Friday, 11 September 2015

MISKIN SEKETIKA

MISKIN SEKETIKA,MATI SEKETIKA Pernahkah terhadi kpd anda begini,tidak bawa duit untuk bayar sesuatu yg kita telah beli atau khidmat yg kita telah perolehi.Misalnya dah makan,tetiba duit tak bawa.Dah naik teksi,bila nak turun,duit tidak ada.Maka gelabahlah kita,cari jalan macam mana nak buat.Muka dah tebal. Hakikatnya Allah menguji kita supaya menjadi miskin seketika,mungkin untuk kita menginsafi bahawa harta yg menjadi milik kita adalah sementara dan boleh hilang dg sekelip mata jika Allah kehendaki.Mungkin Allah nak rendahkan martabat,darjat kita,serendah peminta sedekah bila kita merayu belas ihsan untuk menangguh atau berhutang.Mungkin Allah nak beri kita rasa,bagaimana hinanya bila orang tidak mempercayai kita,bila pekedai yg kita minta tangguh bayaran tidak membenarkannya.Semua ini suatu contoh insiden peringatan Allah kpd kita,bahawa kita tidak berkuasa sepenuhnya atas apa yg kita miliki,ia akan hilang. Tetiba suatu malam letrik terputus.Bergelap dlm rumah,hanya ada api lilin.Nak tidur susah kerana panas,selalu ada aircondt,ada kipas,air cooler,ditambah dg nyamuk lagi.Nak tengok tv pun tak boleh,nak buat apa pun tak boleh.Hakikatnya Allah menguji mereka betapa susahnya orang miskin menghadapi malam yg gelap,nyamok,agas,di rumah usang,mungkin dibawah jambatan,dikaki lima.Allah sengaja membawa satu episod hidup mereka untuk dirasa oleh mereka yg berada hanya untuk satu malam,atau beberapa jam shj.Berapa banyak sumpah seranah agaknya kpd TNB,kpd nyamok,berapa banyak bersungut kepanasan,resah dg anak-anak dsbnya bagi yg tidak sabar dan tidak memahami setiap sesuatu Allah takdirkan.Allah beri peringatan untuk kita menoleh melihat mereka yg dibawah,supaya kita bersyukur,supaya kita membantu.Janganlah jadi bagai enau dlm belukar,melepas pucuk masing-masing, bila hidup bermasyarakat. Setiap malam kita tidur.Tidur itu mati yg sementara,ia ibarat kematian..Allah beri rasa setiap hari,seumur hidup.Sebab itu kena baca doa tidur(Dg nama Allah aku hidup dan mati) dan lafaz syukur selepas jaga.Sedarkah kita hakikat ini?Bahkan secara tidak sedar kita suka mati yg sementara ini,tetapi kita tidak sedar itu adalah ibarat bayangan kpd kematian yg sebenar.Apakah kita mengambil iktibar pada setiap pagi bila kita dibangunkan semula oleh Allah?☺abdghaniharon Semua orang biasa terkena api,percikan api atau sesuatu yg panas.Tak tertahan rasanya.Hakikatnya Allah beri rasa panasnya api dunia,itu pun kita sudah tidak tertahan,bagaimana kita nak menahan panasnya api neraka yg jauh lebih dahsyat.Berapa banyak manusia yg terasa insaf hal ini? Ayuh semua pembaca,teruskanlah memikir berapa banyak lagi episod hidup kita yg Allah jadikan sebagai peringatan.TetPi kita selalu memahami sesuatu pada lapis pertama,pada permukaan sahaja.Kita tidak menganalisa,berfikir.Sedangkan Allah Dia memperi peringatan kpd mereka yg mahu berfikir.Al Quran tidak akan difahami jika kita tidak memikirkannya kerana Allah menyatakan dlm kakimah yg ringkas,sebab itu kita tidak boleh memahami dg membaca shj,tetapi perlukan tafsiran.Tafsiran itu adalah hasil fikiran yg dibuat nabi,para ulamak.Maka setiap episod hidup, jangan biarlah berlalu begitu shj,berfikirlah dg kembali kpd peringatan oleh Allah yg mencipta segalanya.abdghaniharon

No comments:

Post a Comment