Tuesday, 28 July 2015
BILA BELANTAN DIANGKAT,TERLONDEH SELUAR
BILA BELANTAN DIANGKAT,TERLONDEH SELUAR.
Belantan
Dalam satu pertandangan bola liga kawasan ,seorang penonton yg bertubuh besar dan gendut,kelihatan menjerit mengarah itu ini kpd pemain,tetapi dia nampaknya bukan jurulatih.Bila satu serangan yg dibuat ke pihak lawan gagal menghasilkan gol,dia marah-marah dan memperlekeh seorang pemain penyerang.Tetiba,pemain itu beralih melihatnya dan berlari ke arah penonton tersebut.Dia melucutkan jerseynya dan menyergah,"Dah hang pandai sangat,nah hang pi main pulak,Aku nak tengok!"Bajunya dilempar kepada penonton itu.Permainan dihentikan, pemain lain campur tangan,penonton itu akhirnya dihalau dari menonton perlawanan.Bolehkan penonton ini bermain lebih baik dari pemain ini?
Ada sikap sesetengah orang pandai bercakap mengarah,komplain itu ini tak kena, tetapi dia sendiri tak buat,tak tahu buat.Orang lain semua tak betul,dia saja yg betul.Apa saja yg dibuat orang,akan dicari kelemahannya.Contoh pada tontonan bola diatas,tetapi ada banyak lagi situasi seakan begini.
Dlm fb ada orang yg kerjanya bawa belantan untuk pukul orang yg tersilap atau ada kelemahannya.Membaca tulisan orang,mereka bukan mencari ilmu dan pengalaman,tetapi akan cari silapnya,kelemahannya,kedangkalan ilmunya.Maka dia akan hentam,herdik dan tayang ilmunya yg lebih dg hujah itu ini.Kalau awak dah banyak ilmu,kenapa tak tulis sendiri.Orang tak jemput awak membaca untuk dihentam,orang menulis dg keupayaannya,gayanya.Tidak ada sapa pun dijemput mengkritik.Jika tidak betul,tegur dibelakang dg pm penulis.Bila kita baca tulisan orang,kita ibarat tetamu yg hadir ke rumah penulis,tidakkah terasa kurang ajar kita menegur tuan rumah itu ini tak kena,dan menunjuk kita pandai.Awak tak suka,ingatlah awak tidak dijemput,beredarlah.Seorang pembawa belantan ini pernah hentam artikel kisah tak mahu tidur rumah ibu,kononnya kerana nak jaga aurat,sedangkan disebut dia anak tunggal,aurat dg mentua berbeza dari ipar.Rupanya dia tak tahu,hukum aurat dg mentua.Teruja sangat nak mengangkat belantan utk membelasah,sebaliknya bila belantan diangkat,terlondeh seluarnya,siapa yg malu.Nak hentam orang katanya tak betul,rupanya dia yg jahil.
Jika kita sibuk menjadi tukang kritik,tukang komen,sampai bila pun kita ditahap itulah juga.Jika kita terus menjadi penonton,menjadi juri,kita akan hanya pandai bercakap kelemahan orang,suruh buat itu ini,akhirnya kita disitu juga,peserta membawa balik kemenangan,awak bawa balik cenderahati kecil kerana samada mengutuk atau memuji orang.Jika ia terus menjadi juri,dia hanya memanas kerusi di baris depan shj,tetapi jika dia naik ke pentas memperlihat kebolehannya,barulah dia dapat mengecap kejayaan.Jadi berhentilah dari menjd penonton,tukang sorak,menjadi juri yg memang seronok mengata orang tanpa dibalas, tetapi panjatlah tangga pentas utk beraksi, suatu masa kejayaan akan ditempa.Jangan pandai cakap saja,pandai buat juga.
Dalam hidup ini,jangalah kita merasa kita lebih tahu,lebih baik dari orang,sebaiknya merendah dirilah.Bila melihat kelebihan orang,berilah sanjungan, bersyukurlah.Bila melihat kekurangan orang lain,berlapang dadalah,bersyukurlah kerana kita lebih baik dan tegurlah dg berhemah pada kekurangan mereka bila kita berupaya.Jom nak ajak semua,mulakan langkah untuk menunjuk bakat,kebolehan untuk berbuat baik dlm apa bidang yg kita boleh.Yg ada ilmu,sibarkan ilmu,yg ada harta,pergunakan utk manfaat ramai,yg ada tenaga gunakan utk beramal kebajijan,yg ada idea curahkan,yg ada masa terluang,sumbangkan kpd arah kebajikan.Berhentikan dari hanya sekedar pandai bercskap kpd pandai buat.ABD GHANI HARON
Labels:
Belantan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment