Thursday, 3 September 2015

JANGAN PEDULI KATA DAN PANDANGAN MANUSIA

JANGAN PEDULI KATA DAN PANDANGAN MANUSIA Kali ini nak mengajak pembaca semua merenung satu tabiat kebanyakan orang iaitu berburuk sangka kpd orang lain dalam hal berbuat baik.Saya beri contoh yg pernah saya lalui.Bila saya membuat projek memberi air bertapis percuma untuk tujuan menjaga kesihatan penduduk,ada orang berkata mungkin air itu orang ambil buat niaga,ada kata ambik buat basuhan,ada kata mereka isi semula dalam botol dan dijual. Bila saya buat projek sedekah jariah barangan terpakai terutama pakaian,ada yg kata ada orang ambik pergi jual,ada yg kata mereka ambik buat kain buruk.Bila memberi sedekah bantuan makanan asas kpd fakir miskin dan yatim,ada yg kata mereka tu tak sembahyang,anak mereka jahat,bapak tak mai masjid,buat apa tolong.Bila disampai bantuan anak yatim,dikatakan emak bebudak tu guna duit beli kain baju dan keperluan dirinya bukan anak.Bila buat program untuk ajak orang ke masjid dan diadakan jamuan disamping ceramah,dikatakan mereka tu hadir nak makan bukan nak dengar ceramzh. Anda tentu ada banyak pengalaman tentang buruk sangka bila kita berbuat baik.Hakikatnya Allah menyuruh kita berbuat baik,amal kebajijan tetapi Allah tak suruh kita pastikan orang yg menerima kebaikan kita tidak menyeleweng.Contoh jika kita beri sedekah kpd seseorang,putus amal kita disitu,kita tak perlu pergi mengendap,merisik dia buat apa dg duit yg kita beri.Kita sudah diberi ganjaran oleh Allah sebaik kita memberi sedekah.Beri sedekah dan berpalinglah dari mengingatnya,berburuk sangka,nak cerita kpd orang dsbnya.Jika betulpun sedekah kta diguna kearah yg tidak baik,kita tidak disabitkan dosa,itu atas urusan Allah.Mungkin anda pernah membaca hadis kisah seorang yg keluar memberi sedekah tetapi sedekahnya jatuh kpd pelacur,kpd orang berbuat jahat tetapi ia tetap diberi ganjaran oleh Allah,jelas jangan berburuk sangka setelah memberi. Bila kita berusaha mengajak manusia untuk berbuat baik,janganlah juga berburuk sangka kpdnya tentang niatnya.Contoh seperti membuat kuliah agama disamping berkenduri,jangan berburuk sangka bahawa yg hadir kerana nak makan kenduri.Apa yg ada di hati manusia hanya Allah yg tahu.Kerja kita mengajak manusia.Nanti di hadapan Allah di akhirat, yg akan ditanya ialah apakah kamu telah menyeru,berusaha mengajak manusia kpd kebaikan,tetapi Allah tidak akan tanya apakah kamu berjaya atau tidak dlm usaha kamu.Kita hanya disuruh berusaha,tidak disuruh pastikan kejayaan kerana yg nak mengubah adalah Allah,yg nak jd berjaya atau tidak juga ditangan Allah.Kita hanya dituntut menggerakan usaha.😄abdghaniharon😄 Begitu juga dlm hal menegah mungkar,kita disuruh menegahnya dg tangan,dg kuasa,dg lidah atau dg hati.Yg penting kita kena tegah,berjaya atau tidak,orang tersebut berubah atau tidak,itu Allah tidak persoalkan,kita sudah melaksana perintah Allah bila kita menegah.Jangan dari awal berburuk sangka,jika aku tegah pun tak jadi apa,dia tetap tak terima,tak berubah.Itu alasan orang yg dayus, bahkan mereka srolah menafi kyasa Allah uyk mengubah. Saya nak mengajak anda semua,jangan peduli apa juga kata-kata manusia dan pandangan mereka dlm kita berbuat baik,tetapi berbimbanglah apa yg Allah akan kata,apakah Allah memandang usaha kita.Kata dan pandangan manusia tidak memberi apa kesan,tidak tercarik secubit isi badan pun tetapi kata dan pandangan Allah ada ganjarannya.Nak berbuat baik,jangan fikir apa manusia lain kata,kerana syaitan itu kekadang menjelma diatas lidah manusia dan kekadang diatas mata manusia.Lintasan pertama utk berbuat baik itu dari malaikat,dari Allah tetapi lintasan berikutnya yg menghalang,yg memberi alasan,yg berburuk sangka itu dari syaitan.Dg yg demikian bila terlintas utk berbuat baik,bingkaslah bangun bertindak jangan bertangguh melainkan utk merancang dan menggerak kearah melaksanakannya.abdghaniharon

No comments:

Post a Comment