Monday, 21 September 2015

SEBIJI CUCUR KODOK,SATU SUBHANALLAH

SEBIJI CUCUR KODOK,SATU SUBHANALLAH Solat berimam dengan seorang kenalan,dia membaca sebahagian ayat surah Anfal dan Mutaffifin.Saya tidak menyangka dia boleh menghafal begitu banyak surah ,lalu bertanya.Katanya,"Saya hanya belajar menghafal dengan mendengar berulangkali bacaan surah yg hendak dihafal ketika memandu pergi dan balik dari tempat kerja tiap hari.Dalam 2,3 minggu saya dah boleh hafal." Terasa pula,kenapa aku tak buat begitu selama ini.Kenapa biar sunyi dlm memandu,atau biar juruhebah merapu menguasai suasana dlm kereta,atau biar penyanyi melalak dlm kereta.Kalau setiap hari dengar,ikut membaca, sekurangnya sebulan satu surah yg sederhana boleh dihafal.Bahkan lafazkan zikir sambil memandu jika mungkin tidak sempat nak berzikir masa solat Subuh.Tambah lagi orang yg duduk di KL yg kerap tersangkut dlm traffic jam,lagi banyak surah boleh dihafal,banyak zikir boleh diucap..Kereta kita sendiri,kitakah yg mengolah suasana.Tetapi banyak dari kita suka yg lagho,lalai dan kekadang lebih suka diam shj. Di hujung benteng simen,di Pantai Merdeka,suatu petang saya lihat seorang anak muda bersila mengadap laut.Dihadapannya dipacak joran.Dia melihat sesuatu diribanya.Bila saya hampiri,rupanya dia membaca quran dlm tablet sambil memancing.Subhanallah, bukanlah ibadat itu diatas sejadah,bersongkok,berbaju melayu shj,tetapi dimana juga.Menyebut kalimah mengingat Allah pada setiap pokok getah yg ditoreh,setiap pokok sayur yg ditanam,setiap kali jala ditebarkan,setiap roti canai yg disiapkan dsbnya. Emak saya pernah mengajar kakak untuk menyebut subhanallah pada setiap jemput cucur kodok dimasuk dlm belanga utk digoreng.Apa salahnya ketika mengupas ubi,sebutlah satu zikir setiap biji,mengupas bawang,sebutlah satu zikir setiap biji,menyiang ikan,sebutlah satu zikir setiap ekor,membasuh pinggan,sebutlah satu zikir setiap satu, sebutlah satu zikir bagi setiap baju yg diseterika,satu zikir utk setiap palanggan di kaunter,dikedai,digerai.Tidurkanlah anak dlm buaian dg zikir laa illahaillah, muhammadurrasulullah. Mulakanlah setiap satu kerja dg bismillah,akhirkanlah dg alhamdulillah.Setiap langkah kaki, sebut dlm hati satu zikir. Terlalu banyak contoh dimana kita boleh boleh berzikir sambil melakukan sesuatu.Tetapi kita yg mengabaikan ruang,lalai dari mengingat Allah,tidak memanfaatkan masa,lebih teruk berzikir dg lirik lagu yg melalaikan,siulan bagai seruling syaitan.Jangan sebut saya tidak ada banyak masa utk ibadat,sibuk ,kerana ibadat yg resmi yg dituntut berjamaah yg ada aturannya amat sedikit masa yg diambil berbanding masa lain.Tanyalah diri,dimana aku habiskan masa hidup ini yg berpuluh tahun hingga tidak terdaya untuk mengingat Allah dlm hati.Berdasar contoh yg disebut diatas,sekurangnya ratus kali kalimah zikir boleh disebut,diingati dlm sehari,puluhan ribu dlm setahun,berjuta-juta seumur hidup. Dari Samuroh bin Jundub, ia berkata bahwa Rasulullah bersabda, “Ada empat ucapan yang paling disukai oleh Allah: (1) Subhanallah, (2) Alhamdulillah, (3) Laa ilaaha illallah, dan (4) Allahu Akbar. Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu memulai”(HR. Muslim). Pilihlah untuk menyebut mana satupun,dari susunan yg manapun,tetaplah Allah menyukainya.Ayuh mulakan hari ini,isikan ruang kosong untuk mendengar bagi tujuan menghafal, mengingat Allah dg berzikir pada tiap kerja yyg kecil.abdghaniharon

No comments:

Post a Comment