Friday, 18 September 2015

AMBILLAH YANG DIMAKSUD,BUKAN YANG TERTULIS

AMBILLAH YANG DIMAKSUD,BUKAN YANG TERTULIS Saya duduk berbual dengan seorang muda yang nampaknya seperti nak berhujah dengan fahamannya.Dia memetik ayat "Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang keyakinan.” (Al-Hijr: 99).Katanya,"Kami berpegang bahawa ayat ini jelas menunjukkan kita hanya menyembah Allah bersolat,beribadat hingga datang keyakinan.Bila kita dah yakin,cukuplah.Apa dok pulun tunggeng terbalik lagi."Diutara ada golongan ini,yang bersolat dan berpuasa sekali shj seumur hidup kerana hujahnya mereka telah yakin.Mereka juga berhujah Allah menyebut "Dirikanlah solat .....",tidak disebut dirikan solat 5 kali sehari.Allah menyebut"Wahai orang beriman,diwajib puasa keatas kamu...."Allah tak sebut wajib puasa ramadan seumur hidup kamu. Golongan ini sengaja mengambil kesempatan memudahkan tafsiran ayat Quran,memaham selapis ayat shj,tidak mentafsir berdasar apa yg dibuat nabi dan para sahabat serta ulamak.Fahaman ini mudah,hanya guna fikiran dan cukup dibimbangi menguasai anak muda yg cuba mentafsir ayat quran dg akal sendiri seperti golongan menolak hadis. Padahal datang keyakinan dlm ayat quran ini bermaksud bila kita mati iaitu kita akan bertemu Allah,itulah keyakinan yg sebenar.Soal ibadat,kita kena menurut apa yg di buat oleh nabi kerana ayat quran diperjelas oleh nabi.šŸ˜ abdghaniharon Hujah golongan ini hampir menyamai hujah sesetengah orang yg tidak mahu menutup aurat,artis,orang seni.Mereka mengambil faham iman terletak di hati bukan pada pakaian,saya dedah aurat tapi hati saya baik.Kami hanya berlakon,bukan buat betul,dedah aurat dlm lakonan,shj.Semua hujah ini adalah hujah fikiran,hujah yg mentafsir ayat quran selapis shj dan guna akal untuk melepaskan diri.Mereka ini sesat dan menyesatkan. Berawaslah bila memberi pandangan,berawaslah kpd anak-anak muda,ilmu agama kena dipelajari dari sumber yg benar,bukan dari hujah akal. Ada orang datang masjid awal hari jumaat kerana nak dapat pahala seoerti seekor unta,tetapi duduk bersembang dibalai lintang,sedangkan maksud nabi hadir awal ke masjid utk iktikaf dlm masjid.Ada orang bersedekah kpd anak yatim dan miskin ikut musim bila bulan puasa, bila nak raya shj sedangkan yg disuruh setiap masa.Ada ulamak muda mentafsir syair imam mazhab "Tuhanku aku tidak layak kesyurgamu,tapi aku tak sanggup ke neraka mu....."sebagai sesat,sedangkan ini adalah bahasa sastera yg merendah diri yg tidak boleh difahami selapis shj.Bila seorang ibu memarahi anaknya yg buat perkara salah,dia berkata,"Hang buatlah lagi..."Itu bukan bermaksud dia surah buat,itu amaran supaya jangan buat.Bila Allah tetap memberi rezeki melimpah,walau manusia berbuat jahat,engkar perintahNya,jangan faham Allah redo kpdnya.Jangan faham apa yg nyata,tapi ambil fahaman sebenar. Jangan gunakan akal sendiri dlm memahami quran,hadis tetapi merujuklah kpd tafsiran para ulamak.Jangan terima hujah orang tanpa sandaran dari sumber yg soheh,ulamak yg muktabar.Jangan beramal ikut akal,tapi ikut sunnah,terjemah ikut sunnah.Jangan ambil ajaran agama dan sesuaikan ikut kehendak kita,tetapi kitalah yg kena sesuai dg kehendak agama.abdghaniharon.

No comments:

Post a Comment