KISAH ORANG MENGIDAM -satu catatan pengalaman.
Petang hari khamis yg lalu,saya bersama pekerja seperti hari kain dibulan ramadan ini sibuk mengagih 400 bungkus bubur kanji.Biasanya habis sebelum 5.30 petang.Kira -kira jam 6.30 petang ,ada seorang wanita pertengahan umur yg sarat mengandung,mungkin 8 bulan kerana nampak besar kandungannya berdiri dihalaman bersama motor yg agak tua.Tangan kirinya seolah mengampu perut yg membusung,lalu berkata,"Cikgu,kanji ada lagi dak?"Saya cepat menjawab dah habis,tetapi rasa simpati menyebabkan saya bertanya datang dari mana.Dia menjawab,"Pinang Tunggal."Ya Allah,pinang Tunggal tu lebih kurang 7 km dari rumah saya.Dia menunggang motor yg separuh umur sendirian hanya untuk dptkan bubur kanji.Saya segan nak bertanya mengapa suaminya tidak datang.Ada beberapa tempat lagi yg mengagih bubur sebegini.
Saya jadi serba salah.Dalam hati berkata tentu dia mengidam,jika tidak takkan diredahkah perjakanan sejauh ini sendirian dg perut yg membusung.Teringat saya menyimpan dua bungkus bubur kanji untuk cucu.Saya bergegas ke dapur dan masih ada satu bungkus belum dibuka,..Bila diserah kpdnya,nyata airmukanya yg hampa telah berubah kpd senyuman dan terpacul kata syukur.Dia terus berkata,"Rezeki saya." Ucapan terima kasihnya berkali kali diucap dan berlalu dg motornya.Saya menghantarnya dg pandangan dan rasa puas kerana dapat memenuhi hajatnya.Tidak lain pastilah wanita ini mengidam dan Allah telah mengatur rezekinya.Saya bernasib baik tidak terhalang oleh rasa tamak dan bimbang tidak cukup.Allah sengaja mengatur hal ini,juga sebagai ujian
Teringat dulu,saya telah dipesan oleh seorang kawan yg tinggal di Kuala Kubu Selangor, utk membeli mee maggi yg dijual di Mekah,kerana isterinya yg mengandung mendengar cerita orang bahawa mee maggi Mekah sangat sedap.Saya kesana mengerja umrah.Empat bungkus dibeli dan dibawa balik.Sementara menunggu kawan datang ambil saya simpan mee ini dlm almari.Saya masuk bekerja setelah beberapa hari balik.Suatu hari bila balik bertugas terlewat kerana mesyuarat,saya dan isteri mengsyaki sesuatu bila melihat mangkuk bekas beri mee maggi didapur.Bila ditanya anak lelaki,apa yg mereka makan,katanya,"Mee maggi kami jumpa dlm almari.Seddaap abah oooi." Kering darah saya mendengarnya.Saya segera membuka almari dan rasa sedikit lega bila masih ada satu bungkus mee lagi.Masa itu juga saya telefon kawan saya dan minta dia datang hari itu juga untuk ambil mee tersebut,jika tidak dia kena bayar tambang rm 5000 lagi untuk memenuhi hasrat isterinya yg mengidam mee maggi mekah.
Cerita orang mengidam,walaupun ini adalah kepercayan shj,tiada kaitan dg agama,tetapi atas dasar kesihan,simpati dan kasih,tak sampai hati tidak diturutkan.Bagaimana pun memenuhi harapan dan permintasn tetaplah suatu amalan baik disisi Allah.Cuma jangan mengidam yg bukan bukan.Isteri saya pernah bercerita ketika tinggal di Penang dulu,jirannya yg mengandung mengidam sup khinzir kerana bau tumisan jiran cina disebelah rumah setiap hari,hingga diminta jiran cina tersebut memasaknya.Bila dihantar semangkuk,dan dia duduk untuk makan,tuhan memeliharanya dan kandungannya.Dia muntah hingga bagai habis isi perut keluar,walau belum menjamah sup tersebut dan berakhirlah mengidam sup khinzir
Jadi penuhilah permintaan isteri yg mengidam selagi mampu dan tidak memudaratkan.Ia lambang kasih sayang,simpati.Kepada mereka yg tidak berkaitan saudara pun,berilah kelapangan kpd ibu mengandung,berilah keringanan seolah berkongsi bebanan yg ditanggungnya,sesungguhnya membantu mereka bermakna kita membantu takdir Allah untuk melahirkan satu jiwa,siapa tahu mungkin ia menjadi seorang insan beriman,pemimpin, pendakwah,pejuang agama dsbnya.Usah bersembang hal makan itu ini yg sukar diperolehi atau terlalu mahal yg boleh didengar oleh ibu yg mengandung bimbang ia menyusah dan menggusarkan suami yg kurang mampu..ABD GHANI HARON
No comments:
Post a Comment