Tuesday 29 September 2015

MEREKA YANG TERIKAT KAKI DAN TANGAN

MEREKA YANG TERIKAT KAKI DAN TANGAN,TERKUNCI MULUT DAN LIDAH Hari ini kita melihat dan menemui kemungkaran di merata tempat dalam masyarakat,bahkan hingga ke perimgkat negara yg tidak ditegah.Banyak orang mengambil sikap aku sekadar tegah dalam hati,membenci,kerana ada hadis nabi "Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman " (Hadis sahih riwayat Muslim) Pendirian menegah dalam hati itu betul ,tetapi lihatlah kalimah akhir hadis tersebut,"itulah selemah-lemah iman".Soalnya sampai bila kita nak duduk ditahap iman yg lemah,jika umur pun dah berpuluh tahun bahkan yg dah umur senja,masih nak mengaku lemah iman.Ini alasan saja kerana tak mahu cari masalah,tak mahu gaduh,bimbang itu ini,maka biarlah diri disifatkan nabi lemah iman.Cuba fikirkan kita lebih malu,takut pada manusia dari malu dan bimbang disifatkan nabi sebagsi lemah iman.Apakah dg lemah iman itu kita akan kembali mengadap Allah? Ada yg takut menegur kerana bimbang hilang kuasa,bimbang hilang pangkat kedudukan.Isteri pemimpin terus mendedah aurat walau negara imi dikata negara Islam.Yg terakhir anak raja pula berhujah soal aurat rambut.Mana mufti,mana penguasa agama.Mereka juga mungkin menegah dalam hati. Ada orang berselindung disebalik mengaku menegah dg hsti ini dg mengguna istilah tak mau buruk sangka,istilah berdoalah moga dia diberi hidayah.Nampak macam mereka ini wara,tetapi hakikatnya mereka bersembunyi disebalik lemah iman.Jika maksiat didepan mata,sudah terzahir,tegahan kena dibuat,tidak ada istilah buruk sangka disitu.Yang lebih teruk lagi,mereka jenis ini akan komen dalam fb agar orang yg menegah mungkar secara tulisan dg komen 'jangan buruk sangka,berdoalah moga beri hidayah,bahkan ada yg nasihat suruh orang yg menegah mungkar pula memohon ampun,konon buat dosa percuma.Mereka ini terlajak alim,tidak sedar hakikat maksiat kena ditegah,hakikat iman mereka lemah dan nak mengajak orang lain bersama mereka.Mereka merasa diri mereka cukup baik kerana berbaik sangka walau maksiat depan mata,tetapi saya bimbang mereka menjadi orang yg dayus pada agama,mereka hanya memikir diri mereka shj nak masuk syurga,biarlah orang lain nak hadi apa.☺abdghaniharon☺ Telah banyak kali saya temui orang yg sedemikian bila saya menulis hal menegah mungkar.Telah banyak banysk kali juga saya menemui orang sebegini bila mrnegah mungkar dikhalayak.Saya nak bertanya,sampai bila kita nak menjadi lemah iman,jangan bersembunyi dg istilah sabar,berbsik sangka,takut dapat dosa percuma,kerana entah entah kita bersembunyi bersama syaitan yg menyesatkan.Janganlah jadi orang alim yg terikat kaki dan tangannya,terkunvi mulut dan lidahnya tetapi terbuka mata dan telinganya,lalu mereka berharap masuk syurga.Tidak ada orang yg akan sampai ke pintu syurga dg segak bergaya,tetapi mereka yg mengetuk pintu syurga akan sampai dg penuh parut luka kesan pengorbanan kpd agama,kerana agama tertegak atas menyeru yg makruf,mrnegah yg mungkar.Tidak sempurna iman kita,islam kita selagi tidak dilakukan dua perkara ini,apakah anda masih nak bertetap ditahap lemah iman?Berubahlah,berhentilah dari menegur orang yg menegah mungkar,tegur diri sendiri yg lemah iman.abdghaniharon

No comments:

Post a Comment