Tuesday, 29 September 2015

TEGURAN BOLEH DATANG DARI SIAPA SAJA

TEGURAN BOLEH DATANG DARI SIAPA SAJA Dalam hidup ini kita pasti akan buat silap,terlalai,kerana itu sifat yg ada pada manusia.Dengan itu Allah menyuruh kita saling membetulkan,mengingatkan.Peringatan ini bukan mesti datang dari orang yg alim shj,bukan mesti dari orang yg tua shj,bukan mesti ustaz dan orang berilmu shj,tetapi kekadang Allah datangkan teguran melalui seorang kawan,orang tak dikenali atau siapa shj.Saya berikan dua contoh pengalaman saya ditegur oleh seorang pelajar dan seorang kontraktor Cina bukan Islam. Semasa menjadi Penolong Kanan di sekolah dulu,suatu hari saya dapati dua pelajar lelaki bertumbuk dalam kelas ketika saya memasuki kelas.Kedua-duanya saya panggil ke depan dan mula bertanya sebab bergaduh.Masing-masing menuduh lawannya bersalah.Tiba-tiba seorang pelajar perempuan bangun dan mencelah,katanya,"Cikgu,saya rasa mereka berdua tak bersalah. Yang bersalah ialah cikgu."Saya terkejut,darah menyirap.Pelajar lain juga kelihatan terkejut bahkan ada yg pucat muka mungkin takut kena marah.Pelajar itu kemudian menyambung,"Sebab cikgu masuk lambat ke kelas." Pelajar itu segera duduk,dia memandang saya dg senyuman tetapi nampak juga ketakutannya..Saya rasa seperti Gunung Jerai nenghempap dikepala.Malu tetapi bersyukur ketika itu Allah sertakan kesabaran dan akal untuk bertindak cara yg benar.Saya minta maaf,memuji pelajar perempuan itu cara berseloroh utk cover malu dan melepaskan dua pelajar yg bergaduh itu.Bila balik ke bilik guru,saya benar-benar rasa bersalah kerana terlupa jadual hari itu hingga terlewat masuk kelas.Allah datangkan keberanian kpd pelajar itu utk menegur saya. Kisah kedua,ketika mengemukakan pindaan plan rumah saya yg nak dibuat oleh seorang kontraktor Cina,Ah Seng,dia meneliti seketika plan tersebut lalu bertanya,"Cikgu,mau tanya sikit, itu kiblat arah mana?"Saya dan isteri heran juga dg pertanyaan ini tapi cepat menunjuk arah dalam plan.Dia menyambung,"Itu macam,saya minta maaf cikgu.Lu orang Islam tarak boleh berak kencing mengadap kiblat.Dalam ini plan,lubang tandas itu mengadap kiblat loo.Lagi pula,kedudukan tandas pun kurang cantek,depan kiblat.Saya pinda sikit ok ka?" Ya Allah!Saya langsung tidak terfikir perkara ini.Allah datangkan seorang bukan Islam untuk membetulkan.Dia mungkin mengetahui hal ini menerusi pengalamannya. Abu Ayyub Al Anshari berkata, “Rasulullah bersabda: “Jika salah seorang dari kamu masuk ke tempat membuang hadas, maka janganlah menghadap ke arah kiblat atau membelakanginya. Hendaklah ia menghadap ke arah timurnya atau baratnya.”(Bukhari). Walaupun ada pendapat yg lain hal mengadap kiblat ketika buang air, adab ini sebaiknya dipelihara sedapat mungkin,terutama bila kita membina rumah sendiri di mana kita ada pilihan.Nabi menyebut timur atau barat kerana hadis ini ditutur di Madinah,dimana kiblatnya di selatan,bagi kita kiblat dibarat, maka sebaiknya jangan membuang air mengadap atau membelakang kiblat atau arah barat.😢abdghaniharon😢 Bila kita ditegur,jangan cepat menjawab,melatah.Ambil masa untuk memikir isi tegurannya,mempertimbangkan kebenarannya.Jangan bina benteng untuk terus menolak dg alasan,dg kemarahan atau takut terasa malu.Paling kurang,jika kita tidak bersetuju pun,diam sahaja,berikan senyuman untuk kita berlapang dada.Kecuali jika teguran itu nyata salah, bertentang hukum,perbetulkanlah kembali dg baik.Jika teguran menyakitkan hati,tinggalkanlah tanpa perlu dibalas,kerana jika dibalas,kita sama seperti dia. Muhasabahlah diri,suatu masa Allah akan datangkan seseorang menegur dan membetulkan kita.Itu suatu rahmat dan kasih sayangNya yg banyak orang terkeliru kerana tak sanggup malu.Jika kita menerima teguran yg baik,itu menepati doa kita 'tunjukkanlah kpd aku jalan yg benar' yg dibaca dlm surah al fatihah.abdghaniharon –

No comments:

Post a Comment