Saturday, 18 July 2015
DUA KEBAIKAN
SAYA MENDAPAT DUA KEBAIKAN
Ketika nak meninggalkan tempat solat terawih,dipintu ada disediakan makanan yg di pack dlm bekas polistrine.Tiap jemaah ambil satu pack.Saya ambil satu untuk tidak menolak pemberian.Saya lihat beberapa orang jemaah mengambil 2 pack.Saya mengenali mereka ini bukanlah golongan miskin yg mungkin perlu berkongsi makanan dg anak.
Akhirnya tinggal satu pack makanan yg diambil oleh seorang tua lelaki,dia tinggal sendirian dan miskin.Belum dia melangkah,dia berpaling melihat seorang lagi jemaah yg terlewat keluar kerana mungkin melanjutkan doa.Orang tua itu segera berdiri di pintu tempat makanan diletakkan dan telah habis,lalu menghulurkan kpd jemaah yg terakhir itu dg senyuman.Orang itu mengambilnya dg ucapan terima kasih.
Saya memerhati orang ini dan bila dia nak meninggalkan tempat itu,saya sengaja menegurnya."Pak Long beri yg Pak Long perolehi kepada orang,sekarang Pak Long tak dapat apa."Dia senyum dan membalas,"Cikgu silap,saya dapat dua kebaikan ,insyaallah, pertama saya dah dapat makanan tadi yg saya ambil,kedua saya dapat ganjaran bersedekah hak saya,ganjaran menggembirakan orang lain dan mengelak dia kecewa kerana tidak dapat apa."Subhanallah.Terasa betapa butanya saya untuk melihat kebaikan berbanding dia.Segera terlintas dihati untuk memberi pack makanan yg ada pada saya kpdnya.Dia mulanya menolak,tetapi akhirnya menerima.Saya berkata,"Kini Pak Long mendapat tiga kebaikan iaitu dua kali menerima sedekah dan sekali memberi sedekah.."Dia gelak kecil dan menuruni tangga.
Perhatikan bahawa ada orang yg tamak bila menerima pemberian,diberi satu,nak dua.Tidak memikir orang yg dibelakang yg mungkin tidak cukup.Dan yg biasanya, yg agak berada yg jadi demikian sedangkan yg miskin lebih suka mengalah.Banyak orang suka menerima,tak suka memberi.Lebih suka menjadi tangan yg dibawah sedangkan nabi bersabda tangan yg dia5as itu lebih baik dari tangan yg dibawah.Memberi lebih baik dari menerima.Selalulah berfikir untuk memberi,selalulah berfikir apakah orang lain akan dapat juga utk mengelak dari rasa tamak.Selalulah mendahulukan orang lain.
Orang yg halus perkiraannya amalannya akan sentiasa mencari peluang untuk mendapat ganjaran lebih seperti orang tua itu.Dia tidak merasa kesal tidak ada pack makanan dibawa balik tetapi merasa lebih bersyukur keranz dapat berbuat baik.Seperkara lagi mungkin anda pernah terbaca kisah para sahabat yg dahaga tetapi tetap menyorongkan bekas minuman kpd sahabat yg lain dg kata dia lebih memerlukan dari saya.Ini kisah bagaimana sahabat nabi yg lebih mementingkan orang lain dari diri sendiri.Apa yg ditunjuk oleh orang tua ini,adalah sifat mementingkan kesejahteraan orang lain darii diri sendiri.
Muhasabahlah diri.Kita di tahap mana?Kita suka memberi atau menggenggam rapat apa yg dimiliki.Kita tangan yg dibawah atau diatas?Kita orang yg bergegas untuk mendapat pemberian atau menunggu hingga semua orang telah mendapatnya?Jom kita menjadi insan yg lebih molek,lebih halus budi lakunya.ABD GHANI HARON
Peringatan....berpuasa enam hari dlm bulan syawal itu ibarat................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment