Saturday, 5 September 2015

BEKAL KETIKA MENGETUK PINTU SYURGA

BEKAL KETIKA MENGETUK PINTU SYURGA Seorang murid bertanya guru yg mengajar dimasjid mengapa kita mati dikafan dg kain putih,tidak dipakai pakaian yg cantik seperti hidup seharian.Guru itu menjawab,"Allah tidak melihat kehebatan dunia kerana itu ciptaannya,Allah mahu melihat hambanya yg kembali kpdnya tanpa apa bekalan dari dunia,tetapi Dia melihat hati dan pengorbanan yg telah dibuat didunia utk agana.Sebab itu mereka yg syahid dikuburkan tanpa dimandi bersama apa yg dijasadnya sebagai bukti pengorbanannya.Amat tidak betul mereka yg mengusung pangkat dan bintang ke kubur,membina binaan dikubur. Kita tidak akan sampai ke pintu syurga dengan tubuh segar bugar,tiada kesan ibadat,tubuh tiada lusuh dg kerja kebajikan,tiada secalit parut luka kesan perjuangan menegak agama kerana sunah para nabi dan sahabat yg dijanji syurga semuanya sedemikian.Tak payah dok berangan syurga jika mati dalam timbunan harta yg tidak dibelanja untuk agama." Mari kita lihat keadaan kita.Allah menyuruh kita mengambil habuan kita didunia tetapi jangan lupa bahagian diakhirat.Semua orang akan bersetuju jika dikata kita semua sedang mengejar dunia.Tidak salah pun kerana kita disuruh mendapat habuan dunia tetapi suruhan itu tidak berakhir disitu,kita juga disuruh jangan lupa bahagian akhirat.Maka dunia yg diperolehi sepatutnya diguna untuk memperolehi akhirat.Kekayaan,kemewahan jangan digenggam hingga ke mati tetapi hendaklah diguna utk membeli akhirat yg lebih besar nilai dan kita semua akan ke sana.Sesekali terasa jika kita mati dg harta bertimbun,pangkat,kedudukan, kematian kita seolah tidak selari dg para nabi, pejuang agama yg mengakhiri hidup dg kepayahan,dg apa yg ada hanyalah sisa hidup.Ada kita yg mati diusung bersama bintang kebesaran,diiring pengawal, diiring kemewahan,sedangkan pejuang agama mati penuh trajis,dihukum,dibunuh, didera dsbnya. Jalan menuju syurga tidak lah ditaburi bunga rampai,karpet merah,tetapi penuh duri dan ranjau,yg akan mengait dan mengoyak isi mereka yg melaluinya.Mereka yg sampai kepintu syurga tidaklah segak bergaya,bertubuh ampuh,tetapi penuh luka,koyak rabak kesan perjuangannya,lusuh tubuh kesan ibadatnya,tiada apa ditangannya kerana telah habis diguna,hanya Allah bertahta dihatinya.Tetapi kenapa sebahagian kita masih menghabis usia membina harta utk diri dan anak cucu,mengelak utk berjuang demi agama,mengelak utk menegak yg benar, menegah yg mungkar.Masih ramai yg berpegang kpd 'aku tak mahu cari pasai' jangan peduli apa orang buat,jangan cari masalah,jangan melawan walau tak betul.Orang yg menegak kebenaran disalahkan,dikata hang gatai,hang garu sendiri.Ingatlah,mereka yg senang didunia,yg mengelak utk menegak kebenaran,menegah mungkar,akan mengharung kepayahan diakhirat Janganlah memandang rendah kpd mereka yg tersiksa hidup kerana mempertahan kebenaran,mempertahan agama.Itu sunnah perjuangan.Saya mengajak anda semua memejam mata,bertanya kpd diri,apakah diri kita berdiri dlm baris pejuang agama meskipun pada kadar persekiran yg kecil di kejiranan,dipejabat,ditaman perumahan,di kampung.Atau kita hanya mengharap ibadat kita akan membawa kesyurga?Nabi telah sebut,kita tidak akan masuk syurga dg ibadat kita,tetapi dg kasih sayang Allah.Untuk meraih kasih Allah,perlu ditunjuk pengorbanan kpd agama.Mana duri dan ranjau pernah diharungi demi agama ?.Apakah telah ada secalit parut luka demi agama utk dibawa mengetuk pintu syurga? Guru saya pernah membaca satu madah para pejuang agama -- "Apakah mereka yg basah janggutnya di Masjidil Haram kerana takutkan Allah lebih baik dari kami yg bermandi darah dimedan juang?"Saya sambung Apakah mereka yg lebam dahinya dirumah banglo bertilam empuk,bertimbun hartanya bila dipanggil mengadap Allah ,lebih baik dari mereka yg hanya sekedar ada dan lusuh tubuhnya kerana perjuangan menegak agama Allah? ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment