Saturday, 19 September 2015

MEMINJAM UNTUK BELI RUMAH DIAKHIRAT

MEMINJAM UNTUK BELI RUMAH DI AKHIRAT. Ketika menunggu giliran di Maybank,saya berbual dengan seseorang haji yang kebetulan duduk di sebelah saya.Bila ditanya tujuannya.katanya,"Saya datang minta pinjaman nak beli rumah yg besar sikit.Rumah yang ada sekarang sempit dan lama." Saya cuma mengangguk dan bertanya jumlah pinjaman,ratus ribu.Terfikir nak tanya dia satu soalan tapi tak tergamak.Maka saya tanya di sini,kepada anda semua. Soalannya,nampaknya haji ini tidak berpuashati lagi dengan rumah yang ada dan nak membeli rumah baru dengan meminjam,apakah dia telah ada rumah diakhirat?Apakah dia tidak rasa rumah diakhiratnya patut dibesarkan.Tidakkah dia terasa rumah yg nak dibeli didunia itu,akan diduduki sementara sahaja sedangkan rumah diakhirat nak diduduki selamanya.Jika ditimbang dari aspek ini,maka rumah yang diakhirat kena diutamakan dulu dari rumah yang didunia.Maka pinjamlah jika tak ada duit cukup untuk buat rumah diakhirat untuk bersedah jariah,wakaf pembinaan masjid,sekolah,rumah kebajikan dan sebagainya yang ibarat membina suatu amal kebajikan yg kekal menjadi milik kita selamanya untuk bekalan ke akhirat yang diandai bagai membina sebuah rumah. Bekerja tiap hari,berikhtiar itu ini untuk bina harta didunia yang hanya untuk menyuap satu mulut,yang menjadi busuk dan keluar sebagai najis,sedangkan kita tidak sekuat itu bekerja untuk cari harta akhirat yang tidak membusuk, sebaliknya terus baik disisi Allah untuk dimanfaat selamanya.Kita berusaha didunia untuk sihat,makan itu ini,telan ubat itu ini,tetaplah sihat itu sementara,suatu hari kita akan tua dan mati jua,tetapi kita tidak berusaha untuk tidak sakit diakhirat dengan tidak berbuat maksiat,engkar perintah Allah dan disiksa di neraka.Kita begitu berusaha untuk naik pangkat dalam pekerjaan,naik status dlm hidup, tambah kemewahan tetapi sekuat itu jugakah usaha kita untuk dapat darjat yang tinggi disisi Allah untuk hidup selamanya.☺abdghaniharon Lidah kita mudah mengaku kita kena seimbang antara dunia dan akhirat.Dunia jambatan akhirat.Jika demikian kenapa bila kita sanggup meminjam untuk beli rumah,beli harta di dunia yang ansurannya hingga ke mati,kita tak sanggup meminjam untuk berbuat kebajikan demi membina tempat tinggal yang baik diakhirat?Jika boleh berdiri dan duduk 8 jam sehari ditempat kerja demi kelansungan hidup didunia, kenapa tak seimbangkan untuk duduk dan berdiri mengadap Allah dimalam sepi utk bertahajud,membaca quran,meskipun sekedar beberapa minit demi kelangsungan hidup yg kekal diakhirat..Jika didunia melabur dlm ASB hingga sanggup meminjam,dlm saham,emas,dsbnya,mana dia pelaburan untuk akhirat.Yang banyaknya orang melabur utk akhirat dengan lebihan belanja seringgit dua utk tabung masjid,sumbangan wakaf dll,kenapa tidak melabur dg banyak juga kerana janji Allah lebih besar dan tetap benar pada pelaburan yang ditawarkan. Akhirnya,kebanyakan kita termasuk saya hipokrit,berpura dengan Allah.Mengaku tetapi tidak buat.Mengaku dunia kena diseimbang dg akhirat tetapi neraca kita,timbangan kita banyak menipu.Apakah dg sembahyang 5 waktu,puasa sebulan dlm setahun,sedekah yg bagai memberi daging nyamuk yg nipis yg lekat pada kulit lembu,bukan daging pejal dari peha, itu sudah dipandang seimbang dunia dan akhirat. Jom kita pejam mata seketika,betulkah aku telah seimbangkan antara dunia dan akhirat dg membanding masa ibadat dg pekerjaan,harta didunia dg amal kebajikan utk akhirat,simpanan dan pelaburan dunia dg simpanan dan pelaburan akhirat.Renungkanlah.Siapa berani meminjam utk bina masjid,sekolah agama,rumah kebajikan?Sila fahami tulisan ini sebagai bandingan utk bermuhasabah,utk menjadi lebih baik. abdghaniharon.

No comments:

Post a Comment