Monday 7 September 2015

KETIKA ALLAH MEMUDAHKAN,KITA MENYUSAHKAN

KETIKA ALLAH MEMUDAHKAN,KITA MENYUSAHKAN Bila saya bertanya seorang yg bersama saya dalam perjalanan jauh,mengapa dia tak solat jamak,katanya,"Tak puas solat ringkas,dok biasa buat empat rakaat.".Ini bukan soal puas ka tidak.Ini soal anugerah Allah kpd hambanya,tanda kasihNya,tanda Allah tidak mahu menyusah hambaNya yg dlm perjalanan.Menolak tidak mahu buat jamak dan qasar ibarat menolak anugerah Allah,itu kira sudah cukup teruk,keputusan yg tidak betul.Tapi tengoklah sendiri di surau R@R,berapa ramai yg jamak solat.Allah beri mudah,tapi tak mau terima. Bila berwuduk ditempat yg ramai,yg air sikit,atau ramai yg beratur,menghambat waktu,Allah beri mudah dg membasuh anggota wajib shj dan sekali shj basuhan. Sebotol kecil dah cukup.Jika tiada air, boleh bertayamum.Jika luka dan berbalut dianggota wuduk,diberi tayamum.Jika dlm kenderaan atau keadaan yg tidak membolehkan kita berhenti untuk wuduk dan solat,boleh solat hormat waktu walau tanpa wuduk.Semua ini adalah kemudahan yg Allah beri utk hambanya,utk memudahkan. Bila nak bersolat,Allah tidak perintah pakai pakaian khas.Pakailah apapun yg boleh menutup aurat.Wanita bukan mesti bertelekong,lelaki bukan mesti berkain pelikat.Solatlah dimanapun,bukan mesti atas sejadah,di batas bendang,dlm kebun,dlm perahu bahkan ada orang sokat atas crane. Semuanya adalah untuk memudahkan. Bila solat jemaah,ada kanak-kanak,orang perempuan,orang tua yg tidak boleh berdiri lama dlm bersolat,maka disuruh imam membaca surah yg pendek dlm solat berjemaah.Yg jd imam kena faham,jangan nak dok tayang hang boleh hafal surah mukminun,surah Ar Rahman.Allah nak beri kemudahan kpd orang tua,orang perempuan dan kanak-kanak,jangan kita yg jd imam pula menyusahkan.Kalau jadi khatib baca qutbah,nabi suruh ringkaskan qutbah kerana orang ramai ada masalahnya,keperluannya.Tapi ramai tok khatib syok sendiri,dapat mike dan semua orang tunduk,maka dia berkhutbah berjela-jela,maka berjela juga air liur basi jemaah.Jadi ringkaskan khutbah,itu yg disuruh oleh nabi. Bila puasa Allah beri kelonggaran dan pahala sunat dilewatkan makan sahur supaya kita tidak terlalu lapar menahan makan 12 jam.Ini satu anugerah,lewatkanlah bersahur.Allah wajibkan zakat fitrah yg amat sedikit pada semua orang.Allah hanya wajibkan zakat kpd beberapa bentuk penghasilan utk dibeti kpd asnaf.Ini satu kemudahan berbanding undang-undang manusia yg mewajib semua barang dibayar cukai setiap masa dibeli sprt gst,cukai pendapatan,cukai tanah,cukai pintu,cukai jalan dll. Allah tetap beri rezeki walau sebanyak mana anak dilahirkan tetapi kerajaan tidak memberi cuti kpd ibu yg bersalin anak keenam dan seterusnya.Manusia amat keras hatinya dg kuasa mereka tetapi Allah amat penyayang.Ketika Allah mengurniakan anak keenam dan seterusnya,seorang pegawai kerajaan dipotong gaji cuti bersalinnya.Allah mengurniakan anak,manusia menghukum kerana Allah mengurniakan anak. Kesimpulannya saya nak ajak semua merenung betapa Allah sentiasa memudahkan dg sifat kasih sayangNya tetapi kita yg selalu menyusahkan diri atau kita menyusahkan orang atau kita buat peraturan yg menyusahkan manusia.Mengapa kita tidak patuh kpd apa yg Allah mudahkan, mengapa kita tidak meniru sifat kasih sayang Allah dlm membuat peraturan.Benarlah ,sesungguhnya mereka menzalimi diri mereka dan orang lain.Renungkanlah utk perbaiki diri,perbaiki orang lain dan perbaiki peraturan bila kita diberi kuasa.abdghaniharon

No comments:

Post a Comment