Monday, 14 September 2015

DUNIA DIPIJAK MENJADI JAMBATAN

DUNIA DIPIJAK MENJADI JAMBATAN Terkejut jaga awal pagi ini bermimpi bertemu ayah yg telah kembali.Teringat dua kisah ketika hidupnya utk coretan kali ini moga menjadi iktibar.Bila saya mula bekerja,suatu hari ayah beritahu dia menambah keluasan bendang yg dikerjakan dg memajak bendang orang lain.Memanglah, bendang ayah setengah relong saja,cukup untuk makan kami sekeluarga saja.Bila saya melarang kerana kesian dg umur ayah yg dah lanjut,ayah berkeras,katanya,"Aku bukan buat bendang kerana nak kaya,tetapi supaya aku boleh keluarkan zakat padi.Bendang kita yg ada,tidak cukup nisab."Saya terdiam. Peristiwa kedua,pada suatu senja saya lihat ayah menggagah diri menolak motor dari bawah rumah nak ke masjid.Dalam kepayahannya itu saya menegur supaya dia tidak ke masjid,bersolat dirumah sudahlah.Ayah saya seorang siak masjid dari usia muda.Jawapannya keras," Biarlah aku jatuh dijalan,dan mati kerana nak ke masjid,dari aku mati di tempat tidur.Itu lebih baik.Kalau orang bertanya Lebai Harun mati sakit apa,aku lebih bangga dikata mati kerana nak pi masjid."Saya tahu jawapan itu serampang dua mata,menyatakan sebab dia ke masjid,lagi satu menyindir anaknya yg sihat pun tak pi ke masjid,solat jemaah. Kita selalu meletakkan tujuan berbuat sesuatu kepada kepentingan kebendaan,kepentingan diri atau duniawi.Kerja untuk dapat duit,tambah pendapatan,nak beli motor,kereta,nak perbesar rumah,nak itu ini.Buat ibadat wajib saja kerana takut dosa, ibadat sunat ditinggal kerana tak berdosa.Jom kita baca hadis dibawah Rasulullah bersabda,"Barangsiapa menjadikan dunia sebagai tujuan hidupnya, niscaya Allah akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kefaqiran membayangi kedua matanya, dan dunia tidaklah datang kepadanya melainkan apa yang telah ditetapkan baginya. Dan barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuan hidupnya, maka Allah akan mengumpulkan segala urusannya dan menjadikan kekayaan memenuhi hatinya, dan dunia mendatanginya dalam keadaan hina."Riwayat Ibn Majah Rugilah mereka yg berniat bekerja untuk dapat dumia, kekayaan,kesenangan,kerana nabi menyatakan kita akan dibayangi kefakiran.Memang betul kita sentiasa merasa tidak cukup.Itu bukti Allah cerai-beraikan urusan dunia kita.. Berapa ramai orang yg mengeluh hal pendapatan,tak cukup itu ini.Sekuat mana kita menghambat dunia,kita hanya akan dapat apa yg Allah dah tetapkan,takkan bertambah,meski pun berjaga hingga merah biji mata,berpeluh hingga ke keting. Tetapi mereka yg menjadikan setiap urusan hidupnya, sebagai tujuan akhirat,bekerja utk ibadat,sentiasa berusaha menambah ibadat,apa gerak hidup diniat utk beribadat,maka Allah mengumpulkan semua urusan hidupnya sebagai amal soleh dan mencukupkan keperluannya,dia merasa kekayaan memenuhi hatinya,hidup penuh bersyukur.Ketika itu kejayaan dunia dan kemewahan didatangkan Allah kepadanya seperti yg ditetapkanNya,tetapi dia tidak terpengaruh dg dunia bahkan dunia itu dirasakan lebih hina.Maksudnya dunia tidak ditatang,dijunjung tetapi hanya dipijak menjdi jambatan utk mencapai akhirat.😑abdghaniharon Saya nak ajak pembaca semua untuk kembali membetul niat dan tujuan bekerja dan buat apa saja supaya ia ditujukan utk mencapai akhirat.Kuat bekerja utk bayar zakat pendapatan, zakat hasil pertanian,penternakan,utk kumpul duit nak tunai haji,berumrah,bersedekah,berwakaf,membuat korban, membiayai pendidikan anak yg sempurna,menyedia kediaman yg selesa dsbnya.Elaklah dari berniat mengumpul harta utk hari tua,utk anak-anak kerana Allah telah tentukan semuanya dan kita tidak berupaya menambah, membeli kereta utk nampak hebat,lebih teruk mengelak bayar zakat,menangguh kerja haji,lebih suka melancung dari umrah dan ziarah,bersedekah dg lebihan rezeki paling hujung shj dsbnya. Insyaallah,janji nabi mereka yg mengejar dunia akan dapat dunia shj,mereka yg mengejar akhirat,akan dapat akhirat dan dapat dunia secara percuma,maksudnya rasa cukup,rasa bersyukur.Kpd mereka yg berkeluh kesah tidak cukup itu ini,ayuh kita fikirkan hal ini,betulkan niat,moga Allah mencukupkan.abfghaniharon

No comments:

Post a Comment