Tuesday, 15 September 2015

CENDERAMATA

NAK BERI CENDERAMATA APA Kita semua suka menerima hadiah,cenderamata dan juga suka memberi hadiah.Saya teringat semasa saya nak pencen dulu,ramai yg beri hadiah,hampir setengah lori kecil.Tetapi dari begitu banyak hadiah yg diterima,yg masih saya ingat,saya simpan dan gunakan setelah 4 tahun bersara,ialah hadiah dari seorang mak cik tukang sapu yg berupa sebuah al quran saiz A4 yg biasa sahaja .Telah berpuluh kali saya qatam dgnya hingga jilidnya sudah mula rosak.Hadiah yg lain entah dimana,rosak,disimpan dlm stor,dibuang dsbnya. Nak mengajak anda semua memikir dlm hal memberi hadiah. Biarlah hadiah yg kita beri berfaedah baik berupa makanan atau alatan.Tetapi elakkanlah memberi hadiah yg melalaikan dan yg membazir.Ada hadiah berupa hiasan tidak sesuai pd seseorang dg keadaan rumahnya,hidupnya.Cenderamata yg kerap diberi di rumah kenduri kpd semua tetamu, sebahagiannya tidak sesuai kpd mereka dg keadaan hidup mereka menyebabkan cenderata begini akhirnya dibuang, seperti hiasan meja. Seperkara lagi jika hadiah berupa makanan,pastikan ianya halal dan tidak memudaratkan.Banyak doorgift dirumah kenduri kahwin memberi junk food yg meragukan halalnya seperti jelly,jenis keropok yg tinggi serbuk perasa, gula-gula, coklat koko yg juga diragu halalnya dsbnya.Jangan pandang remah perkara ini kerana kita nak buat baik,tetapi memberi yg tidak baik.Indah indah pada mata,biar baik pada isinya..Pastikan halal,tidak memudarat seperti buah epal,muffin,kuih tradisi,kacang,kismis dll. Juga saya rasa janganlah diberi hadiah supaya orang mengingat kita,supaya diletak dlm rumah,didinding. Lebih teruk jangan memberi hadiah yg membawa dosa dan subahat seperti gambar yg tidak sesuai,patung-patung dsbnya.Memberi hadiah juga jangan diharap balasan,hadiah berupa rasuah,mengharap pembelian,mendapat kontrak dsbnya. Hadiah yg terbaik ialah hadiah yg boleh dimanfaatkan.Lagi lama,lagi baik, berbanding hadiah yg hanya untuk dilihat,dipamer shj.Peralatan letrik,alat tulis,pakaian,buku dan bahan berupa ilmu.Saya memberi minyak wangi tanpa alkohol pada majlis kahwin anak saya dan ternyata ramai yg menyukainya yg kosnya hampir sama dg bunga telur yg mungkin kebanyakan orang akan buang bunganya,mungkin juga telurnya sekali.Dan tentunya alquran hadiah terbaik bagi orang yg akan bersara sebagai satu pesanan tanpa suara.Terbaik juga al quran diberi sebagai hadiah untuk majlis yg bersesuaian yg lain. Bila nak ada majlis,nak beri hadiah,fikirkan dari berbagai aspek,dan yg penting aspek agama kena didahulukan. Walapun hadiah ini kecil,sekedar cenderamata, dibimbangi ia membawa titik mudarat.Hadiah juga melambangkan keperihatinan kita,ketelitian kita pada hidup beragama. Terjemahkan Islam yg kita junjung dalam apa saja tindakan dlm hidup kita,termasuk memberi hadiah,seperti tukang sapu tersebut yg ternyata memberi hadiah terbaik bersama pesanan tanpa suara,hadiah sebuah al quran. abdghaniharon.

No comments:

Post a Comment