Wednesday, 22 July 2015
JALAN KE SYURGA PENUH RANJAU
JALAN MENUJU KESYURGA PENUH RANJAU DAN DURI
Banyak orang mengambil fahaman cukuplah patuh pada petkara wajib dg mengerja solat,berpuasa,berzakat dan mengerja haji serta tak buat perkara yg dilarang Allah.Mereka berpuas hati sekedar itu dan meneruskan hidup dg menumpu kpd usaha mencari rezeki.Betulkah mereka ini akan ke syurga?Tetapi
naqib usrah saya dulu selalu berkata,jalan menuju syurga penuh ranjau dan duri.Kita kena buat banyak kerja kebaikan,menegah mungkar hingga digambarkan tidaklah mereka yg sampai ke pintu syurga itu segak,cantik,kemas tetapi mereka yg tiba dpintu syurga itu penuh luka kesan perjuangan,tubuh yg cengkung menentang nafsu,wajah yg kelesuan kesan ibadat yg berterusan. Mereka tiba disyurga bukan dg kebesaran,kekayaan dan pangkat tetapi tiba dg kepapaan harta dunia dan lusuhnya tubuh kerana beribadat dan berjuang dijalan Allah.
Syaitan bukan sekedar menyuruh berbuat jahat,malah dia juga memujuk manusia supaya berpuashati dg ibadat wajib,mengajak manusia untuk tidak menambah ibadat,berbuat kebajikan tambahan,tidak menegah mungkar.Slogannya "cukuplah","orang lain lagi teruk dari aku" dan berpadalah.Bila ada usaha untuk berbuat kebajikan,syaitan takutkan dg kemiskinan dan kekurangan harta dg nak bersedekah jariah,ditakutkan dg ancaman,sindiran,kata nista manusia bila berdakwah dan menegah mungkar.Syaitan menimbulkan berbagai masalah bila ada usaha berbuat baik,hingga timbul sindiran kpd mereka siapa yg gatal,dialah yg garu,'hang gatai nak buat itu ini,hang lah yg tanggung.Bukankah lebih baik tak berbuat apa'.Sebab itu ada dikalangan orang kita yg mengatakan 'dia tu baik,tak tak ambik tau hal orang,tak kacau orang'.Baik pada mata manusia yg dibayangi syaitan,belum tentu baik di mata Allah.
Disamping bersikap demikian,ada juga tabiat orang kita yg tidak membantu ketja kebajikan,lebih senang menonton dan mengkagumi,memuji tetapi dia tetap tidak berubah.Puji dlm sembang,puji dlm fb,upload cerita orang buat baik,gambar orang buat perlu dibantu,tetapi hakikatnya dia hamya jadi pengkagum,tapak kakinya tetap tak berubah.Begiti juga dg sikap orang yg melihat mungkar,dia tetap berpeluk tubuh,katanya'aku tak mau masuk campur'''aku menegah dg hati shj'.Menegah dg hati itu selemah-lemah iman,sampai bila nak duduk pada tahap lemah iman.
Bahkan ada manusia yg bertindak menghalang dan merosak kerja kebajikan dg alasan sendiri.Saya contohkan yg biasa saya lalui.Bila saya mengajak sekolah membuat bacaan quran dikalangan pelajar muslim sebelum memulakan kelas pada setiap hari,yg menentang dan memberi alasan ialah guru Islam bahkan bertitle ustaz lagi,bila saya buat program sedekah jariah,ada yg hantar pakaian koyak rabak,bra dan underware terpakai,menghantar bangkai ayam hitam,bangkai katak puru ke tempat pameran baju,bila saya buat wakaf air bertapis,ada yg patahkan paip,biar air terbuka semalaman bahkan ada yg berak ditempat mengambil air.Betullah kata orang,siapa gatai,dia garu,saya yg gatai nak buat benda begini,sayalah kena garu.Betul juga kata naqib usrah saya dulu,jalan menuju ke syurga penuh duri dan ranjau,kamu tidak akan sampai ke sana hingga isi tubuhmu terkoyak rabak.
Apa yg saya nak sebutkanlah disini ialah,jangan berpuashati dg ibadat wajib saja,itu pun tanda halangan syaitan.Tak berbuat apa,bukalah baik mata mata Allah,walau baik pada bibir manusia.Jika berbuat baik,ingatlah anda pasti akan menempuh berbsgai halangan dan dugaan,itu mehnah dalam berbuat baik,itu mehnah dalam perjuang dan itu mehnah dalam merebut syurga.Kalau takut dilambung ombak,jangan berumah ditepi pantai,tetapi bila ombak telah reda,alangkah seronoknya berumah ditepi pantai.Tiada suatu kenikmatan pun akan diperolehi tanpa pengorbanan dan perjuangan,jika kamu perplehi tanpa pengorbanan,itu mungkin kenikmatan yg palsu.ABD GHANI HARON
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment