Thursday, 23 July 2015

BAWA BEKAL APA HARI INI

BAWA BEKAL APA HARI INI? Melangkah masuk bilik guru suatu pagi,seorang bertanya,"Bawa bekal apa?"Saya pantas menjawab,"Nasi bungkus ."Seorang ustaz dihujung bilik guru bersuara,"Bekal,untuk hidup,bekal untuk mati dah ada ka.?"Dia gelak terkekeh.Tajam sindirannya dalam nada gurau.Kami sambung gelak kecil. Seorang guru Cina mencelah,bercerita mereka percaya bekal untuk mati boleh dibawa atau dikirim dg cara membuat model benda dan dibakar.Boleh kirim duit, kereta,rumah,kad kredit dsbnya.Kami semua angguk saja,nak menghujah bimbang kecik hati awal pagi.Tetapi sempat juga bercerita kami orang Islam berbekal kpd amal ibadat yg dibuat semasa hidup.Tetapi bekal ibadat itu masih boleh disambung walau kita sudah mati dg 3 perkara menurut hadis iaitu sedekah jariah,ilmu yg bermanfaat yg diajar dan anak yg soleh yg mendoakan. Dari kisah ini saya nak mengajak pembaca memikir hal ini.Mungkin kita terlupa maka kita hanya menumpu kpd ibadat shj untuk bekal selepas mati,sedangkan nabi menyatakan ada 3 cara lagi untuk kita menjamin bekalan berterusan selepas mati,talian hayat kata orang sekarang.Pertama bersedekah jariahlah kerana sedekah jariah yg berbentuk waqaf,khairat yg dimanfaatkan oleh manusia akan terus menjana pahala walau kita sudah di alam barzakh.Kalau tiap hari kita menyedia bekal ke tempat kerja samada dari rumah atau beli di warung kerana nak terus hidup yg sementara.,mengapa tidak tiap hari kita menambah bekal untuk hidup yg kekal setelah mati, seperti menyumbang seringgit dua ke tabung masjid,surau,badan kebajikan,membaiki kemudahan untuk orang ramai contohnya. Kedua sampaikanlah ilmu dan pesanan yg baik serta berguna kpd orang lain moga dimanfaatkannya.Apa saja yg baik baik berupa pesanan atau hadis nabi atau perintah Allah Jangan simpan ilmu kerana ilmu yg disimpan tidak berguna,sampaikanlah,sebarkanlah. Tidak mesti anda seorang guru atau ustaz baru boleh berkata hal ilmu.Ambillah peluang menyampaikan apa yg kita tahu kpd rakan sekeliling,kpd orang yg kita temui,pelanggan kita dsbnya.Tulislah perkara yg baik dlm media,akhbar dan bahan bercetak.Setelah pencen saya menjadikan pelanggan syarikat saya untuk menyampaikan sesuatu yg diselit dlm perbincangan urusniaga,setelah itu saya beralih menulis di fb.Nabi berpesan ,sampaikan dari ku walau satu ayat.Semua orang ada keupayaan untuk berkata yg baik,menyampaikan suatu ilmu, jika mereka tidak mampu bersedekah jariah. Ketiga,didiklah anak menjadi soleh,beriman dan beramal.Doa mereka setelah ibubapa kembali akan menjadi ibarat anak sungai kebaikan kpd ibubapanya yg telah kembali disisi Allah.Untuk itu,didiklah anak supaya mereka boleh berdoa kpd kita.Tentulah anak yg terdidik dg didikan agama,tidak meninggalkan solat,puasa,zakat dsbnya sahaja yg mampu menadah tangan kpd Allah untuk memohon keampunan bagi ibubapanya.Yg lain pasti melupakan ibubapanya bila mereka telah tiada. Inilah bekalan yg masih boleh berterusan membantu setelah kita mati dan ibadat kita terhenti.Jangan tonggang terbalik beribadat sahaja,beri perhatian kpd 3 perkara ini juga,seperti yg dipesan oleh ustaz dlm bilik guru tersebut.Jika anda miskin didiklah anak menjd soleh,sampaikan ilmu dimana yg boleh,jika anda tiada anak,tambahkanlah waqaf,khairat dan sedekah, dan seterusnya. Allah maha adil,setiap orang tetap ada jalan dan peluang, cuma kita kekadang teralpa.Apakah anda telah menyediakan bekalan dan talian hayat yg cukup untuk menempuh kubur yg sunyi sepi,yg hanya menunggu ganjaran dari yg apa yg ditinggalkan didunia iaitu anak yg soleh,sedekah jariah dan ilmu yg bermanfaat yg diajar kpd manusia lain.ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment