Wednesday, 22 July 2015

TAK SANGGUP TIDUR DI RUMAH EMAK

TAK SANGGUP TIDUR DI RUMAH IBU Seorang wanita yg lebih tua dari saya yg berjemaah solat,berbual lepas solat ketika saya berada di motor untuk balik.Saya bertanya tentang sambutan raya dan hal anak tunggalnya.Air mukanya berubah.Katanya," Dia sampai balik pagi raya dg anak bini.Katanya tak cuti dan jalan jem.Takpalah,asal dia balik.Petang raya,dia kata nak pi rumah mentua dan tidok di sana,di Kg Tongplu,dekat Pedu.Saya tak kata apa.Tapi masa depa nak naik kereta,cucu saya bertanya mak dia,kita nak tidor di hotel semalam ka?Mak dan bapa dia diam tetapi saya sempat melihat menentu saya membeliak mata pada anaknya."Sampai disini dia berhenti bercakap.Dia tunduk dan mula mengesat air mata dg hujung telekong yg masih dipakai.Saya faham anaknya sebenarnya bermalam dihotel dan pagi itu baru balik kerumah orang tuanya.Kes pecah tembelang. "Hinanya kami mak bapa dia.Bapa yg membesaqkan dia,yang mendodoikan dia dalam kain sentung,menepuk hingga lena dlm kelambu takut digigit nyamuk.Hinanya emak dia yg dia gonggong susunya hingga bertahun,disuap nasi hingga membesaq,hinakah kami yg beri dia sekolah dg titik peluh kami.Saya tahu,depa jijik tegok dapor saya,jijik bilik ayaqnya,jijik bilik tidur yg panas bertilam kabu.Tapi depa tak sedaq mereka membesaq dengan keadaan itu,tapi hari ini depa pandang jijik.Itu sebab depa tak mau tidok rumah ibubapa sendiri,mereka tidok hotel.Bukan tak ada tempat dirumah tu,kerana dia anak tunggal.Tergamak dia."Kesedihannya makin berlarutan. Wahai anak,bukanlah perkataan dari lidahmu sahaja boleh melukakan hati ayahbondamu,bukanlah tingkah lakumu sahaja boleh mengguris hati emak ayahmu,tetapi tindakanmu juga boleh merobek hati kecil mereka.Jika biasa dg kemewahan dirumah sendiri,jangan mengharap yg sama dirumah ayahbonda,.Kita dibesar dg kepayahan ayahbonda,sesekali laluilah kembali.Jika kita rasa tidak selesa dirumah ibubapa,kenapa kita biar mereka hidup tidak selesa,kenapa tidak diupgrade rumah ibubapa seperti rumah kita.Ingat kekayaan yg kita miliki sebenarnya berpunca dari pengorbanan ayahibu yg menyekolahkan kita.Maka sepatutnya mereka hidup lebih selesa dari diri kita kerana mereka yg melabur harta dan tenaga utk mencipta kejayaan kita,tetapi hasilnya kita kaut semuanya,meninggalkan ayahibu dg hidup dirumah tuanya.Apa juga perkara yg kita rasa jijik pada kehidupan ibu ayah kita,sepatutnya dibeban kepada diri kita,bukan melarikan diri dari keadaan itu.Dlm kes ini,tidur dihotel kersna tak sanggup tidur dirumah ayah. Jika anak anak tidak dididik untuk merasa kepayahan orang lain,suatu hari mereka tidak akan mampu hidup bila ditimpa kepayahan.Jika anak dididik merasa jijik dg apa yg orang lain lalui,apa lagi keturunannya,suatu hari nanti,mereka akan memandang jijik kpd seluruh mereka yg miskin. Betapa ibuayah mengharap anak yg pulang sesekali,menghidupkan kembali suasana rumah yg sunyi setelah anak berkeluarga.Tidurlah semalam dua,makan bersama,berkongsi bilik air dan bilik tidur dsbnya.Jika terasa payah pun,biarlah demi menjaga hati emakayah,janganlah merungut tidak sempurna itu ini.Mungkin emak ayah teringin naik kereta baru kita,bawalah mengunjung saydara mara,mungkin mereka sedikit ingin berbzngga dg kejayaan anak,bawalah bertandang,bershopping. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran yg baik kerana berkunjung mengerat silaturrahim,menggembirakan ayah ibu.Jangan jadikan kunjungan beraya ke kampung menjadi gurisan tajam ke hati ibuayah yg akan memahat dosa yg besar. Tidak salah tidur dihotel atau homestay jika keadaan rumah tidak muat kerana ramai,mohon izin dg baik pada ibuayah.Mereka tentu memahami.Menipu itu ibarat bangkai,yg amat mudah tercuim busuknya,apa lagi bila Allah hendak membukanya.Bertindaklah dg rasional,ibuayah itu keutamaan.Ingat suatu hari nanti kita juga akan berada disituasi ibu ayah kita. ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment