Friday, 25 December 2015
UTAMAKANLAH YANG RUKUN
UTAMAKANLAH YANG RUKUN
Dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah setelah berniat umrah di Bir Ali,mutawif telah mengajak jemaah mengucapkan talbiah labbaikallah hummalabbaik....Setelah itu beliau memaksa semua lelaki pergi seorang seorang ke depan bas,memimpin ucapan ini dg mike.Lintang pukang sebutan,tertinggal perkataan,salah sebutan dsbnya,mungkin kerana tidak biasa,tidak fasih,tidak tahu.Bahkan satu pakcik sampai kesudah tak boleh sebut labbai kala syari kalakalakbaik.Saya menolak,bukan kerana saya tak tahu tetapi saya rasa salah memaksa orang buat yg sunat yg membawa jatuh maruahnya,apa tidaknya kerana dlm bas ada perempusn dan kanak-kanak.Kita kekadang terkeliru yg wajib dg yg sunat,lafaz itu hanyalah sunat,tak sebut tak apa. Bila paksa orang,ada yg termalu kerana bukan semua orang boleh memimpin bacaan,memimpin talbiah.Menjaga maruah orang itu wajib,jangan diwajibkan sesuatu yg sunat..Masa beribadat bukan masa latihan,mencuba.Perkara begini sering berlaku dlm kursus.Ambillah pengajaran.
Ada beberapa contoh lagi kekeliruan antara sunat dan wajib dlm ibadat.Ada orang bertanya,masa imam baca surah fatihah,adakah wajib kita dengar atau kita baca doa iftitah.Semasa imam baca surah,mana lebih dituntut mendengar imam atau membaca surah fatihah.Jawapannya, jika imam telah mula baca surah fatihah,kita wajib dengar bukan dok sibok baca doa iftitah kerana hukum diam mendengar quran dibacakan itu wajib berbandi g kita buat yg sunat membaca doa iftitah.Jika imam membaca surah,sedangkan kita belum selesai baca fatihah maka kita kena baca surah fatihah dari mendengar imam baca surah,kerana baca fatihah itu rukun solat,kecuali kita sudah habis baca fatihah.Sebab itu dlm solat berjemaah, tumpu kpd mendengar bacaan surah fatihah oleh imam jika imam telah mula membacanya,tinggalkan doa iftitah. Tumpukan bacaan fatihah kita sendiri,jika belum selesai,daripada mendengar bacaan surah oleh imam.
Dalam umrah orang bertanya,perlukah diniat lagi utk tawaf dan saie setelah berniat ihram.Sebenarnya tawaf dan saie adalah rukun umrah,maka bila dah berniat umrah,tawaf dan saie termasuk dlm rukunnya,maka pada dasarnya tak perlu niat lagi untuk tawaf dan saie.Bandingannya ialah jika kita niat bersolat,kita tak perlu lagi berniat pada rukun solat seperti rukuk,sujud,tahiyat dan rukun lain kerana semuanya termasuk dlm niat solat.Begitulah juga dlm ibadat yg lain,jangan rumitkan, serabutkan.
Begitulah juga kita suka merumitkan ibadat dg perkara sampingan seperti solat jenazah dg doa yg meleret sedangkan rukunnya amat ringkas.Ini menjadikan orang muda dan baru belajar terasa susah.Rukun nikah juga yg diberatkan dg kaedah jawapan,ayat dan kata yg tetap,kena serentak dg goyang tangantok imam dsbnya.Berbaliklah kpd perkara pokok dan asas.Permudahkanlah.abdghaniharon
KITA HANYA MELIHAT WAKTU PADA JAM
KITA HANYA MELIHAT WAKTU PADA JAM
Seorang mutawif dlm program umrah menyebut,"Kita selalu melihat jam hanya untuk mengetahui waktu,tetapi kita tak pernah ambil tahu bentuk jam,warna,guna huruf roman atau nombor, jenamanya dan sebagainya.Kita selalu melihat jam untuk capai maksud sahaja iaitu untuk tahu waktu..Kita tak ambil tahu perkara sekeliling jam itu."Apa yg nak dimaksud dari bandingan ini ialah kita selalu menumpu kepada tujuan sesuatu dilakukan,tetapi tidak mengambil peluang perkara sampingan dikeliling perkara tersebut.Jom kita tengok contoh ini dlm hidup.
Bila kita pergi makan kenduri,kita sentiasa berfikir soal makanan yg disediakan,ada makanan sampingan ke tidak,tuan rumah pun bertanya,dah makan atau belum,orang yg kita jumpa pun demikian,kerana makan jadi tujuan.Kita lupa nak bertegur sapa utk merebut peluang berkenalan, menjalin silaturrahim yg besar pahalanya,lebih teruk bila jamuan dibuat secara layan diri,menyebabkan semua orang lebih fikir dirinya dari berinteraksi dg orang lain.Banyak orang lupa dan tak rebut peluang mengucapkan tahniah dan doa kpd pengantin sedangkan itu adalah sunnah. Tercapai niat utk makan kenduri,disia-siakan peluang lainnya yg datang depan mata.Kita balik membawa perut yg berisi.
Bila pergi ke masjid untuk solat jumaat,kita betul betul ikut kelaziman dengar qutbah dan sembahyang jumaat.Tidak diambil kesempatan utk beriktikaf, baca quran,bersolat sunat,berzikir,melakukan sesuatu khidmat pada masjid,bersedekah,bertegursapa dsbnya.Bila hadir solat jemaah,ada orang hanya datang dan bersolat,kemudian balik.Peluang ibadat lain yg ujud kerana solat jemaah itu dilupakan kerana menumpu kpd tujuan.Bukan salah,bahkan dapat pahala tetapi dpt pahala sedikit sedangkan kita boleh mengaut pahala lebih dg amalan sampingan yg lain.
Bila orang pergi umrah,mereka hanya fikir nak berumrah shj.Dengan itu ada orang tak tahu nak buat apa semasa diluar urusan umrah,pergi solat meneru-neru dan balik.Tak boleh nak duduk lama dlm masjid beriktikaf,bersolat sunat,membaca quran,berzikir,bersedekah dll kerana matlamat hanya umrah dan amalan sampingan itu tidak menjadi kebiasaan.Sedangkan nabi menyebut "umrah kpd umrah,menghapus dosa antara keduanya",itulah ganjaran umrah.Dg itu buat sekali dua cukuplah,tetapi lebihkan masa beriktikaf,membaca quran,bersolat sunat,kerana itu ganjaran lebih berpanjangan dan besar.Kebanyakan orang keliru dg tujuan,terlalu menumpu kpdnya hingga lupa yg disamping kekadang lebih besar ganjarannya.Umrah ada gabjarannya,tetapi kesempatan berada di dua masjid ini lebih besar ganjarannya jika kita mahu merebutnya.Sama juga dg kenduri, beri makan itu ada gabjarannya,tetapi menjalin ukhwah dan silaturrahim dari kenduri itu lenih besar dan luas ganjarannya.😯abdghaniharon☺
Tiap hari kita pergi kerja dg tujuan untuk dapat rezeki,utk bela anak bini.Ini tujuan utama dan kita capai tiap bulan dg gaji yg diperolehi.Tetapi kita mungkin terlupa perkara ganjaran sampingannya seperti jadilah orang yg amanah pada tugas,tepat waktu,tidak mengambil kesempatan, memudahkan,ambil kesempatan untuk berbuat baik,menjalin ukhwah,menyebar dakwah, menegah mungkar,memberi senyuman,memenuhi permintaan orang,menyelesai masalah dll yg diniat kerana Allah,maka seharian bekerja bergunung ganjaran berbanding gaji sehari yg mungkin beratus rm sahaja.Matlamat utk dpt rezeki tercapai,biarlah ganjaran sampingan turut tercapai.Bukankah ini lebih baik.Cuba renungkan,betapa kita mensia-siakan peluang,mungkin kita telah buat petkara sampingan itu,tetapi terlupa berniat kerana Allah,sebaliknya berniat kerana kerja,maka tercapai matlamat kerja terapi tidak menjadi kebajikan.
Saya nak ajak anda berhenti sejenak utk memikir hal ini.Ada banyak hal kita hanya memikir tujuannya tetapi terlupa perkara sampingan.Jika nak kedai pun,rebutlah peluang memberi sakam dijalan,membuang halangan walau kecil,senyum pada mereka yg ditemui sbg sedekah,berkata yg baik,bertanya khabar,memberi laluan,menumpangkan seseorang dsbnya.Sebungkus barang tetap diperolehi dari kedai,tetapi mungkin sebukit ganjaran telah dijanji diakhirat nanti dari perjalanan untuk membeli barang tersebut.abdghaniharon (menulis dari Madinah)
SATU EPISOD DUKA SEORANG ISTERI
SATU EPISOD DUKA SEORANG ISTERI
Ketika mengagih bantuan bulanan makanan asas kepada keluarga yatim dalam qariah saya minggu lepas,saya didatangi seorang wanita berusia 40an.Dia mengaku tidak memiliki anak,tetapi hidup sebatang kara dirumah sewa kerana ditinggalkan suami.Dia berasal dari Klang, berkahwin,ikut suami dan tinggal dirumah sewa dekat pekan.Suaminya telah menghilang diri.Saya memberi kepadanya beras,minyak,tepung dan gula.Sedih melihatnya.
Kelmarin dia menghubungi saya lagi minta tambang untuk balik ke Bukit Raja,Klang, kerana ada saudara disana.Dia telah tidak apa-apa disini,keseorangan.Saya membeli tiket bas dan menyuruh anak saya menghantar ke stesen bas dan dibekal sedikit duit utk belanja.Lafaz syukurnya berulang dengan esakan tangis.Moga dia dapat memula hidup baru di sana.Saya menggunakan peruntukan wang projek sedekah jariah dari rakan fb untuk membantu wanita ini.
Satu dari kisah sedih seorang yg bergelar wanita dan isteri,yg banyaknya tersembunyi disebalik sebuah rumahtangga, yg ibarat habis manis sepah dibuang.Satu episod duka kisah isteri yg diperlakukan bagai abdi,dibeli bila perlu,ditinggal bila ada dahan baru.Lebih dasyat ada isteri yg menjd ibarat hamba sahaya yg membanting tulang utk tuannya,suaminya, jika salah dipukul sesuka hati,mengadu di mahkamah syariah,buat tambah beban bukan meringankannya.Jika isteri yg buat perangai,mudah saja,ceraikan kerana kuasa cerai ditangan suami,tetapi bila suami yg buat perangai,si isteri tiada kuasa apa,yg ada pun mahkamah syariah yg rata-rata menceritakan keperitan berurusan,kerenah birokrasi, tangguh menangguh dsbnya.Dengan itu kita seolah melihat seperti wanita berkahwin bagai tidak memiliki apa-apa untuk melindungi hidupnya,bila diserah dirinya oleh walinya kpd seorang lelaki.Hakikatnya,bila akad diucap,maka suami itu sebenarnya berjanji dg Allah,bukan dg tok kadi,dg juru nikah, itulah tukaran kpd diri seorang wanita,tetapi mereka mengabai janji mereka.
Jodoh pertemuan itu ditangan Allah.Amanah besar terletak kpd suami dan mereka akan ditanya diakhirat.Isteri hanya perlu taat pada suami,menjaga kesucian diri,melaksana ibadat wajib.Mohonlah kepada Allah diberikan jodoh suami yg amanah,yg beriman,bukan soal handsome dan sasanya.Jika telah berkahwin,rafakkanlah doa yg berterusan agar suami menjadi seorang yg amanah,yg beriman,kerana itu lebih besar dari meminta ditambah rezeki.Jika telah mendapat suami yg baik,selalulah merafak rasa syukur,mohon di kekalkan keimanannya.Jangan selalu merungut kelemahan yg sedikit pada suami,kerana kita mungkin berada dlm situasi jauh lebih baik berbanding orang lain.
Hakikatnya dalam hidup kita mohon yg terbaik dari Allah dg doa,jika kita terasa kita berada dlm nikmatnya,dlm kesejahteraan,kita kena rafakkan rasa syukur.Jadi kita sentiada berada dlm situasi berdoa atau bersyukur.Mereka yg tidak berdoa adalah orang angkuh,mereka yg tidak bersyukur adalah orang yg sombong.Mereka yg tidak berdoa dan bersyukur adalah insan yg rendah iman.abdghaniharon
WARNA WARNI ORANG MELAYU BERUMRAH
WARNA WARNI ORANG MELAYU BERUMRAH
Di tanah suci saja kita akan melihat manusia berduyun ke masjid lima kali sehari untuk solat dan berduyun pula berjalan balik.Semuanya berjalan kaki,tak kira hang dato,tan sri atau pak tani.Kalau di negara kita ada dua kali nanudia berduyun ke masjid,waktu raya puasa dan raya haji.Tidak ada sejadah vip,tiada tandas vip,semua orang kena bawa kasut sendiri dlm masjid,polis menghalau orang macam menghalau kawanan kambing.
Biasanya di tanah suci warna utama adalah putih dari jubah,telekong dan kain ihram , hitam dari jubah dan tudung wanita.Tetapi kebelakangan ini orang melayu dan indonesia khususnya, meletak tompokan warna yg pelbagai dlm lautan hitam putih menerusi tudung berfesyen,bertingkat,berwarna warni macam nak pi makan kenduri.Datang ke mekah utk ibadat bukan utk melaram,nak tayang tudung terbaru Fareeda.Bukankah yg lebih baik wanita itu memilih pakaian dg warna yg tidak nenarik pandangan,jika seseorang memakai warna merah dlm lautan nanusia yg memutih dan kehitaman,seluruh biji mata akan tertarik memandangnya.
Tak cukup dg itu orang indon memakai baju batik pada rombongan mereka.Ada pula syarikat pengendali meminta ahli rombongan khususnya wanita memakai skaf besar sbg tudung dan dicetak nama syarikat.Kesian wanita ini menjadi
penjaja iklan dikepalanya hingga ke dlm masjid,ke dlm solat.Jika kita biasa mendengar tegahan tidak boleh berniaga dlm masjid,apakah membawa iklan syarikat bukan unsur niaga.Pada saya,guna skaf itu ok utk tujuan pengenalan,tapi tak perlulah mempamer iklan nama syarikat,jika nak letak pun,biarlah tersembunyi sedikit.Berlaku adillah kpd pelanggan anda,jangan jdkan mereka tukang jaja iklan.
Ada juga romantisnya di Mekah ini.Orang tua tua jalan bersama,berpimpin tangan,memegang baju,memeluk bahu.Kalau di negara sendiri jalan berasing,depan belakang,bila ditanah suci,jalan seiring,bagai merpati dua sejoli pergi balik masjid,bertawaf,bersaie,shopping.Inilah agaknya satu rahmat berkunjung ke tanah suci,jauh dari keluarga membolehkan orang tua tua mengimbau kenangan lalu yg mengusik jiwa dan menghijaukan kembali jasih sayang yg telah pudar..Lebih nak tergelak orang tua tua makan ice creame dlm kun yg di jilat bagai budak kecik.Kalau di negara kita buat macam ni,habislah title pak haji dan mak aji.
Yang menyakit mata pun ada.Rokok murah di sini,maka perokok tegar tetap merokok walaupun haram,walaupun datang nak ibadat.Mutawif umrah saya menyebut hal ini secara langsung dlm taklimat,tetapi saya terserempak selalu mereka merokok ditangga hotel.Tapi bila sembang politik bukan main,"pasai apa tak mau hudud",sedangkan dirinya dg sebatang rokok sudah tewas.Di tanah suci tiada kedai kopi yg ada kerusi meja boleh duduk duduk.Apa yg dibeli,carilah sendiri tempat makannya.Akibatnya adalah orang kita yg makan dan minum berdiri,berjalan.Seperkara lagi di tanah suci tiada ketul ais dijual,tiada teh ais,kopi ais,necafe atau milo ais,tiada boleh beli minuman dlm plastik.Minuman sejuk hanya sejuk shj,tiada ais,jika ada amat sedikit.
Pada pengamatan saya,orang Melayu amat kurang beriktikaf dln masjid dan membaca quran.Mereka lebih meneru pergi balik masjid,rajin buat jmrah sampai berkali-kali,tapi quran tak juga qatam walau sekali dan meneru di kedai membeli belah dan suka memandang itu ini dg kekaguman..Bangsa lain biasanya memenuhi masjid utk beriktikaf.
Tahun 2012 saya pernah berumrah dan buat dailisis dg mudah di mekah dan madinah.Kali ini saya terpaksa menyemak dibeberapa hospital baru dpt tempat dailisis kerana penuh booking,itupun hingga 2 pagi.Ini menunjukkan pesakit buah pinggang amat ramai,yg rosak buah pinggang seperti saya,anda boleh ke tanah suci,dailisis percuma dan kekadang anda diberi makan juga percuma.Latihlah berjalan sehari 2 km kerana rumah kediaman kebanyakan jauh dlm jaraj 1 km dan masjid yg sangat luas.
Nak sampai ke tanah suci ini agak susah,penerbangan 9 jam. Bermacam kerenah lagi.Bila dah ada kesempatan,buatlah yg terbaik.Jangan bawa kebiasaan kita,tetapi pilihlah utk menjd sepeti orang lain yg lebih baik.
Saya sambung lain kali.
BUNGA DIPETIK,PERDU POKOK DITERAJANG
BUNGA DIPETIK,PERDU POKOK DITERAJANG
Seorang kenalan yg juga mengalami kegagalan buah pinggang merungut,"Saya dah tak ada harapan nak pergi Mekah,Tabung Haji tak izin pesakit buah pinggang dan beberapa penyakit lain menunai haji.Simpan berpuluh tahun, tapi akhirnya tak boleh pergi juga."
Tabung haji ditubuh utk membantu urusan menunai haji.Hampir keselurihan rakyat simpan duit dg tabung haji kerana nak pergi haji, bukanlah sebab nak untung.Jadi apa cara pun,tunaikanlah hajat mereka,soal nak mati itu kehendak Allah dan rasanya tidak ada siapa pun akan bersungut,akan saman tabung haji kalau emak bapanya mati ketika mengerja haji.
Tabung haji untung banyak,melabur dg duit penyimpan, sepatutnya semua untung dikembalikan kpd penyimpan kerana modal pelaburan mereka dari penyimpan,setiap penyimpan ibarat taukeh.Jika Bank rakyat yg juga mengambil pelaburan orang ramai secara koperasi boleh beri untung 15% bertahun tahun,Tabung haji beri separuh shj dari jumlah itu.Kemana lagi sebahagian untung dibawa ,melabur dan melabur lagi,buat projek itu ini,bagi pinjam pada kerajaan.Sepatutnya duit ini diguna buat hospital ditanah suci utk pesakit malaysia yg mrnyimpan dg tabung haji supaya mereka tetap boleh mengerja haji wslau sakit.Ujudkan pusat dailisis sendiri,kerana bilangan pesakit yg makin bertambah,bermakna lebih banyak orang akan tidak dapat menunai haji jika dasar ini tidak diubah.
Pusat dailisis ini boleh diguna diluar musim haji untuk orang malaysia yg berumrah sepanjang tahun.Kini pesakit dailisis seperti saya menumpang dailisis dihospital saudi.Jika mereka sanggup beri perkhidmatan dailisis percuma kepada orang berumrah yg bukan rakyatnya,apakah kerajaan kita sanggup mengambil jalan mudah dg menghalang dan tidak memberi kemudahan kpd rakyatnya untuk menunai rukun kelima.Sedang disatu pihak mengaku kita negara Islam,disatu pihak mengambil simpanan rakyat untuk kerja haji,tapi tidak sanggup berkongsi masalah mereka,penyakit mereka,tidak bantu mereka utk menunai haji, ibarat bunga dipetik,perdu diterajang.☺abdghaniharon☺
Bukan sahaja pusat dailisis,kemudahan perubatan lain juga perlu seperti tekanan darah tinggi,sakit jantung,kencing manis dsbnya.Ringkasnya adakan satu hospital malaysia di mekah,izinkan semua penyimpan tabung haji untuk mengerja haji meski pun sebahagian masa di hospital.Sediakan khidmat ambulan sendiri dan khidmat pemindahan pesakit.Kos memang tinggi,tetapi itu lebih menepati matlamat penubuhan tabung haji dan niat penyimpan dari dok buat bangunan tinggi,buka ladang beribu hektar,bagi pinjam duit kat kerajaan dan sekutunya.
Saya telah dua kali datang berumrah dg menumpang dailisis dihospital Saudi.Percuma seluruhnya bahkan diberi makan,minum,layanan dan peralatan cukup sempurna. Terasa juga,dinegara sendiri pun tidak dilayan sebegini.Kepada anda yg ingin berumrah dan memerlu dailisis atau ibubapa saudara mara,datanglah berumrah dan minta pengendali umrah mengurus dailisis di hospital kerajaan Saudi,tak payah pun asal ada visa umrah.Biarlah tabung haji tak izin pesakit dailisis mengerja haji,biar mereka menyedia jawapan didepan rabbuljalil kelak,pergilah berumrah sekurangnya kita dapat berada di baitullah utk seketika ketika hidup.Kepada mereka yg merencana dasar tabung haji,ingatlah,diakhirat kelak semua pesakit seperti saya yg dihalang dari mengerja haji setelah kami menyimpan dg KAMU, akan mengadu dan menunyut hak kami kpd Allah Yang Maha Adil.Semasa haji,kerajaan saudi tidak beri perkhidmatan ini kerana terlalu banyak,sebab itu saya sarankan tabung haji buat sendiri pusat dailisis.abdghaniharon
BUNGA DIPETIK,PERDU POKOK DITERAJANG
Seorang kenalan yg juga mengalami kegagalan buah pinggang merungut,"Saya dah tak ada harapan nak pergi Mekah,Tabung Haji tak izin pesakit buah pinggang dan beberapa penyakit lain menunai haji.Simpan berpuluh tahun, tapi akhirnya tak boleh pergi juga."
Tabung haji ditubuh utk membantu urusan menunai haji.Hampir keselurihan rakyat simpan duit dg tabung haji kerana nak pergi haji, bukanlah sebab nak untung.Jadi apa cara pun,tunaikanlah hajat mereka,soal nak mati itu kehendak Allah dan rasanya tidak ada siapa pun akan bersungut,akan saman tabung haji kalau emak bapanya mati ketika mengerja haji.
Tabung haji untung banyak,melabur dg duit penyimpan, sepatutnya semua untung dikembalikan kpd penyimpan kerana modal pelaburan mereka dari penyimpan,setiap penyimpan ibarat taukeh.Jika Bank rakyat yg juga mengambil pelaburan orang ramai secara koperasi boleh beri untung 15% bertahun tahun,Tabung haji beri separuh shj dari jumlah itu.Kemana lagi sebahagian untung dibawa ,melabur dan melabur lagi,buat projek itu ini,bagi pinjam pada kerajaan.Sepatutnya duit ini diguna buat hospital ditanah suci utk pesakit malaysia yg mrnyimpan dg tabung haji supaya mereka tetap boleh mengerja haji wslau sakit.Ujudkan pusat dailisis sendiri,kerana bilangan pesakit yg makin bertambah,bermakna lebih banyak orang akan tidak dapat menunai haji jika dasar ini tidak diubah.
Pusat dailisis ini boleh diguna diluar musim haji untuk orang malaysia yg berumrah sepanjang tahun.Kini pesakit dailisis seperti saya menumpang dailisis dihospital saudi.Jika mereka sanggup beri perkhidmatan dailisis percuma kepada orang berumrah yg bukan rakyatnya,apakah kerajaan kita sanggup mengambil jalan mudah dg menghalang dan tidak memberi kemudahan kpd rakyatnya untuk menunai rukun kelima.Sedang disatu pihak mengaku kita negara Islam,disatu pihak mengambil simpanan rakyat untuk kerja haji,tapi tidak sanggup berkongsi masalah mereka,penyakit mereka,tidak bantu mereka utk menunai haji, ibarat bunga dipetik,perdu diterajang.☺abdghaniharon☺
Bukan sahaja pusat dailisis,kemudahan perubatan lain juga perlu seperti tekanan darah tinggi,sakit jantung,kencing manis dsbnya.Ringkasnya adakan satu hospital malaysia di mekah,izinkan semua penyimpan tabung haji untuk mengerja haji meski pun sebahagian masa di hospital.Sediakan khidmat ambulan sendiri dan khidmat pemindahan pesakit.Kos memang tinggi,tetapi itu lebih menepati matlamat penubuhan tabung haji dan niat penyimpan dari dok buat bangunan tinggi,buka ladang beribu hektar,bagi pinjam duit kat kerajaan dan sekutunya.
Saya telah dua kali datang berumrah dg menumpang dailisis dihospital Saudi.Percuma seluruhnya bahkan diberi makan,minum,layanan dan peralatan cukup sempurna. Terasa juga,dinegara sendiri pun tidak dilayan sebegini.Kepada anda yg ingin berumrah dan memerlu dailisis atau ibubapa saudara mara,datanglah berumrah dan minta pengendali umrah mengurus dailisis di hospital kerajaan Saudi,tak payah pun asal ada visa umrah.Biarlah tabung haji tak izin pesakit dailisis mengerja haji,biar mereka menyedia jawapan didepan rabbuljalil kelak,pergilah berumrah sekurangnya kita dapat berada di baitullah utk seketika ketika hidup.Kepada mereka yg merencana dasar tabung haji,ingatlah,diakhirat kelak semua pesakit seperti saya yg dihalang dari mengerja haji setelah kami menyimpan dg KAMU, akan mengadu dan menunyut hak kami kpd Allah Yang Maha Adil.Semasa haji,kerajaan saudi tidak beri perkhidmatan ini kerana terlalu banyak,sebab itu saya sarankan tabung haji buat sendiri pusat dailisis.abdghaniharon
Wednesday, 16 December 2015
BERCAKAP,BERCAKAP! MANA TINDAKANNYA?
BERCAKAP,BERCAKAP! MANA TINDAKANNYA?
Saya ada menawarkan kepada ajk sebuah masjid untuk menguruskan bantuan unifom sekolah kepada anak yatim diqariah mereka.Mereka hanya perlu mengenali keluarga berkenaan dan memaklumkan tarikh program,tetapi alangkah sedihnya saya bila program ini ditolak,bahkan seorang ajknya berkata kepada saya,"Kami tak tau hal -hal bantuan ini."Sayang sekali,masjid ini amat aktif mengadakan ceramah dan kuliah.Apakah mereka tidak terfikir anak yatim itu juga tanggungjawab kita,disebut dlm quran 23 kali.Akhirnya saya bawa bantuan itu ke qariah lain.
Saya nak sentuh insiden ini,sampai bila kita nak terus bercakap,berceramah,berkuliah tetapi praktik kpd ilmu yg di kuliah,diceramahkan tidak dilaksana?Tidak bermanfaat ilmu yg tidak diamal, bagai pohon tidak berbuah,tetapi lebih menakutkan bila Allah memmberi amaran jangan kamu berkata sesuatu yg kamu tidak lakukan.Kita perlu program khusus membantu anak yatim dan miskin kerana itu perintah Allah,jangan dok pandai cakap saja.Apa tindakannya.Mereka itu terus terlonta-lonta untuk menerus hidup,kita hanya memerhati dan terus bercakap,bercakap,bercakap, tetapi setapak pun kaki tidak berubah.Ajk masjid adalah badan terbaik utk menggembleng program bagi membantu golongan ini,membantu melepas tanggungjawab anak qariah kpd golongan ini.Ingatlah,amaran tidak beriman mereka yg tidur lena kekenyangan tetapi anak yatim jirannya kelaparan.Janganlah jd ajk dan pegawai masjid kadar nak jaga masjid sahaja, kena jaga juga qariahnya,anak jemaahnya.☺abdghaniharon😊
Kita juga terus bercakap,mengeluh masjid tak ramai jemaah.Berapa ramai penceramah dah dijemput bercakap,tak juga berubah.Apa kata pegawai dan ajk masjid turun padang berkunjung ke rumah rumah untuk mengajak anak qariah ke masjid seperti jemaah tabligh buat ziarah selepas solat Asar.Pasti kesannya lebih terasa jika imam atau bilal dan ajk berlunjung ke rumah.Saya rasa dakwah ini lebih berkesan dari seorang penceramah yg dibayar begitu mahal datang berceramah di masjid dlm kontek mengajak ke masjid.Disamping itu,ziarah ini boleh mengajak berbagai kebaikan,ajak hadir kuliah,program masjid,menjalin ukhwah dan juga menegah mungkar seperti mungkin ada ahli rumah itu tidak menutup aurat dsbnya.
Tindakan lain adalah seperti soal tidak hadir solat Jumaat,ini tanggungjawab yg kena ditegah,dipaksa hadir.Pihak masjid kena bertindak,lantik ketua kawasan dlm qariah untuk memerhati anak qariah yg tidak hadir jumaat,lapor kpd ajk masjid.Pihak ajak dan pegawai bertindak bertemu untuk menasihat hinggalah kpd tindakan melapor kpd jabatan agama kerana ada negeri yg telah ada peruntukan undang-undang bagi yv tak solat Jumaat.Orang yg tak solat Jumaat langsung tidak mendengar nasihat agama,mereka akan menjd duri dlm daging kpd masyarakat.
Masalah solat jenazah yg tak ramai tolong solatkan bahkan ada yg kena jemput orang luar.Pihak masjid perlu bertindak memberi ilmu solat jenazah kpd anak qariah,misalnya buat kuliah sebelum qutbah untuk beberapa minit mengenai solat jenazah,edarkan risalah,buat praktikal.Masa sebelum qutbah itulah hampir semua lelaki ada di masjid dan kuliah ini ibarat kuliah paksaan.Setelah itu gesa anak qariah utk solat jenazah.Jika ada kematian pada hari jumaat,buat solat jenazah sebaik selesai solat jumaat dan minta semua jemaah bersolat,supaya ada yg 'terperangkap' utk terpaksa juga bersolat jenazah.
Pengajian agama mungkin perlu dibawa keluar dari masjid ke tempat berkumpul orang muda untuk mereka belajar sesama mereka,dg ustaz yg sebaya,secara lebih bersantai,lebih bersahaja diperingkat awal,sebelum mereka diajak ke masjid.Kuliah di masjid tidak menepati sasaran golongan ini.
Ada banyak perkara lagi yg rasanya kita kena berhenti bercakap tetapi mula bertindak secara praktikal.Ujudkan ajk,ujudkan program,turun padang,kerana nabi dulu pun bukan dok bercakap sahaja bahkan nabi berziarah,bertemu,menasihat,memberi tunjukajar bahkan memberi peringatan serta menegah yg mungkar.Sampai bila kita nak bercakap,berceramah,merungut,menangisi nasib.Saya menyebut peranan masjid kerana masjid menguasai hal agama dlm qariah,tetapi setiap diri kita telah diperintah Allah untuk menyeru yg makruf dan munegah yg mungkar.Tanya diri sendiri apa yg aku dah buat dg perintah ini,apakah aku juga tergolong dlm kalangan orang yg hanya bercakap tetapi tidak bertindak.abdghaniharon
DUIT ADA PUN BELUM TENTU BOLEH PI MEKAH
DUIT ADA PUN BELUM TENTU BOLEH PI MEKAH
Seorang lelaki berkata semasa di balai lintang masjid," Aku himpun duit ingat nak pi Mekah,duit dah cukup,tak boleh pi juga lagi.Dulu duit tak ada,tak boleh pi,la ni duit ada,pun tak tak boleh pi juga"Kita sembang sedikit hal ini.
Betul lelaki itu telah berusaha untuk pergi Mekah,tetapi ada satu usaha yg jauh lebih utama dari mengumpul duit.Berdoa semoga Allah menjemput dirinya menjadi tetamu Allah itu lebih utama, kerana dengan jemputan Allah kita akan boleh berada di tanah suci,bagaimana,itu terserah kpd kuasa Allah.Usaha mengumpul duit itu hanya sebagai ikhtiar dan bukti kesungguhan kita untuk pergi ke Mekah,tetapi jika kita tidak sertakan doa,berserah kpd Allah,jika kita tidak dijemput Allah,tetaplah kita tidak dapat ke tanah suci.Dulu orang kata ada duit boleh ke Mekah,sekarang ada duit pun belum tentu boleh pergi.Jadi,apa pun doa dibuka jalan,dipermudah henndaklah didahulukan dg diiringi usaha ke arah itu.Jangan yakin Tabung Haji dah bagi tahun akan pergi,kerana kehendak Allah akan mengubahnya,mungkin lebih awal,mungkin langsung tidak sempat.
Begitu juga kepada perkara lain dlm hidup.Jangan study siang malam tonggeng terbalik dg yakin kita akan lulus cemerlang,sedangkan doa tidak dirafak kpd Allah.Jangan yakin padi di bendang akan menjadi,pokok di dusun akan berbuah,pukat di laut akan mengena,tanpa berdoa dan berserah kepadaNya.Jangan percaya jualan kita akan terus laris,kerana Allah boleh melakukan apa saja jika kita menafikan kekuasaanNya. Jangan yakin bahawa apa yg ada dlm pinggan didepan menjadi rezeki kita,kerana mungkin ia tercicir sebelum masuk ke mulut.Kembalilah bergantung harap kpd Allah.
Kebanyakan kita terlupa dlm keghairahan berusaha,utk berserah kpd Allah.Kita begitu yakin kita boleh,secara tidak sedar kita tidak bersandar kpd kuasa Allah,akhirnya bila gagal baru teringat kpd Allah.Jika kita gagal sedang kita yakin kita boleh berjaya,itu bermakna Allah memberi peringatan bahawa Dia mengatasi segalanya.Sebab itu jika gagal pun kita kena bersyukur,beristighfar bimbang kita tersilap dlm keyakinan.Bukan yakin usaha kita skan berjaya,tetapi yakin bahawa Allah yg akan membantu menjayakannya.😀abdghaniharon😀
Perkara ini melibat akidah yg halusi,yg pakar motivasi kerap tercicir.Mereka yg kecewa kerana gagal,kerapkali adalah kerana tidak memahami bahawa usaha kita tidak menentukan kejayaan (dlm bahasa kitab disebut usaha manusia tidak memberi bekas)tetapi kehendak Allah akan menetukan segalanya.Akhirnya mereka menyalahkan Allah sebagai tidak mengizinkan.Hakikatnya bukan soal izin,itu hak Allah kpd hambanya,itu ketentuanNya.Allah menyebut, kamu merancang dan Aku merancang,perancangan Aku lebih baik. Ayat imi jelas menunjukkan bukan soal izin ,tetapi apa yg Allah tentukan itu lebih baik dari apa yg kita harapkan dan usahakan.
Kesimpulannya jangan mengeluh pada setiap perkara yg berlaku,jangan merasa kecewa pada setiap usaha yg gagal, tetapi bersyukurlah pada setiap perkara dan beristighfarlah pada setiap kegagalan dlm berusaha supaya kita kembali mengikut perancangan Allah dan redo kpd ketentuanNya.abdghaniharon
Monday, 14 December 2015
GUNTING KECIL BUAT MERAIH GANJARAN UMRAH
GUNTING KECIL BUAT MERAIH GANJARAN UMRAH
Saya menziarahi seorang kawan sekampung yg hendak mengerja umrah.Ketika berbual,seorang tua jiran sekampung turut berkunjung.Setelah berbual agak lama,pakcik ini minta diri dan ketika bersalam,dia memberi satu gunting kecil kepada tuan rumah.Katanya,"Saya tak mampu nak pi ke Mekah,kerja pun cukup makan saja.Tumpang pahala pun jadilah."Sedih juga mendengarnya.Gunting kecil memang perlu untuk bergunting beberapa helai rambut setelah selesai umrah iaitu bertahallul.
Menumpang berbuat amal kebajikan, atau tolong menolong kearah berbuat kebajikan adalah perintah dari Allah dlm quran."Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya [al-Mâidah/5:2]Ayat ini jelas menunjukkan bahawa kerja kebajikan perlu dilakukan secara bersama,bantu membantu mengikut kemampuan,mungkin kita tidak mampu sendirian ke syurga Allah.
Bila ada orang berkenduri,hulurkan sedikit sumbangan tumpang berkenduri kerana kita mungkin tak mampu nak buat kendiri sendiri.Jika ada program bantuan untuk fakir miskin,yatim,hulurkan juga sedikit yg mampu,kerana jika kita beri sendiri mungkin kelihatannya amat sedikit.Jika orang nak tanah suci,berilah sumbangan walau sedikit untuk menumpang kebaikan.Jika ada pelajar tempat kita yg mungkin bermusafir hingga ke luar negara untuk menuntut ilmu khususnya ilmu agama,berilah zakat atau bantuan,juga untuk membantu kearah kebaikan.Jika ada yg mengumpul bantuan utk bencana atau jihad diluar negara,berilah sekadar ada kerana kita tidak mampu melakukannya sendiri.
Selain wang ringgit,tenaga dan fikiran juga boleh disumbang ke arah kerja kebaikan.Dimana yg boleh pada program masjid atau surau,ambillah peranan,walau tidak berjawatan.Paling tidak,hadirlah menjayakan program yg diatur walaupun hanya sekedar menjadi hadirin,nescaya Allah perkirakan peranan kita.Diprojek sedekah jariah saya ada jiran yg datang tolong gantung pakaian,ada yg tolong kutip penyangkut,ada yg tolong cuci tempat wakaf ambil air bertapis,tolong memungut sampah bahkah ada yg datang untuk bersembang dan memberi sokongan kerana umur yg telah lanjut dan tidak berdaya lagi,yg lainnya menyumbang barangan dan wang ringgit.Semua ada peranan, kerana saya sendiri tidak berupaya melakukan sendirian.
Hakikatnya,Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang dimana dibuka ruang kita berbuat kebaikan dg cara bantu membantu walau pun sedikit dg kadar kemampuan yg ada kerana mungkin kita tidak mampu melakukan sendiriam..Dengan itu tidak ada seorang pun dari kita yg menjadi hamba Allah boleh berkata aku tidak memilki apa apa untuk berbuat baik.Hatta jika kita terlantar dikatil pun,atau sebagai suri rumah yg hidup berlegar dirumah shj,panjatlah doa utk mereka yg berbuat kebaikan,lontarkan rasa simpati dan sokongan, moga Allah beri juga kebaikan kpd kita.Bila mendengar suatu kerja kebajikan yg dilakukan jauh dari kita yg tidak terjangkau,panjatkanlah doa untuk mereka,itu juga satu pertolongan kerana salah satu senjata orang muslim ialah doanya.Jangan remehkan dan pandang kecil pada setiap bantuan untuk berbuat baikJd jangamlah simpan jari jemari dan tanganmu dg berpeluk tubuh,kaki mu dg bersila panggung,fikiran yg kosong,tetapi carilah ruang dan peluang untuk turut berbuat baik dg apa yg terdaya oleh kita.Jika orang tua dlm kisah diatas hanya sanggup memberi gunting kecil yg harga tidak seberapa untuk tumpang memperoleh ganjaran orang berumrah,fikirkanlah mungkin kita boleh memberi apa untuk tumpang mendapat kebaikan dari usaha berbuat baik oleh orang lain.abdghaniharon
BERSEDEKAH DENGAN BERSOLAT BERJRMAAH
BERSEDEKAH DENGAN BERSOLAT BERJEMAAH
Ketka menghadiri satu usrah,saya terlewat hadir dan ahli usrah lain telah selesai solat berjemaah Maghrib.Bila saya berdiri untuk solat Maghrib, beberapa ahli usrah yg telah bersolat maghrib,menyertai saya bersolat maghrib lagi sekali.Mereka ini faham tuntutan solat berjemaah dan kelebihannya.☺abdghaniharon☺
Walau kita dah bersolat wajib,jika ada yg baru datang nak bersolat,sebaiknya kita bersolat dengannya utk mewujudkan jamaah. Hadis dari Imam Ahmad dari Abu Sa’id Al Khudri berkata; “Seorang laki-laki masuk ke dalam masjid sedang Rasulullah saw dan para sahabatnya telah melakukan shalat, maka Rasulullah saw pun bersabda: “Barangsiapa ingin bersedekah kepada orang ini hendaklah ia shalat bersamanya, ” lalu berdirilah seorang laki-laki dan shalat bersamanya.Dalam riwayat lain diceritakan ada dua orang yg datang ke masjid ketika solat jemaah berlangsung tetapi mereka tidak bersolat bersama kerana telah bersolat dirumah,lalu bila selesai nabi menegur mereka supaya bersolat lagi dengam berjemaah jika mereka temui orang bersolat berjemaah kerana itu nafilah (sunat).
Begitu penting dan ditekankan oleh nabi tentang solat berjemaah hingga selagi boleh,hendaklah didirikan jemaah walaupun orang lain telah bersolat.Solat berjemaah itu 27 darjat melebihi solat sendirian,dg itulah dituntut sangat berjemaah.Jika kita disurau atau masjid dan kelihatan orang nak bersolat sendirian,ajaklah berjemaah utk memenuhi sunnah dan suruhan nabi.Jika kita telah bersolat sekalipun, tetapi jika kita dapati ada jemaah bersolat,sertailah mereka.
Jika kita singgah di surau R & R dilebuhraya,kita dapati ada orang yg lebih senang memilih solat sendirian,walaupun ada orang lain berjemaah.Bukan tidak sah solat,tetapi mereka memilih ganjaran yg sedikit,sedangkan Allah menawarkan yg banyak.Jika suami isteri singgah di masjid,kekadang mereka solat sendirian kerana tempat solat berasingan,sedangkan mereka boleh bersolat berjemaah.
Ubahlah kpd yg lebih baik,kpd mentaati suruhan nabi.Ujudkan solat berjemaah bagi yg nak bersolat.Bagi kita yg telah bersolat,sertailah jemaah yg bersolat jika kita temuinya atau bantulah orang lain yg nak bersolat supaya terjadi jemaah walaupun kita telah bersolat.Akhirnya saya ingin mengulang ayat marilah kita bersama berpimpin tangan ke syurga, kita takkan dapat kesyurga sendirian,kita perlukan insan lain utk bersama kita.Kita perlu oorang lain utk beribadat dg ganjaran lebih besar,kita perlu orang lain untuk berbiat kebajikan,sama seperti orang lain memerlukan kita.abdghaniharon
Friday, 11 December 2015
MENYAPA GELAMA PIPI MERAH DI ALAM MAYA
MENYAPA GELAMA PIPI MERAH DI ALAM MAYA
"Kita dipisah laut dan pantai,pagar dan dinding,jarak dan hukum,suatu hari nanti mungkin kita akan terbang bersama". Itulah antara ayat yg ditemui dalam whatsapp suami saya yg saya curi tengok ketika dia dlm bilik air." Cerita seorang surirumah kpd saya dalam meminta nasihat mengenai masalah suaminya yg berwhatsapp dg isteri orang.
Masalah kemajuan perhubungan dlm meruntuhkan rumahtangga semakin hari semakin serius,cuma tidak didedah,yg kita lihat akhirnya kadar perceraian makin meningkat.Bukan salah teknologi, kerana ilmu semuanya dari Allah utk kesejahteraan manusia,tetapi manusialah memilih untuk memanfaatkannya atau menyalahgunakannya.Sebuah telefon pintar boleh membina masjid tetapi boleh menjd fitnah kpd agama,boleh menjalin ukhwah tetapi boleh juga memecah belah,boleh membawa pemiliknya ke syurga atau juga ke neraka,semua terletak pada yg menggunakannya.
Anda lebih tahu yg mana baik yg mana buruk.Saya kadar mengingatkan.Para suami,dlm menyapa gelama pipi merah di alam maya,ingatlah diri kita,tanggungjawab dan taraf kita.Jangan bermain api,nanti membakar diri.Orang yg dah berumahtangga ibarat bara api,jika dibiar dia akan terus jadi bara,jika dihembus berulangkali,ia akan menyala,maka dalam meneroka alam maya,sapaan biarlah ikhlas,bukan madah penuh berhelah,umpan berkail bersalut madu.Ingatlah nafsu tidak pernah tua,yg tuanya diri kita,tetapi jgn juga jadi tua keladi,tetapi jadilah tuanya padi, makin tua makin tunduk berisi.Malulah kpd anak isteri dan yg lebih utama malulah kpd Allah.
Kpd para isteri,teknologi seolah membebaskan semua orang ke alam maya.Seorang isteri tidak lagi terperok di rumah pada hakikatnya. Ingatlah bila Islam melarang isteti keluar rumah tanpa kebenaran suami,kecuali keperluan hidup,walaupun larangan itu nampaknya bersifat fizikal,isteri yg solehah sepatutnya mengambilkira juga hal ini.Tidak salah meneroka ilmu,mendapat perkhabaran,menjalin ukhwah sesama wanita,menjalin silaturrahim,menyeru yg makruf,menegah yg mungkar tetapi jangan menyapa sebarang orang di alam maya khususnya yg berbeza jantina,melainkan atas niat yg baik dan terkawal.Jika Islam melarang sebarang bentuk godaan fizikal seperti pandangan,senyuman,liuk lentok, maka begitu juga soal godaan dialam maya.Gaya bahasa,gurau senda,gambar dsbnya tetap menjadi jarum halus syaitan utk menyuntik racun pada rumahtangga.
