pentingnya bersolat,hingga telah mati pun Allah perintah disolatkan. Dalam rukun solat jenazah,jemaah yg bersolat wajib menyebut doa Allahummaghfirlahu,ya Allah,ampunilah jenazah ini,jelas menunjukkan bahawa insan lain boleh memohon keampunan untuk sesesama Islam,jika tidak mengapa Allah tetapkan sebagai rukun dlm solat jenazah untuk memohon ampun kpd jenazah yg disolatkan.Soal nak diampun atau tidak,itu urusan Allah,urusan kita mohon ampun dlm solat jenazah.Tentunya lebih afdal yg memohon ampun itu anak pinak,saudara mara terdekat. Hadis nabi yg diriwayat dlm Sahih muslim menyebut kelebihan jika jenazah disolatkan lebih 40 orang.Saya petik sebahagian hadis di mana Ibnu Abas berkata.....aku telah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Tidaklah seorang muslim meninggal dunia, dan disolatkan oleh lebih dari empat puluh orang, yang mana mereka tidak menyekutukan Allah, niscaya Allah akan mengabulkan do’a mereka untuknya.’ (Shahih Muslim : 948 – 59 )Inilah penting ramai yg bersolat jenazah,dan disuruh oleh nabi supaya mereka berziarah jenazah supaya melanjutkan ziarah hingga bersolat jenazah untuk membantu simati,disamping itu ganjaran yg besar juga kpd yg bersokat jenazah.Perhati hadis dibawah Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menghadiri jenazah sehingga jenazah itu disembahyangkan, maka dia seolah-olah mendapatkan satu qirat (qirat adalah kinayah bagi ganjaran pahala yang sangat banyak) dan sesiapa yang menghadirinya sehingga jenazah itu dikuburkan, maka dia mendapat dua qirat. Sahabat bertanya: Apakah dua qirat itu? Baginda s.a.w bersabda: Seumpama dua gunung(HR Muslim)☺abdghaniharon☺ Maka jika kasih kita kpd mereka yg dijemput Allah,hadirlah solat jenazahnya,atau mohonlah keampunan kepadanya. Ingatlah,dalam hidup kita perlu orang lain,kita perlu jamaah,kita perlu ikatan kasih sayang dg orang lain supaya bila kita mati,ada ramai yg akan solatkan jenazah kita dg hati yg ikhlas,ramai yg memohon agar Allah mengampunkan dosa kita.Jika ada seorang shj dari yg ramai memohon ampun kpd kita dan Allah menerima permohonannya mungkin kerana dia insan dikasihi Allah,mustajab doanya,maka dosa kita akan terampun.Sebab itu orang suka mati ditanah suci dimana ramai yg bersolat jenazah dan mungkin ramai antara mereka adalah hamba yg dikasihi Allah,yg memohon ampun untuk jenazah.Tetapi kaedah mengupah orang bersolat jenazah disesetengah tempat di negara kita adalah kurang tepat,sebaliknya lebih baik masjid mendidik anak qariah untuk membiasakan diri hadir solat jenazah seperti bersolat jumaat. Sedih melihat jenazah disolatkan 5 -6 orang shj,sedangkan yg ziarah beratus orang.Ingatlah,solat jenazah adalah peluang terakhir kita untuk mendapat keampunan dari Allah dg pertolongan manusia lain.Maka peliharalah hubungan yg baik sesama insan supaya mereka akan berdiri dlm saf solat jenazah kita.Maka dlm hidup kita juga,jangan diabai solat jenazah,moga bila kita atau ahli krluarga pula jd jenazah,orang lain tak abaikan.Didiklah anak supaya bersolat jenazah moga bila kita jd jenazah,anak kita berada dlm saf,bukan hanya menunggu dikubur dg cangkul ditangan untuk menimbus tanah shj.Setelah dikubur kita hanya mengharap doa anak-anak, sedekah jariah dan ilmu yg diajar dan dimanfaatkan oleh orang lain.abdghaniharon

Thursday, 26 November 2015

MALULAH UNTUK TERUS MEMINTA-MINTA

MALULAH UNTUK TERUS MEMINTA-MINTA Suatu petang kakak saya yg menziarahi anak saya yang menderita bone cancer dan saya pula rosak buah pinggang memeluk anak lelaki saya dalam tangisan lalu menyebut,"Mintalah doa,moga disembuhkan."Saya bingkas bangun meninggalkannya dalam esakan.Saya teringat kisah nabi Ayub yg diuji berbagai perkara termasuk penyakitnya yg ada riwayat mengatakan hingga 18 tahun.Pada suatu hari Siti Rahmah,isteri nabi Ayub berkata kepada Nabi Ayyub: “Engkau adalah seorang Nabi yang mulia terhadap Tuhanmu, seandainya engkau berdoa kepada Allah swt supaya Dia (Allah) menyembuhkanmu?” Kata Nabi Ayyub: “Sesungguhnya saya merasa malu kepada Allah swt, untuk meminta kepadaNya sebab waktu cubaanNya belumlah memadai dibandingkan masa senangku.” Mari kita merenung sedikit iktibar dari kata-kata nabi Ayub ini,yg merasa malu meminta Allah mengangkat ujian kesusahannya kerana masa senang yg telah diberi lebih lama dari itu.Lihatlah pada diri kita,sedikit diuji dg sakit,bertali arus berdoa minta disembuhkan,sekali diuji kepayahan,meronta bagai pelanduk terkena jerat minta dilepaskan,berendam air mata melahirkan kesedihan. Hakikatnya jika Allah beri ujian,tentu Allah ada tujuan,ada masa,ada tahap kepayahannya,bukanlah semudah diberi ujian,kita berdoa,terus baik,Maka tujuan Allah beri ujian tidak tercapai.Kena sakit,berdoa,terus baik.Hakikatnya ujian Allah menguji keimanan, kesabaran,rasa bersyukur.Maka bila diuji dg kepayahan seperti penyakit,ambil iktibar dulu utk membina kesabaran,keimanan,rasa bersyukur atas nikmat sebelum ini dan redo,itulah yg lebih baik dari segera memohon disembuhkan kerana inilah tujuan Allah menguji kita.😣abdghaniharon😕 Seperkara lagi,bila Allah memberi ujian,sebaiknya kita tidak mengajar Allah atau menentukan bagaimana Allah kena buat untuk kita dlm berdoa.Bila diuji dg sakit,sebaiknya kita tidak meminta disembuhkan,seperti contoh nabi Ayob merayu kpd Allah. "Dan Nabi Ayub, telah berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani”.Nabi Ayob tidak mohon kesembuhan,tidak minta supaya Allah buat buat itu ini kpdnya tetapi Nabi Ayob hanya memuji Allah dengan sifat kasih sayangNya.Janganlah tentukan apa yg Allah kena buat untuk kita dlm berdoa tetapi,sebutlah dg sifat Allah yg menjurus kpd permintaan kita.Bila meminta rezeki mohonlah dg sifat pemberi rezeki,bila dizalimi,mohonlah dg sifat yang maha Adil,bila mohon keselamatan,mohonlah dg sifat maha Melindungi.Bukankah itu lebih beradab dalam meminta pertolongan.😅abdghaniharon😅 Iktibar lain dari peristiwa nabi Ayob ini ialah betapa kita kena bersyukur atas nikmat terdahulu yg Allah beri sebelum terus meminta-minta.Jika nabi Ayob merasa malu dg Allah untuk terus meminta,kita sepatutnya juga kena merasa malu untuk terus meminta terutama kpd perkara kenikmatan hidup.Bila diberi pekerjaan,posting ke tempat yg jauh,bersyukurlah dapat kerja,Allah dah tentukan rezeki kita disitu,redolah dan sesuaikanlah diri.Janganlah meronta,kerabat tangga kementerian sana sini nak bertukar balik ke pejabat depan rumah.Terima hakikat,ini ketentuan Allah.Mohonlah Allah beri kekuatan,mudahkan,mungkin setahun dua,Allah akan ubah.Istiqamahlah dulu pada apa yg Allah tentukan.Berapa ramai yg tak dapat kerja walau ada degree.Malulah kpd Allah untuk terus tidak berpuashati dg takdirNya. Kita dok minta umur panjang,tak rasa malukah kpd Allah dg umur yg telah dilalui ini, banyak mana kebajikan telah dibuat.Kita selalu minta tambah rezeki,tidak malukah berapa banyak yg Allah telah beri,ratus ribu,mungkin juta,berapa banyak yg jadi kebajikan,jadi sedekah jariah berbanding yg jadi najis yg keluar dari perut.Kita selalu minta sihat berpanjangan,tak terasa malukah, Allah telah beri sihat begitu lama,tetapi ibadat sebanyak mana,kita selalu minta kejayaan,entah berapa banyak kejayaan yg Allah beri,tetapi berapa banyak pula persiapan untuk berjaya diakhirat yg kita buat. Mintalah keteguhan iman,ketakwaan,ditambah ilmu dan kekuatan untuk beribadat berterusan tanpa rasa malu,melebihi permintaan untuk hidup.Saya nak mengajak anda merenung apa yg saya titipkan ini ditahap sedikit lebih tinggi dari platform biasa,nak ajak anda mengangkat sedikit darjat keimanan untuk menjadi insan yg merasa malu dg tuhannya,dg apa yg dianugerahkanNya,lalu kita menjadi hamba yg bersyukur dan sangat bersyukur.Tidak sia-sialah Allah menceritakan kisah nabi Ayob,melainkan untuk menjadi teladan kpd mereka yg mahu berfikir.abdghaniharon

Wednesday, 25 November 2015

ANTARA UPGRADE KHEMAH DENGAN TAMBAH JEMPUTAN

ANTARA UPGRADE KHEMAH DENGAN TAMBAH JEMPUTAN Sepasang suami isteri yg datang berjumpa saya untuk berbincang kontrak kenduri kahwin anak mereka,bertekak dihadapan saya.Si isteri nak upgrade khemah dg scallop,banquet bersarung,tudung meja double layer,tetapi disuami yg juga seorang motivator ,mahukan perbelanjaan upgrade itu ditambah kpd makanan,dijemput lebih ramai orang.Akhirnya mereka memberi laluan kpd saya untuk memberi pandangan,saya kongsikan bersama anda. Kita balik kpd asal kenduri kahwin,ianya adalah sunnah nabi, kenduri kahwin termasuk dlm kenduri yg digalakkan yg disebut walimah,selain dari kenduri aqiqah,kenduri selamat dari bermusafir dsbnya.Jadi kenduri itu ibadat,maka biarlah terlaksana menurut tuntutan agama,tuntutan sunnah, jangan dicampuraduk dg perkara membazir,lagho dan berdosa. Jangan pandang kenduri itu pada aspek jamuannya shj tetapi Allah beri ganjaran lebih besar pada aspek lain.Niat berkenduri sudah jadi kebajikan,bersiap menguruskannya sudah jadi kebajikan.Berziarah rumah ke rumah untuk menjemput atau menghubungi dg alat komumikasi,diberi kebajikan kerana menjalin ukhwah dan silaturrahim.Setiap sen yg terbelanja,setiap titik peluh dan kepenatan,menjadi amal kebajikan.Setiap tetamu yg hadir yg bertegur sapa,makan bersama dan berkenalan hingga terjalin ukhwah, maka ini menjadi kebajikan yg besar kepada tuan kenduri kerana menjalin ukhwah dan silaturrahim.Lagi ramai yg hadir,lagi banyak jaliban ukhwah dan silaturrahim,lagi besarlah kebaikan kpd tuan rumah.Inilah yg lebih utama.Bukan lagi besar kenduri,lagi megah diri kita. Makanan yg disedia akan menjadi sedekah jariah,sebab itu jangan ditinggal fakir miskin yatim kerana mereka patutnya menjadi vip dalam majlis jamuan kita.Cenderamata yg diedar bagai hadiah juga menjadi kebajikan tetapi biarlah cenderamata yg berguna,bukannya makanan ringan yg tinggi serbuk perasa,barangan kecil yg akhirnya menjadi sampah. Pengantin sebaiknya tidak duduk terlalu terasing hingga tetamu sukar menemui mereka kerana sunnah mengucapkan tahniah dan doa kpd mereka.Tetapi tetamu dilarang mendoakan"semoga bahagia dan banyak anak" kerana ditegah oleh nabi tetapi berdoalah" Baarakallahu laka wa baarakaa ‘alaiyka wa jama’a baiynakumaa fii khoir(mudah-mudahan Allah memberimu keberkahan, mudah-mudahan Allah mencurahkan keberkahan atasmu dan mudah-mudahan dia mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan”. (Hadits shahih riwayat Ahmad )Lagi banyak tetamu yg berdoa,moga lebih berkat,jangan jadi pengantin yg duduk atas singgahsana pelamin macam tongkol kayu yg melihat orang,tak ada faedah dan berdosa mempamer diri. Bukan cantiknya khemah,dewan,gerbang dan laluan pengantin yg patut jd keutamaan bimbang terjatuh ke maksud membazir.Bukan pelamin dan muzik yg memekak yg patut digahkan kerana ia cenderong kpd berdosa dan mengheret orang lain ke arah dosa. (Ada kawan saya yg membatalkan kehadirannya jika ada muzik atau pelamin).Jangan letakkan suasana tetamu menjadi serbasalah dengan menyiar bacaan quran ditengah majlis kerana bila quran dibacakan,diperrintah diam mendengar sedangkan ini majlis jamuan.Doa pengantin juga patut tidak dilafaz oleh dj dengan loud speaker kerana menjadikan tetamu yg sedang makan serba salah,jika teruskan makan nanti orang kata tak ada adab,nak angkat tangan berdoa,tangan belemoih dg kuah gulai,memadailah berdoa kalangan mereka yg mengiringi pengantin.Hakikatnya orang yg sedang makan, teruskan makan kerana dlm agama jika makanan telah tersedia,disuruh makan mendahului solat,tetapi kita selalu mendahulukan adat dan fikiran kita dari agama.😡abdghamiharon😡 Seperti saya sebut diatas,bila berkenduri,tuan rumah mendapat pahala yg besar kerana jalinan ukhwah dan silaturrahim dikalangan tetamu yg hadir.Biarkan mereka berbual,bertanya khabar,jangan biarkan muzik membunuh jalinan ini kerana bunyi yg memekak telinga, jangan biar dj seorang yg menguasai majlis hingga semua orang kena dengar percakapannya yg banyaknya merapu dan mengulang hal sama.Rugilah mereka yg membiar kenduri mereja tidak menjadi kebajikan yg besar bahkan bahkan menitip dosa. Nak ajak pembaca semua merancang supaya majlis walimah kita menjadi kebajikan yg besar sesuai dg belanja yg dikeluar,tenaga yg dihabiskan. Jangan jadikan ia sia sia dan tercatat dosa.Nak ajak pembaca semua menjadi tetamu majlis walimah yg mendapat ganjaran kebaikan bila berkunjung ke majlis walimah dg jalinan ukhwah,adab majlis dan doalah utk pengantin,jangan kadar hadir mengisi perut,atau bersungut tentang kekurangan majlis.Bila meninggalkan majlis,tanyalah diri,apa kebaijan aku dah buay di sini,apa keburukan aku perolehi dan buat disini.abdghaniharon Akhirnya saya menyokong sisuami yg mahu menambah jemputan atas hakikat itu lebih baik dari upgrade khemah.

Tuesday, 24 November 2015

MENGAPA LETAK KERETA JAUH DARI TANGGA MASJID?

MENGAPA LETAK KERETA JAUH DARI TANGGA MASJID? Seorang haji kelihatan memandu masuk ke kawasan masjid mungkin untuk singgah bersolat kerana waktu zohor sudah hampir.Dia kelihatan meletakkan kereta jauh dipenjuru kawasan masjid.Seseorang yg duduk di balai lintang masjid kemudian bertanya kpd haji itu,"Apa sebab haji pi letak kereta jauh di penjuru,di depan sini kan kosong?"Haji itu menjawab selamba,"Bukankah nabi menyebut setiap langkah ke masjid,moga diampun satu dosa dan ditingkat satu darjat.Saya datang dengan kereta,saya nak ambil juga kelebihan kata-kata nabi dengan berjalan dari tempat saya letak kereta ke atas masjid."Subhanallah!☺abdghanihaton☺ Kalau ramai yg berfikiran sprt haji ini,parking depan pintu masjid akan kosong,tetapi banyak orang silap perkiraan. Jangan biarkan kemudahan yg ada pada kita menyebabkan ibadat kita menjadi ringkas,menjadi kurang pahala.Seperti yg haji sebut,dia tetap nak mengambil sunnah berjalan ke masjid walau dia ada kemudahan.Jika ada orang berhujah,pergi masjid dg kereta atau motor tetap diberi ganjaran,tentu tidak sama dg orang yg berjalan kaki kerana susah payahnya dan menepati sunnah.Maka haji ini dilihat sangat menghalusi hal ini,berpadalah dapat sedikit berjalan kaki walau hanya dari tempat letak kereta ke tangga masjid. Saya biasa membawa van jenazah dan meletak jauh sedikit dari rumah supaya jenazah boleh diusung sekejap sebelum dinaikkan ke van dengan tujuan ada orang yg boleh mendapat ganjaran kerana mengusung jenazah itu besar ganjarannya.Lihat di Mekah,berebut mereka menghulur tangan utk tumpang mengusung jenazah.Jadi usunglah jenazah untuk beberapa jarak untuk mengambil ganjaran,jangan dibiar kpd seorang pemandu van sahaja memperoleh ganjaran.Bukankah ini lenih baik,lebih halus perkiraannya dlm merebut ganjaran dari Allah,walau kita ada kemudahan van yg boleh rapat ke pintu rumah. ☺abdghaniharon☺ Berkenduri walimah atau petkahwinan adalah ibadat.Kita boleh menjemput dg teknologi sms,whatsapp,dll.Maksud jemputan tetap sampai.Tetapi jika kita berkunjung kerumah tiap orang yg nak dijemput,bertemu dg tiap orang yg nak diajak seperti masa dulu tentu lebih akrab,lebih menjalin ukhwah dan silaturrahim,lebih menjadikan yg dijemput rasa nak hadir dan tentulah Allah memberi ganjaran yg lebih kerana bukan shj mendapat pahala menjemput,terapi pahala menghubung ukhwah dan silaturrahim.Jadi jangan biar teknologi menutup sebahagian pintu berbuat baik,berbuat kebajikan.Memang kita rasa mudah,tetapi kita kerugian.Ibadat memang memerlukan pengorbanan,kudrat tulang empat kerat.Teknologi tidak boleh mengganti ibadat,alat tak boleh menjana pahala bagi kita. Ada orang pasang cd bacaan quran untuk memulakan majlis,memberkati majlis,bukankah lebih baik dibaca sendiri walau surah terpendek.Membiar teknologi mengambil alih bacaan quran mungkin sedikit sebanyak memyumbang ke arah orang malas baca quran.Lihat sahaja merata masjid yg memasang cd bacaan quran,bukan dibaca secara life.Anak saya dulu biasa tanya,kalau pasang cd baca quran,pahala dapat kpd siapa?Bila berumrah,sedapatnya cubalah berjalan dari berkereta roda.Bahkan kini telah ada mesin beroda dua yg kita boleh berditi diatasnya dan bergerak,suatu hari mungkin teknologi ini akan diguna ditawaf dan saie,siapa tahu.Tapi takkan sama dg berjalan kaki bertawaf dan saie. Bila makan,sebaiknya gunakan tangan.Itu sunnah dan ada kelebihan.Tetapi ada orang suka guna sudu,garfu,chopstik dll.Terpulanglah,tetapi bila berada dlm situasi keislaman, situasi di rumah atau majlis yg sesuai,pilihlah yg terbaik iaitu makan dengan tangan pada makanan yg sesuai mengguna tangan.Itu lebih baik.Ilmu kini boleh dituntut dg alat komunikasi hingga tidak perlu kita keluar rumah menerusi internet.Tetapi rebutlah sunnah berguru secara bersemuka supaya lebih mantap,lebih faham.lebih berkat dengan menghadiri juga kuliah di masjid dan surau atau tempat pengajian.Berguru dg berdepan tentu lenih besar ganjaran dari berguru dirumah sendiri. Banyak lagi jika nak disebut hal kemudahan dan teknologi yg menghakis ganjaran pahala kerana kita nak jadi mudah.Ingatlah,kemudahan dlm ibadat banyak menyebabkan kurangnya ganjaran.Ibadat tidak boleh diganti dg alat ciptaan,ia perlukan pengorbanan,usaha.Saya nak mengajak anda semua berfikir untuk lebih teliti dan "berkira" dalam melakukan ibadat supaya lebih sempurna,lebih ganjaran,lebih keberkatan,bukannya lebih mudah.abdghaniharon. Catatan.Tidak diizin copy dg meninggalkan nama penulis.

Monday, 23 November 2015

UNTUNG YANG NAMPAK DAN TIDAK NAMPAK

UNTUNG YANG NAMPAK DAN TIDAK NAMPAK Seorang pekerja syarikat catering saya memberi pandangan kepada ssya,"Buat apa cikgu ambik kontrak menyedia makan yg kecik,kerja banyak,untung ciput saja."Saya jawab di sini untuk satu kelainan pemikiran tentang untung niaga moga anda dapat sama berfikir." Perniagaan atau muamalah adalah ibadat jika diaksana menurut hukum yang ditetap Allah.Kita kerap melihat muamalah sebagai perniagaan untuk mendapat untung duniawi sahaja,wang ringgit,untuk mencari makan,tetapi kita terlupa perniagaan sebagai ibadat bagi memenuhi tuntutan muamalah.Dengan itu kita hanya melihat perniagaan sebagai untung duit tidak nampak untung dari segi ibadat.Bila berlaku satu urus niaga,peniaga itu mempunyai untung duit dan melaksana muamalah,dg itu walau kecil urusniaga,kecil untung duit,tetapi besar untungnya pada sisi Allah kerana dapat laksana muamalah. Menolak urusniaga kecil dikhuatiri ibarat menolak rezeki Allah yg kita anggap kecil.Untung seringgit dua,sepuluh dua,dipandang remeh kerana mensasar untung seratus dua,seribu dua.Hakikatnya kecil atau besar,Allah yg kurniakan,terimalah dengan penuh syukur.Menolak rezeki yg kecil dikhuatiti Allah tidak beri rezeki yg besar kerana kita tidak bersyukur,menghina rezeki yg sedikit. Banyak orang terlupa perkara ini dlm menghambat untung.Biarlah untung sikit,tetapi kita bersyukur kerana banyak belum tentu cukup,sedikit belum tentu tidak cukup,yg penting keberkatan dan sumber keberkatan rezeki ialah bersyukur kerana Allah menyebut",jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahkan lagi nikmatKu."Moga dari kesyukuran yg terlahir dari urusniaga yg kecil,Allah datangkan rezeki yg lebih besar,urusmiaga yg lebih besar,yg ganjaran berganda.☺abdghaniharon☺ Hakikatnya,semua bermula dari yg kecil.Berniagapun bermula dg untung yg kecil.Dari situlah Allah menambah reseki sedikit demi sedikit,menjadi untung bertambah, urusniaga makin besar.Maka jangan perkecilkan untung yg sedikit kerana kita biasa melaluinya.Mungkin yg untung sedikit ini ujian Allah supaya kita tidak lupa diri,supaya mengingat bahawa urusniaga itu ada untungnya yg lebih besar disisi ibadat walau tidak untung dunia.Teruskanlah bersangka baik kpd Allah dari setiap urusniaga sebagai rezeki dariNya tanpa mengira nilai duniawi,nilai rm. Saya juga mengira untung urusniaga dari aspek lain.Kita memenuhi permintaan dan cita-cita serta keinginan orang lain adalah juga satu kebaikan.Bagi saya,jika saya dapt mengurus satu jamuan yg baik yg memenuhi harapan tuan rumah,itu satu kenikmatan dan Allah beri ganjaran kerana menunai hasrat orang.Anda menjual suatu barang kpd pembeli yg berpuashati,tentu Allah beri ganjaran kerana menggembirakannya,memuaskan hatinya.Memenuhi harapan dan hasrat orang adalah satu amal kebajikan, walapun sekedar menepati kehendak apa yg dibeli atau dibayar.Jadilah peniaga yg baik yg mengira untung dunia dan akhirat. Marilah kita melihat niaga sebagai sunnah nabi yg untungnya dari berbagai aspek,bukan rm semata.Jika tidak untung rm,kita untung bermuamalah,untung memenuhi hasrat pembeli,untung bersyukur dg rezeki Allah moga dilain kali urusan niaga kita menjana rezeki yg lebih.Jangan bersungut berniaga tidak untung,untung kecik saja,jadilah peniaga yg bersyukur kerana kita ada untung disisi yg lain.Emak saya berniaga laksa dlm kampung ditahun 70an dulu masa saya masih sekolah yg untungnya dua tiga ringgit saja sehari, tetap meneruskan niaga hingga saya keluar universiti kerana berpegang kepada niaga sebagai sunnah,untung rm bukanlah tujuan utama,dapat beli tepung untuk menyorok(sarapan pagi) peknga esok pagi cukuplah, tetapi dpt memenuhi permintaan orang,dapat duduk berbual mengisi masa.Buatlah niaga walau kecil,walau untung sikit, dg niat menurut sunnah,mencari keredaan Allah..Ingatlah,bila ada urusniaga,kita sudah menjana untung,cuma nampak atau tidak nampak. abdghaniharon.