Tuesday, 22 September 2015
UBAH JADUAL HIDUP
UBAH JADUAL HIDUP UNTUK MENDAPAT YG LEBIH BAIK DARI DUNIA DAN ISINYA
Dalam beribadat,nabi juga memilih dan menunjukkan ibadat yg berbeza ganjarannya.Bagi kita yg tidak segigih nabi dalam beribadat,kekuatan yg ada sebaiknya ditumpu kpd ibadat yg lebih besar ganjarannya.Contoh antara buat kenduri arwah dg wakaf,lebih baik berwakaf..Walaupun ada orang akan berkata,kita ibadat bukan sebab nak pahala,tetapi apa pula tujuan nabi menyatakan berbagai ganjaran mengikut berbagai ibadat,melainkan utk menggalakkan dan memberi pilihan yg lebih utama,supaya ganjarannya lebih.Saya nak tumpu kpd hadis berikut:
Dari Aisyah berkata,"Rasulullah saw bersabda,' Dua rakaat fajar lebih baik dari dunia dan seisinya."
(HR. Muslim dan Tirmidzi) Besarnya ganjaran solat sunat fajar iaitu solat sunat qobliyah subuh atau sebelum subuh.Hinggakan nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak pernah memperhatikan shalat-shalat sunat melebihi perhatiannya terhadap dua rakaat fajar.” (Muttafaq Alaihi)
Maka saya nak mengajak semua memberi perhatian kpd sunat fajar ini.Bangun sedikit awal supaya sempat bersolat sunat sebelum solat subuh.Kita menunggu terbit matahari untuk menghambat dunia,bukankah lebih baik kita dapatkan dulu yg lebih baik dari dunia dan isinya dg solat dua rakaat sebelum mengharung dunia di hari tersebut.Dan tentunya yg lebih baik melaksanakan juga solat sunat 2 rakaat sebelum dan selapas zohor,2 rakaat sebelum asar,2 rakaat selepas maghrib dan 2 rakaat selepas isyak.😑abdghaniharon😑
Sebab itulah bangun di sepertiga akhir malam itu dituntut supaya boleh bertahajjud,membaca quran dan dapat bersolat sunat fajar sebelum solat subuh.Tidurlah awal selepas solat isya supaya bangun awal,kerana selepas isya badan telah lusuh,berjaga pun mungkin melayan nafsu dg menonton tv yg tiada faedahnya.Jika tidur jam 10 bahkan lebih awal,bangun pada 4.30 memadai setelah tidur 6 jam setengah.Ada masa satu setengah jam utk ibadat malam bersolat,membaca quran sekurang 1 juzuk dan dg itu qatam tiap 30 hari,setahun 12 kali.
Ingatlah pesan nabi,bila kita tidur syaitan merantai kita dg 3 rantai,bila terjaga,bangunlah dan sebut pujian bagi Allah terbukalah satu rantai,berwuduklah,terbuka rantai kedua dan seterusnya bersolat akan membebaskan kita dari ikatan rantai syaitan ini.Besarnya ganjaran bertahajjud,besarnya ganjaran solat sunat fajar menyebabkan syaitan begitu bersungguh menambat manusia supaya terlewat bangun,terlepas tahajjud,terlepas solat sunat fajar dan mungkin hanya mendapat subuh gajah (istilah emak saya yg marah anak kerana sembahyang subuh yg hampir naik matahari)
Akhirnya perhatikan hadis berikut:
Dari Abu Hurairoh,Rasulullah saw bersabda,"Janganlah kalian meninggalkan dua rakaat fajar walaupun kalian dikejar kuda(musuh)." (HR. Ahmad dan Abu Daud) Jelas menunjukkan terlalu utama solat sunat fajar.Marilah kita berazam utk tidak meninggalkannya dan mengubah jadual hidup untuk bangun dinihari.Ubahlah tabiat bangun jam 6 kepada bangun pagi jam 4.30 atau lebih awal..abdghaniharon.
Labels:
Ubah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment