Wednesday, 29 July 2015

MENGUBAT KESUNYUAN DI USIA SENJA

MENGUBAT KESUNYIAN DI USIA SENJA Kisah ini benar terjadi kepada kaum keluarga saya lama dulu.Jah kematian suami.Hidup sendirian di usia hampir 60an bila anak dah bekerja.Sepupunya bernama Mere (nama pengaruh hindustan)selalu menolongnya bila ada masalah.Mere berusia awal 60an kematian isteri dan tinggal di kampung berdekatan. Suatu hari Mere menyatakan pada Jah,bahawa ada kawannya yg baik kelaku kelayak teringin nak ambik Jah buat isteri.Dia kematian isteri dan tinggal sendirian.Jah pun menurut saja,katanya baik pada Mere baiklah pada dia dan menyerah semua kpd Mere tanpa perlu melihat siapa bakal suaminya..Majlis pun di atur dirumah Jah.Masa itu urusan nikah kawin terus dibuat oleh imam tanpa pergi ke pejabat kadi. Janjinya lepas zohor pengantin lelaki akan tiba untuk akad.Mere kelihatan berpakaian baju Melayu dan resah menjengok ke arah jalan.Tok imam pun dah mula bertanya pengantin lelakinya.Jah di ruang tengah rumah pun dah mula mengangkat -angkat kepala dg mulut merumit kpd Mere seolah bertanya,mana pengantinnya.Setelah terlewat hampir sejam,Mere dilihat bangkit bertemu Jah diruang tengah.Katanya,"Jah,dia tak mai dah kot.Pasai apa tak tau,dia dah setuju.".Jah resah bimbang kalau tak jadi,malulah dia.Mere menyambung,"Ginilah Jah,kita buat bagi jadi,apa kata aku saja menikah dengan hang."Jah terkejut seketika,kemudian tersenyum dan menganghuk kepala. Mere melangkah kehadapan imam lalu membisik,"Tok imam,pengantin lelaki tak mai,Jah dah setuju saya ganti."Tok imam pula terkejut dan berkata,"Sungguh ka ni?"Mere mengangguk."Nanti aku tanya Jah sendiri."Tok imam bangkit berjumpa Jah dan berpatah balik.Dia senyum ,lalu duduk memulakan majlis akad.Tetamu yg ada tertanya dan berbisik sama sendiri.Kenapa Mere pula jd pengantin. Bila selesai,seorang waris terdekat berkata dg suara agak kuat secara bergurau,"Mere,aku rasa ini dah plan dari awai.Baguih sandiwara hang no,macam cerita hindustan Haathi mere Saathi."Disambut gelak seluruh rumah.Seluruh adik beradik percaya ini memang dirancang tanpa pengetahuan Jah.Mere berkenan pd Jah tapi segan nak buka mulut,nak kenyit mata,apa lagi nak bermadah penuh berhelah..Kisah cinta orang tua mungkin lebih manisnya kerana ketulusan hati. Kisah ini kisah cinta orang tua,hati tetap teringin tetapi segan.Malu kat anak cucu nak bersuara.Anak cucu pula buat tak tahu sedangkan hakikat kasih mengasihi hanya berakhir bila ajal menjemput.Jika anda ada bapa yg sendirian,bertanyalah kemungkinan dia mahu berteman mengisi kesunyian hidup dipenghujung usia.Begitu juga ibu.Ini bukan soal nafsu,naluri manusia memerlukan orang lain bersamanya untuk lawan bersembang,bergurau senda,mengubat kedinginan malam,kadang bermanja cara tua,melihat makan minumnya.Jangan tamak bila menghalang ayah ibu kawin lagi seolah mereka milik ibu ayah kita shj.Kesunyian hidup sendirian dipenghujung usia hanya dirasai oleh mereka yg pernah sampai ke usia itu. Sesetengah ibu ayah tidak mahu berkahwin lagi kerana ingatannya pada isteri dan suami yg pergi dulu.Guru saya dulu berkata perempuan yg tidak berkahwin selepas kematian suaminya,akan bersama suaminya disyurga.Tetapi siapa tahu suami baru jauh lebih baik untuk memimpinnya kesyurga.Bila ibu saya kembali, ayah hidup sendirian dan tidak mahu berkahwin lagi hingga akhir hayatnya dua tahun kemudian.Kata orang merpati dua sejoli,bila pasangannya pergi,tidak lama dia juga akan menuruti. Anda mungkin senyum dg kisah di atas,tetapi ambil iktibar bahawa manusia memerlukan pasangan,itu hakikat naluri manusia yg dijdkan Allah.Bukalah ruang jika ibubapa memerlukan pasangan dihujung usia.Jangan membantah suatu harapan yg tersorok dihati mereka,yg segan dizahirkan.Berlapang dadalah,berilah sokongan,permudahkanlah dan tamatkan kesepian hidup sendirian menempuh usia senja.ABD GHANI HARON.

1 comment:

  1. Orang tua pun berhak dikasihi dan dicintai. Memerlukan Teman mengisi hujung usia yang tak mungkin dilaksanakan oleh anak-anak yang ada komitmen sendiri.

    ReplyDelete