Tuesday, 29 September 2015

MELEPAS ANAK DI LOST WORLD

MELEPAS ANAK DI LOST WORLD

Saya nak mengulang satu pesanan yg telah saya siar dulu dg sedikit tambahan,kerana peringatan yg baik sunat diulang.Moga yg tidak membacanya lahi,dapat diperingatkan.

Seketika dulu,saya biasa membawa anak ke Tambun Lost World.Selepas melepasi pintu utama,saya memulakan arahan dan pesanan.Jaga diri , ikut peraturan yg ditentukan, pakaian ditentukan, makan ditentukan dan diberi bekal, wang,jangan buat itu ini,jangan tinggal itu ini,jelajahlah tempat ini yg disukai.Masuk waktu solat,berhenti solat,beri bantuan jika diperlukan .Kalau perlu bantuan,bertanyalah, dan berbagai hal lagi.Akhirnya diperingatkan,abah akan datang ambil petang nanti.Mereka cepat menghilang dlm kesibukan.

Bila petang saya datang,suka tak suka,kena balik,walau ada yg meronta,ada yg bermuka masam kerana masih seronok nak bermain..Didalam kereta,saya akan mula bertanya,memeriksa apakah suruhan dan larangannya semua dipatuhi,hinggalah ke rumah.Pujian dan ganjaran diberi kpd anak yg patuh,hukuman pun dijatuhkan kpd yg tidak patuh.

Anda mungkin juga biasa melakukan begini,mungkin ditempat lain.Secara tidak sedar,keadaan ini hampir menyamai hakikat hidup kita di dunia ini.
Allah melepaskan kita didunia ini dg berbagai pesanan, tegahan dan suruhan, nanti Dia akan memanggil pulang,tetapi apakah kita beringat.Kita kebanyakan lalai kerana kita ditinggalkan terlalu lama di taman permainan didunia.Jika Allah memanggil sejak awal,mungkin kealpaan tak sebanyak mana.Bila lama menjelajah dunia,menikmati berbagai keseronokan,yg makin bertambah,makin lupalah kita bahawa kita akan dipanggil balik,hingga tercacat terluka,baru mengingat jalan pulang.Berapa banyak larangan telah abaikan,berapa banyak suruhan telah ditunaikan,berapa banyak bekal telah dihabiskan.

Pun begitu,ramai yg tak bersedia utk dipanggil balik,bila dijemput,terbelalak mata mereka.Bertuahlah mereka yg diturut,diseru,diajak,diperingat utk kembali,tetapi ramai yg diperingatkan pun terus memekak telinga,buat tak tahu saja.Kita bagaimana,sudah bersedia untuk dipanggil kembali terutama yg harinya hampir senja,matahari telah kemerahan di ufuk barat.☺abdghaniharon☺

Saya nak peringat diri dan juga anda,jika kita berpesan kpd anak ketika melepaskan mereka dimana juga,ingatlah pesanan itu ibarat Allah berpesan kpd manusia bila dilepas ke dunia ini.Pesanlah kpd ketakwaan,jangan tinggal solat, berbuat baiklah dimana juga kita berada,jangan lakukan kerosakan dimuka bumi, pesanlah juga kita akan kembali kpd Allah.Paling kurang,pesan jangan tinggalkan solat kerana jika solat tidak ditinggal,insyaallah yg lain semua akan menjadi baik dan patuh.Apa yg dipesan itu juga sepatutnya dipesan kpd diri kita sendiri,apakah kita juga patuh seperti kita dikatakan kpd anak-anak.Muhasabahlah diri.ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment