Thursday, 17 September 2015

AKU BERBANGGA MENJADI ISLAM

AKU BERBANGGA MENJADI ISLAM Dalam satu mesyuarat ajk pibg,yg membincang agenda mesyuarat agung yg akan diadakan,seorang ajk mencadangkan dimulakan dg bacaan surah Fatihah dan doa dan ditutup juga dg bacaan surah Al Asr dan doa.Seorang lagi ajk membantah walaupun dia seorang Islam dg mengatakan majlis itu dihadiri oleh ibubapa bukan Islam juga,tidak perlu dan tak sesuai buat acara berbentuk Islam.Kebetulan seorang dari ajk adalah bukan Islam,berbangsa Cina.Beliau mencelah," "Saya rasa buguih baca itu doa minta tuhan tolong,apa salah kita mau buat perkara baik ."Yg membantah terus terdiam. Salah satu penyakit kita ialah malu nak mengamal Islam dikhalayak,rasa rendah diri,rasa lekeh,nanti dikata terlalu wara,jadi lebai,jd orang agama,jd pembangkang dsbnya. Maka diletakkanlah Islam dibawah dan didahulukan perkara lain .Islam tidak diterjemah dlm hidup dan tidak dijunjung.Mereka tidak merasa proud to be muslim,berbangga sebagai seorang Islam. Akibat dari rasa rendah diri ini,maka kerapkali tolakansur dibuat hingga mengenepikan Islam.Majlis yg diatur tidak berciri keislaman,tidak dibatas oleh yg dibenar oleh Islam kerana nak melayan yg bukan Islam,hingga kekadang yg bukan Islam pun tidak menghalang atau menuntut apa apa pun..Yg ganjilnya,jika acara keislaman digurgurkan,kerana menghormati bukan Islam,mengapa pula mengutama bukan Islam,kenapa kita yg Islam kena menurut kehendak mereka, kena mengalah?Ini yg dikata kita tidak menjulang agama yg kita pegang.☺abdghaniharon Tegakkan lslam walau dimana kita berdiri,walaupun hanya tinggal kita seorang shj yg Islam.Suarakan supaya hak kita diamal dan ditegakkan.Contoh jika mesyuarat berlanjutan, mohon berhenti utk solat,jika dlm rombongan,mohon diselit masa utk solat,program apa juga yg diatur,pastikan hak hak Keislaman dipatuhi.Jika kita seorang ketua,gunalah acuan dlm mengurus berdasar Islam.Bila kita membuat keputusan,utama Islam dari yg lain. Sepatuhnya bukanlah Islam yg kena sesuai dg keadaan tetapi keadaan kena sesuai dg Islam.Jangan kerana menghormati bukan Islam,agama diletak kesampingkan. Mereka yg bukan Islam yg kena sesuaikan diri.Begitu juga orang mengaku Islam,mereka yg kena mengubah diri dan apa yg dibuat supaya sesuai dg Islam. Perkataan Islam boleh disesuaikan dimana juga adalah tidak betul,tetapi sepatutnya semua perkara kena sesuai dg Islam.Hakikatnya pun Islam itu lengkap dan boleh dipraktik dimana juga jika kita mahu menjadi Islam . Saya biasa melihat seorang penumpang bas ekspress meminta berhenti seketika kerana dia nak bersolat Asar setelah bas yg bertolak sebelum zohor tidak berhenti lagi.Ada tetamu yg menegur DJ rumah kenduri yg tak menghormati azan bahkan disuruhnya memperingati tetamu yg waktu zohor telah masuk..Seorang Cina yg berurusan dg saya pernah berkata,"Macam mana saya mau percaya sama cikgu."Saya hanya menjawab,"Saya seorang muslim,saya tidak akan mungkir janji."Dia senyum dan mengangguk kepala.Proud to be muslim.abdghaniharon.

No comments:

Post a Comment