Sunday, 26 July 2015
MENOLAK REZEKI DARI ALLAH
MENOLAK REZEKI DARI ALLAH
Seketika dulu di suatu petang hampir maghrib,di Mekah pada bulan ramadan,saya berjalan dengan seorang ustaz untuk berbuka di masjid.Di tepi jalan seorang arab menghulur roti dan sekotak kecil susu laban,susu yg rasanya masam.Saya keberatan untuk ambil,tetapi ustaz yg bersama saya yg bersama saya suruh ambil juga.
Katanya,"Menolak pemberian itu tidak elok,walau kita fikir kita mau makan benda yg hendak diberi,ambillah juga dan kita beri kpd orang lain.Bila kita terima,bermakna kita menunaikan hajat dia yg nak bersedekah dan terhindar pula dari buruk sangkanya atau mengecewakannya.Itu satu kebaikan."Terasa silap saya,kerana saya hanya fikir dari segi diri saya yg tak memerlukan.Tidak jauh dari situ kami terjumpa peminta sedekah orang kulit hitam mendokong anaknya,lalu kami memberi roti dan laban itu kpdnya,ternyata ia sangat suka.
Ramadan baru ini juga saya melihat ada orang menolak pemberian sedekah berbuka yg saya uruskan di depan rumah saya.Mungkin ada yg berkata,dia tidak ambil kerana tidak memakannya atau nak beri peluang pd orang lain.Tetapi lebih baik jika diterima dan sedekah pd orang lain,jiran yg mahu menerima.
Di rumah kenduri juga saya pernah melihat ada tetamu yg menolak pemberian cenderahati yg berupa makanan ringan atau kuih.Mungkin mereka tiada ansk kecil utk diberikan,tetapi janganlah menolak pemberian,ambil dan berikanlah kpd anak jiran.Sesungguhnya pemberian orang juga adalah suatu tawaran rezeki,jika tidak menjadi rezeki kita,ia menjadi rezeki orang yg menerima sedekah kita dan kita juga dapat pahala.
Begitulah juga bila Allah menawarkan rezekiNya kpd kita.Contoh satu urusniaga kecil yg untungnya tidak banyak,sebaiknya jangan ditolak,dibimbangi kita menolak rezeki dari Allah.Siapa tahu dari rezeki kecil itu Allah buka rezeki yg lebih besar.Saya biasa mengambil kontrak kenduri arwah yg kecil,akhirnya mendapat kontrak kenduri kahwin yg besar dari kontrak tersebut.Bersukur dg yg sedikit,nescaya Allah tambah dg banyak.Jika sedikit kita tolak,mengharap yg bantak,dikhuatiri kita tergolong orang yg tamak.
Jika berbuah tanaman kita,itu tawaran rezeki dari Allah,jangan biar ranum berguguran di tanah tidak di makan.Ini juga menolak dan mensia-siakan rezeki Allah.Petiklah,jika tidak dimakan,sedekahkan.
Lebih jauh kita lihat memenuhi jemputan kenduri itu wajib,kecuali dg keuzuran. Allah sediakan rezeki kita dimajlis itu.Jangan mudah-mudah membuat keputusan tidak hadir,penuhilah sedapat mungkin.Jika tidak dapat hadir sebaiknya di beritahu awal dan mohon maaf untuk mengelak dari berlaku pembaziran makanan.Bimbang lain kali kita tidak dijemput,bimbang lain kali Allah tidak menurunkan lagi rezeki.
Banyaklah lagi contoh dimana kita terkadang menolak rezeki dari Allah secara tidak sedar.Menolak ikan kecil yg terkena jala atau kail,memusnah sayuran yg tidak cukup besar,membiar padi yg kurang menjadi musnah tidak dituai,membiar basikal atau motor yg tak diguna mereput dibelakang rumah,membiar mainan anak yg masih elok bertimbun dlm stor dsbnya.Fikirkanlah, rezeki Allah amat luas,apakah yg ada pd kita semuanya telah dimanfaatkan atau ditolak dan disia-siakan.Berhentilah dari memberi alasan..ABD GHANI HARON
Labels:
Rezeki
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment