IMPIAN SEORANG ISTERI MUDA
Ketika duduk di pintu rumah kelmarin,menunggu pemberita Rtm yg nak buat liputan projek sedekah jariah yg saya jalankan,tiba- terdengar seorang memberi salam.Wanita hujung 20an berdiri di porch kereta dg bungkusan plastik di tangan.Katanya,"Cikgu, ni saya nak bagi kat cikgu ikan gelama kering belah belakang yg saya buat sendiri.Tak ada apz nak dibagi pada cikgu,saya selalu datang cari baju di tempat cikgu ni."Saya menerimanya dan memuji pemberiannya kerana nampak seperti dia terasa segan hanya dapat memberi ikan kering.
Sebelum beredar dia meminta sesuatu,"Cikgu,nak minta satu benda,minta cikgu tolong simpan kat saya baju t lengan panjang saiz besaq dan seluar sukan yg kain macam plastik untuk suami saya nak pakai pi ke laut."Saya segera mengiyakan dan minta dia datang semula.Ketika dia melangkah keluar rumah dan menunggang motor separuh umur,baru szya terfikir dia tentu datang dari kg kuala sg muda yg 10 km dari rumah saya,kerana suaminya nelayan.Baju lengan panjang adalah untuk manahan kepanasan matahari ditengah laut yg tiada apa melindungi dan seluar yg disebut itu jenis tidak telap air dan ringan yg dipakai sbg seluar track..
Mari kita menganalisa tindakan isteri muda ini.Ketika sebahagian kita mencari baju dan seluar berjenama untuk suami pergi kerja, di gedung hebat,isteri muda ini mencari pakaian suami di projek sedekah jariah.Itupun kita masih bersungut dlm hidup,berkeluh kesah tak cukup itu ini,tak ada itu ini.Ketika isteri muda ini mengimpikan pakain yg lebih baik untuk lindungi suami,kita mungkin impikan nak makan apa yg sedap hari ini.
Ketika kita memilih hadiah terbaik di komplek niaga untuk hari jadi rakan atau hadiah suatu peristiwa,ibu muda ini hanya mampu memberi ikan kering yg dibuatnya sendiri dlm bungkus plastik,tiada reben,tiada bungkusan hebat,pun dia tetap berhasrat untuk memberi.Pernahkah terlintas dihati kita untuk berusaha setahap ibu muda ini hanya untuk memberi hadiah,memberi sedekah atau untuk membalas budi pada kebaikan orang lain.Kita lebih menggenggam erat apa yg kita perolehi dari berfikir untuk berkongsi,kita lebih banyak meninjau dan mengharap pemberian orang,hadiah percuma dari menjadi pemberi.Kita suka sekali menjadi tangan yg dibawah.😢abdghaniharon😢
Jika isteri muda ini sanggup menebal muka meminta sesuatu untuk suami,demi memastikan suami tidak dibaham panas terik matahari,demi suami yg mengharung lautan yg seribu kemungkinan bahayanya,ukurlah diri kita sebagai isteri dlm hal khidmat untuk suami,ukurlah diri kita dlm hal perkongsian kepayahan hidup bersama suami,ukurlah apakah secawan teh panas untuk suami yg balik bekerja terbayar dg berjam-jam sisuami mengharung pekerjaannya seharian.Ketika kita melepas suami pergi kerja dg salam dan lambaian tangan dan kita tidak berbimbang apa,isteri muda ini mungkin melepaskan suami dg salam dan lambaian yg terakhir kerana lautan tidak pernah menjanji keselamatan seperti pergi pejabst.Kita melepas suami dg keyakinan pada hujung bulan dia membawa balik rezeki yg melimpah,ibu muda ini melepas suami dg doa dlm juraian air mata moga suaminya selamat,moga Allah temui rezeki mereka di dasar lautan,moga hari esok mereka akan ada beras untuk di masak.Ya Allah.Ya Allah!
Muhasabahlah diri.Jangan mendongak ke atas melihat mereka yg lebih dari kita,tunduklah melihat mereka yg jauh lebih payah dari kita.Bersyukurlah.Zahirkan kesyukuran dg membuka genggaman,menghulur,dan menjadi tangan yg diatas.Moga ada insan yg akan menghantar baju t lengan panjang dan seluar track yg ringan untuk ibu muda ini.Saya ingin sekali memenuhi impian kecilnya.abdghaniharon
Wednesday, 30 September 2015
Tuesday, 29 September 2015
MELEPAS ANAK DI LOST WORLD
MELEPAS ANAK DI LOST WORLD
Saya nak mengulang satu pesanan yg telah saya siar dulu dg sedikit tambahan,kerana peringatan yg baik sunat diulang.Moga yg tidak membacanya lahi,dapat diperingatkan.
Seketika dulu,saya biasa membawa anak ke Tambun Lost World.Selepas melepasi pintu utama,saya memulakan arahan dan pesanan.Jaga diri , ikut peraturan yg ditentukan, pakaian ditentukan, makan ditentukan dan diberi bekal, wang,jangan buat itu ini,jangan tinggal itu ini,jelajahlah tempat ini yg disukai.Masuk waktu solat,berhenti solat,beri bantuan jika diperlukan .Kalau perlu bantuan,bertanyalah, dan berbagai hal lagi.Akhirnya diperingatkan,abah akan datang ambil petang nanti.Mereka cepat menghilang dlm kesibukan.
Bila petang saya datang,suka tak suka,kena balik,walau ada yg meronta,ada yg bermuka masam kerana masih seronok nak bermain..Didalam kereta,saya akan mula bertanya,memeriksa apakah suruhan dan larangannya semua dipatuhi,hinggalah ke rumah.Pujian dan ganjaran diberi kpd anak yg patuh,hukuman pun dijatuhkan kpd yg tidak patuh.
Anda mungkin juga biasa melakukan begini,mungkin ditempat lain.Secara tidak sedar,keadaan ini hampir menyamai hakikat hidup kita di dunia ini.
Allah melepaskan kita didunia ini dg berbagai pesanan, tegahan dan suruhan, nanti Dia akan memanggil pulang,tetapi apakah kita beringat.Kita kebanyakan lalai kerana kita ditinggalkan terlalu lama di taman permainan didunia.Jika Allah memanggil sejak awal,mungkin kealpaan tak sebanyak mana.Bila lama menjelajah dunia,menikmati berbagai keseronokan,yg makin bertambah,makin lupalah kita bahawa kita akan dipanggil balik,hingga tercacat terluka,baru mengingat jalan pulang.Berapa banyak larangan telah abaikan,berapa banyak suruhan telah ditunaikan,berapa banyak bekal telah dihabiskan.
Pun begitu,ramai yg tak bersedia utk dipanggil balik,bila dijemput,terbelalak mata mereka.Bertuahlah mereka yg diturut,diseru,diajak,diperingat utk kembali,tetapi ramai yg diperingatkan pun terus memekak telinga,buat tak tahu saja.Kita bagaimana,sudah bersedia untuk dipanggil kembali terutama yg harinya hampir senja,matahari telah kemerahan di ufuk barat.☺abdghaniharon☺
Saya nak peringat diri dan juga anda,jika kita berpesan kpd anak ketika melepaskan mereka dimana juga,ingatlah pesanan itu ibarat Allah berpesan kpd manusia bila dilepas ke dunia ini.Pesanlah kpd ketakwaan,jangan tinggal solat, berbuat baiklah dimana juga kita berada,jangan lakukan kerosakan dimuka bumi, pesanlah juga kita akan kembali kpd Allah.Paling kurang,pesan jangan tinggalkan solat kerana jika solat tidak ditinggal,insyaallah yg lain semua akan menjadi baik dan patuh.Apa yg dipesan itu juga sepatutnya dipesan kpd diri kita sendiri,apakah kita juga patuh seperti kita dikatakan kpd anak-anak.Muhasabahlah diri.ABD GHANI HARON
Saya nak mengulang satu pesanan yg telah saya siar dulu dg sedikit tambahan,kerana peringatan yg baik sunat diulang.Moga yg tidak membacanya lahi,dapat diperingatkan.
Seketika dulu,saya biasa membawa anak ke Tambun Lost World.Selepas melepasi pintu utama,saya memulakan arahan dan pesanan.Jaga diri , ikut peraturan yg ditentukan, pakaian ditentukan, makan ditentukan dan diberi bekal, wang,jangan buat itu ini,jangan tinggal itu ini,jelajahlah tempat ini yg disukai.Masuk waktu solat,berhenti solat,beri bantuan jika diperlukan .Kalau perlu bantuan,bertanyalah, dan berbagai hal lagi.Akhirnya diperingatkan,abah akan datang ambil petang nanti.Mereka cepat menghilang dlm kesibukan.
Bila petang saya datang,suka tak suka,kena balik,walau ada yg meronta,ada yg bermuka masam kerana masih seronok nak bermain..Didalam kereta,saya akan mula bertanya,memeriksa apakah suruhan dan larangannya semua dipatuhi,hinggalah ke rumah.Pujian dan ganjaran diberi kpd anak yg patuh,hukuman pun dijatuhkan kpd yg tidak patuh.
Anda mungkin juga biasa melakukan begini,mungkin ditempat lain.Secara tidak sedar,keadaan ini hampir menyamai hakikat hidup kita di dunia ini.
Allah melepaskan kita didunia ini dg berbagai pesanan, tegahan dan suruhan, nanti Dia akan memanggil pulang,tetapi apakah kita beringat.Kita kebanyakan lalai kerana kita ditinggalkan terlalu lama di taman permainan didunia.Jika Allah memanggil sejak awal,mungkin kealpaan tak sebanyak mana.Bila lama menjelajah dunia,menikmati berbagai keseronokan,yg makin bertambah,makin lupalah kita bahawa kita akan dipanggil balik,hingga tercacat terluka,baru mengingat jalan pulang.Berapa banyak larangan telah abaikan,berapa banyak suruhan telah ditunaikan,berapa banyak bekal telah dihabiskan.
Pun begitu,ramai yg tak bersedia utk dipanggil balik,bila dijemput,terbelalak mata mereka.Bertuahlah mereka yg diturut,diseru,diajak,diperingat utk kembali,tetapi ramai yg diperingatkan pun terus memekak telinga,buat tak tahu saja.Kita bagaimana,sudah bersedia untuk dipanggil kembali terutama yg harinya hampir senja,matahari telah kemerahan di ufuk barat.☺abdghaniharon☺
Saya nak peringat diri dan juga anda,jika kita berpesan kpd anak ketika melepaskan mereka dimana juga,ingatlah pesanan itu ibarat Allah berpesan kpd manusia bila dilepas ke dunia ini.Pesanlah kpd ketakwaan,jangan tinggal solat, berbuat baiklah dimana juga kita berada,jangan lakukan kerosakan dimuka bumi, pesanlah juga kita akan kembali kpd Allah.Paling kurang,pesan jangan tinggalkan solat kerana jika solat tidak ditinggal,insyaallah yg lain semua akan menjadi baik dan patuh.Apa yg dipesan itu juga sepatutnya dipesan kpd diri kita sendiri,apakah kita juga patuh seperti kita dikatakan kpd anak-anak.Muhasabahlah diri.ABD GHANI HARON
MAHU DENGAN TIDAK MAHU
MAHU DENGAN TIDAK MAHU
Ketika memandu bersama seorang sahabat untuk menziarah kematian,sebatang ranting kayu yg sederhana besarnya jatuh diatas jalan dan menutup sebahagian jalan.Kereta terpaksa sedikit mengelak.Rakan saya segera meminta saya berhentikan kereta dan mengajak saya menarik ranting ketepi.Agak berat,tetapi dg bantuan seorang lagi pemandu yg berhenti,kami berjaya mengubah ranting itu ke tepi jalan.
Dalam kereta,sahabat saya itu menyebut hadis riwayat Abu Hurairah,sabda rasulullah,"Ketika seseorang berjalan di jalan,dia mendapati ada sebatang ranting berduri ditengah jalan,lalu dia membuangnya.Maka Allah memujinya dan mengampunkannya,"
Banyak orang melihat halangan dijalan sebagai sesuatu yg biasa,yg tiada apa-apa kaitan dengannya,lebih teruk ada yg menyumpah dan bersungut,mereka berlalu dg mengelaknya atau berkata dalam hati ini kerja Majlis bandaran, JKR.Orang yg positif yg berhati-hati dalam hidup akan melihat semua perkara sebagai peluang seperti sahabat saya ini,dimana dia nampak peluang untuk Allah memujinya dan mengampunkan dosanya dg sedikit kerahan tenaga.Banyak hadis nabi pesan untuk kita mengambil peluang,tetapi kebanyaksn kita melupakannya atau terlupa atau tak tahu langsung,menjadikan peristiwa yg didatangkan kpd Allah dihadapannya disia-siakan,tidak dimanfaat untuk diri,utk membina hubungan dg Allah.☺abdghaniharon☺
Sehubungan dg keampunan Allah,ada lagi kesempatan mendapat keampunan,tetapi banyak orang sia-siakan kerana tidak tahu,tidak belajar.Sabda Rasulullah yg diriwayat oleh Barra bin Azib,"Jika dua orang muslim bertemu,lalu berjabat tangan,maka Allah mengampunkan dosa kedua sebelum berpisah."Maka berjabatlah tangan dg sempurna,saling memandang dan senyuman kerana itu satu kesempatan untuk kita dan orang yg ditemui diampunkan dosa.Jangan rasa berat,jangan buat sambil lewa,jangan bersalam dihujung jari,main sentuh shj.
Ada beberapa kesempatan lagi yg ditawarkan oleh Allah untuk diampunkan dosa jika diamalkan iaitu bersedekah,berbakti kpd dua ibubapa,berpuasa,membaca quran,membina masjid,menjauh dendam dan bermaafan serta berlapang dada.Sejauh manakah kita laukan,kita ambil peluang dan kesempatan.Banyak dari kita mensia-siakan peluang,maka dg itu layaklah kita kembali mengadap Allah dg doa yg tidak terampun.Jika kita hanya memikir hidup,kita akan abaikan semua peluang yg berkaitan dg akhirat,jika kita sentuasa hidup untuk ibadat,menjadikan setiap gerak srbagai ibadat,maka setiap sesuatu dilihat sebagai peluang untuk berbuat baik.Setiap manusia akan terbuat dosa,tetapi jalan pengampunan juga amat luas dan didepan mata kita shj.Mahu dg tidak mahu sahaja.abdghaniharon.
BANYAK BUKAN MESTI CUKUP
BANYAK BUKAN MESTI CUKUP
Ketika meronda kawasan sekolah semasa jadi pengetua dulu,saya terserempak dengan tukang kebun yang sedang makan bekal di kerusi batu dibawah pokok.Dia malu-malu menegur saya dan mempelawa saya makan.Pulut kukus dg kelapa parut dan beberapa ekor ikan tamban kering dg kopi o dlm botol plastik.Saya menolak dg baik dan duduk melihat dia makan sambil bertanya beberapa hal mengenai keluarganya.Bila diberitahu gajinya hanya Rm600 dg anak 5 orang,saya bertanya cikupkah perbelanjaan hidupnya.Katanya,"Cikgu bukan banyak yg mencukupkan,tetapi Allah yg mencukupkan rezeki bagi hambanya.Saya yakin pada rezeki yg berkat akan cukup,kerana yg banyak pun tetapi tidak berkat, tidak akan cukup."
Perkataannya cukup dalam maknanya,patutlah saya nampak dia berpewatakan wara' dg kopiah putin lasam,tidak memakai topi seperti pekerja lain.Bila difikir kata-katanya,ramai guru saya yg bergaji beribu-ribu,yang 5,6,7 kaliganda dari gajinya masih menghantar borang pinjaman bank untuk disahkan oleh saya,ada yg main kutu buat bayar insuran dan roadtax seolah pinjam duit orang dulu,berniaga sampai dlm bilik guru,agaknya gaji tak cukuplah kot,ada bertanya pelayan pejabat,gaji masuk dak lagi bila dekat hujung bulan,bahkan ada yg tulis buku kecil 555 dikantin bila lepas tengah bulan.Semua ini menunjukkan ketidakcukupan walau gaji besar.Mungkin ini satu kebenaran apa yg disebut oleh tukang kebun ini,rezeki yg banyak belum tentu berkat,yg sedikit belum boleh dikata tidak cukup kerana yg sedikit,tetapi berkat,akan cukup.
Ibubapa kita dulu yg bersawah,berkebun,jadi nelayan,berapa sangat hasilnya tetapi boleh membela anak sekawan neru,boleh sekolahkan dan lihatlah diri kita hari ini,inilah keberkatan rezeki yg dicukupkan oleh Allah.Lihat pula hari ini,mereka yg bergaji beribulah yg berhutang,kerana mereka memenuhi syarat untuk boleh berhutang.Hakikatnya,ketidakcukupan apa yg diperolehi,sedangkan mereka yg dapat sedikit,tidak pula boleh meminjam,menyebabkan mereka lebih berhati-hati dlm hidup,bersyukur dan Allah mencukupkan keperluan hidup mereka.Sabda nabi," Semua dosa orang yang mati syahid akan diampuni kecuali hutang.” (HR. Muslim no. 1886)Ini menunjukkan beratnya berhutang,tetapi ramai mengabaikannya.😯abdghaniharon😯
Duduklah merenung diri,muhasabah,jika terasa gaji tidak cukup.Jangan terus menghukum,membuat keputusan ,gaji aku kecil,harga barang mahal,belanja hidup tinggi dan itu ini sebagai alasan,tetapi cuba selidiki apakah mungkin rezeki yg diperolehi kurang berkat kerana sesuatu.Mungkin cara kerja kita yg tidak menepati amanah yg ditetapkan,terambil harta pejabat,terguna masa kerja utk bersembang,makan,berjualbeli,mungkin kerana tak bayar zakat,tidak berdyukur,tidak berkongsi rezeki dg yg memerlukan sprt yg miskin,yatim, mungkin kerana kedombongan dg jawatan,mungkin nak bergaya dlm hidup,mungkin..........Pada saya dari terus isi borang pinjaman peribadi kerana rasa tak cukup,lebih baik muhasabah diri mengapa tidak cukup.Meminjam,ibarat kita tidak merasa cukup dg rezeki Allah,tak rasa berpada dan lebih teruk tidak merasa sabar membawa masa depan ke masa kini,maksud saya nak rumah hebat ,kereta hebat tetapi tidak mampu,maka meminjam dari bank ibarat membawa masa depan ke masa kini,dimasa depan kita mampu,tetapi kita sudah tidak sabar menunggu.
Jangan sesekali bersungut pendapatan aku kecik,tak cukup,seolah kita mengata Allah beri rezeki yg tidak cukup kpd kita sedangkan telah difirmankan bahawa setiap mulut yg dijadikan Allah,Allah sudah sediakan rezeki bagijya.Masalahnya kita mungkin besar kerak dari periok,luas mulut dari suapan.Marilah kita merenung kata-kata tukang kebun ini, banyak bukan mesti cukup,sedikit belum tentu tidak cukup.Hakikatnya,keberkatan kpd apa yg diperolehi.Saya pernah melihat kenduri yg sangat ramai tetapi cukup lauknya,ini tanda keberkatan sedangkan logik akal tidak boleh mencukupi.abdghaniharon
TETAMU YANG CELUPAR
TETAMU YANG CELUPAR
Bila terbaca post seseorang yg menceritakan perkara jelek di tanah suci Mekah, yg kononnya ada rumah pelacuran,saya beristighfar panjang dalam hati.Baru sekali ke mekah ,itupun untuk masa yg singkat,dah bercerita yg buruk.Sedangkan orang lain bertahun,-tahun disana,tidak terungkap sepatah kata yg buruk mengenai tanah haram.Bukan mempercayaai cerita itu,tetapi saya teringat pesan guru saya ketika belajar ilmu mengerja haji dan umrah.Saya kongsikan disini untuk kita mendidik diri supaya tidak menjadi hamba yg tidak celupar mulut,buruk laku dg Allah dan rasulnya.
Mekah itu tanah haram,tanah suci,tempat paling suci di bumi ini.Allah yg sebut. Bahkan nabi menyebut,seutama-utama tempat untuk bermusafir adalah ke Masjidil haram dan Masjidil Aqsa yg merupakan arah kiblat yg lama dan yg terkini.Dari aspek ini sahaja,jelas Allah dan rasul memuliakan tempat tersebut,jadi siapalah kita nak memalit kejelekan tempat suci itu.Ringkasnya Mekah itu tanah suci,tidak boleh,tidak beradab kita mencanang keburukannya.Dimanapun dibumi ini ada maksiat,ada dosa dilakukan sebab bumi ini bukan syurga dimana disyurga tidak ada keburukan seluruhnya.Kalau nak cerita buruk di Mekah,bukankah sejak dulu ada Abu Lahab,Abu Jahal dan sekutu mereka melakukan berbagai kemaksiatan dibumi Mekah.
Bila kita ke Mekah,dipesan oleh guru saya,janganlah berniat untuk balik,niat untuk meninggalkan Mekah.Jika nak balik,niatlah untuk berziarah apa yg kita tinggalkan ditanah air dan kita akan kembali ke Mekah.Bunyi ayat ini agak ganjil tetapi maksud tersiratnya ialah kehalusan adab,dimana kita kena menghormati tanah haram lebih dari rumah sendiri,jika boleh kita nak sentiasa disana,bersama baitullah,bersama nabi.Kita tidak sebaiknya memilih dan mengutamakan tempat lain dari tanah haram.Moga dg ini Allah jemput kita lagi di usia akan datang kerana kita mengutama tanah sucinya.Sebab itulah mereka yg melakukan tawaf wida,tawaf selamat tinggal,kerapkali menangis,di sunatkan berpaling sekali dua ketika berjalan meninggalkan kaabah.Ini semua melambangkan berat hati meninggalkan yg lebih baik.Bahkan tanah haram itu dimuliakan apabila kita nampak bangunan -bangunannya dg doa yg khusus masa kita mula memasukinya,sedangkan tempat lain,tidak pula disunatkan berbuat demikian.😈abdghaniharon😈
Ada orang yg cenderong mengata yg buruk tentang oranf0g arab di Mekah.Kasar,sombong itu ini.Saya dipesan oleh guru saya,jangan memaki atsu mengata kpd orang Arab ditanah haram kerana dikhuatiri,orang arab yg dimaki itu keturunan rasulullah,mungkin kaum keluarga baginda.Tentulah ditanah haram itu banyak keturunan rasulullah kerana baginda berasal dari situ.Ini juga dari segi kehalusan adab,supaya kita tidak termengumpat keturunan rasulullah.Sebab itu orang tua-tua dulu yg ke Mekah tidak membawa balik cerita yg buruk dari tanah haram, walaupun mereka menghadapi berbagai masalah.
Jika masjid dlm qariah kita sebagai rumah Allah kita jaga kebersihannya,kita tidak memburukkannya,tanah suci lebih lagilah.Jangan percaya cerita buruk tanah suci takut terkongsi dosa,takut Allah tidak menjemput kita kesana lagi.Bila berada ditanah suci kita digelar tetamu Allah,tetamu yg membawa balik cerita buruk tempat yg diziarahi adalah tetamu yg buruk perangai,tidak beradab.Apa yg anda rasa bila tetamu yg berkunjung kerumah anda bercerita dikhalayak ramai rumah dia tu bersepah,bini dia berserabai,bilik air jijik dsbnya.Apa yg Allah terasa bila tanah sucinya dijaja penuh maksiat.Jangan berkongsi dosa,biarkanlah mereka kerana saya lihat telah ada yg menegur,membetulkan.Saya hanya sekedar mengajak anda mempetlok diri sendiri.abdghaniharon
MEREKA YANG TERIKAT KAKI DAN TANGAN
MEREKA YANG TERIKAT KAKI DAN TANGAN,TERKUNCI MULUT DAN LIDAH
Hari ini kita melihat dan menemui kemungkaran di merata tempat dalam masyarakat,bahkan hingga ke perimgkat negara yg tidak ditegah.Banyak orang mengambil sikap aku sekadar tegah dalam hati,membenci,kerana ada hadis nabi "Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman " (Hadis sahih riwayat Muslim)
Pendirian menegah dalam hati itu betul ,tetapi lihatlah kalimah akhir hadis tersebut,"itulah selemah-lemah iman".Soalnya sampai bila kita nak duduk ditahap iman yg lemah,jika umur pun dah berpuluh tahun bahkan yg dah umur senja,masih nak mengaku lemah iman.Ini alasan saja kerana tak mahu cari masalah,tak mahu gaduh,bimbang itu ini,maka biarlah diri disifatkan nabi lemah iman.Cuba fikirkan kita lebih malu,takut pada manusia dari malu dan bimbang disifatkan nabi sebagsi lemah iman.Apakah dg lemah iman itu kita akan kembali mengadap Allah?
Ada yg takut menegur kerana bimbang hilang kuasa,bimbang hilang pangkat kedudukan.Isteri pemimpin terus mendedah aurat walau negara imi dikata negara Islam.Yg terakhir anak raja pula berhujah soal aurat rambut.Mana mufti,mana penguasa agama.Mereka juga mungkin menegah dalam hati.
Ada orang berselindung disebalik mengaku menegah dg hsti ini dg mengguna istilah tak mau buruk sangka,istilah berdoalah moga dia diberi hidayah.Nampak macam mereka ini wara,tetapi hakikatnya mereka bersembunyi disebalik lemah iman.Jika maksiat didepan mata,sudah terzahir,tegahan kena dibuat,tidak ada istilah buruk sangka disitu.Yang lebih teruk lagi,mereka jenis ini akan komen dalam fb agar orang yg menegah mungkar secara tulisan dg komen 'jangan buruk sangka,berdoalah moga beri hidayah,bahkan ada yg nasihat suruh orang yg menegah mungkar pula memohon ampun,konon buat dosa percuma.Mereka ini terlajak alim,tidak sedar hakikat maksiat kena ditegah,hakikat iman mereka lemah dan nak mengajak orang lain bersama mereka.Mereka merasa diri mereka cukup baik kerana berbaik sangka walau maksiat depan mata,tetapi saya bimbang mereka menjadi orang yg dayus pada agama,mereka hanya memikir diri mereka shj nak masuk syurga,biarlah orang lain nak hadi apa.☺abdghaniharon☺
Telah banyak kali saya temui orang yg sedemikian bila saya menulis hal menegah mungkar.Telah banyak banysk kali juga saya menemui orang sebegini bila mrnegah mungkar dikhalayak.Saya nak bertanya,sampai bila kita nak menjadi lemah iman,jangan bersembunyi dg istilah sabar,berbsik sangka,takut dapat dosa percuma,kerana entah entah kita bersembunyi bersama syaitan yg menyesatkan.Janganlah jadi orang alim yg terikat kaki dan tangannya,terkunvi mulut dan lidahnya tetapi terbuka mata dan telinganya,lalu mereka berharap masuk syurga.Tidak ada orang yg akan sampai ke pintu syurga dg segak bergaya,tetapi mereka yg mengetuk pintu syurga akan sampai dg penuh parut luka kesan pengorbanan kpd agama,kerana agama tertegak atas menyeru yg makruf,mrnegah yg mungkar.Tidak sempurna iman kita,islam kita selagi tidak dilakukan dua perkara ini,apakah anda masih nak bertetap ditahap lemah iman?Berubahlah,berhentilah dari menegur orang yg menegah mungkar,tegur diri sendiri yg lemah iman.abdghaniharon
TEGURAN BOLEH DATANG DARI SIAPA SAJA
TEGURAN BOLEH DATANG DARI SIAPA SAJA
Dalam hidup ini kita pasti akan buat silap,terlalai,kerana itu sifat yg ada pada manusia.Dengan itu Allah menyuruh kita saling membetulkan,mengingatkan.Peringatan ini bukan mesti datang dari orang yg alim shj,bukan mesti dari orang yg tua shj,bukan mesti ustaz dan orang berilmu shj,tetapi kekadang Allah datangkan teguran melalui seorang kawan,orang tak dikenali atau siapa shj.Saya berikan dua contoh pengalaman saya ditegur oleh seorang pelajar dan seorang kontraktor Cina bukan Islam.
Semasa menjadi Penolong Kanan di sekolah dulu,suatu hari saya dapati dua pelajar lelaki bertumbuk dalam kelas ketika saya memasuki kelas.Kedua-duanya saya panggil ke depan dan mula bertanya sebab bergaduh.Masing-masing menuduh lawannya bersalah.Tiba-tiba seorang pelajar perempuan bangun dan mencelah,katanya,"Cikgu,saya rasa mereka berdua tak bersalah. Yang bersalah ialah cikgu."Saya terkejut,darah menyirap.Pelajar lain juga kelihatan terkejut bahkan ada yg pucat muka mungkin takut kena marah.Pelajar itu kemudian menyambung,"Sebab cikgu masuk lambat ke kelas."
Pelajar itu segera duduk,dia memandang saya dg senyuman tetapi nampak juga ketakutannya..Saya rasa seperti Gunung Jerai nenghempap dikepala.Malu tetapi bersyukur ketika itu Allah sertakan kesabaran dan akal untuk bertindak cara yg benar.Saya minta maaf,memuji pelajar perempuan itu cara berseloroh utk cover malu dan melepaskan dua pelajar yg bergaduh itu.Bila balik ke bilik guru,saya benar-benar rasa bersalah kerana terlupa jadual hari itu hingga terlewat masuk kelas.Allah datangkan keberanian kpd pelajar itu utk menegur saya.
Kisah kedua,ketika mengemukakan pindaan plan rumah saya yg nak dibuat oleh seorang kontraktor Cina,Ah Seng,dia meneliti seketika plan tersebut lalu bertanya,"Cikgu,mau tanya sikit, itu kiblat arah mana?"Saya dan isteri heran juga dg pertanyaan ini tapi cepat menunjuk arah dalam plan.Dia menyambung,"Itu macam,saya minta maaf cikgu.Lu orang Islam tarak boleh berak kencing mengadap kiblat.Dalam ini plan,lubang tandas itu mengadap kiblat loo.Lagi pula,kedudukan tandas pun kurang cantek,depan kiblat.Saya pinda sikit ok ka?"
Ya Allah!Saya langsung tidak terfikir perkara ini.Allah datangkan seorang bukan Islam untuk membetulkan.Dia mungkin mengetahui hal ini menerusi pengalamannya.
Abu Ayyub Al Anshari berkata, “Rasulullah bersabda: “Jika salah seorang dari kamu masuk ke tempat membuang hadas, maka janganlah menghadap ke arah kiblat atau membelakanginya. Hendaklah ia menghadap ke arah timurnya atau baratnya.”(Bukhari). Walaupun ada pendapat yg lain hal mengadap kiblat ketika buang air, adab ini sebaiknya dipelihara sedapat mungkin,terutama bila kita membina rumah sendiri di mana kita ada pilihan.Nabi menyebut timur atau barat kerana hadis ini ditutur di Madinah,dimana kiblatnya di selatan,bagi kita kiblat dibarat, maka sebaiknya jangan membuang air mengadap atau membelakang kiblat atau arah barat.😢abdghaniharon😢
Bila kita ditegur,jangan cepat menjawab,melatah.Ambil masa untuk memikir isi tegurannya,mempertimbangkan kebenarannya.Jangan bina benteng untuk terus menolak dg alasan,dg kemarahan atau takut terasa malu.Paling kurang,jika kita tidak bersetuju pun,diam sahaja,berikan senyuman untuk kita berlapang dada.Kecuali jika teguran itu nyata salah, bertentang hukum,perbetulkanlah kembali dg baik.Jika teguran menyakitkan hati,tinggalkanlah tanpa perlu dibalas,kerana jika dibalas,kita sama seperti dia.
Muhasabahlah diri,suatu masa Allah akan datangkan seseorang menegur dan membetulkan kita.Itu suatu rahmat dan kasih sayangNya yg banyak orang terkeliru kerana tak sanggup malu.Jika kita menerima teguran yg baik,itu menepati doa kita 'tunjukkanlah kpd aku jalan yg benar' yg dibaca dlm surah al fatihah.abdghaniharon
–
Wednesday, 23 September 2015
Padan muka
PADAN MUKA
Seorang saudara jauh saya mengadu,"Tak sangka,ustazah pun boleh menipu.Janji pi umrah dengan belanja tiga ribu sembilan ratus sahaja.Dah setahun,apa pun tak ada,duit hilang,dia pun hilang."Dia hilang hampir lapan ribu.Saya cuma senyum pada dia dan berkata,"Mana mungkin umrah semurah itu,tambang pun belum tentu cukup."
Kebiasaan orang kita suka jalan belakang,maksud saya suka yg tak ikut peraturan,kebiasaan,yg resmi.Mereka suka cari jalan potong,murah,mudah,cepat untung dsbnya.Jom kita tengok beberapa contoh.Pertama umrah yg murah,yg boleh dijangka ada udang disebalik mee.Memang betul ada orang boleh pergi dg tambang semurah itu,ini hanya modal umpan shj,pusingan pertama sebagai umpan,pusingan seterusnya mengaut untung.Yg tertipu mereka yg nak cari jalan murah,mudah,tak mahu ikut kebiasaan.Pada saya,padan muka.
Berapa ramai yg terlibat dg cepat kaya,macam-macam skim.Memang betul ada orang dapat duit banyak,itu umpan shj.Selepas itu,mereka mengau hasil,kita jadi mangsa.Padan muka.Allah dah sebut dlm quran sesungguhnya rezeki yg terbaik itu dari hasil usaha tangan sendiri.Tidak ada jalan pintas,jika ada nabi dah tunjuk,jika ada orang buat samada ia menipu,subahat atau haram.Begitu juga MLM yg mengumpan kereta mewah,menjaja kepandaian jana duit macam qarun,sudahnya kemana.Orang diatas tayang Ferrari,kita dibawah dok kancil buruk tu juga sudahnya, menjadi lembu tunggangan mereka,padan muka.
Ada juga terpengaruh dg pelaburan sarang burung,tanam serai,kopi,ketul emas dan entah apa lagi.Konon untung berlipat ganda dg cepatnya.Piiiiiraaah!Dalam dunia ini mana ada pelaburan secepat itu untungnya.Kita lihat orang Cina ada diseluruh dunia menjadi kaya kerana niaga dan usahawan,adakah antara mereka yg kaya dg pelaburan seperti kita.Simpan dua tiga ratus untung beribu.Auta semua.Yg tertipu,mereka yg nak cari jalan cepat untuk kaya,sedangkan Allah dah kata,rezeki ditanganNya bukan ditangan manusia,Allah suruh berusaha mengikut jalan yg betul,jalan yg menjadi sunnah.Banyak yg dikejar tak dapat,yg dikendong berciciran.Padan muka.☺abdghaniharon☺
Orang kita juga suka dapat percuma.Bila ditawarkan,terus menerpa,tidak terasa ada ular dalam semak.Gores menang,akhirnya habis duit dlm bank,beli barang buatan Cina yg harga seratus dua dg bayaran seribu dua ribu.Padan muka.Mana ada dlm dunia orang nak bagi free dg buka kedai,buka pejabat.
Orang kita juga suka diperdaya oleh orang yg mengambil kesempatan dari agama.Ayam,lembu,kambing dengar baca quran.Loooo quran diturun untuk manusia,bukan untuk binatang sebab manusia akan dimasuk neraka pd yg engkar,binatang tiada hal.Ayat quran dipasang dikandang lembu,di lau ayam,dengar macam pelek,tempat kotor dan jijik tu pulak dipsang quran sedangkan ada pendapat ulamak yg kata baca quran atas kubur pun tidak baik kerana tanah kubur itu najis.Air terapi quran yg diniagakan dipasang kaset dijual begitu mahal.Bacalah sendiri,buat apa dibeli kerana niat yg jual itu untuk untung,apakah masih ada keberkatannya. Hingga ada jual air anai anai makan quran.Orang yg tak reti agama menjadi makanan yg putar agama.Padan muka.
Orang melayu juga yg begitu terpengaruh dg ubat dan makanan tambahan yg iklannya tak masuk akal pun dipercayai.Makanan tambahan yg boleh menyembuh semua penyakit.Ini bohong hidup-hidup.Satu ubat,satu penyakit.Makanan bukan mengubat tetapi membina atau membetul sistem badan.Kebanyakan pengeluar nampak macam ahli lawak dg magicnya,sapu muka hilang parut.Minum satu sudu,sudah boleh buang tongkat.Yg tertipu,padan muka.
Mungkin sudah sampai kita berhenti dari bersimpati dg mereka yg tertipu kerana akhirnya kita lihat mereka sendiri yg salah pilih jalan,tamak,menurut krhendsk hati.Nak ajak anda kembali kepada Allah,kpd kebenaran. Berhentilah dari mencari jalan mudah dlm semua hal kerana apa yg nabi tunjuk,apa yg disebut dlm quran mengenai rezeki, mengenai takdir adalah muktamad.Kita disuruh berusaha dg garis yg disediakan dlm quran dan hadis.Tidak ada jalan singkat jalan potong,jika ada kemungkinan ada penyamun ditengah jalan.Apa juga yg datang,rujuklah dulu kpd tuntutan dan jalan agama.Marilah kita bersyukur dg apa yg kita usahakan,apa yg ditakdirkan.Mohon maaf.abdghaniharon
Tuesday, 22 September 2015
UBAH JADUAL HIDUP
UBAH JADUAL HIDUP UNTUK MENDAPAT YG LEBIH BAIK DARI DUNIA DAN ISINYA
Dalam beribadat,nabi juga memilih dan menunjukkan ibadat yg berbeza ganjarannya.Bagi kita yg tidak segigih nabi dalam beribadat,kekuatan yg ada sebaiknya ditumpu kpd ibadat yg lebih besar ganjarannya.Contoh antara buat kenduri arwah dg wakaf,lebih baik berwakaf..Walaupun ada orang akan berkata,kita ibadat bukan sebab nak pahala,tetapi apa pula tujuan nabi menyatakan berbagai ganjaran mengikut berbagai ibadat,melainkan utk menggalakkan dan memberi pilihan yg lebih utama,supaya ganjarannya lebih.Saya nak tumpu kpd hadis berikut:
Dari Aisyah berkata,"Rasulullah saw bersabda,' Dua rakaat fajar lebih baik dari dunia dan seisinya."
(HR. Muslim dan Tirmidzi) Besarnya ganjaran solat sunat fajar iaitu solat sunat qobliyah subuh atau sebelum subuh.Hinggakan nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak pernah memperhatikan shalat-shalat sunat melebihi perhatiannya terhadap dua rakaat fajar.” (Muttafaq Alaihi)
Maka saya nak mengajak semua memberi perhatian kpd sunat fajar ini.Bangun sedikit awal supaya sempat bersolat sunat sebelum solat subuh.Kita menunggu terbit matahari untuk menghambat dunia,bukankah lebih baik kita dapatkan dulu yg lebih baik dari dunia dan isinya dg solat dua rakaat sebelum mengharung dunia di hari tersebut.Dan tentunya yg lebih baik melaksanakan juga solat sunat 2 rakaat sebelum dan selapas zohor,2 rakaat sebelum asar,2 rakaat selepas maghrib dan 2 rakaat selepas isyak.😑abdghaniharon😑
Sebab itulah bangun di sepertiga akhir malam itu dituntut supaya boleh bertahajjud,membaca quran dan dapat bersolat sunat fajar sebelum solat subuh.Tidurlah awal selepas solat isya supaya bangun awal,kerana selepas isya badan telah lusuh,berjaga pun mungkin melayan nafsu dg menonton tv yg tiada faedahnya.Jika tidur jam 10 bahkan lebih awal,bangun pada 4.30 memadai setelah tidur 6 jam setengah.Ada masa satu setengah jam utk ibadat malam bersolat,membaca quran sekurang 1 juzuk dan dg itu qatam tiap 30 hari,setahun 12 kali.
Ingatlah pesan nabi,bila kita tidur syaitan merantai kita dg 3 rantai,bila terjaga,bangunlah dan sebut pujian bagi Allah terbukalah satu rantai,berwuduklah,terbuka rantai kedua dan seterusnya bersolat akan membebaskan kita dari ikatan rantai syaitan ini.Besarnya ganjaran bertahajjud,besarnya ganjaran solat sunat fajar menyebabkan syaitan begitu bersungguh menambat manusia supaya terlewat bangun,terlepas tahajjud,terlepas solat sunat fajar dan mungkin hanya mendapat subuh gajah (istilah emak saya yg marah anak kerana sembahyang subuh yg hampir naik matahari)
Akhirnya perhatikan hadis berikut:
Dari Abu Hurairoh,Rasulullah saw bersabda,"Janganlah kalian meninggalkan dua rakaat fajar walaupun kalian dikejar kuda(musuh)." (HR. Ahmad dan Abu Daud) Jelas menunjukkan terlalu utama solat sunat fajar.Marilah kita berazam utk tidak meninggalkannya dan mengubah jadual hidup untuk bangun dinihari.Ubahlah tabiat bangun jam 6 kepada bangun pagi jam 4.30 atau lebih awal..abdghaniharon.
Monday, 21 September 2015
SEBIJI CUCUR KODOK,SATU SUBHANALLAH
SEBIJI CUCUR KODOK,SATU SUBHANALLAH
Solat berimam dengan seorang kenalan,dia membaca sebahagian ayat surah Anfal dan Mutaffifin.Saya tidak menyangka dia boleh menghafal begitu banyak surah ,lalu bertanya.Katanya,"Saya hanya belajar menghafal dengan mendengar berulangkali bacaan surah yg hendak dihafal ketika memandu pergi dan balik dari tempat kerja tiap hari.Dalam 2,3 minggu saya dah boleh hafal."
Terasa pula,kenapa aku tak buat begitu selama ini.Kenapa biar sunyi dlm memandu,atau biar juruhebah merapu menguasai suasana dlm kereta,atau biar penyanyi melalak dlm kereta.Kalau setiap hari dengar,ikut membaca, sekurangnya sebulan satu surah yg sederhana boleh dihafal.Bahkan lafazkan zikir sambil memandu jika mungkin tidak sempat nak berzikir masa solat Subuh.Tambah lagi orang yg duduk di KL yg kerap tersangkut dlm traffic jam,lagi banyak surah boleh dihafal,banyak zikir boleh diucap..Kereta kita sendiri,kitakah yg mengolah suasana.Tetapi banyak dari kita suka yg lagho,lalai dan kekadang lebih suka diam shj.
Di hujung benteng simen,di Pantai Merdeka,suatu petang saya lihat seorang anak muda bersila mengadap laut.Dihadapannya dipacak joran.Dia melihat sesuatu diribanya.Bila saya hampiri,rupanya dia membaca quran dlm tablet sambil memancing.Subhanallah, bukanlah ibadat itu diatas sejadah,bersongkok,berbaju melayu shj,tetapi dimana juga.Menyebut kalimah mengingat Allah pada setiap pokok getah yg ditoreh,setiap pokok sayur yg ditanam,setiap kali jala ditebarkan,setiap roti canai yg disiapkan dsbnya.
Emak saya pernah mengajar kakak untuk menyebut subhanallah pada setiap jemput cucur kodok dimasuk dlm belanga utk digoreng.Apa salahnya ketika mengupas ubi,sebutlah satu zikir setiap biji,mengupas bawang,sebutlah satu zikir setiap biji,menyiang ikan,sebutlah satu zikir setiap ekor,membasuh pinggan,sebutlah satu zikir setiap satu, sebutlah satu zikir bagi setiap baju yg diseterika,satu zikir utk setiap palanggan di kaunter,dikedai,digerai.Tidurkanlah anak dlm buaian dg zikir laa illahaillah, muhammadurrasulullah. Mulakanlah setiap satu kerja dg bismillah,akhirkanlah dg alhamdulillah.Setiap langkah kaki, sebut dlm hati satu zikir.
Terlalu banyak contoh dimana kita boleh boleh berzikir sambil melakukan sesuatu.Tetapi kita yg mengabaikan ruang,lalai dari mengingat Allah,tidak memanfaatkan masa,lebih teruk berzikir dg lirik lagu yg melalaikan,siulan bagai seruling syaitan.Jangan sebut saya tidak ada banyak masa utk ibadat,sibuk ,kerana ibadat yg resmi yg dituntut berjamaah yg ada aturannya amat sedikit masa yg diambil berbanding masa lain.Tanyalah diri,dimana aku habiskan masa hidup ini yg berpuluh tahun hingga tidak terdaya untuk mengingat Allah dlm hati.Berdasar contoh yg disebut diatas,sekurangnya ratus kali kalimah zikir boleh disebut,diingati dlm sehari,puluhan ribu dlm setahun,berjuta-juta seumur hidup.
Dari Samuroh bin Jundub, ia berkata bahwa Rasulullah bersabda, “Ada empat ucapan yang paling disukai oleh Allah: (1) Subhanallah, (2) Alhamdulillah, (3) Laa ilaaha illallah, dan (4) Allahu Akbar. Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu memulai”(HR. Muslim).
Pilihlah untuk menyebut mana satupun,dari susunan yg manapun,tetaplah Allah menyukainya.Ayuh mulakan hari ini,isikan ruang kosong untuk mendengar bagi tujuan menghafal, mengingat Allah dg berzikir pada tiap kerja yyg kecil.abdghaniharon
Sunday, 20 September 2015
DUA PERANCANGAN
KITA KENA ADA DUA PERANCANGAN
Dalam satu usrah,naqib memberi tugasan untuk tiap ahli membentang perancangan berdasarkan hadis nabi . Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam telah bersabda:
“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yg boleh melampui umur tersebut” (HR. Ibnu Majah: 4236, Syaikh Al Albani mengatakan: hasan shahih).
Tajuk ini jelas menunjukkan perancangan dari segi persiapan untuk mati,mengadap Allah.
Bila tiba pembentangan setiap orang,telah dijangka semua orang akan bercerita dia akan buat ibadat solat,puasa,baca quran,sedekah,zikir dll.Bila selesai semua orang menyatakan perancangan,naqib tidak komen sebaliknya bertanya apakah apa yg dirancang itu telah dibuat selama ini?Bila dia minta membaca quran tiap orang,ternyata ramai yg tersangkut, tergagap,teraba,bila ditanya solat sunat apa yg dah diamal berterusan,kebanyakan diam,bila ditanya puasa sunat yg mana yg mereka isqamah,juga diam,bila disuruh membanding berapa peratus dari pendapatan disedekah dan dibelanja ke jalan agama,mereka juga diam.Semakin banyak soalan yg ditanya,telah ada ahli usrah yg menitis airmata, terutama bila naqib meninggi suara"Nabi telah memberitahu usia kamu,tetapi kamu tetap bertangguh untuk beribadat."Titisan air mata jatuh ke buku catatan seorang rakan usrah disebelah saya.
Saya nak ajak pembaca semua merasai seperti berada dimajlis itu.Apakah jawapan kita,apakah persediaan kita.Tanyalah diri,jika kita merancang utk beribadat sekuatnya,apakah ilmu kita telah mencukupi.Kita tahu semua ibadat solat sunat,tahu hari dan bila puasa sunat, tahu baca quran dg fasih,tahu zikir dan kelebihannya dsbnya.
Jika jawapannya penuh madah berhelah,ambil daya usaha dari sekarang utk belajar,utk mula melaksanakan.
😢😢😢abdghaniharon😢😢😢
Saya ingin menambah,apa yg disebut diatas adalah ibadat khusus shj,sedangkan seluruh ini boleh dijadikan ibadat dg meletak niat setiap geraklaku,pekerjaan kerana Allah.Bersiap sedia untuk mati bukan bermakna duduk diatas sejadah shj, tetapi menjadikan hidup seluruhnya dlm ibadat.Hati sentiasa mendetik zikir,lidah boleh dibasahi hafalan surah,mulut menuturkan pesanan yg baik,kaki sentiasa dilangkah ke tempat ibadat,tangan sentiasa ringan untuk membantu,mata sentiasa ingin kembali melihat sejadah dan quran,telinga sentiasa ditadah mendengar ilmu dan pesanan yg baik.
Janji nabi tetap benar,jangan tunggu 60an,kerana bila tiba usia itu,tenaga sudah tidak sekuat sekarang,penyakit sudah berkeliling,mungkin sudah tiada kesempatan.Bersara lebih awal dari 60 adalah baik sebagai persediaan untuk mati.Kesatuan sekerja yg meminta dinaik umur bersara kpd 60 mungkin tidak pernah merujuk hadis ini,mereka hanya merancang untuk hidup,tetapi tidak merancang untuk mati. Seolah kita akan bekerja hingga sampai penghujung hidup.
Mungkin dah tak sempat nak guna duit KWSP yg dirancang utk kegunaan bila tamat bekerja.
Ayuh mulakan hari ini satu persediaan mengadap Allah, bukan kain kapan dan keranda kerana itu tanggungjawab yg hidup kpd yg mati.Bukan dimana kuburnya,berapa hari kenduri arwahnya.Tanyalah diri apakah kita telah menempah sebuah tempat disyurga.Kita kena ada dua perancangan, pertama untuk hidup,kedua untuk mati baru menepati pesanan nabi.abdghaniharon
Saturday, 19 September 2015
MEMINJAM UNTUK BELI RUMAH DIAKHIRAT
MEMINJAM UNTUK BELI RUMAH DI AKHIRAT.
Ketika menunggu giliran di Maybank,saya berbual dengan seseorang haji yang kebetulan duduk di sebelah saya.Bila ditanya tujuannya.katanya,"Saya datang minta pinjaman nak beli rumah yg besar sikit.Rumah yang ada sekarang sempit dan lama." Saya cuma mengangguk dan bertanya jumlah pinjaman,ratus ribu.Terfikir nak tanya dia satu soalan tapi tak tergamak.Maka saya tanya di sini,kepada anda semua.
Soalannya,nampaknya haji ini tidak berpuashati lagi dengan rumah yang ada dan nak membeli rumah baru dengan meminjam,apakah dia telah ada rumah diakhirat?Apakah dia tidak rasa rumah diakhiratnya patut dibesarkan.Tidakkah dia terasa rumah yg nak dibeli didunia itu,akan diduduki sementara sahaja sedangkan rumah diakhirat nak diduduki selamanya.Jika ditimbang dari aspek ini,maka rumah yang diakhirat kena diutamakan dulu dari rumah yang didunia.Maka pinjamlah jika tak ada duit cukup untuk buat rumah diakhirat untuk bersedah jariah,wakaf pembinaan masjid,sekolah,rumah kebajikan dan sebagainya yang ibarat membina suatu amal kebajikan yg kekal menjadi milik kita selamanya untuk bekalan ke akhirat yang diandai bagai membina sebuah rumah.
Bekerja tiap hari,berikhtiar itu ini untuk bina harta didunia yang hanya untuk menyuap satu mulut,yang menjadi busuk dan keluar sebagai najis,sedangkan kita tidak sekuat itu bekerja untuk cari harta akhirat yang tidak membusuk, sebaliknya terus baik disisi Allah untuk dimanfaat selamanya.Kita berusaha didunia untuk sihat,makan itu ini,telan ubat itu ini,tetaplah sihat itu sementara,suatu hari kita akan tua dan mati jua,tetapi kita tidak berusaha untuk tidak sakit diakhirat dengan tidak berbuat maksiat,engkar perintah Allah dan disiksa di neraka.Kita begitu berusaha untuk naik pangkat dalam pekerjaan,naik status dlm hidup, tambah kemewahan tetapi sekuat itu jugakah usaha kita untuk dapat darjat yang tinggi disisi Allah untuk hidup selamanya.☺abdghaniharon
Lidah kita mudah mengaku kita kena seimbang antara dunia dan akhirat.Dunia jambatan akhirat.Jika demikian kenapa bila kita sanggup meminjam untuk beli rumah,beli harta di dunia yang ansurannya hingga ke mati,kita tak sanggup meminjam untuk berbuat kebajikan demi membina tempat tinggal yang baik diakhirat?Jika boleh berdiri dan duduk 8 jam sehari ditempat kerja demi kelansungan hidup didunia, kenapa tak seimbangkan untuk duduk dan berdiri mengadap Allah dimalam sepi utk bertahajud,membaca quran,meskipun sekedar beberapa minit demi kelangsungan hidup yg kekal diakhirat..Jika didunia melabur dlm ASB hingga sanggup meminjam,dlm saham,emas,dsbnya,mana dia pelaburan untuk akhirat.Yang banyaknya orang melabur utk akhirat dengan lebihan belanja seringgit dua utk tabung masjid,sumbangan wakaf dll,kenapa tidak melabur dg banyak juga kerana janji Allah lebih besar dan tetap benar pada pelaburan yang ditawarkan.
Akhirnya,kebanyakan kita termasuk saya hipokrit,berpura dengan Allah.Mengaku tetapi tidak buat.Mengaku dunia kena diseimbang dg akhirat tetapi neraca kita,timbangan kita banyak menipu.Apakah dg sembahyang 5 waktu,puasa sebulan dlm setahun,sedekah yg bagai memberi daging nyamuk yg nipis yg lekat pada kulit lembu,bukan daging pejal dari peha, itu sudah dipandang seimbang dunia dan akhirat. Jom kita pejam mata seketika,betulkah aku telah seimbangkan antara dunia dan akhirat dg membanding masa ibadat dg pekerjaan,harta didunia dg amal kebajikan utk akhirat,simpanan dan pelaburan dunia dg simpanan dan pelaburan akhirat.Renungkanlah.Siapa berani meminjam utk bina masjid,sekolah agama,rumah kebajikan?Sila fahami tulisan ini sebagai bandingan utk bermuhasabah,utk menjadi lebih baik. abdghaniharon.
Friday, 18 September 2015
AMBILLAH YANG DIMAKSUD,BUKAN YANG TERTULIS
AMBILLAH YANG DIMAKSUD,BUKAN YANG TERTULIS
Saya duduk berbual dengan seorang muda yang nampaknya seperti nak berhujah dengan fahamannya.Dia memetik ayat
"Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang keyakinan.” (Al-Hijr: 99).Katanya,"Kami berpegang bahawa ayat ini jelas menunjukkan kita hanya menyembah Allah bersolat,beribadat hingga datang keyakinan.Bila kita dah yakin,cukuplah.Apa dok pulun tunggeng terbalik lagi."Diutara ada golongan ini,yang bersolat dan berpuasa sekali shj seumur hidup kerana hujahnya mereka telah yakin.Mereka juga berhujah Allah menyebut "Dirikanlah solat .....",tidak disebut dirikan solat 5 kali sehari.Allah menyebut"Wahai orang beriman,diwajib puasa keatas kamu...."Allah tak sebut wajib puasa ramadan seumur hidup kamu.
Golongan ini sengaja mengambil kesempatan memudahkan tafsiran ayat Quran,memaham selapis ayat shj,tidak mentafsir berdasar apa yg dibuat nabi dan para sahabat serta ulamak.Fahaman ini mudah,hanya guna fikiran dan cukup dibimbangi menguasai anak muda yg cuba mentafsir ayat quran dg akal sendiri seperti golongan menolak hadis.
Padahal datang keyakinan dlm ayat quran ini bermaksud bila kita mati iaitu kita akan bertemu Allah,itulah keyakinan yg sebenar.Soal ibadat,kita kena menurut apa yg di buat oleh nabi kerana ayat quran diperjelas oleh nabi.😠abdghaniharon
Hujah golongan ini hampir menyamai hujah sesetengah orang yg tidak mahu menutup aurat,artis,orang seni.Mereka mengambil faham iman terletak di hati bukan pada pakaian,saya dedah aurat tapi hati saya baik.Kami hanya berlakon,bukan buat betul,dedah aurat dlm lakonan,shj.Semua hujah ini adalah hujah fikiran,hujah yg mentafsir ayat quran selapis shj dan guna akal untuk melepaskan diri.Mereka ini sesat dan menyesatkan. Berawaslah bila memberi pandangan,berawaslah kpd anak-anak muda,ilmu agama kena dipelajari dari sumber yg benar,bukan dari hujah akal.
Ada orang datang masjid awal hari jumaat kerana nak dapat pahala seoerti seekor unta,tetapi duduk bersembang dibalai lintang,sedangkan maksud nabi hadir awal ke masjid utk iktikaf dlm masjid.Ada orang bersedekah kpd anak yatim dan miskin ikut musim bila bulan puasa, bila nak raya shj sedangkan yg disuruh setiap masa.Ada ulamak muda mentafsir syair imam mazhab "Tuhanku aku tidak layak kesyurgamu,tapi aku tak sanggup ke neraka mu....."sebagai sesat,sedangkan ini adalah bahasa sastera yg merendah diri yg tidak boleh difahami selapis shj.Bila seorang ibu memarahi anaknya yg buat perkara salah,dia berkata,"Hang buatlah lagi..."Itu bukan bermaksud dia surah buat,itu amaran supaya jangan buat.Bila Allah tetap memberi rezeki melimpah,walau manusia berbuat jahat,engkar perintahNya,jangan faham Allah redo kpdnya.Jangan faham apa yg nyata,tapi ambil fahaman sebenar.
Jangan gunakan akal sendiri dlm memahami quran,hadis tetapi merujuklah kpd tafsiran para ulamak.Jangan terima hujah orang tanpa sandaran dari sumber yg soheh,ulamak yg muktabar.Jangan beramal ikut akal,tapi ikut sunnah,terjemah ikut sunnah.Jangan ambil ajaran agama dan sesuaikan ikut kehendak kita,tetapi kitalah yg kena sesuai dg kehendak agama.abdghaniharon.
Thursday, 17 September 2015
AKU BERBANGGA MENJADI ISLAM
AKU BERBANGGA MENJADI ISLAM
Dalam satu mesyuarat ajk pibg,yg membincang agenda mesyuarat agung yg akan diadakan,seorang ajk mencadangkan dimulakan dg bacaan surah Fatihah dan doa dan ditutup juga dg bacaan surah Al Asr dan doa.Seorang lagi ajk membantah walaupun dia seorang Islam dg mengatakan majlis itu dihadiri oleh ibubapa bukan Islam juga,tidak perlu dan tak sesuai buat acara berbentuk Islam.Kebetulan seorang dari ajk adalah bukan Islam,berbangsa Cina.Beliau mencelah," "Saya rasa buguih baca itu doa minta tuhan tolong,apa salah kita mau buat perkara baik ."Yg membantah terus terdiam.
Salah satu penyakit kita ialah malu nak mengamal Islam dikhalayak,rasa rendah diri,rasa lekeh,nanti dikata terlalu wara,jadi lebai,jd orang agama,jd pembangkang dsbnya. Maka diletakkanlah Islam dibawah dan didahulukan perkara lain .Islam tidak diterjemah dlm hidup dan tidak dijunjung.Mereka tidak merasa proud to be muslim,berbangga sebagai seorang Islam.
Akibat dari rasa rendah diri ini,maka kerapkali tolakansur dibuat hingga mengenepikan Islam.Majlis yg diatur tidak berciri keislaman,tidak dibatas oleh yg dibenar oleh Islam kerana nak melayan yg bukan Islam,hingga kekadang yg bukan Islam pun tidak menghalang atau menuntut apa apa pun..Yg ganjilnya,jika acara keislaman digurgurkan,kerana menghormati bukan Islam,mengapa pula mengutama bukan Islam,kenapa kita yg Islam kena menurut kehendak mereka, kena mengalah?Ini yg dikata kita tidak menjulang agama yg kita pegang.☺abdghaniharon
Tegakkan lslam walau dimana kita berdiri,walaupun hanya tinggal kita seorang shj yg Islam.Suarakan supaya hak kita diamal dan ditegakkan.Contoh jika mesyuarat berlanjutan, mohon berhenti utk solat,jika dlm rombongan,mohon diselit masa utk solat,program apa juga yg diatur,pastikan hak hak Keislaman dipatuhi.Jika kita seorang ketua,gunalah acuan dlm mengurus berdasar Islam.Bila kita membuat keputusan,utama Islam dari yg lain.
Sepatuhnya bukanlah Islam yg kena sesuai dg keadaan tetapi keadaan kena sesuai dg Islam.Jangan kerana menghormati bukan Islam,agama diletak kesampingkan. Mereka yg bukan Islam yg kena sesuaikan diri.Begitu juga orang mengaku Islam,mereka yg kena mengubah diri dan apa yg dibuat supaya sesuai dg Islam. Perkataan Islam boleh disesuaikan dimana juga adalah tidak betul,tetapi sepatutnya semua perkara kena sesuai dg Islam.Hakikatnya pun Islam itu lengkap dan boleh dipraktik dimana juga jika kita mahu menjadi Islam .
Saya biasa melihat seorang penumpang bas ekspress meminta berhenti seketika kerana dia nak bersolat Asar setelah bas yg bertolak sebelum zohor tidak berhenti lagi.Ada tetamu yg menegur DJ rumah kenduri yg tak menghormati azan bahkan disuruhnya memperingati tetamu yg waktu zohor telah masuk..Seorang Cina yg berurusan dg saya pernah berkata,"Macam mana saya mau percaya sama cikgu."Saya hanya menjawab,"Saya seorang muslim,saya tidak akan mungkir janji."Dia senyum dan mengangguk kepala.Proud to be muslim.abdghaniharon.
Wednesday, 16 September 2015
ANTARA KETUPAT DAN LEMANG DENGAN PUASA HARI ARAFAH
ANTARA KETUPAT DAN LEMANG DENGAN PUASA HARI ARAFAH
Minggu depan kita akan menyambut Aidil Adha,insyaallah hari khamis.Maka hari Rabu adalah hari Arafah,hari dimana mereka yg mengerjakan haji berwukuf ,tetapi mereka yg tidak mengerjakan haji disarankan berpuasa oleh nabi dan puasa itu disebut puasa hari Arafah.Saya nak mengajak pembaca semua merenung satu hadis nabi.
Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang."(Riwayat Muslim)
Besarnya ganjaran hingga tertebus dosa setahun berlalu dan akan datang.Maka marilah kita merebutnya,berpuasa pada hari rabu minggu depan sebelum hari raya.Bukankah selama ini kita beristighfar untuk menghapus dosa,setiap hari,ini kesempatan terbaik utk menghapus dosa. Bukankah setiap hari kita berbuat ibadat wajib dan sunat untuk mengumpul pahala agar dapat mengimbangi dosa yg dilakukan.Maka peluang menebus dosa setahun berlalu dan akan datang ini yg datang sekali dlm setahun,sebaiknya direbut.Berpuasalah pada hari arafah ini,sehari sahaja sebelum hari raya.
Janganlah mengutamakan lemang dan ketupat,hingga tidak berpuasa kerana lemang dan ketupat tidak menjamin apa pun pd kita,tidak menghapus setitik dosa pun,tidak mencacat apa pun pada Aidil Adha.Nak buat lemang,buatlah, puasa,tetap puasa,itu yg terbaik,supaya tidak dikata lemang dan ketupat lebih utama dari ajakan nabi supaya berpuasa.
Korban itu sunat,kena keluar duit lagi.Kenapa korban boleh buat walau kena keluar belanja,tetapi puasa tidak boleh.Kedua-duanya sunat.Bahkan janji nabi kpd ganjaran puasa hari arafah itu nampak lebih besar dari amalan korban. Sepatutnya kita mendahulukan puasa,dan yg terlebih baik melaksana kedua-duanya.☺abdghaniharon
Jika kita boleh merancang nak buat korban berbulan-bulan dulu dg menyimpan duit,menempah lembu,bermuafakat untuk buat korban,mengapa tidak kita merancang untuk berpuasa pada hari arafah.Inilah yg dikata,kekadang kita salah pilih yg mana lebih utama,yg mana lebih ganjaran,yg mana lebih mudah.Lebih teruk ada orang sanggup buat korban diluar negara,(sedangkan dinegeri kita masih ada orang tinggal dlm khemah),sedangkan Allah tak janji ganjaran lebih pun buat dimana pun,bahkan adalah lebih baik mengagih daging utk fakir miskin saudara mara disekeliling kita kerana akan tanya diakhirat jika tidak dibantu mereka ini,tetapi tidak akan ditanya jika kita tidak membantu yg miskin diluar negara.Kalau komen panjang nanti ada yg marah,tapi sesekali terfikir juga bagai kera dihutan disusui,anak dipangkuan diletakkan,dagang lalu ditanakkan,anak pulang kelaparan.
Berazamlah utk berpuasa hari arafah,ajak seluruh isi rumah.Mereka yg mengurus masjid,ajaklah anak qariah, imam masjid,selitkan peringatan kpd anak qariah dlm qutbah jumaat minggu ini,guru di sekolah,ajaklah murid berpuasa apalagi hari tu mereka bercuti,ketua pejabat,ajaklah dlm morning prayer,pesan pada kawan,pesan dlm fb,laungkan keseluruh umat Islam yg diluar Arafah.Ingatlah nabi berpesan "Sampaikan dari aku walau satu ayat".Sampaikan disini bukan bermaksud pesan yg baik sahaja,tetapi mengajak apa yg nabi ajak juga adalah termasuk dalam sampaikan, ballighuni walau ayat.abdghaniharon
Tuesday, 15 September 2015
CENDERAMATA
NAK BERI CENDERAMATA APA
Kita semua suka menerima hadiah,cenderamata dan juga suka memberi hadiah.Saya teringat semasa saya nak pencen dulu,ramai yg beri hadiah,hampir setengah lori kecil.Tetapi dari begitu banyak hadiah yg diterima,yg masih saya ingat,saya simpan dan gunakan setelah 4 tahun bersara,ialah hadiah dari seorang mak cik tukang sapu yg berupa sebuah al quran saiz A4 yg biasa sahaja .Telah berpuluh kali saya qatam dgnya hingga jilidnya sudah mula rosak.Hadiah yg lain entah dimana,rosak,disimpan dlm stor,dibuang dsbnya.
Nak mengajak anda semua memikir dlm hal memberi hadiah. Biarlah hadiah yg kita beri berfaedah baik berupa makanan atau alatan.Tetapi elakkanlah memberi hadiah yg melalaikan dan yg membazir.Ada hadiah berupa hiasan tidak sesuai pd seseorang dg keadaan rumahnya,hidupnya.Cenderamata yg kerap diberi di rumah kenduri kpd semua tetamu, sebahagiannya tidak sesuai kpd mereka dg keadaan hidup mereka menyebabkan cenderata begini akhirnya dibuang, seperti hiasan meja.
Seperkara lagi jika hadiah berupa makanan,pastikan ianya halal dan tidak memudaratkan.Banyak doorgift dirumah kenduri kahwin memberi junk food yg meragukan halalnya seperti jelly,jenis keropok yg tinggi serbuk perasa, gula-gula, coklat koko yg juga diragu halalnya dsbnya.Jangan pandang remah perkara ini kerana kita nak buat baik,tetapi memberi yg tidak baik.Indah indah pada mata,biar baik pada isinya..Pastikan halal,tidak memudarat seperti buah epal,muffin,kuih tradisi,kacang,kismis dll.
Juga saya rasa janganlah diberi hadiah supaya orang mengingat kita,supaya diletak dlm rumah,didinding. Lebih teruk jangan memberi hadiah yg membawa dosa dan subahat seperti gambar yg tidak sesuai,patung-patung dsbnya.Memberi hadiah juga jangan diharap balasan,hadiah berupa rasuah,mengharap pembelian,mendapat kontrak dsbnya.
Hadiah yg terbaik ialah hadiah yg boleh dimanfaatkan.Lagi lama,lagi baik, berbanding hadiah yg hanya untuk dilihat,dipamer shj.Peralatan letrik,alat tulis,pakaian,buku dan bahan berupa ilmu.Saya memberi minyak wangi tanpa alkohol pada majlis kahwin anak saya dan ternyata ramai yg menyukainya yg kosnya hampir sama dg bunga telur yg mungkin kebanyakan orang akan buang bunganya,mungkin juga telurnya sekali.Dan tentunya alquran hadiah terbaik bagi orang yg akan bersara sebagai satu pesanan tanpa suara.Terbaik juga al quran diberi sebagai hadiah untuk majlis yg bersesuaian yg lain.
Bila nak ada majlis,nak beri hadiah,fikirkan dari berbagai aspek,dan yg penting aspek agama kena didahulukan. Walapun hadiah ini kecil,sekedar cenderamata, dibimbangi ia membawa titik mudarat.Hadiah juga melambangkan keperihatinan kita,ketelitian kita pada hidup beragama. Terjemahkan Islam yg kita junjung dalam apa saja tindakan dlm hidup kita,termasuk memberi hadiah,seperti tukang sapu tersebut yg ternyata memberi hadiah terbaik bersama pesanan tanpa suara,hadiah sebuah al quran. abdghaniharon.
Monday, 14 September 2015
DUNIA DIPIJAK MENJADI JAMBATAN
DUNIA DIPIJAK MENJADI JAMBATAN
Terkejut jaga awal pagi ini bermimpi bertemu ayah yg telah kembali.Teringat dua kisah ketika hidupnya utk coretan kali ini moga menjadi iktibar.Bila saya mula bekerja,suatu hari ayah beritahu dia menambah keluasan bendang yg dikerjakan dg memajak bendang orang lain.Memanglah, bendang ayah setengah relong saja,cukup untuk makan kami sekeluarga saja.Bila saya melarang kerana kesian dg umur ayah yg dah lanjut,ayah berkeras,katanya,"Aku bukan buat bendang kerana nak kaya,tetapi supaya aku boleh keluarkan zakat padi.Bendang kita yg ada,tidak cukup nisab."Saya terdiam.
Peristiwa kedua,pada suatu senja saya lihat ayah menggagah diri menolak motor dari bawah rumah nak ke masjid.Dalam kepayahannya itu saya menegur supaya dia tidak ke masjid,bersolat dirumah sudahlah.Ayah saya seorang siak masjid dari usia muda.Jawapannya keras," Biarlah aku jatuh dijalan,dan mati kerana nak ke masjid,dari aku mati di tempat tidur.Itu lebih baik.Kalau orang bertanya Lebai Harun mati sakit apa,aku lebih bangga dikata mati kerana nak pi masjid."Saya tahu jawapan itu serampang dua mata,menyatakan sebab dia ke masjid,lagi satu menyindir anaknya yg sihat pun tak pi ke masjid,solat jemaah.
Kita selalu meletakkan tujuan berbuat sesuatu kepada kepentingan kebendaan,kepentingan diri atau duniawi.Kerja untuk dapat duit,tambah pendapatan,nak beli motor,kereta,nak perbesar rumah,nak itu ini.Buat ibadat wajib saja kerana takut dosa, ibadat sunat ditinggal kerana tak berdosa.Jom kita baca hadis dibawah
Rasulullah bersabda,"Barangsiapa menjadikan dunia sebagai tujuan hidupnya, niscaya Allah akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kefaqiran membayangi kedua matanya, dan dunia tidaklah datang kepadanya melainkan apa yang telah ditetapkan baginya. Dan barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuan hidupnya, maka Allah akan mengumpulkan segala urusannya dan menjadikan kekayaan memenuhi hatinya, dan dunia mendatanginya dalam keadaan hina."Riwayat Ibn Majah
Rugilah mereka yg berniat bekerja untuk dapat dumia, kekayaan,kesenangan,kerana nabi menyatakan kita akan dibayangi kefakiran.Memang betul kita sentiasa merasa tidak cukup.Itu bukti Allah cerai-beraikan urusan dunia kita..
Berapa ramai orang yg mengeluh hal pendapatan,tak cukup itu ini.Sekuat mana kita menghambat dunia,kita hanya akan dapat apa yg Allah dah tetapkan,takkan bertambah,meski pun berjaga hingga merah biji mata,berpeluh hingga ke keting.
Tetapi mereka yg menjadikan setiap urusan hidupnya, sebagai tujuan akhirat,bekerja utk ibadat,sentiasa berusaha menambah ibadat,apa gerak hidup diniat utk beribadat,maka Allah mengumpulkan semua urusan hidupnya sebagai amal soleh dan mencukupkan keperluannya,dia merasa kekayaan memenuhi hatinya,hidup penuh bersyukur.Ketika itu kejayaan dunia dan kemewahan didatangkan Allah kepadanya seperti yg ditetapkanNya,tetapi dia tidak terpengaruh dg dunia bahkan dunia itu dirasakan lebih hina.Maksudnya dunia tidak ditatang,dijunjung tetapi hanya dipijak menjdi jambatan utk mencapai akhirat.😑abdghaniharon
Saya nak ajak pembaca semua untuk kembali membetul niat dan tujuan bekerja dan buat apa saja supaya ia ditujukan utk mencapai akhirat.Kuat bekerja utk bayar zakat pendapatan, zakat hasil pertanian,penternakan,utk kumpul duit nak tunai haji,berumrah,bersedekah,berwakaf,membuat korban, membiayai pendidikan anak yg sempurna,menyedia kediaman yg selesa dsbnya.Elaklah dari berniat mengumpul harta utk hari tua,utk anak-anak kerana Allah telah tentukan semuanya dan kita tidak berupaya menambah, membeli kereta utk nampak hebat,lebih teruk mengelak bayar zakat,menangguh kerja haji,lebih suka melancung dari umrah dan ziarah,bersedekah dg lebihan rezeki paling hujung shj dsbnya.
Insyaallah,janji nabi mereka yg mengejar dunia akan dapat dunia shj,mereka yg mengejar akhirat,akan dapat akhirat dan dapat dunia secara percuma,maksudnya rasa cukup,rasa bersyukur.Kpd mereka yg berkeluh kesah tidak cukup itu ini,ayuh kita fikirkan hal ini,betulkan niat,moga Allah mencukupkan.abfghaniharon
Sunday, 13 September 2015
CEMBURU SEORANG AYAH
CEMBURU SEORANG AYAH
Ketika berjalan dalam market hari itu,saya melintasi sebuah warung.Di satu meja agak terasing saya lihat rakan sekolah saya dulu yg telah 60an duduk minum kopi sendirian.Entah kenapa hati saya mendesak nak berjumpanya.Saya menghampirinya.Nasi lemak dlm bungkus daun pisang disuap seperti terpaksa.Setelah memberi salam,saya duduk semeja dgnya walaupun saya amat jarang duduk di kedai kopi.
Setelah beberapa minit berbual,saya bertanya hal anak-anak.Dia diam ,tetapi akhirnya bersuara dg nada sirius."Hang tau kan aku ada 4 anak,semua dah kerja dan duduk jauh.Dirumah,aku dg bini aku saja.Aku sedih anak-anak aku bila telefon ke rumah,telefon kpd emak depa,semacam semua keempat-empat orang tu.Seingat aku sekali dua kot dlm setahun depa telefon cakap dg aku.Nak minta pinjam duit kat aku,tapi cakap dg mak dia juga.Kalau nak bagi duit pun,aku amat jarang dibagi ,emak depa saja yg dibagi.Kot nak tanya abah ada duit ka tidak,jangan harap.Sedih sangat."Sampai disini dia dah mula sebak.Air matanya tergenang dikelopak mata tua itu,segera disapu dg belakang tapak tangan,tapi dia gagahkan gelak kecil yg dibuat-buat0 nak menyembunyi rasa sedihnya.
Saya cepat memegang sebelah tangannya,meramas jarinya dan membisik kata sabar."Kalau nak beli apa pun,depa tanya emak depa sahaja,nak ajak berjalan pun,tanya emak dulu, kalau emak tak mahu,tak jadi ke mana.Aku ini abah depa.Aku yg membesaqkan depa.Hari ni depa bawa mak depa pi Tesco,aku depa semawa pun tidak"Dia terus meratuih.Semakin gawat bila hidungnya pun berair bercampur air mata.
Bila dia berhenti bercakap, saya mencelah."Kita semacam saja,bahkan orang lain juga,cuma mereka tak cerita.Tetapi nabi dah sebut dlm hadis Seseorang datang kepada Rasulullah dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut bertanya lagi, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya lagi, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya lagi, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi menjawab, ‘Kemudian ayahmu.'” Betullah jika anak-anak hang mengutama emak mereka dari diri hang sendiri,nabi dah sebut dan suruh."Dia mengangkat kepala memandang saya,seperti nak berkata betulkah ini?Saya terus menerang dan memujuk.
Kita semua adalah anak kpd seorang ibu dan ayah. Beringatlah pesan nabi ini,tetapi jangan sampai tergurus hati ayah.Jangan pula melebihkan ayah dari ibu,itu melanggar sunnah.Jangan kerana mak kuat berleter,banyak pesannya,ingatannya,kawalannya,tegahannya maka kita melebihkan ayah.Apa juga keadaan ibu kita,beri keutamaan kpdnya,tetapi jangan keterlaluan,jaga juga hak ayah.😅abdghaniharon
Perasaan cemburu dalam meraih kasih anak,tetap ujud pada ibu dan ayah,apa lagi diusia tua dan kesunyian bila anak telah berpindah.Tetapi atas sifat orang tua,perkara ini tidak dizahirkan,mereka menelannya dg kesabaran,dg senyuman, sedangkan jauh dilubuk hati,terguris sembilu yg tajam. Berhati-hatilah jika sesekali mereka bersuara dg sindiran, atau kata persis merajuk,atau body language yg luar biasa.
Pertimbangkanlah setiap perlakuan,tindakan kpd keduanya, jangan sampai mereka berdua berlumba meraih kasih anak-anak.Berlaku adillah,bukan saja pada kebendaan yg dihulur, tetapi pada setiap kata, setiap gerak laku,kerana semua dinilai oleh ayah ibu.Dahulukan ibu,tetapi jangan sampai ayah terasa terpinggir.Masa kecil,anak dimanjakan ayah ibu,bila tua ayah ibu mengharap dimanjakan.Renungkan,jangan ambil mudah.
Hari itu saya terpaksa makan dan minum dikedai kopi untuk memujuk sahabat ini.Memang hodoh jika orang tua merajuk hati,air mata tua berjurai,hanya yg tua sebaya,yg ada anak-anak sahaja yg memahami.Tidak akan ada ayah yg akan merayu bagai anak kecil minta didokong sama seperti adik kecil dlm dokongan.Jika ibu anda dilayan bagai anak kecil yg didokong, peganglah tangan si abang yg ibarat kpd ayah untuk dibimbing sama berjalan.Pada kita ,itu perkara kecil,belum tentu pada ayah ibu.Fikirkan kalimah ibarat ini sebagai inti kpd maksud tersirat pada tulisan ini. abdghaniharon
😊meratuih maksud bercakap banyak,berterusan.
Friday, 11 September 2015
BERCERITA KISAH DIRI
BERCERITA KISAH DIRI
Pn Siti Zaleha Zainon menulis kdp saya:
assalammualaikum tuan tq berkongsi ilmu yg bermenafaat dengan sahabat disini sy ingin mohon jasa baik tuan untuk berkongsi pengalaman tuan yg pernah menjalani dailisis ape penyebab bagaimana rawatan bagaimana tuan menghadapi kehidupan seharian kekuatan mentel dan fizikal disamping tuan dapat melakukan kerja kerja amal untuk masyarakat sy amat berharap tuan dapat menulis untuk saya jadikan panduan dlm kehidupan terima kaseh diatas keperihatin tuan
Saya menjawab dg berlindung kpd Allah dari rasa riak,megah,nak menunjuk.Sesungguhnya niat saya utk memenuhi permintaan dan moga ia menjadi teladan yg baik.
Saya mengidap kencing manis sejak berumur 35 tahun dan mengambil ubat glibenclamide dan metformin.Makan tidak kawal,air gas,teh ais itu perkara utama dlm kereta.Setelah 15 tahun lebih,saya mula merasa kecing semakin kurang,kaki bengkak,pandangan kabur.Ujian darah menunjukkan buah pinggang semakin rosak kerana peningkatan creatinine dan urea dlm darah.Berjumpa pakar buah pinggang,beliau menyebut tiada ubat tetapi boleh usaha melambatkan kerosakan.Disuruh bersedia untuk dailisis.Kerosakan buah pinggang saya kerana kencing manis dan terlalu lama makan ubat,15 tahun,ubat inilah yg merosakkan buah pinggang.Sepatutnya saya mengambil insulin,bukan makan ubat begitu lama.Ambil iktibar disini,jika anda kena diabetes dan dinasihat ambil insulin,ambillah untuk menyelamat buah pinggang jika makan ubat terlalu lama.
Saya pun ikhtiar bermacam ubat,ubat moden,ubat cina,ubat india,petua itu ini,akhirnya saya buat pembedahan fistula untuk bersedia dailisis.Akhirnya setelah 4 tahun,kadar creatine lebih 1000 bengkak kaki,badan lemah,gatal dll,saya pun memulakan dailisis.Nasib baik saya dah ada fistula dan boleh guna,jika tidak kena tebuk di tengkok utk dailisis.
Dailisis 3 kali seminggu,selang sehari,RM200 sekali buat dan setiap minggu kena suntik rekomon harga RM65.Jika pegawai kerajaan,dibayar oleh kerajaan.Jika mencarum perkeso,dibayar perkeso.Jika ada insuran,insuran tolong bayar.Jika tiada semua yg tadi,korek duit bank atau memhitung hari utk mati.Mengikut pakar dan saya rasa macam betul,jika tidak dailisis dlm seminggu,pesakit seperti kami sudah berpindah alam,insyaallah.
Mereka yg dailisis kena disiplin diri.Kena patuh jadual hadir,mandatori.Ada pesakit selang sekali shj,sudah pergi buat selamanya.Jangan makan kacang dan apa yg terhasil dari kacang,pulut,durian,semua jenis siput,kobis terutama kobis panjang kerana bahan ini akan menyebab darah berketul,pekat yg membeku bila dicucuk jarum dailisis..Kurangkan makan udang,ketam,sotong.Air sebaiknya sekadar sebotol mineral kecil sehari.Jarum dailisis sangat besar,sakit tak payah cerita,dua jarum kena dicucuk,satu tarik darah keluar,satu masuk kembali darah.Duduklah 4 jam tak boleh bergerak.Bila dailisis anda terikat dg hospital atau pusat dailisis.Nak berjalan kemana pun kena check dulu dimana ada pusat dailisis.Sebab itu saya tidak ke mana pun.
Bagaimana saya hadapi ini.Saya hadapi dg semangat nak hidup,ubat ada pada diri kita sendiri iaitu kekuatan dalaman utk hidup.Sakit ini mengajar saya nilai hidup yg mahal,bayar RM 200 utk hidup sehari.Jadi manfaatkanlah.Jangan fikir nak makan shj,nak rehat,nak duduk tengok tv shj.Jika demikian,baik mati,kalau hidup pun,buat menyemak dunia shj.Saya membeli hidup sehari,maka saya mesti manfaatkan utk ibadat dan berbuat kebajikan.Dengan itu saya wajibkan beberapa perkara sunat selain bertetap lakukan perkara wajib.Qatam quran setiap bulan tetapi telah bertahun saya qatam dua kali sebulan.Saya gagahkan diri menulis dlm fb setiap hari sebagai bekalan setelah berada dikubur.Jika seseorang bercakap dg saya,saya berusaha utk berkata sesuatu yg baik yg dipesan nabi.Jangan mengalah pada sakit,jangan murung.Saya akan manfaatkan hidup ini hingga ke minit terakhir jika saya tahu,waktu malaikat maut tiba.
Saya bina wakaf air bertapis supaya saya pastikan bersedekah tiap hari, bil tak sebanyak mana pun berbanding duit pencen yg dapat percuma.Nak belanja makan,memang makan dah terkawal.Nak beli pakaian,sudah lewat masa usia,dok fikir kain putih dan keranda shj.Saya buat projek wakaf barangan terpakai untuk bantu yg memerlukan,tiap hari isteri saya yg pencen juga dan seorang pembantu,ibu tunggal yg dibayar elaun,datang tolong pilih pakaian dan gantung.Itu routine isteri dan saya tiap hari selain ke hospital.Iktibarnya,jangan buang masa,pencen bukan utk berehat,tapi utk bersiap sedia bekal utk mati,bila usia dihujung senja,banyakkan kerja kebajikan.Tiada tv,tiada akhbar,tiada video.tiada muzik,tiada hiburan.Baca quran,baca bahan yg baik dari fb,menulis yg baik di fb,berziarah,berfikir utk buat baik,solat sunat.
Saya juga puasa sunat berselang hari,mengikut kaedah puasa nabi daud.Ini membantu saya mengurang makan dan minum utk terus kekal sihat.Hari dailisis tidak puasa.Ini rahmat dari sakit buah pinggang.Disebab saya ada friend yg ramai dlm fb dan nampaknya mereka amat meyakini saya,saya mudah mendapat sumbangan dari mereka utk berbagai kerja kebajikan dan membantu mereka yg memerlukan.Tetapi saya berpegang kpd amanah,yg nak dibantu juga saya nak pastikan sendiri.Yg datang minta tolong pun saya selidiki dulu.Saya tak perlu ambil duit amanah orang,kerana duit yg Allah beri pada saya pun tak habis-habis belanja.Benarlah bersedekah menambah rezeki.Saya mengambil ramai anak angkat,ada bangsa iban yg diislamkan,kampucheah yg belajar agama,muallaf cina,anak yatim dsbnya yg dibantu untuk hidup dan mencapai tujuan.Inilah yg membantu hidup saya,memgharungi berbagai masalah dg sabar mungkin berkat doa mereka.
Saya suka kerja kebajikan,suka melihat orang tersenyum menerima pertolongan,suka melihat mereka menangis dlm ucapan terima kasih.Saya suka mengambil berat dan buat kawan dg orang oku yg tak sempurna akal bahkan ada yg berkurap seluruh badan.Tiga dari mereka telah kembali dan seorang darinya yg tidak dipeduli sanak saudara,hidup dipinggir masjid disatu bilik kecil yg saya bina,akhirnya bila mati mempunyai harta tanah lebih sejuta rm dan duit asb beribu.Anak saudara masa itu datang tuntut pada saya yg memegang amanah sementara.Itulah dunia.
Saya pernah jadi setiaussha masjid hingga menjadi masjid contoh utk malaysia diawal tahun 2000.Saya berceramah mengenai pengimarahan masjid di seluruh Malaysia barat terutama Johor,Kedah,penang.Saya meninggalkan aktiviti masjid bila berpindah ke Sg Petani setelah timbul ancaman bunuh oleh mereka yg tidak suka dg aktiviti masjid.Saya tegas perkara hukum,tiada tolak ansur.Sebab itu semasa jd pengetua,jabatan pelajaran dan ppd amat tidak suka dg saya kerana saya menegur tak kira kira hang sapa.Tapi Allah itu maha kuasa,dianugerah saya jadi pegawai pelajaran daerah walau orang jabatan tak suka, bahkan perdana menteri telefon ketua pengarah bertanya kenapa pilih orang pas jd ppd setelah ketua umno sg petani mengadu pada pm.Allah datangkan seseorang dari umno juga yg jd panglima berdiri depan saya mempertahankan saya walaupun pengarah dah mengalah.Tetapi kesibukan kerja,menyebab saya tiada cukup masa utk kerja kebajikan,Allah datangkan penyakit ini,saya bersyukur sangat bila terpaksa pencen diusua 56 dan boleh menumpu kerja kebajikan.
Saya buat niaga sejak kerja dulu utk ikut sunnah dan utk sedia kerja bagi anak dan nak bantu saudara mara dpt kerja, tapi saya tak cacatkan kerja saya.Buktinya saya dapat anegarah cemerlang dua kali,dinaik pamgkat dari guru ke pk,pengetua,ppd.Bisnes catering saya berjaya,sale juta juga.Prinsip niaga saya utk kebajikan,bantu pekerja,adikberadik,bantu jayakan majlis orang (moto syarikat "Bertenanglah,kami jayakan majlis anda")Keuntungan banyak dikongsi utk kerja kebajikan dan bonus pekerja (setiap tahun diperuntuk Rm80k) Alhamdulillah,saya tidak pernah mengiklan,tetapi Allah datangkan rezeki.Saya selalu anggap rezeli syarikat saya adalah rezeki pekerja dan anak pinak mereka,saya hanya menumpang rezeki mereka.Mungkin pd setengah orang akan berkata,ini terbalik,tapi pada saya itu hakikat kerana saya hanya mengarah,cakap pandai,mereka yg mengerah tenaga.
Cukup.Kalau nak tulis,boleh jadi setebal hikayat hang tuah.Pada yg baca habis, terima kasih.Moga ini memenuhi permintaan,jika tidak,tanyalah lagi.Padspa yg tak temui apa pun,pd tulisan kali ini,saya minta maaf.Esok kita cite yg len pula.abdghaniharon
MISKIN SEKETIKA
MISKIN SEKETIKA,MATI SEKETIKA
Pernahkah terhadi kpd anda begini,tidak bawa duit untuk bayar sesuatu yg kita telah beli atau khidmat yg kita telah perolehi.Misalnya dah makan,tetiba duit tak bawa.Dah naik teksi,bila nak turun,duit tidak ada.Maka gelabahlah kita,cari jalan macam mana nak buat.Muka dah tebal.
Hakikatnya Allah menguji kita supaya menjadi miskin seketika,mungkin untuk kita menginsafi bahawa harta yg menjadi milik kita adalah sementara dan boleh hilang dg sekelip mata jika Allah kehendaki.Mungkin Allah nak rendahkan martabat,darjat kita,serendah peminta sedekah bila kita merayu belas ihsan untuk menangguh atau berhutang.Mungkin Allah nak beri kita rasa,bagaimana hinanya bila orang tidak mempercayai kita,bila pekedai yg kita minta tangguh bayaran tidak membenarkannya.Semua ini suatu contoh insiden peringatan Allah kpd kita,bahawa kita tidak berkuasa sepenuhnya atas apa yg kita miliki,ia akan hilang.
Tetiba suatu malam letrik terputus.Bergelap dlm rumah,hanya ada api lilin.Nak tidur susah kerana panas,selalu ada aircondt,ada kipas,air cooler,ditambah dg nyamuk lagi.Nak tengok tv pun tak boleh,nak buat apa pun tak boleh.Hakikatnya Allah menguji mereka betapa susahnya orang miskin menghadapi malam yg gelap,nyamok,agas,di rumah usang,mungkin dibawah jambatan,dikaki lima.Allah sengaja membawa satu episod hidup mereka untuk dirasa oleh mereka yg berada hanya untuk satu malam,atau beberapa jam shj.Berapa banyak sumpah seranah agaknya kpd TNB,kpd nyamok,berapa banyak bersungut kepanasan,resah dg anak-anak dsbnya bagi yg tidak sabar dan tidak memahami setiap sesuatu Allah takdirkan.Allah beri peringatan untuk kita menoleh melihat mereka yg dibawah,supaya kita bersyukur,supaya kita membantu.Janganlah jadi bagai enau dlm belukar,melepas pucuk masing-masing, bila hidup bermasyarakat.
Setiap malam kita tidur.Tidur itu mati yg sementara,ia ibarat kematian..Allah beri rasa setiap hari,seumur hidup.Sebab itu kena baca doa tidur(Dg nama Allah aku hidup dan mati) dan lafaz syukur selepas jaga.Sedarkah kita hakikat ini?Bahkan secara tidak sedar kita suka mati yg sementara ini,tetapi kita tidak sedar itu adalah ibarat bayangan kpd kematian yg sebenar.Apakah kita mengambil iktibar pada setiap pagi bila kita dibangunkan semula oleh Allah?☺abdghaniharon
Semua orang biasa terkena api,percikan api atau sesuatu yg panas.Tak tertahan rasanya.Hakikatnya Allah beri rasa panasnya api dunia,itu pun kita sudah tidak tertahan,bagaimana kita nak menahan panasnya api neraka yg jauh lebih dahsyat.Berapa banyak manusia yg terasa insaf hal ini?
Ayuh semua pembaca,teruskanlah memikir berapa banyak lagi episod hidup kita yg Allah jadikan sebagai peringatan.TetPi kita selalu memahami sesuatu pada lapis pertama,pada permukaan sahaja.Kita tidak menganalisa,berfikir.Sedangkan Allah Dia memperi peringatan kpd mereka yg mahu berfikir.Al Quran tidak akan difahami jika kita tidak memikirkannya kerana Allah menyatakan dlm kakimah yg ringkas,sebab itu kita tidak boleh memahami dg membaca shj,tetapi perlukan tafsiran.Tafsiran itu adalah hasil fikiran yg dibuat nabi,para ulamak.Maka setiap episod hidup, jangan biarlah berlalu begitu shj,berfikirlah dg kembali kpd peringatan oleh Allah yg mencipta segalanya.abdghaniharon
Wednesday, 9 September 2015
KAHWIN LARI
KAHWIN LARI,KAHWIN LAGI-SATU PERINGATAN
Saya menulis kali ini utk menasihat mereka yg bercadang kahwin di Thailand atas apa alasan pun sebagai iktibar,ingatan dan pedomsn,kerana melihat seorang sahabat yg berhempas pulas mengurus anak yg lahir dari kahwin di Thailand.
Perkahwinan di Thai,walaupun sah disisi agama tetapi tidak patuh peraturan agama negeri di Malaysia.Selepas kahwin,kena lapor pada jabatan agama negeri dan didenda dan akan dikeluarkan surat nikah Negeri di Malaysia semula..Jika tidak dilapor kpd jabatan agama Islam, pasangan ini boleh terus hidup bersama tetapi masalahnya bila dapat anak.Anak ini tidak boleh didaftar kelahiran kerana tiada surat nikah jabatan agama.Masalah akan timbul bila nak bersekolah,mana surat beranak?Kalaupun sekolah benarkan akan timbul masalah bila nak daftar upsr.Masa ni kena berhenti sekolah.Anak ini juga tidak boleh buat kad pengenalan dan secara tidak lanhsung tidak diterima sebagai rakyat Malaysia.Silap pertimbangan dan kesilapan ibubapa berbelas tahun dulu,anak akan tanggung seumur hidupnya.😂abdghaniharon
Diutara masalah ini cukup banyak.Semasa saya jd pegawai pelajaran daerah beberapa tahun dulu,kajian dibuat didaerah kuala muda shj ada 72 pelajar tiada surat beranak kerana ibubapa kahwin di Siam,mereka tiada kp,mereka tidak boleh bersekolah dan ambil peperiksaan,mereka seolah bukan rakyat Malaysia walau ibubapa orang Melayu kerana ibubapa tidak berkahwin cara sah di Malaysia.
Ini belum kira kes harta pesaka,soal nak kerja kerana tiada kad pengenalan dan 1001 masalah lagi.Elakkanlah berkahwin luar negeri,kalau tak boleh elak,serah diri lepas kahwin dijabatan agama,bayar denda.Jangan sorok perkahwinan,kerana anak tak boleh disorok kecuali kalau bercita nak jadikan tarzan yg hidup dihutan.Jangan seronok nak kahwin saja,tak fikir masa depan.Jangan ikut rasa bebal..Banyak yg jadi begini,kes nak jd bini kedua.Jangan fikir seromok sehari dua,fikir kesan bertahun akan datang,nangis tak berlagu,nyesal tak kesudah.😁abdghaniharon
Yg jantan,jangan jadi bapa kucing yg kahwin merata,hambat betina sampai luar pagar,masuk pagar orang,aaaoong!,aaaoong!,anak pun berterabur merata.Bapa kucing tidak akan diseret ke hadapan Allah,tetapi setiap manusia akan dihadap ke pengadilan Allah.Jangan faham setakat "aku terima nikahnya"maka aku dapat bini,sebenarnya dapat beban dan tanggungjawab hingga ke akhirat.Nak poligami,biarlah secara baik,redo meredo dan kahwin ikut peraturan negeri.Nak kahwin lari,nak kahwin lagi,nak tambah bini,ingat kesan hingga ke anak pinak bukan seronok bagai cerita filem yg tamat bila penonton keluar panggung.abdghaniharon.
Tuesday, 8 September 2015
MENCIUM ISTERI DI KHALAYAK RAMAI
MENCIUM ISTERI DI KHALAYAK RAMAI
Cium
Seorang rakan bertanya soal cium dahi selepas akad nikah di masjid atau dikhalayak ramai..Macam satu dari agenda akad nikah.Bolehkah tidak.
Pertama sekali kita rujuk ialah sunnah nabi,nabi tak pernah buat begini.Nabi pernah cium pipi isteri ketika dlm rumah dan terlihat oleh sahabat,itu cerita dlm rumah.Cerita bercium lepas akad ni ada pengaruh kristian.Pengaruh ini ditiru oleh artis maka mereka yg bersunnahkan artis ,terus menirunya macam banyak hal lain lagi seperti bersanding,tunjuk anak dlm perut,tunjuk perut boroi mengandung dll.
Jika sekedar bersalam,tunduk mencium tangan itu,biasalah.Jika akad dlm masjid,lagilah kena dijaga adab dlm masjid.Tentulah bercium itu tidak sesuai walaupun halal kerana dikhalayak dan dirumah Allah.Jangan kerana ianya halal,suatu hari nanti orang buat lebih banyak perkara halal suami isteri dirumah Allah,boleh ka?Dalam hubungan suami isteti ada perkara kena disembunyikan dari khalayak.Setakat berpegang tangan,bersalaman itu cukuplah,yg lain tak payah nak tunjuk kat orang.☺abdghaniharon
Ada juga yg kata tok imam tak larang pun.Ada imam yg berfikir tak mahu rosakkan majlis orang,tak mahu jatuhkan maruah orang nak tegur dikhalayak ramai.Tapi dia membenci dlm hati.Nak kahwin,kahwinlah,tak payah nak menunjuk,nak berlebih dari apa yg nabi buat.Kerana berbuat dosa semasa akad,bimbang keberkatan perkahwinan pun hilang.Seronok tak menentu hingga kerobek dalam perut isteri tunjuk seluruh dunia, kerja Allah yg sedang membentuk anaknya dlm perut adalah ibarat memdedah rahsia Allah yg disembunyi dlm perut dan belum dilahirkan.Apa kata kalau Allah tidak sempurnakan anak itu kerana ibubapanya keterlaluan seronok,kerana Allah Maha Kuasa Menentu apa saja.Biarlah Allah melaksanakan anugerahnya tanpa dijaja. Sepatutnya gambaran dlm petut hanya utk alasan perubatan.
Seperkara lagi,jika akad dimasjid,pengantin mesti berpakaian yg sesuai dg masjid,bukan pakaian pengantin yg macam duyung,lepas tu solat berimam pula dg pakaian itu.Menampakkan susuk tubuh itu juga aurat walau tertutup,sebab itu orang guna telekung utk menghilang susuk tubuh dimasjid.Bahkan sepatutnya diluar masjid pun sedemikian.Lepas akad nikah,bawa juruphoto pi ambik gambar dlm hutan,dlm bendang,dlm kebun,pamer seluruh dunia,peluk sana sini berbagai gaya,buat muka manja,untuk apa?Nak tunjuk pada dunia,pada kawan,fikir banyak kali,adakah boleh isteri ditunjuk sedemikian rupa.Ini bukan budaya Islam,ini budaya orang lain yg bercanggah dg Islam.
Perkara pergaulan suami isteri diluar rumah dan dikhalayak patut dibataskan dg rasa malu,jangan seronok tak menentu,nak tayang bini puteh gebu.Naik motor berpeluk tu ok,kerana takut jatuh,tapi ambik gambar dok peluk sana sini dan tunjuk seluruh dunia tu buat dosa saja.Lebih teruk gambar bini yg kelabu hitam,orang kg saya kata sam-sam diedit bagi puteh pang,putih seputihnya, itu sudah tertakluk kpd riak dan menunjuk.Isteri dan apa yg ada padanya adalah rahsia utk suami,suami yg mengizin ditayang beroleh dosa dan bersifat dayus.Menayang kecantikan rupa tubuh badan tidak termasuk dlm amalan.Ingatlah,perkahwinan adalah gerbang hidup,jika ia dicemar dg dosa,seluruh hidup terheret sama.Berkahwin memang seronok,jagalah batas agama.abdghaniharon
Monday, 7 September 2015
KETIKA ALLAH MEMUDAHKAN,KITA MENYUSAHKAN
KETIKA ALLAH MEMUDAHKAN,KITA MENYUSAHKAN
Bila saya bertanya seorang yg bersama saya dalam perjalanan jauh,mengapa dia tak solat jamak,katanya,"Tak puas solat ringkas,dok biasa buat empat rakaat.".Ini bukan soal puas ka tidak.Ini soal anugerah Allah kpd hambanya,tanda kasihNya,tanda Allah tidak mahu menyusah hambaNya yg dlm perjalanan.Menolak tidak mahu buat jamak dan qasar ibarat menolak anugerah Allah,itu kira sudah cukup teruk,keputusan yg tidak betul.Tapi tengoklah sendiri di surau R@R,berapa ramai yg jamak solat.Allah beri mudah,tapi tak mau terima.
Bila berwuduk ditempat yg ramai,yg air sikit,atau ramai yg beratur,menghambat waktu,Allah beri mudah dg membasuh anggota wajib shj dan sekali shj basuhan. Sebotol kecil dah cukup.Jika tiada air, boleh bertayamum.Jika luka dan berbalut dianggota wuduk,diberi tayamum.Jika dlm kenderaan atau keadaan yg tidak membolehkan kita berhenti untuk wuduk dan solat,boleh solat hormat waktu walau tanpa wuduk.Semua ini adalah kemudahan yg Allah beri utk hambanya,utk memudahkan.
Bila nak bersolat,Allah tidak perintah pakai pakaian khas.Pakailah apapun yg boleh menutup aurat.Wanita bukan mesti bertelekong,lelaki bukan mesti berkain pelikat.Solatlah dimanapun,bukan mesti atas sejadah,di batas bendang,dlm kebun,dlm perahu bahkan ada orang sokat atas crane.
Semuanya adalah untuk memudahkan.
Bila solat jemaah,ada kanak-kanak,orang perempuan,orang tua yg tidak boleh berdiri lama dlm bersolat,maka disuruh imam membaca surah yg pendek dlm solat berjemaah.Yg jd imam kena faham,jangan nak dok tayang hang boleh hafal surah mukminun,surah Ar Rahman.Allah nak beri kemudahan kpd orang tua,orang perempuan dan kanak-kanak,jangan kita yg jd imam pula menyusahkan.Kalau jadi khatib baca qutbah,nabi suruh ringkaskan qutbah kerana orang ramai ada masalahnya,keperluannya.Tapi ramai tok khatib syok sendiri,dapat mike dan semua orang tunduk,maka dia berkhutbah berjela-jela,maka berjela juga air liur basi jemaah.Jadi ringkaskan khutbah,itu yg disuruh oleh nabi.
Bila puasa Allah beri kelonggaran dan pahala sunat dilewatkan makan sahur supaya kita tidak terlalu lapar menahan makan 12 jam.Ini satu anugerah,lewatkanlah bersahur.Allah wajibkan zakat fitrah yg amat sedikit pada semua orang.Allah hanya wajibkan zakat kpd beberapa bentuk penghasilan utk dibeti kpd asnaf.Ini satu kemudahan berbanding undang-undang manusia yg mewajib semua barang dibayar cukai setiap masa dibeli sprt gst,cukai pendapatan,cukai tanah,cukai pintu,cukai jalan dll.
Allah tetap beri rezeki walau sebanyak mana anak dilahirkan tetapi kerajaan tidak memberi cuti kpd ibu yg bersalin anak keenam dan seterusnya.Manusia amat keras hatinya dg kuasa mereka tetapi Allah amat penyayang.Ketika Allah mengurniakan anak keenam dan seterusnya,seorang pegawai kerajaan dipotong gaji cuti bersalinnya.Allah mengurniakan anak,manusia menghukum kerana Allah mengurniakan anak.
Kesimpulannya saya nak ajak semua merenung betapa Allah sentiasa memudahkan dg sifat kasih sayangNya tetapi kita yg selalu menyusahkan diri atau kita menyusahkan orang atau kita buat peraturan yg menyusahkan manusia.Mengapa kita tidak patuh kpd apa yg Allah mudahkan, mengapa kita tidak meniru sifat kasih sayang Allah dlm membuat peraturan.Benarlah ,sesungguhnya mereka menzalimi diri mereka dan orang lain.Renungkanlah utk perbaiki diri,perbaiki orang lain dan perbaiki peraturan bila kita diberi kuasa.abdghaniharon
Sunday, 6 September 2015
JAHIL ADA UBATNYA
JAHIL ADA UBATNYA,MALAS ADA DOANYA.
Satu ketika sekumpulan sahabat nabi keluar bemusafir.Seorang dari mereka telah ditimpa batu dikepala dan cedera parah dan setelah itu dia berhadas besar kerana bermimpi.Rakan yg lain menyatakan dia tetap kena mandi untuk mengangkat hadas.Akibatnya,sahabat ini telah meninggal dunia kerana mandi.Mereka telah menceritakan perkara ini kpd nabi.Nabi bersabda,"....mereka telah membunuhnya,pasti Allah akan juga membunuh mereka.Bukankah mereka sepatutnya bertanya jika tidak tahu.Ubat kejahilan ialah bertanya.Memadai baginya dg bertayamum dan membalut lukanya.Kemudian menyapu diatasnya dan membasuh bahagian tubuh yg lain."(Riwayat Abu Daud)
Saya nak tumpu kpd "kalimah ubat kejahilan ialah bertanya".Kita mungkin tak ada masa nak mengaji,mengadap guru,dulu sibuk mengaji ilmu dunia,dah boleh ilmu dunia,sibuk pula dg pekerjaan dunia yg diperolehi dr ilmu yg dipelajari.Ada sikit ilmu agama yg diselit masa sekolah dulu,tapi jangan berpuashati,jangan rasa cukup,kerana kita mungkin merasa cukup dlm lingkungan tempurung kita shj,bila dibuka tempurung,baru terasa dunia lebih luas.Mereka yg berpuashati dg ilmu yg ada,bermakna berpuahati dg kejahilan.
Jika malas nak mengaji atau mengadap guru pun,buatlah perkara yg nabi sarankan ini,iaitu ubati jahil dg bertanya.Jika merasa tak tahu sesuatu,jangan terus beramal,bertanyalah kpd yg tahu.Ini kaedah cepat untuk belajar,berbanding mengadap guru.membaca kitab.Mungkin masalah datang dlm hidup,tak tahu nak selesai,maka bertanya dulu,jangan pakai hentam,jangan guna akal jika ilmu tak setinggi mana.Kaedah accidental iaitu jumpa masalah lalu bertanya adalah kaedah pembelajaran cara praktis yg baik ,strait to the point utk mereka yg ingin memperbaiki diri.Kaedah ini juga memperolehi ilmu yg sudah masak,siap utk praktis.Jangan ego,merasa malu utk bertanya,jika malu sesatlah jawabnya.
Tetapi ada orang juga yg tak tahu nak tanya,tak tahu apa yg dia tak tahu.Ini dua kali jahil,orang tua dulu kata jahil murakab.Jangan gelak,banyak orang yg macam ini kerana tak mau mengaji,tak mau ambil tahu,tak mau memperbaiki diri dan berpuashati dg apa yg ada.Nak tahu apa yg kita tak tahu,kita kena belajar,atau kena bergaul dg orang,menyertai berbagai majlis,khususnya majlis ilmu,majlis ibadat.Kita akan temui apa yg kita tak tahu.☺abdghaniharon
Mempelbagai aktiviti hidup juga akan mendedah kita kpd pertambahan ilmu.Bila bermusafir jauh,kita mungkin kena tahu solat jama qasar.Berjalan jauh dg bas dan k/terbang,kena tahu solat hormat waktu.Menyertai majlis qatam quran,kena hafal beberapa surah akhir quran.Menyertai qiyamullail kena tahu beberapa solat sunat dan zikir.Menyembeleh ayam,kena tahu rukun sembelehan.Pergi memancing dilaut dalam kena belajar solat dlm perahu yg bergerak.Dan 1001 aktiviti lagi yg kita buat boleh membina ilmu dg bertanya.
Akhirnya,kejahilan boleh dihilangkan dg membaca dan bertanya.Zaman kini semua orang boleh membaca dan memahami,tidak seperti dulu.Jadi jika anda tiada ruang mengadap guru,membacalah dari berbagai sumber,buku,tulisan dlm fb,majalah,,bukan mesti kitab kuning yg bahasanya tidak sezaman dg kita,dimana yg tidak faham,bertanyalah.Jangan berfaham jika tak mengadap kitab kuning,tak cukup ilmu kerana buku yg ada sekarang pun setanding ilmunya dg kitab kuning bahkan lebih mudah difahami.Itulah pembelajaran.Tapi ada manusia yg menulis begini dlm komen pd tulisan saya,"panjang la,malas nak baca".Ini manusia yg dunianya seluas tempurung,yg langitnya boleh dicapai dg tangan.Semuanya nak ringkas, sedangkan ilmu tidak boleh diringkas seperti bahasa sms,macam buat mee maggi..Penyakit yg tiada ubat didunia ini,yg tuhan sendiri tidak akan mengubah nasibnya,ialah MALAS.Jika seseorang berkata dia malas itu ini,tinggalkanlah dia,kerana sia sia jika kita terus bersamanya.Dia telah menutup fikirannya.Berlindunglah kpd Allah dari sifat malas abdghaniharon
اللَّـــهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْحَـمِّ وَالْحَزَنِ وَاَعُوْذُبِكَ مِنَ الْعَجْـِز وَاْلكَسَلِ
وَاَعُوْذُبِكَ مِنَ الْجُـبْنِ وَالْبُخْـلِ وَاَعُوْذُبِكَ مِنْ غَلَبَتِ الدَّيْنِ وَقَـهْرِ الرِّجَالِ.
Saturday, 5 September 2015
BEKAL KETIKA MENGETUK PINTU SYURGA
BEKAL KETIKA MENGETUK PINTU SYURGA
Seorang murid bertanya guru yg mengajar dimasjid mengapa kita mati dikafan dg kain putih,tidak dipakai pakaian yg cantik seperti hidup seharian.Guru itu menjawab,"Allah tidak melihat kehebatan dunia kerana itu ciptaannya,Allah mahu melihat hambanya yg kembali kpdnya tanpa apa bekalan dari dunia,tetapi Dia melihat hati dan pengorbanan yg telah dibuat didunia utk agana.Sebab itu mereka yg syahid dikuburkan tanpa dimandi bersama apa yg dijasadnya sebagai bukti pengorbanannya.Amat tidak betul mereka yg mengusung pangkat dan bintang ke kubur,membina binaan dikubur. Kita tidak akan sampai ke pintu syurga dengan tubuh segar bugar,tiada kesan ibadat,tubuh tiada lusuh dg kerja kebajikan,tiada secalit parut luka kesan perjuangan menegak agama kerana sunah para nabi dan sahabat yg dijanji syurga semuanya sedemikian.Tak payah dok berangan syurga jika mati dalam timbunan harta yg tidak dibelanja untuk agama."
Mari kita lihat keadaan kita.Allah menyuruh kita mengambil habuan kita didunia tetapi jangan lupa bahagian diakhirat.Semua orang akan bersetuju jika dikata kita semua sedang mengejar dunia.Tidak salah pun kerana kita disuruh mendapat habuan dunia tetapi suruhan itu tidak berakhir disitu,kita juga disuruh jangan lupa bahagian akhirat.Maka dunia yg diperolehi sepatutnya diguna untuk memperolehi akhirat.Kekayaan,kemewahan jangan digenggam hingga ke mati tetapi hendaklah diguna utk membeli akhirat yg lebih besar nilai dan kita semua akan ke sana.Sesekali terasa jika kita mati dg harta bertimbun,pangkat,kedudukan, kematian kita seolah tidak selari dg para nabi, pejuang agama yg mengakhiri hidup dg kepayahan,dg apa yg ada hanyalah sisa hidup.Ada kita yg mati diusung bersama bintang kebesaran,diiring pengawal, diiring kemewahan,sedangkan pejuang agama mati penuh trajis,dihukum,dibunuh, didera dsbnya.
Jalan menuju syurga tidak lah ditaburi bunga rampai,karpet merah,tetapi penuh duri dan ranjau,yg akan mengait dan mengoyak isi mereka yg melaluinya.Mereka yg sampai kepintu syurga tidaklah segak bergaya,bertubuh ampuh,tetapi penuh luka,koyak rabak kesan perjuangannya,lusuh tubuh kesan ibadatnya,tiada apa ditangannya kerana telah habis diguna,hanya Allah bertahta dihatinya.Tetapi kenapa sebahagian kita masih menghabis usia membina harta utk diri dan anak cucu,mengelak utk berjuang demi agama,mengelak utk menegak yg benar, menegah yg mungkar.Masih ramai yg berpegang kpd 'aku tak mahu cari pasai' jangan peduli apa orang buat,jangan cari masalah,jangan melawan walau tak betul.Orang yg menegak kebenaran disalahkan,dikata hang gatai,hang garu sendiri.Ingatlah,mereka yg senang didunia,yg mengelak utk menegak kebenaran,menegah mungkar,akan mengharung kepayahan diakhirat
Janganlah memandang rendah kpd mereka yg tersiksa hidup kerana mempertahan kebenaran,mempertahan agama.Itu sunnah perjuangan.Saya mengajak anda semua memejam mata,bertanya kpd diri,apakah diri kita berdiri dlm baris pejuang agama meskipun pada kadar persekiran yg kecil di kejiranan,dipejabat,ditaman perumahan,di kampung.Atau kita hanya mengharap ibadat kita akan membawa kesyurga?Nabi telah sebut,kita tidak akan masuk syurga dg ibadat kita,tetapi dg kasih sayang Allah.Untuk meraih kasih Allah,perlu ditunjuk pengorbanan kpd agama.Mana duri dan ranjau pernah diharungi demi agama ?.Apakah telah ada secalit parut luka demi agama utk dibawa mengetuk pintu syurga?
Guru saya pernah membaca satu madah para pejuang agama -- "Apakah mereka yg basah janggutnya di Masjidil Haram kerana takutkan Allah lebih baik dari kami yg bermandi darah dimedan juang?"Saya sambung Apakah mereka yg lebam dahinya dirumah banglo bertilam empuk,bertimbun hartanya bila dipanggil mengadap Allah ,lebih baik dari mereka yg hanya sekedar ada dan lusuh tubuhnya kerana perjuangan menegak agama Allah? ABD GHANI HARON
Friday, 4 September 2015
TUKANG KEBUN YANG MERASA ALLAH MELIHATNYA
TUKANG KEBUN YANG MERASA ALLAH MELIHAT PEKERJAANNYA
Melintas di sebuah sekolah kebangsaan,ternampak sejambak bunga dipagar.Cantik.Teringin nak tanam.Lalu saya menyapa tukang kebun sekolah yg berada tidak jauh dari situ.Saya minta rantingnya yg mungkin boleh ditanam.Tukang kebun itu menjawab,"Tuan Haji kalau nak ambik,kena minta pada gurubesar,saya kuli saja,saya kerja tanam dan bela supaya tumbuh berbunga." Bila dia jawab begini,saya teringat kisah Saidina Umar yg meminta beli seekor kambing dari pengembala,tetapi pengembala itu tidak mahu jual kerana kambing itu bukan miliknya,walaupun Saiyidina Umar menyuruh dia memberi alasan kpd tuannya bahawa serigala memakan kambing utk menyembunyikan hal kambing yg dijual kpdnya.Saya cuba memujuk pak cik ni dg berkata,"Kalau encik bagi pada saya gurubesar bukan tahu,dia dalam pejabat,lagipun satu ranting kecik saja,bukan nak cacat pokok tu,bukan boleh bawa mati pokok tu dan gurubesar tak akan perasan."Saya terus memujuk.
Tukang kebun itu menjawab,"Gurubesar memang tak tahu,tak perasan tapi Allah tetap nampak.Ini bukan hak saya,saya cuma makan gaji dan disuruh menjaga.Saya tetap tidak akan bagi pada Tn Haji."Saya senyum kpdnya dan masuk kesekolah berjumpa gurubesar.
Banyak orang memandang remeh perkara amanah terutama bagi perkara kecil.Bila kita ditugaskan ,kita diberi amanah untuk menjaga harta,alat,masa kerja dsbnya,kerana ketua kita atau majijan tidak akan duduk menunggu melihat kita.Maka atas sifat amanahlah kita bekerja dan yg memehati setiap pergerakan kita ialah Allah.Apa yg dijawab oleh tukang kebun itu adalah hakikat,dia benar-benar seorang yg amanah meskipun sekedar satu ranting pokok bunga.
☺☺☺☺ABDGHANIHARON☺☺☺☺
Jom kita lihat tugas yg lebih besar yg juga memerlukan amanah.Alat tulis pejabat,pen,paper clip,stapler dan pinnya,pemadam,getah pengikat,pin dsbnya adalah perkara kecil yg terkadang kita guna utk peribadi, terbawa balik utk kegunaan sendiri.Begitu juga kertas,file dibawa pulang utk kegunaan sendiri adalah suatu yg tidak amanah meskipun kecil.Yg lebih besar mengguna kenderaan pejabat utk urusan sendiri,pergi makan,shopping,singgah sekejap dirumah dll.Guna air dipejabat cuci kereta sendiri.Cas telefon peribadi utk kegunaan sendiri.Memang ianya sedikit tetapi tetap pecah amanah dan akan ditanya diakhirat.Jangan pandang remeh kerana bukan sesekali,kerana kita berkhidmat berpuluh tahun,berapa banyak harta pejabat diguna utk peribadi secara sikit demi sikit.Muhasabahlah diri dan berhentilah.Jom tiru tukang kebun itu.
Ada juga peralatan pejabat diguna untuk urusan sendiri seperti panggilan telefon urusan peribadi,sprt membuat panggilan ke rumah,panggilan niaga dll.Mengguna komputer pejabat untuk urusan sendiri seperti melayari fb,whatssap meski seminit dua tetap tidak amanah.Jika sehari sekali,jika sehari seminit dua kita tidak amanah pada peralatan tempat kerja,kiralah berpuluh tahun kita bekerja,tidak terjawab dihadapan Allah nanti.
Selain itu mengguna waktu bekerja untuk urusan sendiri dg telefon,melayari fb,berjual beli dipejabat,adalah juga tidak amanah dan menambah dosa dan merosak rezeki.Mereka yg suka berniaga dipejabat,tolong ambil perhatian.Nabi suruh berniaga tetapi nabi tak suruh berniaga sambil mencuri waktu kerja.Usah dolak dalik kerana setiap minit dan saat waktu bekerja telah dibayar dlm bentuk gaji.
Ada kala kita berfikir mengapa hidup penuh masalah,walau bekerja gaji ribu,masih tak cukup pendapatan.Kata orang menunggu bulan terbit tiap bulan sedangkan ada orang gaji ratus ringgit boleh bela anak berderet,hidup bahgia.Cuba fikir dan semak bersihkah rezeki kita,ada tidaknya sekecil-kecil perkara dlm tugas yg kita tidak amanah.Hanya kita yg tahu dan Allah juga tahu,majikan tidak tahu.Kembalilah kpd kebenaran utk jd orang yg amanah meskipun orang lain tidak lihat.Jom jadi seperti tukang kebun ini,yg tugasnya dirasakan diperhati oleh Allah setiap masa.abdghaniharon.
Thursday, 3 September 2015
JANGAN PEDULI KATA DAN PANDANGAN MANUSIA
JANGAN PEDULI KATA DAN PANDANGAN MANUSIA
Kali ini nak mengajak pembaca semua merenung satu tabiat kebanyakan orang iaitu berburuk sangka kpd orang lain dalam hal berbuat baik.Saya beri contoh yg pernah saya lalui.Bila saya membuat projek memberi air bertapis percuma untuk tujuan menjaga kesihatan penduduk,ada orang berkata mungkin air itu orang ambil buat niaga,ada kata ambik buat basuhan,ada kata mereka isi semula dalam botol dan dijual.
Bila saya buat projek sedekah jariah barangan terpakai terutama pakaian,ada yg kata ada orang ambik pergi jual,ada yg kata mereka ambik buat kain buruk.Bila memberi sedekah bantuan makanan asas kpd fakir miskin dan yatim,ada yg kata mereka tu tak sembahyang,anak mereka jahat,bapak tak mai masjid,buat apa tolong.Bila disampai bantuan anak yatim,dikatakan emak bebudak tu guna duit beli kain baju dan keperluan dirinya bukan anak.Bila buat program untuk ajak orang ke masjid dan diadakan jamuan disamping ceramah,dikatakan mereka tu hadir nak makan bukan nak dengar ceramzh.
Anda tentu ada banyak pengalaman tentang buruk sangka bila kita berbuat baik.Hakikatnya Allah menyuruh kita berbuat baik,amal kebajijan tetapi Allah tak suruh kita pastikan orang yg menerima kebaikan kita tidak menyeleweng.Contoh jika kita beri sedekah kpd seseorang,putus amal kita disitu,kita tak perlu pergi mengendap,merisik dia buat apa dg duit yg kita beri.Kita sudah diberi ganjaran oleh Allah sebaik kita memberi sedekah.Beri sedekah dan berpalinglah dari mengingatnya,berburuk sangka,nak cerita kpd orang dsbnya.Jika betulpun sedekah kta diguna kearah yg tidak baik,kita tidak disabitkan dosa,itu atas urusan Allah.Mungkin anda pernah membaca hadis kisah seorang yg keluar memberi sedekah tetapi sedekahnya jatuh kpd pelacur,kpd orang berbuat jahat tetapi ia tetap diberi ganjaran oleh Allah,jelas jangan berburuk sangka setelah memberi.
Bila kita berusaha mengajak manusia untuk berbuat baik,janganlah juga berburuk sangka kpdnya tentang niatnya.Contoh seperti membuat kuliah agama disamping berkenduri,jangan berburuk sangka bahawa yg hadir kerana nak makan kenduri.Apa yg ada di hati manusia hanya Allah yg tahu.Kerja kita mengajak manusia.Nanti di hadapan Allah di akhirat, yg akan ditanya ialah apakah kamu telah menyeru,berusaha mengajak manusia kpd kebaikan,tetapi Allah tidak akan tanya apakah kamu berjaya atau tidak dlm usaha kamu.Kita hanya disuruh berusaha,tidak disuruh pastikan kejayaan kerana yg nak mengubah adalah Allah,yg nak jd berjaya atau tidak juga ditangan Allah.Kita hanya dituntut menggerakan usaha.😄abdghaniharon😄
Begitu juga dlm hal menegah mungkar,kita disuruh menegahnya dg tangan,dg kuasa,dg lidah atau dg hati.Yg penting kita kena tegah,berjaya atau tidak,orang tersebut berubah atau tidak,itu Allah tidak persoalkan,kita sudah melaksana perintah Allah bila kita menegah.Jangan dari awal berburuk sangka,jika aku tegah pun tak jadi apa,dia tetap tak terima,tak berubah.Itu alasan orang yg dayus, bahkan mereka srolah menafi kyasa Allah uyk mengubah.
Saya nak mengajak anda semua,jangan peduli apa juga kata-kata manusia dan pandangan mereka dlm kita berbuat baik,tetapi berbimbanglah apa yg Allah akan kata,apakah Allah memandang usaha kita.Kata dan pandangan manusia tidak memberi apa kesan,tidak tercarik secubit isi badan pun tetapi kata dan pandangan Allah ada ganjarannya.Nak berbuat baik,jangan fikir apa manusia lain kata,kerana syaitan itu kekadang menjelma diatas lidah manusia dan kekadang diatas mata manusia.Lintasan pertama utk berbuat baik itu dari malaikat,dari Allah tetapi lintasan berikutnya yg menghalang,yg memberi alasan,yg berburuk sangka itu dari syaitan.Dg yg demikian bila terlintas utk berbuat baik,bingkaslah bangun bertindak jangan bertangguh melainkan utk merancang dan menggerak kearah melaksanakannya.abdghaniharon
Wednesday, 2 September 2015
EPISOB PENGORBANAN SEORANG ISTERI
EPISOD PENGORBANAN SEORANG ISTERI
Ketika memandu untuk ke hospital,ternampak seorang lelaki menolak motorsikal ditepi jalan dikuti oleh seorang perempuan yg mendokong anak kecil di panas terik.Saya memberhenti kereta untuk tujuan menolong.Bila disapa,lelaki itu menjawab tayar pancat.Ada mekanik jalanan nak tukar tayar tapi harga berganda.Mereka dalam perjalanan nak makan kenduri kahwin saudara terdekat di Charok Sejuk,Sik.Lekaki 40an itu kelihatan berpeluh hingga basah baju dibelakang manaka isterinya yg bertudung jelas kemerahan muka dibakar panas.Anak yg didokongan terlena dibahu ibu.Saya mempelawa untuk membawa isterinya dan anak ke kedai motor yg kira-kira 2 km lagi.Tetapi isterinya cepat menolak walau saya yakinkan bahawa saya tidak berniat jahat,kesiankan anak kecil itu.Dia tetap menolak dan mengucap terima kasih.
Saya pun beralah dan berjalan ke kereta,manakala suaminya terus menolak motor.Si isteri mengekor saya ke kereta dan berkata dg suara agak perlahan,"Encik,maafkan saya,bukan saya tak percayai encik.Tapi saya tak sanggup biar suami saya seorang menolak motor,bimbang terjadi apa-apa pada dia.Lagipun biarlah kesusahannya saya kongsi bersama seperti kesusahan hidup kami yg lain.Terima kasih atas niat baik encik.."Saya tergamam dg percakapannya yg kelihatan tulus.Saya menyatakan saya faham dan memberi air mineral dlm botol yg saya telah minum separuh dan memberi payung yg ada dlm kereta dan membukanya utk dia dan anaknya meredah panas.Dia melangkah mengekori suami yg dah jauh ke depan.Anak dibahu masih lena terleleh.Masuk ke dlm kereta,saya memandang tiga insan ini dg genangan air mata,betapa erat kasih antara mereka,sabar yg melingkari nurani mereka dan betapa kepayahan tidak akan memisah mereka.Bila kereta saya melepasi mereka,saya sudah tidak dapat menahan air mata.Ya Allah,permudahkanlah bagi mereka.
😣😣😣😣😣abdghaniharon😣😣😣😣😣
Hulurkanlah pertolongan bila kita melihat mereka yg memerlukan pertolongan dan kita mampu menolong.Tidak sia-sia Allah takdirkan sesuatu ke hadapan mata kita melainkan ianya sebagai ujian atau sebagai peluang untuk berbuat baik.Kepada mereka yg memandang sebelah mata,memandang dan berlalu atau hanya kadar bersungut,fikirkan kembali,apakah ini hanya satu kebetulan atau ini sengaja Allah datangkan kpd kita.Jika tidak mahu menolong,atau tak berupaya menolong pun,lafazkanlah satu permintaan kpd Allah moga Allah mendatangkan pertolongan kpd mereka.Janganlah kedekut hingga tidak sanggup melafaz permintaan, kalaupun kita kedekut dg tenaga,moga suatu hari bila kita ditimpa kesusahan,ada orang mendoakan kita,ada orang membantu kita.
Insiden ini suatu bukti bahawa kebahagiaan hidup,kasih sayang,cinta sejati bukan milik yg kaya shj,bukan untuk orang yg mewah shj.Insiden ini membuktikan kebahgiaan hidup itu milik siapa shj yg ikhlas berkasih sayang,meskipun dlm kepayahan.Kasih sayang bukan milik orang yg rupa cantik seperti dlm drama,tetapi episod kasih sayang si miskin lebih gah lagi cuma tidak tergambarkan kerana orang tidak suka melihat yg miskin.Kata-kata si isteri ini adalah satu gambaran episod romantik hidup mereka yg penuh pengorbanan,,satu bukti sehidup semati,hutan sama diredah,bukit sama didaki,lurah sama dituruni,tiada sia boleh memisahkan mereka.Kita selalu mendengar kisah berkasih sayang orang kaya,orang hebat tetapi kisah kasih sayang yg miskin jauh lebih hebat,lebih tulus dan penuh pengorbanan yg sebenar.
Jika si isteri dlm insiden ini sanggup berkorban tenaga mendokong anak,kepanasan,berjalan kaki berkilometer hanya utk bersama suami,tidak merungut kpd takdir,tidak memilih untuk kesenangan sendiri,ayuh saya mengajak anda semua yg menjadi isteri untuk meneladaninya dalam apa juga hal ketika hidup berumahtangga.Bersabarlah,kurangkan dan buang rasa nak marah,leteran yg memanjang,bersungut itu ini yg tak kena dsbnya.Setiap orang ada kelemahannya,maka yg lemah itu kena ditampung bukan diungkit,dicaci.Setiap masalah yg datang,berkongsilah utk mengatasinya,bukan menuding jari,bukan mengelak diri.
Ingatlah,tidak sia-sa setiap suatu yg Allah datangkan kpd kita,kehadapan mata kita.Cuma kita yg kena buat keputusan yg segera ianya mungkin ujian,mungkin peluang.Janganlah jadi orang yg tidak mahu berfikir,ibarat ular sawa yg kekenyangan kerana menelan seekor kambing,apa juga yg melintas dihadapannya hanya dipandang shj.abdghaniharon
Tidak diizin copy dg meninggalkan nama penulis sbg pemilik karya.
Subscribe to:
Posts (Atom)