Tuesday, 1 September 2015
TEGURAN ALLAH KPD MC TIDAK SAKIT
TEGURAN ALLAH KEPADA MC TETAPI TIDAK SAKIT
Kisah ini berlaku ketika saya masih baru bekerja.Seorang sepupu ayah saya yg tinggal di Gunung Semanggol Perak,mengadakan kenduri kahwin hari Ahad dan dijemput saudara mara di Kedah.Hari ahad adalah hari berkerja di Kedah. .Kelaziman kenduri di Perak habis jam 3 petang,tidak sempat sampai jika pergi lepas balik sekolah.Jadi ambil keputusan mudah kerana masa itu jahil bab agama,dapatkan mc, kebetulan di Sg Petani waktu itu ada klinik yg jual mc,1 hari 4 ringgit,dua hari 7 ringgit.
Menjadi kebiasaan hadir kenderi salam berisi,saya sedia envelope duit untuk hadiah bersalam dg rm10 dan disimpan di poket seluar sebelah kiri.Sehelai note seratus dipoket sebelah kanan dg tujuan nak berhenti isi minyak,tetapi terlupa hinggalah sampai rumah kenduri.Semasa sampai,orang tengah ramai dan tuan rumah nampak sibuk menyambut tetamu.Bila dia melihat kami dia segera menerpa dan bersalam.Saya menyeluk poket sebelah kanan dan mengambil note seratus yg saya sangka envelopp lalu diserah dlm salam.Bila duduk nak memula makan baru tersedar,yg diberi dlm salam tadi note seratus,bukan envelope.Serba salah,takkan nak minta balik.Makan pun sikit,resah..Dlm wallet memang tak ada duit,duit rm 10 dlm envelope itu mungkin cukup untuk isi minyak nak balik,masa tu berserah moga boleh sampai ke rumah.Saya nak pesan jangan tersilap poket bila ke rumah kenduri.Saya pernah dengar cerita kawan terserah bil supermarket,surat pajak dll.
Dalam perjalanan balik,ada sekatan jalanraya oleh polis trafik.Saya tidak perasan tidak pakai tali pinggang keledar.Walaupun merayu,tetap disaman,terbang pula seratus dua lagi.Terasa malang sungguh hari itu.Bila duduk bercerita kisah itu dg seorang kawan, dia menyindir sambil gelak,"Padan muka hang,mc tapi tak sakit.Allah ambil balik gaji yg hang dapat hari tu kerana tidak kerja.Lain kali jangan ambil mc tipu,cuti sakit,tapi tak sakit."Serik sungguh dan itu adalah kali terakhir saya mengambil cuti sakit tapi tidak sakit.Allah menegur dg pembalasan ditarik balik rezeki hari tersebut dg tersilap selok poket dan kena saman..Alhamdulillah kerana Allah menegur,kalau dibiar,berulang lagi kesalahan ini.😈abdghaniharon😈
Maka saya nak mengingatkan diri saya dan pembaca agar berlaku jujur dlm tugas.Jika sakit baru ambil cuti sakit,jika tidak ambil cuti tahun,atau cuti sambilan bagi guru.Jika habis dah cuti yg berhak,tetapi kita perlu bercuti kerana tak dapat tidak,ambil cuti tanpa gaji atau,mohon belas ihsan ketua jabatan untuk melepaskan setelah kita hadir sekejap.Itu lebih baik dari menipu cuti sakit keeana gaji hari itu sudah tercemar.Jangan ambil mudah.Jika tidak hadir,beban tugas ditanggung orang lain,contoh guru akan ditanggung oleh orang lain yg kena relief.
Jika cuti sakit,duduk dirumah macam orang sakit.Jangan merayau,berjalan merata.Ada satu kes masa saya jd PPD dulu seorang guru kemalangan jalanraya disatu tempat yg jauh dari rumahnya dan dia memandu sendiri.Bila sisatan dibuat,sah ambil cuti sakit tapi tak sakit.Saya tidak ambil tindakan,tetapi menyindirnya dg kata, Allah dah ambil tindakan.Seorang guru lagi ke luar negara,ke sempada Thailand untuk berkahwin dg memberi mc.Bila isteri pertama mengadu,siasatan dibuat,didapati menipu mc,keluar negara tanpa kebenaran lalu dikena tindakan tatatertib disamping kena hukum mahkamah syariah.Sepatutnya klinik yg menjual mc tipu ini kena dilapor untuk membanterasnya kerana pecah amanah sebagai doktor,yg jd doktor dan beri mc tapi tak sakit tetap berdosa kerana pecah amanah dan berbohong,rezeki ibarat mencuri.
Marilah kita menjadi insan yg benar,yg semata-mata benar,yg berkata benar dan menegak yg benar.Jangan terantuk baru tengadah seperti yg terjadi pd saya,tetapi bersyukur Allah beri kesempatan utk bertaubat.Jika terantuk mungkin boleh bertaubat,tetapi jika terantu dan jadi arwah semasa menipu cuti sakit,akan terbawa hingga kehadapan Allah,mati ketika menipu.abdghaniharon
Labels:
Mc
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment