Wednesday 9 September 2015

KAHWIN LARI

KAHWIN LARI,KAHWIN LAGI-SATU PERINGATAN Saya menulis kali ini utk menasihat mereka yg bercadang kahwin di Thailand atas apa alasan pun sebagai iktibar,ingatan dan pedomsn,kerana melihat seorang sahabat yg berhempas pulas mengurus anak yg lahir dari kahwin di Thailand. Perkahwinan di Thai,walaupun sah disisi agama tetapi tidak patuh peraturan agama negeri di Malaysia.Selepas kahwin,kena lapor pada jabatan agama negeri dan didenda dan akan dikeluarkan surat nikah Negeri di Malaysia semula..Jika tidak dilapor kpd jabatan agama Islam, pasangan ini boleh terus hidup bersama tetapi masalahnya bila dapat anak.Anak ini tidak boleh didaftar kelahiran kerana tiada surat nikah jabatan agama.Masalah akan timbul bila nak bersekolah,mana surat beranak?Kalaupun sekolah benarkan akan timbul masalah bila nak daftar upsr.Masa ni kena berhenti sekolah.Anak ini juga tidak boleh buat kad pengenalan dan secara tidak lanhsung tidak diterima sebagai rakyat Malaysia.Silap pertimbangan dan kesilapan ibubapa berbelas tahun dulu,anak akan tanggung seumur hidupnya.šŸ˜‚abdghaniharon Diutara masalah ini cukup banyak.Semasa saya jd pegawai pelajaran daerah beberapa tahun dulu,kajian dibuat didaerah kuala muda shj ada 72 pelajar tiada surat beranak kerana ibubapa kahwin di Siam,mereka tiada kp,mereka tidak boleh bersekolah dan ambil peperiksaan,mereka seolah bukan rakyat Malaysia walau ibubapa orang Melayu kerana ibubapa tidak berkahwin cara sah di Malaysia. Ini belum kira kes harta pesaka,soal nak kerja kerana tiada kad pengenalan dan 1001 masalah lagi.Elakkanlah berkahwin luar negeri,kalau tak boleh elak,serah diri lepas kahwin dijabatan agama,bayar denda.Jangan sorok perkahwinan,kerana anak tak boleh disorok kecuali kalau bercita nak jadikan tarzan yg hidup dihutan.Jangan seronok nak kahwin saja,tak fikir masa depan.Jangan ikut rasa bebal..Banyak yg jadi begini,kes nak jd bini kedua.Jangan fikir seromok sehari dua,fikir kesan bertahun akan datang,nangis tak berlagu,nyesal tak kesudah.šŸ˜abdghaniharon Yg jantan,jangan jadi bapa kucing yg kahwin merata,hambat betina sampai luar pagar,masuk pagar orang,aaaoong!,aaaoong!,anak pun berterabur merata.Bapa kucing tidak akan diseret ke hadapan Allah,tetapi setiap manusia akan dihadap ke pengadilan Allah.Jangan faham setakat "aku terima nikahnya"maka aku dapat bini,sebenarnya dapat beban dan tanggungjawab hingga ke akhirat.Nak poligami,biarlah secara baik,redo meredo dan kahwin ikut peraturan negeri.Nak kahwin lari,nak kahwin lagi,nak tambah bini,ingat kesan hingga ke anak pinak bukan seronok bagai cerita filem yg tamat bila penonton keluar panggung.abdghaniharon.

No comments:

Post a Comment