Sunday, 6 September 2015

JAHIL ADA UBATNYA

JAHIL ADA UBATNYA,MALAS ADA DOANYA. Satu ketika sekumpulan sahabat nabi keluar bemusafir.Seorang dari mereka telah ditimpa batu dikepala dan cedera parah dan setelah itu dia berhadas besar kerana bermimpi.Rakan yg lain menyatakan dia tetap kena mandi untuk mengangkat hadas.Akibatnya,sahabat ini telah meninggal dunia kerana mandi.Mereka telah menceritakan perkara ini kpd nabi.Nabi bersabda,"....mereka telah membunuhnya,pasti Allah akan juga membunuh mereka.Bukankah mereka sepatutnya bertanya jika tidak tahu.Ubat kejahilan ialah bertanya.Memadai baginya dg bertayamum dan membalut lukanya.Kemudian menyapu diatasnya dan membasuh bahagian tubuh yg lain."(Riwayat Abu Daud) Saya nak tumpu kpd "kalimah ubat kejahilan ialah bertanya".Kita mungkin tak ada masa nak mengaji,mengadap guru,dulu sibuk mengaji ilmu dunia,dah boleh ilmu dunia,sibuk pula dg pekerjaan dunia yg diperolehi dr ilmu yg dipelajari.Ada sikit ilmu agama yg diselit masa sekolah dulu,tapi jangan berpuashati,jangan rasa cukup,kerana kita mungkin merasa cukup dlm lingkungan tempurung kita shj,bila dibuka tempurung,baru terasa dunia lebih luas.Mereka yg berpuashati dg ilmu yg ada,bermakna berpuahati dg kejahilan. Jika malas nak mengaji atau mengadap guru pun,buatlah perkara yg nabi sarankan ini,iaitu ubati jahil dg bertanya.Jika merasa tak tahu sesuatu,jangan terus beramal,bertanyalah kpd yg tahu.Ini kaedah cepat untuk belajar,berbanding mengadap guru.membaca kitab.Mungkin masalah datang dlm hidup,tak tahu nak selesai,maka bertanya dulu,jangan pakai hentam,jangan guna akal jika ilmu tak setinggi mana.Kaedah accidental iaitu jumpa masalah lalu bertanya adalah kaedah pembelajaran cara praktis yg baik ,strait to the point utk mereka yg ingin memperbaiki diri.Kaedah ini juga memperolehi ilmu yg sudah masak,siap utk praktis.Jangan ego,merasa malu utk bertanya,jika malu sesatlah jawabnya. Tetapi ada orang juga yg tak tahu nak tanya,tak tahu apa yg dia tak tahu.Ini dua kali jahil,orang tua dulu kata jahil murakab.Jangan gelak,banyak orang yg macam ini kerana tak mau mengaji,tak mau ambil tahu,tak mau memperbaiki diri dan berpuashati dg apa yg ada.Nak tahu apa yg kita tak tahu,kita kena belajar,atau kena bergaul dg orang,menyertai berbagai majlis,khususnya majlis ilmu,majlis ibadat.Kita akan temui apa yg kita tak tahu.☺abdghaniharon Mempelbagai aktiviti hidup juga akan mendedah kita kpd pertambahan ilmu.Bila bermusafir jauh,kita mungkin kena tahu solat jama qasar.Berjalan jauh dg bas dan k/terbang,kena tahu solat hormat waktu.Menyertai majlis qatam quran,kena hafal beberapa surah akhir quran.Menyertai qiyamullail kena tahu beberapa solat sunat dan zikir.Menyembeleh ayam,kena tahu rukun sembelehan.Pergi memancing dilaut dalam kena belajar solat dlm perahu yg bergerak.Dan 1001 aktiviti lagi yg kita buat boleh membina ilmu dg bertanya. Akhirnya,kejahilan boleh dihilangkan dg membaca dan bertanya.Zaman kini semua orang boleh membaca dan memahami,tidak seperti dulu.Jadi jika anda tiada ruang mengadap guru,membacalah dari berbagai sumber,buku,tulisan dlm fb,majalah,,bukan mesti kitab kuning yg bahasanya tidak sezaman dg kita,dimana yg tidak faham,bertanyalah.Jangan berfaham jika tak mengadap kitab kuning,tak cukup ilmu kerana buku yg ada sekarang pun setanding ilmunya dg kitab kuning bahkan lebih mudah difahami.Itulah pembelajaran.Tapi ada manusia yg menulis begini dlm komen pd tulisan saya,"panjang la,malas nak baca".Ini manusia yg dunianya seluas tempurung,yg langitnya boleh dicapai dg tangan.Semuanya nak ringkas, sedangkan ilmu tidak boleh diringkas seperti bahasa sms,macam buat mee maggi..Penyakit yg tiada ubat didunia ini,yg tuhan sendiri tidak akan mengubah nasibnya,ialah MALAS.Jika seseorang berkata dia malas itu ini,tinggalkanlah dia,kerana sia sia jika kita terus bersamanya.Dia telah menutup fikirannya.Berlindunglah kpd Allah dari sifat malas abdghaniharon اللَّـــهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْحَـمِّ وَالْحَزَنِ وَاَعُوْذُبِكَ مِنَ الْعَجْـِز وَاْلكَسَلِ     وَاَعُوْذُبِكَ مِنَ الْجُـبْنِ وَالْبُخْـلِ وَاَعُوْذُبِكَ مِنْ غَلَبَتِ الدَّيْنِ وَقَـهْرِ الرِّجَالِ. 

No comments:

Post a Comment