Wednesday 2 September 2015

EPISOB PENGORBANAN SEORANG ISTERI

EPISOD PENGORBANAN SEORANG ISTERI Ketika memandu untuk ke hospital,ternampak seorang lelaki menolak motorsikal ditepi jalan dikuti oleh seorang perempuan yg mendokong anak kecil di panas terik.Saya memberhenti kereta untuk tujuan menolong.Bila disapa,lelaki itu menjawab tayar pancat.Ada mekanik jalanan nak tukar tayar tapi harga berganda.Mereka dalam perjalanan nak makan kenduri kahwin saudara terdekat di Charok Sejuk,Sik.Lekaki 40an itu kelihatan berpeluh hingga basah baju dibelakang manaka isterinya yg bertudung jelas kemerahan muka dibakar panas.Anak yg didokongan terlena dibahu ibu.Saya mempelawa untuk membawa isterinya dan anak ke kedai motor yg kira-kira 2 km lagi.Tetapi isterinya cepat menolak walau saya yakinkan bahawa saya tidak berniat jahat,kesiankan anak kecil itu.Dia tetap menolak dan mengucap terima kasih. Saya pun beralah dan berjalan ke kereta,manakala suaminya terus menolak motor.Si isteri mengekor saya ke kereta dan berkata dg suara agak perlahan,"Encik,maafkan saya,bukan saya tak percayai encik.Tapi saya tak sanggup biar suami saya seorang menolak motor,bimbang terjadi apa-apa pada dia.Lagipun biarlah kesusahannya saya kongsi bersama seperti kesusahan hidup kami yg lain.Terima kasih atas niat baik encik.."Saya tergamam dg percakapannya yg kelihatan tulus.Saya menyatakan saya faham dan memberi air mineral dlm botol yg saya telah minum separuh dan memberi payung yg ada dlm kereta dan membukanya utk dia dan anaknya meredah panas.Dia melangkah mengekori suami yg dah jauh ke depan.Anak dibahu masih lena terleleh.Masuk ke dlm kereta,saya memandang tiga insan ini dg genangan air mata,betapa erat kasih antara mereka,sabar yg melingkari nurani mereka dan betapa kepayahan tidak akan memisah mereka.Bila kereta saya melepasi mereka,saya sudah tidak dapat menahan air mata.Ya Allah,permudahkanlah bagi mereka. 😣😣😣😣😣abdghaniharon😣😣😣😣😣 Hulurkanlah pertolongan bila kita melihat mereka yg memerlukan pertolongan dan kita mampu menolong.Tidak sia-sia Allah takdirkan sesuatu ke hadapan mata kita melainkan ianya sebagai ujian atau sebagai peluang untuk berbuat baik.Kepada mereka yg memandang sebelah mata,memandang dan berlalu atau hanya kadar bersungut,fikirkan kembali,apakah ini hanya satu kebetulan atau ini sengaja Allah datangkan kpd kita.Jika tidak mahu menolong,atau tak berupaya menolong pun,lafazkanlah satu permintaan kpd Allah moga Allah mendatangkan pertolongan kpd mereka.Janganlah kedekut hingga tidak sanggup melafaz permintaan, kalaupun kita kedekut dg tenaga,moga suatu hari bila kita ditimpa kesusahan,ada orang mendoakan kita,ada orang membantu kita. Insiden ini suatu bukti bahawa kebahagiaan hidup,kasih sayang,cinta sejati bukan milik yg kaya shj,bukan untuk orang yg mewah shj.Insiden ini membuktikan kebahgiaan hidup itu milik siapa shj yg ikhlas berkasih sayang,meskipun dlm kepayahan.Kasih sayang bukan milik orang yg rupa cantik seperti dlm drama,tetapi episod kasih sayang si miskin lebih gah lagi cuma tidak tergambarkan kerana orang tidak suka melihat yg miskin.Kata-kata si isteri ini adalah satu gambaran episod romantik hidup mereka yg penuh pengorbanan,,satu bukti sehidup semati,hutan sama diredah,bukit sama didaki,lurah sama dituruni,tiada sia boleh memisahkan mereka.Kita selalu mendengar kisah berkasih sayang orang kaya,orang hebat tetapi kisah kasih sayang yg miskin jauh lebih hebat,lebih tulus dan penuh pengorbanan yg sebenar. Jika si isteri dlm insiden ini sanggup berkorban tenaga mendokong anak,kepanasan,berjalan kaki berkilometer hanya utk bersama suami,tidak merungut kpd takdir,tidak memilih untuk kesenangan sendiri,ayuh saya mengajak anda semua yg menjadi isteri untuk meneladaninya dalam apa juga hal ketika hidup berumahtangga.Bersabarlah,kurangkan dan buang rasa nak marah,leteran yg memanjang,bersungut itu ini yg tak kena dsbnya.Setiap orang ada kelemahannya,maka yg lemah itu kena ditampung bukan diungkit,dicaci.Setiap masalah yg datang,berkongsilah utk mengatasinya,bukan menuding jari,bukan mengelak diri. Ingatlah,tidak sia-sa setiap suatu yg Allah datangkan kpd kita,kehadapan mata kita.Cuma kita yg kena buat keputusan yg segera ianya mungkin ujian,mungkin peluang.Janganlah jadi orang yg tidak mahu berfikir,ibarat ular sawa yg kekenyangan kerana menelan seekor kambing,apa juga yg melintas dihadapannya hanya dipandang shj.abdghaniharon Tidak diizin copy dg meninggalkan nama penulis sbg pemilik karya.

No comments:

Post a Comment