Kpd yg bujang,ingatlah pemuda yg baik adalah mereka yg menunduk pandangan,yg takut kpd Allah,pemudi yg baik adalah yg memelihara kesucian diri,memelihar agamanya. Bila telefon di tangan,tiada siapa yg nampak,tiada siapa yg boleh menyekat,ditangan kitalah memilih utk menjadikannya laluan kesyurga atau ke neraka.Dua malaikat yg disisi tetap tidak akan leka mencatat tiap sentuhan jari anda dan jari itulah akan memetik buah disyurga atau dibakar hangus di neraka.Kemajuan teknologi ini menjadikan syaitan lebih mudah kerjanya mengheret manusia bersamanya kerana maksiat dan kejahatan boleh dibuat tanpa keluar dari rumah, tidak seperti zaman Abu Jah dan Abu Lahab dahulu,tapi dosanya mungkin sebesar itu juga.Namun teknologi juga membolehkan kita melaung kebaikan,menyeru kpd kebenaran seluas isi dunia ini,melebihi suara para nabi, menakluk ruang lebih luas dari Iskandar Zulkarnain,tetapi semua terletak kpd diri kita,nak merebutnya atau nak melihatnya shj.😆abdghaniharon😆
Akhirnya wahai para suami,isteri dan seluruh muslimin muslimat, marilah kita semua memanfaatkan apa yg kita miliki,dlm kontek tulisan ini alat perhubungan, kpd jalan mentaati Allah.Kita akan kembali kepadaNya,kita akan ditanya.Keseromokan dunia ini akan tamat juga.Buat suami yg dok berhubung dg bini orang, berhentilah,pandanglah anak bini yg telah diamanahkan oleh Allah,buat isteri dok menjengok laki orang, jengoklah sekitar rumah sendiri.Bukankah lebih baik memperbaiki tumah sendiri yg sedia ada dari meruntuh dan membina semula yg belum tentu lebih sempurna.Memang tabiat manusia,suka pada apa yg orang miliki,sedangkan yg ada pada kita lebih baik.abdghaniharon
Sharelah,mungkin boleh menjadi teguran secara tidak langsung,moga menjadi saksi dihari akhirat kelak kita pernah menegur,walau dg artikel yg pendek ini kerana nak tegur cara terus takut berkelahi pula.Yg terima artikel ni,mau sendiri faham,jangan marah yg share,marah penulisnya!,jika nak terasa nak marah.
SYARAT UNTUK JADI MENANTU ,TIDAK MEROKOK Singgah di sebuah masjid saya terserempak dengan
SYARAT UNTUK JADI MENANTU ,TIDAK MEROKOK
Singgah di sebuah masjid saya terserempak dengan rombongan pengantin,mungkin ada majlis akad nikah di masjid.Ketika berwuduk di kolah,saya lihat pengantin lelaki merokok di pintu tandas,berkepul asapnya.Agaknya gelabah nak mengadap tok imam.Majlis akad dibuat didepan mimbar dan ssya bersolat di satu penjuru masjid.Tok imam mengguna mike dlm qutbah nikah dan akad.Berkali-kali akad diulang kerana pengantin lelaki tersangkut menerima akad,tergagap,terlupa nama bakal isteri,terlupa jumlah mas kahwin.Imam suruh rehat seketika untuk bertenang.Dalam hati saya berkata, buat dosa dengan merokok,lepas tu nak buat ibadat terima akad dg mulut yg baru berbuat dosa,itulah padahnya.Saya meninggalkan mereka,entah sampai bila baru boleh selesai majlis itu.🐹abdghaniharon🐹
Merokok dan vape dah difatwa haram,haramlah. Berhentilah. Kempen kerajaan nampaknya kurang berkesan.Maka saya nak cadang kempen yg tak melibat kerajaan tetapi libat peranan orang Islam sahaja,kerana rokok ini masalah hukum,masalah merosakkan diri.Apa kata jika semua bapa yg ada anak dara meletak syarat untuk jadi menantu,tidak boleh merokok,jika tidak,pinangan ditolak.Beri syarat kpd anak perempuan,suruh bakal suami jangan merokok,jika dok merokok,mula berhenti sebelum masuk meminang.Kalau semua bapa bertegas hal ini,ramai yg akan berhenti merokok kerana orang bercinta sanggup berkorban apa saja.Mungkin ada orang tanya,cikgu cadang cikgu dah buat ka?Sudah,menantu saya masa meminang telah diletak syarat tidak merokok.Ini perkara hukum,kalau dg rokok sebatang sanggup buat dosa,iman mereka lebih murah dari sebatang rokok,macam tuu kah nak buat menantu,nak menyambung zuriat kita?Tapi kalau kita yg menjadi bapa sendiri merokok,mungkin Allah takdirkan menantu pun merokok sebagai satu kebencian,jika Allah masih menyayangi moga didatangkan menantu yg tidak merokok dan berani menegah..😆abdghaniharon😆
Lebih jauh ,jangan pangkah wakil rakyat yg merokok walau dari parti Islam kerana jika dg sebatang rokok pun tewas,macam mana nak tegak hukum Islam.Guru saya pesan,jangan mengaji dg guru yg merokok,cakap tak serupa bikin,ada sifat munafik,termasuklah cikgu sekolah.Jika boleh guna Pibg minta tukar cikgu yg merokok disekolah,walau dalam tandas,hantar ke SJK Cina atau SJK Tamil,kerana rokok haram pada orang Islam shj..Ni mesti ada cikgu naik angin, minta maaflah, jika nak marah pun fikir banyak kali.
Mungkin bila mengambil pekerja pun kena tanya soal merokok kerana pekerja yg merokok biasanya mengotorkan dan tak lama akan berpenyakit.Bila membeli barangan dipasar minggu,atau gerai makanan,jika terlihat yg menjual berkepit rokok,carilah penjual yg lain,kerana kita seolah memberi rezeki ketika dia buat dosa.Nak beri zakat pun lihatlah asnaf yg tidak merokok supaya duit zakat kita tidak diguna pada perkara haram.Jangan berimamkan seorang yg merokok kerana kita yg tidak merokok lebih baik dari dia yg bergelar imam atau ustaz.Nabi melarang kpd mereka yg berbau mulut kerana makan makanan : "Barangsiapa yang makan buah dari pohon ini yakni bawang putih maka janganlah sekali-kali mendekati masjid kita."(Muttafaq 'alaih)Merokok menyebab bau mulut yg lebih dahsyat.Ustaz yg merokok lebih baik tak dipanggil berceramah kerana mereka ibarat kokok berderai-derai,ekor bergelumang taik.
Banyak lagilah kalau nak sebut.Jika kita semua sepakat dg tujuan untuk kebaikan mereka yg merokok, supaya mereka patuh kpd hukum Allah,perkara ini boleh berjaya.Ini juga satu dakwah.Kepada mereka yg merokok,saya tidak berniat buruk, sesungguhnya cadangan yg diberikan adalah dg tujuan untuk mengembalikan anda kpd jalan yg benar,patuh hukum tuhan. Ingatlah pesan Allah dlm quran,'dan janganlah kamu mencampakkan diri dalam kebinasaan'.(surah baqarah 195) .abdghaniharon
Sharelah sebagai teguran,moga ada hati yg mahu berfikir dan berubah kpd yg lebih baik.Dilarang memadam nama penulis sebagai satu tanggungjawab dan adab.
Wednesday, 9 December 2015
RUGILAH YANG BERNIAT MEMBELI KERANA HARGA MURAH
RUGILAH YANG BERNIAT MEMBELI KERANA HARGA MURAH
Seorang anak saudara memberitahu tentang rancangannya nsk mengajak beberapa orang jiran pergi ke pasar kemboja di Parit Buntar.Bila saya tanya dia kenapa begitu jauh nak mrmbeli barang.Katanya,"Murah harganya."Saya membalas percakapannya,"Hang akan dapat apa yang hang hajatkan,barang yang murah harganya,tapi mau ka tidak paklang bagitau supaya hang dapat yang lebih lagi dari itu."Segera dia bertanya,"Tentu mau,apa dia?"Perbetulkan niat hang nak pi beli di pasar kemboja kerana murah,kepada kerana mereka adalah orang Islam,mereka musafir,mereka tidak meminta tetapi berusaha niaga untuk menampung hidup mereka dan keluarga dinegara mereka.Mendahulukan saudara seagama adalah dituntut hinggalah dalam jual beli, muamalah."☺abdghaniharon☺
Telah selalu orang bercakap bahawa hidup itu ibadat, nak jadi ibadat kena ada niat sebagai rukun ibadat.Apa pun terletak pada niat.Banyak dari kita melepaskan kesempatan menjadikan aktiviti hidup sebagai ibadat kerana tersalah niat, atau tak berniat kerana Allah,lebih teruk berniat kerana dunia, kerana keperluan diri.Seperti contoh diatas,betulkan niat, tidak menambsh belanja pun,tidak guna tenaga pun,cuma ingat dihati shj.Jadi bila nak membeli,jadikan pembelian sebagai ibadat,niatnya yg berbalik kpd Allah,akad jual beli sprt yg diajar dlm muamalah,dahulukan saudara seagama dll.
Mungkin anda pernah terdengar kawan rakan yg bercerita atau mengajak makan disuatu tempat,perkataan apa yg selalu terbit?Tempat tu sedap masakannya!Jom makan disitu,sedap,di sini tak sedap.Jika sedaplah yg menjadi tujuan,kita akan dapat sedap,dapat penuhi nafsu makan.Tetapi alangkah baik jika dibetul sedikit niat dari kerana sedap kepada makanan yg lebih baik,utk lebih sihat,utk beribadat. Janganlah sedap dihighlightkan,diletak sbg sebab dan tujuan sebab sedap itu nafsu,sedangkan rezeki makan bukan Allah beri untuk sedap tetapi untuk sihat.Sedap itu hiasan pada makanan shj,hanya berguna semasa dlm mulut dan kerongkong,selepas itu sedap dah tak guna,yg berguna khasiat makanan.Jadi mengapa sedap menjd tujuan.Jika tidak mengapa nabi pesan berhenti sebelum kenyang,suruh jangan penuhkan perut dg makanan dll.
Bila pergi kerja,betulkan niat untuk mencari rezeki utk anak isteri dan diri,bukan sebab nak dapat gaji,bila pergi kenduri jangan niat kerana nak makan,nak jaga hati,tetapi niatlah kerana memenuhi jemputan,menjalin ukhwah dan silaturrahim.Bila beriadah,on diet,jangan niat nak kurus,nak hilang perut buncit,niatlah untuk sihat,utk beribadat.Bila bersantai ke tempat peranginan utk berehat tambahkan niat kpd melihat kebesaran tuhan dan ciptaanNya.
Rugilah mereka yg membatas niat pada tindakannya untuk dirinya dan hidupnya shj,sedangkan Allah membuka ruang seluasnya untuk menjadikan setiap gerak manusia sebagai ibadat dg hanya mengubah niat kepada kerana Allah,kerana taatkan perintahnya.Dengan itu juga,diri kita tidak terdorong berbuat yg berdosa.Perhatikan,bila kita niat berpuasa,secara otomatik tubuh menolak makanan minuman,hilang keinginan dan diri sentiasa terdorong utk memelihara puasa.Itulah pentingnya niat,moga bila setiap gerak diniat kerana Allah,kita sentiasa dlm peliharaanNya.abdghaniharon
BURUNG KAKAK TUA YANG BERKATA "BAGUS! BAGUS!"
BURUNG KAKAK TUA YANG BERKATA "BAGUS! BAGUS!"
Membuka sebuah kotak yg dihantar oleh seorang lelaki ke projek sedekah jariah,saya menemui pakaian kanak-kanak yang koyak rabak,kotor,berdebu.Lebih mengejutkan ialah beberapa helai seluar dalam terpakai wanita dan baju dalam.Ini bukan kali pertama saya menemui perkara begini.Terfikir juga,apakah tujuannya dihantar perkara begini kepada saya?Sedangkan apa yg saya buat adalah utk mengajak bersedekah barangan terpakai,mengelak pembaziran dan menolong yg susah.Saya tidak menyusahkan sesiapa pun.Kenapa lelaki ini sanggup datang dari Taman Kristal Sg Petani,hanya untuk menghantar perkara begini?
Inilah mehnah orang berbuat baik,akan ada yg menghalang, akan ada yg menyakitkan.Jalan ke syurga penuh ranjau dan duri,ini sebahagian darinya.Halangan ini dibangkitkan oleh syaitan yg merasuk manusia lain.Bilangan mereka adalah sedikit tetapi menyakitkan,maka jika kita mengalah dengan mereka maka terhentilah kebaikan,maka manfaat yg diperolehi oleh ramai orang akan terhenti.Ketawalah syaitan. Sebab itu bila kita berbuat kebajikan,bersedialah menghadapi golongan ini,jangan pedulikan mereka,lebih utamakan matlamat baik.
Syaitan sentiasa menyuruh orang berbuat mungkar,jika mereka tidak berbuat mungkar,dihalang mereka berbuat baik dan jika boleh biar manusia tidak berbuat apa kebaikan pun.Sedangkan Allah memerintah manusia berbuat baik dan menegah mungkar,itu prinsip asas Islam,bermaksud kita tidak boleh berada pada situasi tidak berbuat apa.Tetapi banyak manusia mengambil pendirian tidak berbuat apa dg maksud hanya beribadat untuk dirinya,tak mau kacau orang.Katanya sapa gatai dia garu sendiri.Orang yg hanya berbuat ibadat,tanpa menegah mungkar,tanpa mengajak orang lain berbuat baik,tidak saling membantu,tidak lengkap agamanya.
Islam bukan agama pertapaan,mengasing diri,menjadi sami-sami seperti agama lain.Islam bukan agama yg penting diri shj.Disamping mengajak kpd kebenaran,kebaikan,di suruh kita saling membantu,berkongsi segalanya.Sengaja Allah jadikan manusia berbagai tahap hidup sedangkan Dia berupaya menjadikan manusia semua sama,satu tahap kedudukan,tetapi perbezaan yg dibuat kpd manusia adalah sebagai ujian kpd mereka untuk saling bekerjasama.Tetapi mengapa banyak dari kita hanya memikirkan diri sendiri.Lihat dalam masyarakat,mereka yg menjadi penggerak masyarakat amat sedikit,yg lebih banyaknya berpeluk tubuh menyaksikan,paling kuat memuji,tapi dia tetap tidak berganjak walau setapak.Fikirkanlah, aoa sumbangan aku kpd masyarakat Islam sebagai bekal nak dijawab kpd Allah.Berpadakah Allah menjadikan kita hanya untuk bekerja,makan,tidur,berkeluarga,berharta dan mati.?
Nak ajak anda memikirkan sesuatu kebaikan utk masyarakat keliling anda,jika kita tidak berupaya menjadi penggerak,jadilah penyokong,penyumbang, baik harta atau tenaga.Buanglah sikap takut dikata orang,takut disakiti orang.Mereka yg pernah ke tempat saya mungkin melihat seorang ibu tunggal dan jiran berdekatan rumah saya menyumbang tenaga setiap hari membantu memilih dan menggantung pakaian utk dipamerkan.Apakah kita akan terus menjadi pemerhati, menjadi orang yg memuji kebaikan orang lain,kagum dg orang lain ibarat burung kakak tua yg diajar berkata,"Bagus, bagus!"abdghaniharon.
RM50 UNTUK ANAK BELAJAR DI LUAR NEGARA.
RM 50 UNTUK ANAK BELAJAR DI LUAR NEGARA.
Melangkah ke ruangan mesin atm sebuah bank,saya terpandang seorang haji yang saya kenali sedang mendeposit wang.Berkali-kali saya lihat mesin menolak wang yang di masuk,lalu saya menegurnya untuk membantu.Note Rm 50 yg dimasukkannya saya lihat agak lusuh.Lalu saya minta wang tersebut dan memberi wang Rm50 yg ada pada saya dan saya tolong depositkan.Rupanya dia mendeposit untuk anaknya.Saya langsung bertanya,anaknya mengaji dimana,lalu dijawabnya,"Di Mesir cikgu.Dia minta duit kelmarin,saya ada semangga banyak tu saja,maklum padi dok hijau lagi.Pi mengaji dengan duit sendiri,tak dapat bantuan apa."Subhanallah! Wajahnya jelas risau dan sedih,matanya mula berair tetapi cepat pula dia menyapu dg jarinya..Bila dia menyebut padi masih hijau bermaksud dia bergantung kpd hasil padi utk biayai nak belajar .Ini satu dari beribu kepayahan ibubapa yg membiayai sendiri pengajian anak di timur tengah kerana demi agama.😣abdghaniharon😣
Balik ke rumah hari tu,saya masih memikirkan hal itu.Apalah yg anaknya dapat buat dg Rm 50?Perkataan semangga yg digunakannya yg bermaksud 'hanya sebanyak itu shj' jelas menunjukkan dia telah putus ikhtiar.Itulah pengorbanan seorang ayah utk memberi pendidikan anak, yg tersembunyi dari semua anak kerana mereka jauh dan mereka hanya tahu meminta.Beringatlah mereka yg menjadi pelajar,beringatlah mereka yg telah tamat belajar.Jangan berasa aku berjaya kerana kerja keras belajar bersungguh dg melupakan jerihpayah ayah berhujan panas,bermandi peluh untuk memenuhi permintaan anak untuk belanja.Sebulan ratusan ringgit bahkan ribuan utk ayah ibu bila bekerja tidaklah dapat menebus pengorbanan mereka,bahkan mereka bukan mengharap dibalas dg rm.Rafakkanlah budi yg luhur kpd mereka,itulah balasan yg diharapkan.
Kita mengistihar negara kita negara Islam,tetapi universiti yg berkaitan Islam hanya sebuah,selebihnya hanya fakulti yg tak dapat menampung jumlah pelajar yg banyak.Dari sebelum merdeka,kita terpaksa pergi ke timur tengah untuk belajar,guna belanja sendiri.Sepatutnya kerajaan mewujudkan universiti sendiri khusus bidang agama utk menampung lebih ramai pelajar.Bila program J Qaf dilaksana oleh kementerian pelajaran dulu,masalah besar ialah kekurangan siswazah bidang agama hingga program tersebut tidak berjalan seperti sepatutnya,tetapi kita boleh tambah universiti yg berbagai utk ilmu dunia,sedangkan tidak juga ujud universiti khusus utk ilmu agama selain universiti islam antarabangsa yg penuntut terpalsa bersaing dg pelajar dari luar utk memasukinya.Kenapa tiada universiti yg seperti universiti Azhar dibuat disini sedangkan kita punya ramai ilmuan yg berupaya mengendalikannya,mengupgrade institusi pondok kpd universiti atau kolej.☺abdghaniharon
Disebabkan perlunya sebahagian kita merantau jauh utk belajar ilmu agama kerana perlunya sebahagian dari kita mendalami ilmu agama seperti yg difirman dlm ayat 122 surah Taubah,maka menjadi tanggungjawab umat Islam membantu mereka dg sumbangan,zakat dan apa saja,agar mereka mencapai tujuan dan balik ke negara ini sebagai orang yg berilmu agama utk berkhidmat kpd masyarakat.Ada orang akan berkorban apa saja utk hantar anak belajar agama diluar negara kerana tiada ruang dinegara sendiri,ada pelajar sanggup merantau sejauh ini maka kita yg tidak sedemikian,ambillah peranan untuk menyokong mereka,moga Allah berikan kebaikan kpd kita semua. Bagaimanapun,janganlah pula mereka yg habis belajar,bila dah bekerja,duduk dirumah merasa cukup dg gaji yg diperolehi,tidak mahu berkhidmat di masjid,surau atau institusi lain utk menyebar ilmu dan dakwah.Jangan menuntut ilmu agama hanya untuk dibuat cari makan,sedangkan kita ada tanggungjawab yg lebih besar kpd umat Islam.
Akhirnya,sehari selepas saya menemui haji ini,Allah datangkan kpd saya seorang rakan fb yg minta saya agihkan wang zakat utk asnaf ibn sabil sebanyak 3k,lalu saya agihkan wang zakat ini kpd pelajar kita di jordan dan mesir termasuk anak haji berkenaan.Sesunghuhnya Allah Maha Mendengar rintihan hambanya,lalu dibuka jalan yg tidak disangka-sangka.abdghaniharon
Sunday, 6 December 2015
HAKIKATNYA YANG MEMBERI SEDEKAH KENA BERTERIMA KASIH
HAKIKATNYA YANG MEMBERI SEDEKAH KENA BERTERIMA KASIH
Dalam ucapan kepada hadirin yg hadir ke majlis kenduri aqiqah dirumah,saya mengucapkan terima kasih dan bersyukur kerana mereka sudi hadir makan kenduri yg saya adakan.Seorang hadirin berkata kpd saya,"Sepatutnya kami yang berterima kasih kerana cikgu buat jamuan."Saya menjelaskan kpdnya saya berterima kasih kerana disebabkan mereka sudi hadir,maka saya boleh buat ibadat sunnah,kenduri aqiqah,jd saya yg patut bersyukur dan berterima kasih. Dia seperti tercengang.
Saya nak mengajak anda semua berfikir dari sudut yang berbeza pada beberapa contoh amal kebajikan yang kita buat untuk tambah mendekat diri kpd Allah,merendah diri kpdNya dan merendah diri dalam hubungan sesama manusia.😆ABDGHANIHARON😆
Bila kita memberi zakat kpd asnaf fakir,miskin,ibn sabil dll,kerapkali kita menerima ucapan syukur dan terima kasih dari yg menerima zakat kita,bahkan ada yg melafaz doa,ada yg tergenang air mata.Tetapi hakikatnya kita yg kena berterima kasih kpd mereka yg menjadi asnaf kerana dg sebab ada merekalah kita dapat menunai rukun berzakat.Kitalah yg kena bersyukur kerana dapat berzakat dg adanya si miskin,si fakir.Jadi adalah seperti kurang betul bila kita yg terima ucapan terima kasih,sepatutnya kita yg memberi zakat yg kena ucap terima kasih,kerana boleh buat ibadat zakat dg adanya mereka. Rasulullah bersabda, “Tidak akan terjadi hari kiamat, sebelum harta kekayaan telah tertumpuk dan melimpah ruah sehingga seorang laki-laki pergi kemana-mana sambil membawa harta zakatnya tetapi dia tidak mendapatkan seorangpun yang bersedia menerima zakatnya itu, dan sehingga tanah Arab menjadi subur makmur kembali dengan padang-padang rumput dan sungai-sungai”[Riwayat Muslim)Hadis ini jelas menunjukkan akan tiba waktu orang tidak mahu lagi menerima zakat dan sedekah,jd berterima kasihlah kpd yg mahu menerima zakat dan sedekah kita.
Begijtu juga bila memberi sedekah,hakikatnya kita yg patut bersyukur dan berterima kasih kerana ada yg mahu menerima sedekah kita.Bila mereka terima,maka kita yg bersedekah memperoleh ganjaran disisi Allah,kerana ada yg menerimalah,maka kita boleh bersedekah,jd kitalah yg sepatutnya bersyukur dan berterima kasih.Tetapi syaitan tetap membisik rasa yg menerima kena berterima kasih kpdnya,rasa megah,lebih teruk yg diberi dlm majlis yg nampak seperti merendahkan mereka yg menerima dg mengistihar dan memperkenal mereka yg miskin,yg fakir secara tak langsung.Hakikatnya,memberi sebaiknya dibawa kpd penerima,bukan dipanggil utk terima.Kita yg nak beri yg menagih pahala disisi Allah,bukan si miskin itu yg menagih pahala.Kita yg kena merendah diri kpd Allah,merendah diri kpd yg nak menerima sedekah kita.
Kita kerap mendengar keluhan pihak pengurusan masjid dimana yg hadir bersolat jemaah kurang ramai,yg hadir kuliah lebih banyak tiang masjid dari orang.Maka ada pihak masjid bertindak menyeru anak qariah supaya datang solat berjemaah,datang ikuti kuliah,naik berbuih mulut tok imam menyeru dalam pengumuman dan qutbah jumaat.Hakikatnya,perintah Allah telah ada tentang solat jamaah dan menuntut ilmu,sepatutnya mereka yg mengaku Islam, yg merasa perlu kpd masjid utk bersolat berjamaah,bukan masjid yg perlu kpd mereka.Masjid rumah Allah,adalah seperti terbalik bila rumah Allah merayu hamba Allah untuk mengimarahkannya.Begitu juga dlm menuntut ilmu,sepatutnya murid mencari guru,baru berkat,betul adab,tetapi kita membawa guru datang pun,masih kena jemput lagi orang datang mendengar ilmu.Sebab itu banyak yg dengar ceramah,balik tak juga berubah,tidak mendapat keberkatan dari ilmu.
Dalam hal solat jenazah,hari ini mereka yg bersolat jenazah biasanya dijemput,yg tidak dijemput,tidak bersolat.Hakikatnya solat jenazah tidak perlu dijemput,itu tanggjngjawab yg hidup kpd yg mati,tidak kira kita kenal atau tidak,ada ganjaran besar bagi yg bersolat seperti yg nabi sebut.Diutara,jika bagi envelop berisi gambar agung,baru datang bersolat,pada hal solat jenazah itu adalah pertolongan terakhir kpd simati.
Ada juga yg diberi envelope untuk tolong solat hadiah.Urusan kematian sudah menjadi seperti satu perniagaan sedangkan nabi menyenaraikannya sebagai tanggungjawab yg hidup kpd yg mati.
Ada banyak lagi aspek ibadat dan berbuat baik yg kita kena berfikir dari sudut yg lebih teliti,lebih mendekat diri kpd Allah,dan membuang sifat mazmumah yg ada pada kita.Mereka yg sentiasa berfikir untuk membersihkan diri,akan menemui hakikat bahawa dirinya lebih rendah dari yg menerima sedekah dan zakat,kerana dia menagih ganjaran dan keredaan Allah,sedangkan mereka yg menerima pemberian, Allah jadikan sebagai jalan untuk dia melakssna ibadat,sebagai ujian.abdghaniharon
Saturday, 5 December 2015
ALLAH HAIRAN MELIHAT HAMBANYA
ALLAH HAIRAN MELIHAT HAMBANYA
Ketika berjalan di kaki lima kedai nak membeli ayam tandoori dan roti salad,saya terserempak dengan seorang lelaki orang kampung saya yang kelihatan keluar dari pajak gadai Islam Ar rahn.Bila saya menyapanya dan bertanya urusannya,dia menjawab,"Hujung tahun,biasalah cikgu,sekolah nak buka.Nak beli baju sekolah,kasut,buku tulis.Duit yang ada cukup untuk belanja dapuq saja.Sekerap tak ada harga la ni.Nasib baik ada gelang orang perempuan yang dibeli masa menikah dulu,boleh letak dalam pajak gadai,kalau tidak anak tak sekolahlah."Dia masih boleh gelak kecil tetapi raut wajah menyembunyi seribu kepayahan.Inilah yg dikata bergolok bergadai nak sekolahkan anak.
Saya mengajaknya ke restoren nasi kandar yg berdekatan. Terasa ingin membelanja dia makan.Tetapi dia menolak,bila saya bersungguh memegang tangannya,dia bersuara,"Cikgu, hari ini hari Khamis,saya berpuasa sunat,jika cikgu tak keberatan,saya ingin meneruskan puasa hari ini hingga waktu berbuka."Subhanallah!Saya tergamam dan terasa serbasalah dan malu.Apa tidaknya,saya cukup yg belanja hidup,bahkan mewah tidak teringat untuk berpuasa sunat,sedangkan mereka yg dalam kepayahan hidup,sanggup berpuasa sunat seperti yg dianjurkan oleh nabi.Akhirnya saya tetap membawanya ke restoren dan membeli dua setu ayam tandoori dan 3 biji roti salad untuknya buat berbuka puasa nanti.Bila menerima bungkusan makanan itu,dia berkata,"Allah temukan saya dengan cikgu hari ini dan limpahkan rezekiNya, alhamdulillah!"Bila dia melangkah pergi,saya mengesat air mata,sesungguhnya Allah mendatangkan lelaki ini untuk memperingati saya.Maka saya panjangkan kisah ini utk memperingatkan anda juga.😂ABDGHANIHARON
Kemewahan hidup menyebabkan kita leka dan lupa untuk menambah ibadat.Sebahagian Hadis qudsi,Allah menyebut “Wahai sekelian manusia. Aku hairan melihat orang yang meyakini kematian tetapi ia masih bergembira. Aku hairan melihat orang yang mempercayai hari berhisab, tetapi ia masih terus mengumpulkan harta. Aku juga hairan melihat orang yang meyakini akan masuk kubur, tetapi ia masih tertawa. Aku hairan melihat orang yang meyakini akhirat, tetapi ia masih bersenang-lenang.’’
Sebahagian kita mengejar dunia hingga tidak dapat menambah ibadat sunat,seolah telah cukup bekal mengadap Allah,dan mungkin kita tergolong manusia yg Allah sebut dlm hadis ini yg Allah hairan melihatnya..Sedangkan mereka yg miskin,yg berhempaspulas utk hidup masih punya ruang menambah ibadat sunat.Mungkin kemiskinan dan kekurangan menyebabkan lelaki ini berpuasa tetapi itulah hakikat bila kita tidak dilalaikan dg dunia,dg kekayaan,dg nafsu,kita akan lebih tunduk kpd Allah,lebih gigih beribadat.Ketika kita melayan nafsu utk makan,memilih utk makan,mereka lebih memilih untuk menutup nafsu makan dg berpuasa sunat.Marilah kita merenung hadis qudsi di atas dan berbimbanglah kita tergolong didlmnya.
Seperkara lagi,ingatlah, kita hari ini hidup senang kerana ibubapa kita yg dulunya bergolok bergadai juga,dalam memberi pelajaran kpd kita,mungkin juga seperti lelaki yg saya ceritakan.Tetapi ibubapa kita menyembunyikan kepayahan hidup mereka.Maka jika kita terasa bersyukur dg keadaan kita hari ini, balaslah jasa mereka, bantulah anak-anak buah,mereka yg memerlukan,moga kebaikan kita berpanjangan ganjaran kpd ibubapa kita,moga kebaikan kita diwaris oleh anak-anak.abdghaniharon
KITA PERLU ORANG LAIN UNTUK KE SURGA
KITA PERLU ORANG LAIN UNTUK KE SURGA
Ketika sedang memeriksa barangan makanan yg hendak di agih kpd fakir mislin dan yatim di rumah saya, seorang wamita separuh umur memberi salam.Bila salamnya dibalas dia bercerita dia datang dari kampung berdekatan,merupakan ibu tunggal dg 3 orang anak yatim.Bila dia mendengar berita saya memberi bantuan unifom,dia ingin mendapatkannya.Dia merungut tidak ada mana-mana pihak dalam kampungnya yg membantu kehidupannya anak beranak,pihak masjid pun tidak pernah beri bantuan.Hanya mengharap jiran tetangga sesekaki sekala.Kesian saya melihatnya,dan kebetulan masih ada peruntukan yg belum habis,bolehlah saya beri kpdnya.
Kebanyakan kita hanya mementingkan diri,kita saja nak masuk syurga,kita bekerja untuk menambah harta sendiri,kita tidak peduli keadaan keliling..Hakikatnya Allah menyuruh berpimpin tangan ke syurga.Buktinya bila Allah menyuruh bersolat berjemaah,menyuruh membantu yg miskin dan yatim,menyuruh mengajak kpd kebaikan, menyuruh menegah mungkar dsbnya,menunjukkan kita kena bersama ke syurga.Bila direnung perintah ini selari dg ibarat marilah kita berpimpin tangan,berganding bahu,paut berpaut menuju syurga.Kita disuruh saling membantu,merasa saling memerlukan dan saling betul membetulkan untuk bersama mencapai kebaikan,bukan hidup sendirian bagai enau dlm belukar,melepas pucuk masing-masing.😡abdghaniharon
Maka dg itu,setiap orang kena ada peranan untuk masyarakat,samada cara persendirian atau menyertai jamaah,persatuan atau organisasi dalam masyarakat.Masjid atau surau boleh memainkan peranan dan fungsi pusat kegiatan masyarakat dimana semua aktiviti masyarakat yg bersifat kebajikan dan memanfaatkan boleh dikendali oleh pihak masjid atau surau dan ini akan melepaskan tanggungjaeab yg terbeban ke bahu anak qariah..Sertailah perkumpulan atau badan yg berbuat kebajikan,saling membantu dan membina kearah kebaikan.Islam kita tidak akan sempurna dg ibadat tanpa berusaha menegah mungkar,maka kita perlu bersama orang lain untuk menegah mungkar utk lebih kuat.Kita akan ditanya apa yg kita buat utk saudara yg lain terutama yg miskin dan yatim,maka kita perlu berganding bahu melaksananya.Kita akan ditanya tentang solat jamaah dan perkara lain yg perlu berjamaah.
Guru saya pernah memetik kata dari pejuang Islam,”Apakah kamu yang basah janggutnya menangis di Masjidil Haram kerana takutkan Allah lebih baik dari kami yang bermandi darah di medan jihad?”Kata-kata ini boleh juga dipadan dg keadaan kita,apakah kamu yg bermukim dirumah, di masjid dg teriak tangisnya kerana takutkan Allah lebih baik dari kami yg menjelajah masyarakat membantu yg yatiim dan miskin, menongkah arus menentang maksiat,bergadai golok membiaya pendidikan Islam,menjelajah cerok rantau mengajak manusia kembali kpd jalan yg benar? .Perbandingan dua situasi ini adalah antara mereka yg mementingkan diri dg ibadat utk dirinya dg mereka yg berjuang dijalan Allah. Fikirkanlah,mana lebih baik.
Jika hari ini ada ibu dg anak yatimnya hanya menyuap bubur nasi,tidur berbantalkan lengan bertilamkan bumi,jika hari ini ada fakir miskin yg terus menanti sesuatu huluran tangan yg meringan beban hidup ini,apakah kita rasa kita boleh belenggang tangan meniti titian sirat sendirian?Jika ada kisah dimana seorang lelaki yg telah dipimpin ke syurga,tiba-tiba dari neraka berlari keluar anak isterinya dan memaut perut betisnya lalu berkata,"Ya Allah,lelaki ini bapa kami, suami kami,ketika didunia dia hanya beramal untuk dirinya,dia tidak mengajak kami beramal,tidak menegah kami berbuat mungkar,hari ini kami tuntut kpdMu ya Allah!"Lalu lelaki itu diperintah dihumban ke dlm neraka bersama anak isterinya.Dari kisah ini apakah kita tidak terasa diakhirat nanti ada berbagai pihak dikeliling hidup kita didunia akan juga bangun menuntut kpd Allah,"Dia adalah jiranku sebelah rumah,selorong,setaman, sekampung se qariah,semasa didunia dulu dia hidup sendirian,tidak pedulikan kami,tidak mengajak kami berbuat baik walau dia berbuat ibadat berterusan sendirian,dia tidak menegah kami melakukan mungkar walau dia tidak berbuat mungkar,dia tidak membantu kami walau Engkau memberinya banyak rezeki.dia...............Ya Allah kami tuntut hak kami yg engkau perintahkan pada hari ini"Agaknya apa yg akan terjadi kpd kita.
Mai kita dok renung sekejap,Aku ni pentingkan diri ka tidak.Jika amal ibadat aku dah cukup baik,apakah tuntutan kepada masyarakat keliling telah aku tunai?Tuntutan berjamaah,fakir miskin,yatim,berzakat,menyeru yg baik,menegah mungkar,berkongsi rezeki,apa jihad yg dah dibuat,apa sumbangan kpd muamalah,pendidkan,akhlak, dsbnya.Kita tetap perlukan orang lain sebagai jambatan untuk ke syurga.abdghaniharon
Thursday, 3 December 2015
KESEMPURNAAN HANYA MILIK ALLAH
KESEMPURNAAN HANYA MILIK ALLAH
Memerah fikiran dari kelmarin hingga membawa ke awal pagi,saya masih tidak menemui apa yg nak ditulis hari ini.Sedapatnya saya ingin menulis setiap hari.Akhirnya saya menemui satu kesimpulan bahawa kita tidak akan memperolehi semua perkara yg kita ingini kerana jika kita boleh melaksana semua perkara yg kita ingini,itu membawa kpd sifat kesempurnaan,sedangkan yg sempurna hanya milik Allah.Kita tetap mempunyai sifat lemah,sebagai makluk yg dicipta Allah.Jika ada orang yg berkata ia tidak pernah gagal,itu satu dusta,jika ada orang berkata aku tidak mahu gagal,itu satu kesombongan.Terimalah hakikat,kita tetap tidak sempurna.
Suatu masa saya pernah bercerita dg Hj Awang,seorang yg wara',mengenai program saya yg gagal.Dia hanya senyum dan berkata,"Kegagalan itu menjadikan kita makhluk,kembali kpd kpd sifat makluk yg tidak sempurna.Jangan sedih,bahkan bersyukurlah kerana itu juga takdir Allah. Ingatlah bahawa kita tidak sempurna,kita akan temui kegagalan suatu hari,kita tetap ada kelemahan,dan kita kena redo orang lain juga ada kelemahan yg menepati sifat makhluk yg tidak sempurna.Bersabarlah,dan berlapang dadalah."
Yang sempurna hanya Allah,dan dia tunggal,satu shj.Sedangkan yg lain yg diciptanya semuanya berpasang,saling memerlukan,saling melengkapkan kerana ketidaksempurnaan mereka.Secantikmana manusia,ada celanya,sekuat mana manusia,ada lemahnya,secerdik mana manusia,ada yg tidak diketahuinya.
Maka jangan bersedih bila gagal,bila tidak mendapat apa yg diingini,kembalilah kpd Allah.Bila melihat kelemahan orang, terimalah hakikat bahawa kita semua tidak sempurna, berlapang dadalah,bertolak ansurlah.Menerima kegagalan,kekurangan,ketidaksempurnaan bermakna kita akur bahawa kita adalah makluk,kita akur bahawa yg sempurna hanya Allah.Bila gagal,itu memenuhi sifat manusia. Bahawa Allah sengaja mencipta ketidaksempurnaan sifat kpd kita untuk manusia menginsafi diri.Kesempurnaan hanya milik Allah.abdghaniharon
GAJAH DIBIBIR MATA TAK NAMPAK
GAJAH DIBIBIR MATA TAK NAMPAK
Bila timbul idea untuk memberi kerusi roda percuma kepada mereka yang memerlukan dibawah projek sedekah jariah saya,saya terfikir juga dalam hati,masih adakah orang yg perlu?Sumbangan dari rakan fb amat menggalakkan.Dalam masa beberapa minggu mengiklan dihadapan rumah sahaja,saya menerima permintaan sebanyak 12 orang yang selama ini memerlukan kerusi roda tetapi tidak mampu membeli,bahkan ada wanita tua yg berkesot dirumah sudah bertahun,ada oku yg merangkak dirumah sejak kecil,ada datuk yg berkurung dalam rumah entah berapa lama.Ya Allah!!
Bila saya sambung kpd projek bantuan unifom sekolah,saya menemui lebih banyak anak yatim yg amat memerlukan,yg siibunya bersusah hati,berkusut fikiran,berhempas pulas berusaha mencari ratusan ringgit untuk baju,kasut,beg,stokin shj,belum termasuk buku tulis,sebelum sekolah dibuka.
Sebenarnya didalam masyarakat kita tersembunyi mereka yg susah,yg miskin,yg fakir kerana mereka tidak meminta.Kita yg berada pula tidak mencari tetapi Allah menyebut dalam quran mengingatkan semua orang Islam tentang yatim dan miskin 23 kali berbanding perkara lain,tetapi banyak orang melupakannya bahkan lebih menumpu kpd perkara lain.Kita akan ditanya nanti kerana kita diperingatkan banyak kali,Allah sengaja menduga kita bila Dia menjadikan seseorang miskin,menjadikan suatu keluarga yatim.Tugas kita mencari,membantu,tetapi mereka yg miskin dan yatim tidak disuruh meminta_minta.Yg miskin itu asnaf zakat,yg menjd wajib pada kita mengagih zakat,yg yatim, Allah sebutkan tidak beriman seseorang yg tidur kekenyangan tetapi anak yatim yg menjd jirannya kelaparan, membayangkan beratnya tanggungjawab kita.
Dalam masyarakat perlu bangun seseorang atau suatu pertubuhan atau pakatan yg mengendali bantuan untuk dua golongan ini supaya kita terlepas tanggungjawab ini.Jangan hanya mengharap kpd rumah anak yatim kerana ia mungkin berjauhan .Bila saya memulakan projek sedekah jariah ini,saya mendapat sumbangan yg mencurah dari berbagai golongan yg menyumbang kerana mereka tidak berkesempatan dan tidak berupaya mencari golongan miskin dan yatim ini sedangkan mereka mempunyai kesedaran.Dengan itu saya mengajak agar instutsi masjid,atau surau,atau badan kebajikan bahkan orang persendirian,membangunkan usaha untuk mewujudkan satu badan yg mengutip sumbangan dan mengagih sumbangan kpd golongan yatim dan miskin dlm qariah atau kawasan masing-masing.Siapa shj yg nak menyumbang,walaupun sedikit,boleh terus kpd badan ini dan kelak diakhirat kita dapat mrnjawab dihadapan Allah bahawa kita telah berusaha,bahawa kita ada membantu menerusi usaha tersebut.Kita perlu 'juara atau hero' atau orang yg meminta bagi pihak dua golongan ini sebagai kewajipan memenuhi perintah Allah.☺abdghaniharon
Jangan kita terlalu ghairah dg perkara besar,perkara negara,antara bangsa sedangkan yg ditepi hidung buat tak nampak.Jangan jadi pelanduk diseberang nampak,gajah dibibir mata tak nampak.Mereka yg miskin,yg yatim diluar negara nampak,anak yatim Pakistan dibantu bila ada yg datang menadah dipintu,tetapi anak yatim dlm qariah sendiri dilupakkan sedangkan yg dlm qariah,yg jd jiran kita,itulah yg akan ditanya kerana menjadi wajib.Apakah kita yakin anak yatim dlm qariah kita dpt menyuap makanan,makan nasi berlauk, berbanding ada orang berkempen orang diluar hanya dapat makan daging bila raya.Sedangkan kita tidak pernah menjengok dapur rumah mereka dan mereka bukanlah peminta.abdghaniharon
IKTIBAR DARI PENJALA DAN PEMANCING IKAN
IKTIBAR DARI PENJALA DAN PEMANCING IKAN
Ketika berdiri ditepi pantai suatu pagi,saya lihat seorang penjala ikan di arah kiri saya dan seorang pengail di arah kanan saya.Penjala ikan itu berulang-ulang menebar jala dalam laut luas,walau tiada apa yg tersangkut pada jalanya,dia terus menebar lagi jalanya.Pemancing itu pula saya lihat berulang kali membaling umpan ke tengah laut, walau tiada ikan yang meragut umpan,dia terus membaling umpan lagi.☺abdghaniharon
Jom kita ambil iktibar dari dua insan ini.Kalau logik akal difikir,laut ini amat luas,ikan bebas sebebasnya.Menebar jala ke laut dengan kita tidak nampak apa yg ada dalam air dan melontar umpan ke laut lepas seperti kerja yg sia-sia.Tetapi akhirnya saya lihat penjala itu mendaoat ikan dan pengail itu juga menyentak pancingnya yg diragut ikan.Tidak lain,usaha mereka yg berulang-ulang, yang terus bersabar dan yang penting tidak berputus asa,tidak give up,akhirnya Allah datang rezeki kpd mereka,makhbul usaha mereka.Allah dorongkan ikan tersangkut ke dalam jala,takdirkan ikan meragut umpan.Jika penjala itu berputus asa selepas beberapa kali menebar jala,tentu ia balik dg tangan kosong,begitu juga pengail itu.
Hakikatnya,jangan give up,jangan putus asa.Teruskan usaha tetapi bersama usaha mesti berserah kepada Allah.Penjala dan pemancing itu sebenarnya hanya menebar jala dan melontar umpan dg berserah kpd Allah,maka Allahlah yg mendatangkan ikan.Jangan mengharap dg sekali menebar jala,sekali membaling umpan.Begitulah juga dlm usaha kita yg lain,jangan sekali berusaha terus berputus asa,ambillah iktibar dari penjala ikan di laut luas.Jangan sekali dua berusaha,terus berputus asa.Penjala itu mungkin menebar jala berpuluh kali,pemancing itu melontar umoan mungkin beratus kali,barulah mereka mendapat ikan.
Rasulullah s.a.w bersabda:"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut" (Riwayat Imam Ahmad)Pada fahaman dipermukaan,hadis ini seperti menekankan perlunya menanam tumbuhan,tetapi pada maksud yg tersirat,ia membawa suruhan supaya tidak berputus asa untuk berusaha dan berharap meskipun kiamat akan berlaku esok.Selagi ada ikhtiar,ada kudrat,selagi boleh menggerak anggota,teruslah berusaha dan berserah kpd Allah.Bila tinggal hati shj kpd kita,seperti mereka yg sakit tenat,maka berserahlah seluruhnya kpd Allah,itu juga satu usaha.
Tidak ada istilah give up,berputus asa dalam Islam.Paling tidak,kita berserah kpd Allah setelah berusaha dari pelbagai arah,berbagai ikhtiar,berbagai caranya.Jika penjala akan melihat riak air,ada ikan menangkap dipermukaan utk menebar jala,pemancing yg melontar umpan diberbagai arah sebagai usaha menemui ikan,maka begitu juga kita yg berusaha dibidang lain.Gagal dari satu arah,kita usaha dari arah lain,gagal satu jenis,usaha jenis yg lain,hinggalah kita ketemui kejayaan.Mereka yg berputus asa adalah mereka yg memisah diri dari rahmat Allah.abdghaniharon
Subscribe to:
Posts (Atom)