Wednesday, 22 July 2015
TINGGALKAN YG SUNAT KETIKA DI SURAU R&R
TINGGALKAN PERKARA SUNAT KETIKA DI SURAU R&R
Singgah di R@R untuk bersolat maghrib,kenderaan sesak apa lagi suasana raya masih ada. Ditempat wuduk,saya lihat berbaris agak panjang.Saya meninjau ke hadapan,jelas yg sedang berwuduk semuanya melakukan basuhan sunat tiga kali.Saya rasa dlm keadaan begini,perkara sunat patut ditinggal dulu utk mempercepat ambik wuduk supaya orang lain tidak menunggu lama.Basuhan sekali sudah cukup dan pastikan rata memenuhi tuntutan.Basuhan yg sunat juga patut ditinggal dulu,kerana kita hanya nak buat yg sunat,sedangkan yg berbaris nak tunaikan rukun resah melihat jam takut habis waktu.Mungkin ada yg perlu segera,mungkin ada yg anak menangis dikereta kepenatan,yg parking sementara dll.Jika semua yg berwuduk meringkaskan wuduknya pd perkara wajib shj,tentu lebih cepat,apalagi waktu maghrib yg singkat.
Bila saya selesai wuduk,masuk ke ruang solat.Penuh juga.Yg pelek ada yg duduk berwirid lepas solat.Wirid itu sunat,sedangkan orang lain perlu ruang untuk solat.Selesaikan solat dg beri salam,segera bangkit beri ruang kpd orzng lain.Berwiridlah masa berjalan kekereta,masa menunggu penumpang yg lain.Allah menyuruh mengingatnya bukan atas sejadah shj,tetapi masa berbagai keadaan.
Ada juga yg berjamaah yg imamnya membaca surah yg panjang,ini solat maghrib.Kenapa tak pilih surah yg pendek supaya solat menjadi pendek masa untuk memneri ruang kpd orang lain.Waktu maghrib sangat singkat.Tak payah dok nak tayang hang boleh hafal ayat ar rahman,al mukminun,yg panjang dlm situasi ini.Baca inna aqthoina dan qul huwallah cukuplah.Sah juga solat dan memudahkan orang lain.Nabi mengingatkan mereka yg menjadi imam mengambil kira makmum yg tua,kanak-kanak,yg ada keperluan segera dsbnya.
Yg jadi imam pun berdoa berjela-jela sedangkan yg menunggu nak ambil tempat bersesak di belakang.Tak perlu doa masa begini,memberi ruang kpd orang bersolat lebih utama,jika berdoa pun,ringkaskan..Ada pul a yg bersolat sunat qabliah dan bagdiah.Saya rasa dalam ketika begini solat sunat kita tidak dituntut berbanding memberi ruang orang lain bersolat waktu.Jangan fikir diri shj,fikir orang lain juga.Lebih menyusahkan ada yg tidur,yg melepak dlm surau di samping yg minta sumbangan dg duduk membaca sesuatu.
Mereka yg singgah di surau R& R adalah dlm perjalanan.Singgah kerana tuntutan bersolat.Maka semua orang patut memudahkan,memendekkan ibadat,jangan buat seperti kita berada dirumah atau berada di masjid.Sedangkan Allah memberi ruang untuk jamak dan qasar yg memendekkan dan menghimpun solat utk memudahkan hambanya,maka mengapa kita tidak mendekkan ibadat ketika solat ditempat begini dg meninggalkan yg sunat.Dlm ibadat kita kena selalu bertanya yg mana lebih utana, kena diutamakan,lebih lebih lagi bila kita berkongsi tempat wuduk,tempat solat.Permudahkanlah dan berilah ruamg kpd orang lain.
Ketika meninggalkan surau itu,masih ramai yg berdiri menunggu di tempat wuduk.Saya rasa mereka akan terlepas waktu maghrib yg semakin picik.Menghampiri kereta,ada beberapa orang bersolat ditanah lapang berumput.Tunaikanlah solat dimana saja dibumi Allah asalkan tempat itu bersih.Ini satu tindakan yg baik dari terlepas langsung waktu solat kerana menunggu giliran di surau.ABD GHANI HARON
Labels:
Surau r&r
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment