Wednesday, 16 September 2015

ANTARA KETUPAT DAN LEMANG DENGAN PUASA HARI ARAFAH

ANTARA KETUPAT DAN LEMANG DENGAN PUASA HARI ARAFAH Minggu depan kita akan menyambut Aidil Adha,insyaallah hari khamis.Maka hari Rabu adalah hari Arafah,hari dimana mereka yg mengerjakan haji berwukuf ,tetapi mereka yg tidak mengerjakan haji disarankan berpuasa oleh nabi dan puasa itu disebut puasa hari Arafah.Saya nak mengajak pembaca semua merenung satu hadis nabi. Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang."(Riwayat Muslim) Besarnya ganjaran hingga tertebus dosa setahun berlalu dan akan datang.Maka marilah kita merebutnya,berpuasa pada hari rabu minggu depan sebelum hari raya.Bukankah selama ini kita beristighfar untuk menghapus dosa,setiap hari,ini kesempatan terbaik utk menghapus dosa. Bukankah setiap hari kita berbuat ibadat wajib dan sunat untuk mengumpul pahala agar dapat mengimbangi dosa yg dilakukan.Maka peluang menebus dosa setahun berlalu dan akan datang ini yg datang sekali dlm setahun,sebaiknya direbut.Berpuasalah pada hari arafah ini,sehari sahaja sebelum hari raya. Janganlah mengutamakan lemang dan ketupat,hingga tidak berpuasa kerana lemang dan ketupat tidak menjamin apa pun pd kita,tidak menghapus setitik dosa pun,tidak mencacat apa pun pada Aidil Adha.Nak buat lemang,buatlah, puasa,tetap puasa,itu yg terbaik,supaya tidak dikata lemang dan ketupat lebih utama dari ajakan nabi supaya berpuasa. Korban itu sunat,kena keluar duit lagi.Kenapa korban boleh buat walau kena keluar belanja,tetapi puasa tidak boleh.Kedua-duanya sunat.Bahkan janji nabi kpd ganjaran puasa hari arafah itu nampak lebih besar dari amalan korban. Sepatutnya kita mendahulukan puasa,dan yg terlebih baik melaksana kedua-duanya.☺abdghaniharon Jika kita boleh merancang nak buat korban berbulan-bulan dulu dg menyimpan duit,menempah lembu,bermuafakat untuk buat korban,mengapa tidak kita merancang untuk berpuasa pada hari arafah.Inilah yg dikata,kekadang kita salah pilih yg mana lebih utama,yg mana lebih ganjaran,yg mana lebih mudah.Lebih teruk ada orang sanggup buat korban diluar negara,(sedangkan dinegeri kita masih ada orang tinggal dlm khemah),sedangkan Allah tak janji ganjaran lebih pun buat dimana pun,bahkan adalah lebih baik mengagih daging utk fakir miskin saudara mara disekeliling kita kerana akan tanya diakhirat jika tidak dibantu mereka ini,tetapi tidak akan ditanya jika kita tidak membantu yg miskin diluar negara.Kalau komen panjang nanti ada yg marah,tapi sesekali terfikir juga bagai kera dihutan disusui,anak dipangkuan diletakkan,dagang lalu ditanakkan,anak pulang kelaparan. Berazamlah utk berpuasa hari arafah,ajak seluruh isi rumah.Mereka yg mengurus masjid,ajaklah anak qariah, imam masjid,selitkan peringatan kpd anak qariah dlm qutbah jumaat minggu ini,guru di sekolah,ajaklah murid berpuasa apalagi hari tu mereka bercuti,ketua pejabat,ajaklah dlm morning prayer,pesan pada kawan,pesan dlm fb,laungkan keseluruh umat Islam yg diluar Arafah.Ingatlah nabi berpesan "Sampaikan dari aku walau satu ayat".Sampaikan disini bukan bermaksud pesan yg baik sahaja,tetapi mengajak apa yg nabi ajak juga adalah termasuk dalam sampaikan, ballighuni walau ayat.abdghaniharon

No comments:

Post a Comment