Friday, 24 July 2015
BIAR IBU MAKAN NASI BERKUAH,LAUK UNTUK ANAK DI RUMAH
BIAR IBU MENELAN NASI BERKUAH,LAUK UNTUK ANAK DI RUMAH.
Saya menghadiri satu jamuan kenduri kahwin anak seorang sahabat di suatu kampung.Makan secara buffet.Tempat duduk bercampur.Setelah mengambil makan,saya dan isteri mencari meja yg kosong.Kami duduk dengan seorang wanita 30an dengan dua orang anak lelaki yg umur 5,6 tahun.Nampak mereka makan dg berselera sekali.Isteri saya menyapanya,dibalas dg senyuman.
Wanita itu saya lihat menyuap nasi dg kuah gulai shj.Lauk ayam seketul dan gulai ubi dibiar ditepi pinggannya.Tak lama kemudian anaknya bersuara."Dah habis".Riak wajah seperti minta tambah,tetapi si ibu menggeleng kepala isyarat tak benarkan.Pnggan kedua-duanya licin.Wanita itu bangkit meninggalkan meja dan pegi ke tempat buffet set,saya lihat dia membawa beberapa helai tisu paper.Saya jangka dia nak mengesat tangan dan mulut anaknya,saya meneruskan makan.
Tetapi dia membentang tisu atas meja dan mengambil ketulan ayam yg tidak habis dimakan dari pinggannya,lalu membungkusnya.Dia mengambil paper cup yg digunakannya utk minum dan memungut ketulan daging kecil serta ubi dlm pinggannya lalu dimasukkan ke dlm cup.Dia berbisik kpd anaknya"Kita bawa balik bagi kakak.Mak tak boleh bawak dia." Saya terhenti menyuap.Dia sebenarnya sengaja tidak makan ketulan ayam dan gulai ubi dalam pinggannya kerana nak dibawa balik untuk anak yg ditinggalkan di rumah.Allahuakbar!! Ya Allah,Mungkin ibu ini memelihara anak oku yg tidak dapat dibawa bersama atau mereka yatim dan hidupnya tentunya miskin, saya menelah dlm hati.Mungkin jangkaan ini betul kerana dia hadir dg anak tanpa suami.Dia bergegas meninggalkan kami dg minta diri. Kedua tangan menggenggam bungkusan tisu dan paper cup.Saya mengekori mereka dengan pandangan melihat susuk tubuh itu berjalan bersama anaknya.
Tidak jauh dari pintu pagar,dia mengambil basikal separuh umur yg carriernya agak besar.Kedua anaknya didudukkan di carrier belakang.Mungkin tepat ia ibu tunggal yg miskin.Dia mula mengayuh dan menghilang di celah tetamu yg baru hadir.Dibenak saya terlintas pertanyaan,mengapa dia sanggup tidak makan lauknya dan dibungkus bawa balik.Apakah situasi kakak yg disebutnya,mungkinkah oku atau tidak mampu dibawa bersama dg basikal.Ketulan ayam yg sengaja tidak habis dimakan itu adalah sebagai bekal untuk anak perempuan yg ditinggalkan dirumah yg mungkin belum makan .Tidak akan ada insan yg sanggup berbuat begini melainkan ia benar-benar terdesak dan memerlukan,rezekinya dikongsi,biarlah dia menelan nasi dg kuah shj..Saya gagahkan menghabis nasi dg air mata tergenang..Terasa kesal, kenapa tidak datang pd fikiran saya utk meminta kpd tuan rumah memberi dia sedikit bekal.
Lihatlah ketika kita menimbun nasi dan semua jenis lauk yg tersedia,ketika kita menyuap dg penuh berselera,ketika ada orang bersungut masakan tak sedap,ada ibu yg berkira untuk membawa lauk yg didlm pinggannya untuk dibawa pulang utk anak yg ditinggalkan kerana tidak berupaya membawanya ke majlis,kerana kemiskinannya.Fikirlah,jika kita meninggalkan lauk yg diambil di dlm pinggan,utk dibuang sebagai sisa kerana kita tak habis makan,ada ibu yg terpaksa membahagi rezekinya dg anak,ada insan yg rezekinya adalah sisa makanan.Janganlah membazir,jangan tamak untuk menimbun makanan dlm pinggan kita,jangan seronok mencedok,kerana apa yg tertinggal akan ditanya diakhirat kelak.
Dari peristiwa ini teringat jika masa dulu orang utara menyedia mungkok tingkat untuk bekalan bawa balik tetapi kini sudah tiada kebiasaan itu.Inilah kelebihan budaya kita yg lama,yg halus,yg tetap berhati-hati takut anak yg tertinggal tidak dapat merasa nasi kenduri.Mungkin boleh menjadi iktibar bagi yg hendak berkenduri, sediakan sedikit lauk bekal untuk mereka yg ibu tunggal yg memelihara anak yatim,atau yg miskin supaya kisah begini tidak berulang dimajlis kita.
Jika tergenang air nata memikir ibu ini,pesan nabi,banyakkanlah menangis dari ketawa.Mungkin ini satu dari episod duka seorang ibu yg sendirian memelihara anak,suatu episod pengorbanan seorang ibu.Bayangkan jika anda di situasi itu.Lembutkanlah kalbumu untuk mengingati insan lain yg tidak pernah cukup keperluan hidupnya.ABD GHANI HARON
Labels:
Kenduri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment