Friday, 31 July 2015

HADIAH MUNGKIN BOLEH MENGUBAH

HADIAH MUNGKIN BOLEH MENGUBAH Kisah ini berlaku sewaktu saya menjadi pengetua di suatu sekolah.Menjadi tabiat saya suka beri hadiah terutama hari lahir.Suatu pagi saya menyuruh pelayan pejabat memanggil seorang guru perempuan.Dari tingkap bilik, saya melihat dia tergopoh gapah berjalan masuk pejabat..Pintu di ketuk dan mukanya tersembul dipintu separuh pucat bimbang ada sesuatu yg tak kena.Dia berdiri ,tangan menerawang pegang kurusi,mematah jari.Akhirnya dia bersuara,"Ada apa cikgu?"Suara jelas terketar.Saya menjemputnya duduk lalu menghulur satu bungkusan hadiah kepadanya,"Happy birthday,mogaAllah panjangkan umur dalam kesejahteraan."Dia terkejut,mengorak senyum tetapi akhirnya bibirnya berubah menjadi esakan tangis hingga bergerak tudungnya.Air mata cepat memenuhi kelopak mata samnil dia mrmandang saya. Saya hanya senyum memerhati. Bila esakannya reda,dia bersuara,"Cikgu,telah lama saya tidak menerima hadiah hari lahir,bukan dari orang,bahkan tidak dari suami atau anak.Tidak ada orang yg mengingat,walau hati ini mengharap..Saya menangis kerana sangat gembira,dan sangat sedih kerana orang lain begitu mengambil berat hal saya tetapi......"dia berhenti menahan sebak.Saya mententeramkannya.Dia beredar dengan memeluk hadiah berupa coklat dlm kotak berbalut dan bereben yg saya harap dapat dikongsi dg anak-anak.Ketika dia menutup pintu bilik,wajahnya yg masih berjurai airmata membuat saya pula yg sebak.Tapi saya tahu saya berjaya dlm misi menyentuh hatinys. Pesan nabi,gembirakanlah orang lain moga Allah gembirakan diri kita.Berilah hadiah kerana naluri manusia sukakan pemberian.Pilihlah tarikh penting bagi seseorang sprt birthday,berkahwin,mendapat anak dsbnya.Disamping menggembirakan,ia mewujud suasana ceria ditempat kerja,saling memberi dan menerima,menjalin ukhwah dikalangan rakan sekerja.Jika pagawai atasan,memberi hadiah kpd kakitangan bawahan akan menimbul rasa hormat,rasa dihargai,diambilberat maka dg itu mudahlah mentadbir.Juga pegawai atasan eloklah berkongsi sedikit rezeki dg kakitangan bawahan yg kurang pendapatan,utk meraih kerjasama dan penghormatan mereka,kerana kejayaan pengurusan terletak atas semua kakitangan.Tidak mesti hadiah yg mahal,yg penting kita mengingati peristiwa penting dlm hidupnya. 😣😣😣😣😣😣ABD GHAMI HARON😊😊😊😊😊😊😊 Jika berumahtangga,ambillah ingatan kpd peristiwa penting ini,yg kadang kala ada hati yg mengharap,tetapi kita buat deeeek shj.Berilah hadiah,atau raikan dg makan-makan.Ingatlah kegembiraan kena dicipta.Kita kena menggembirakan orang moga suatu hari kita digembirakan.Kita juga kena mencipta kegemniraan sendiri dlm keluarga,seperti mengatur sesuatu yg surprise.Mungkin masa muda, kita boleh buat sendiri surprise kpd suami atau isteri,tetapi bila meningkat umur,berpakatlah dg anak.Bila ibubapa telah tua,anak-anaklah kena mencipta agenda kegembiraan bagi ibubapa.Kegembiraan kena dicipta. Memberi hadiah juga akan memadam dendam masa lalu,anggapan buruk,persepsi tidak baik,ke arah hubungan lebih baik,terhalangnya umpatan dan kejian.Setiap suatu amalan baik,tentu memerlu pengorbanan,jika sedikit nilai ringgit boleh mengubah sesuatu kpd lebih baik,kenapa tidak di usahakan. Kekadang kata-kata,amaran,nasihat tidak berkesan,tidak mengubah,tetapi satu pemberian kecil mengubah segalamya.Motivator yg sebaik manapun rasanya tidak akan setanding dg memberi hadiah.Seorang guru yg sangat tidak suka kpd saya berubah bagai mengalih duit syiling bila saya ziarahi anaknya yg sakit dihospital dg sedikit buah tangan.Seorang isteri yg sentiasa naik angin mungkin berubah bila di berikan sesuatu dihari ulangtahun perkahwinan. Apa yg saya nak sebut disini ialah kita kena buat orang gembira,kita kena rancang untuk keluarga bergembira,kita kena buat usaha untuk menggembirakan kakitangan,rakan,membangun suasana ceria,saling mengambilberat.Carilah jalan.Satu darinya memberi hadiah yg mudah menyentuh hati jika diberi pada tarikh tertentu sprt birthday.abdghaniharon.

Thursday, 30 July 2015

IKTIBAR DARI BELANJA MAKAN TOSE MASALA

IKTIBAR DARI BELANJA MAKAN TOSE MASALA Terjumpa seorang tua yg tinggal sekampung dengan saya di pekan,katanya nak ke setesen bas untuk balik,saya ajak balik dengan saya.Dia setuju.Mukanya berpeluh kerana berjalan dalam panas,datang ke pekan nak beli batu pengasah dan pisau menebas rumput."Kita singgah minum sikit."kata saya mempelawa.Dia tidak menolak mungkin kerana terasa haus.Saya singgah di satu kedai nasi kandar. Saya order tosai masala dan teh o ais.Dia hanya order teh o ais.Bila disuruh order makan,dia menolak tetapi saya rasa dia hanya terasa segan.Lalu saya tanya dia,"Pak ngah,kita cuba tose masala,sedaaap!"Dia membalas,"Cikgu nak belanja saya,saya terima saja.Tekak orang susah macam saya ni mana boleh memilih."Saya senyum saja.Kami makan sambil berbual.Katanya,"Sedap cikgu.Saya tak pernah makan,ingat ini orang India saja makan." Selesai makan dia bertanya,"Mahai ka tose ni,berapa duit sebiji.?"Saya membalas,"3.50 sebiji."Dia kelihatan meraba poket baju telok belanganya,mengeluar uncang plastik kecil yg berlipat.Ada beberapa not seringgit dan duit siling.Saya sangka dia nak bayar,cepat-cepat saya suruh dia simpan,kerana saya nak bayar.Tetapi dia berkata,"Saya rasa bersalah,rasa mengkelan, kerana saya dapat makan yg sedap hari ni,tapi anak bini saya tidak.Kami selalu kongsi susah senang.Bila makan sedap begini,saya teringat kat depa, saya nak beli bawak balik untuk depa juga,supaya saya tak rasa bersalah,rasa penting diri.Beli sebiji pun jadilah,depa boleh kongsi lima orang.Kalau tak kenyang pun,dapat rasa jadilah." Ya Allah.Subhanallah!Saya tergamam,sebak mendengar kata-katanya.Betapa kuat ingatan kasihnya kpd anak isterinya.Betapa aku tidak pernah mempunyai ingatan sebegini bila makan diluar sendirian.Jernihnya jiwa insan ini,kemiskinan mendidik mereka berkongsi segalanya,baik yg susah maupun yg menyenangkan. Saya order 3 biji tose masala untuk dia bawa balik.Senyumnya ketika turun dari kereta membayangkan kepuasan dan kegembiraannya.Tuhan menunjukkan kpd saya hari ini bagaimana bersihnya jiwa mereka yg serba kurang dalam hidup,berkongsi segalanya,sedang kita yg mewah,membina sikap individualistik.Makan pun dah jarang bersama,makan pun tak sama,apa lagi berkongsi susah senang.Lihatlah betapa anak anak mengabai ibubapa,apa yg mereka makan,apa masalah yg mereka hadapi.Ada juga ibubapa yg tak peduli masalah anak,asal beri duit dah cukup.Ada bapa yg ke majlis sana sini,hanya membawa perut yg kekenyangan balik kerumah.Ada yg hanya bawa balik sendawa berbau durian bila dijamu diluar sedang anak isteri tak pernah merasa. Perkahwinan itu perkongsian yg berterusan hingga ke liang lahat.Berkongsi dg isteri,anak bahkan cucu.Binalah ingatan bersama.Jika orang tua ini begitu terasa perlunya berkongsi walau hanya pada perkara makan,bermakna mereka berkongsi lebih jauh lagi dlm hal lain.Itulah yg membina keeratan ikatan kekeluargaan. Ambillah iktibar.Jangan pentingkan diri.Rezeki yg diturunkan kpd kita sebenarnya ada didalamnya rezeki isteri,anak anak,jangan dipolok sendiri.Jangan kita saja sibuk bertukar baju baru,bini berpakaian lusuh,anak anak berpakaian koyak,jangan kita saja bertukar handphone,smartphone,anak tak ada satu permainan pun,jangan kita saja bertukar kereta,anak berbasikal cabuk,isteri bergelumang didapur serba buruk.Berfikirlah lebih lanjut.ABD GHANI HARON

Wednesday, 29 July 2015

MENGUBAT KESUNYUAN DI USIA SENJA

MENGUBAT KESUNYIAN DI USIA SENJA Kisah ini benar terjadi kepada kaum keluarga saya lama dulu.Jah kematian suami.Hidup sendirian di usia hampir 60an bila anak dah bekerja.Sepupunya bernama Mere (nama pengaruh hindustan)selalu menolongnya bila ada masalah.Mere berusia awal 60an kematian isteri dan tinggal di kampung berdekatan. Suatu hari Mere menyatakan pada Jah,bahawa ada kawannya yg baik kelaku kelayak teringin nak ambik Jah buat isteri.Dia kematian isteri dan tinggal sendirian.Jah pun menurut saja,katanya baik pada Mere baiklah pada dia dan menyerah semua kpd Mere tanpa perlu melihat siapa bakal suaminya..Majlis pun di atur dirumah Jah.Masa itu urusan nikah kawin terus dibuat oleh imam tanpa pergi ke pejabat kadi. Janjinya lepas zohor pengantin lelaki akan tiba untuk akad.Mere kelihatan berpakaian baju Melayu dan resah menjengok ke arah jalan.Tok imam pun dah mula bertanya pengantin lelakinya.Jah di ruang tengah rumah pun dah mula mengangkat -angkat kepala dg mulut merumit kpd Mere seolah bertanya,mana pengantinnya.Setelah terlewat hampir sejam,Mere dilihat bangkit bertemu Jah diruang tengah.Katanya,"Jah,dia tak mai dah kot.Pasai apa tak tau,dia dah setuju.".Jah resah bimbang kalau tak jadi,malulah dia.Mere menyambung,"Ginilah Jah,kita buat bagi jadi,apa kata aku saja menikah dengan hang."Jah terkejut seketika,kemudian tersenyum dan menganghuk kepala. Mere melangkah kehadapan imam lalu membisik,"Tok imam,pengantin lelaki tak mai,Jah dah setuju saya ganti."Tok imam pula terkejut dan berkata,"Sungguh ka ni?"Mere mengangguk."Nanti aku tanya Jah sendiri."Tok imam bangkit berjumpa Jah dan berpatah balik.Dia senyum ,lalu duduk memulakan majlis akad.Tetamu yg ada tertanya dan berbisik sama sendiri.Kenapa Mere pula jd pengantin. Bila selesai,seorang waris terdekat berkata dg suara agak kuat secara bergurau,"Mere,aku rasa ini dah plan dari awai.Baguih sandiwara hang no,macam cerita hindustan Haathi mere Saathi."Disambut gelak seluruh rumah.Seluruh adik beradik percaya ini memang dirancang tanpa pengetahuan Jah.Mere berkenan pd Jah tapi segan nak buka mulut,nak kenyit mata,apa lagi nak bermadah penuh berhelah..Kisah cinta orang tua mungkin lebih manisnya kerana ketulusan hati. Kisah ini kisah cinta orang tua,hati tetap teringin tetapi segan.Malu kat anak cucu nak bersuara.Anak cucu pula buat tak tahu sedangkan hakikat kasih mengasihi hanya berakhir bila ajal menjemput.Jika anda ada bapa yg sendirian,bertanyalah kemungkinan dia mahu berteman mengisi kesunyian hidup dipenghujung usia.Begitu juga ibu.Ini bukan soal nafsu,naluri manusia memerlukan orang lain bersamanya untuk lawan bersembang,bergurau senda,mengubat kedinginan malam,kadang bermanja cara tua,melihat makan minumnya.Jangan tamak bila menghalang ayah ibu kawin lagi seolah mereka milik ibu ayah kita shj.Kesunyian hidup sendirian dipenghujung usia hanya dirasai oleh mereka yg pernah sampai ke usia itu. Sesetengah ibu ayah tidak mahu berkahwin lagi kerana ingatannya pada isteri dan suami yg pergi dulu.Guru saya dulu berkata perempuan yg tidak berkahwin selepas kematian suaminya,akan bersama suaminya disyurga.Tetapi siapa tahu suami baru jauh lebih baik untuk memimpinnya kesyurga.Bila ibu saya kembali, ayah hidup sendirian dan tidak mahu berkahwin lagi hingga akhir hayatnya dua tahun kemudian.Kata orang merpati dua sejoli,bila pasangannya pergi,tidak lama dia juga akan menuruti. Anda mungkin senyum dg kisah di atas,tetapi ambil iktibar bahawa manusia memerlukan pasangan,itu hakikat naluri manusia yg dijdkan Allah.Bukalah ruang jika ibubapa memerlukan pasangan dihujung usia.Jangan membantah suatu harapan yg tersorok dihati mereka,yg segan dizahirkan.Berlapang dadalah,berilah sokongan,permudahkanlah dan tamatkan kesepian hidup sendirian menempuh usia senja.ABD GHANI HARON.

Tuesday, 28 July 2015

BILA BELANTAN DIANGKAT,TERLONDEH SELUAR

BILA BELANTAN DIANGKAT,TERLONDEH SELUAR. Belantan Dalam satu pertandangan bola liga kawasan ,seorang penonton yg bertubuh besar dan gendut,kelihatan menjerit mengarah itu ini kpd pemain,tetapi dia nampaknya bukan jurulatih.Bila satu serangan yg dibuat ke pihak lawan gagal menghasilkan gol,dia marah-marah dan memperlekeh seorang pemain penyerang.Tetiba,pemain itu beralih melihatnya dan berlari ke arah penonton tersebut.Dia melucutkan jerseynya dan menyergah,"Dah hang pandai sangat,nah hang pi main pulak,Aku nak tengok!"Bajunya dilempar kepada penonton itu.Permainan dihentikan, pemain lain campur tangan,penonton itu akhirnya dihalau dari menonton perlawanan.Bolehkan penonton ini bermain lebih baik dari pemain ini? Ada sikap sesetengah orang pandai bercakap mengarah,komplain itu ini tak kena, tetapi dia sendiri tak buat,tak tahu buat.Orang lain semua tak betul,dia saja yg betul.Apa saja yg dibuat orang,akan dicari kelemahannya.Contoh pada tontonan bola diatas,tetapi ada banyak lagi situasi seakan begini. Dlm fb ada orang yg kerjanya bawa belantan untuk pukul orang yg tersilap atau ada kelemahannya.Membaca tulisan orang,mereka bukan mencari ilmu dan pengalaman,tetapi akan cari silapnya,kelemahannya,kedangkalan ilmunya.Maka dia akan hentam,herdik dan tayang ilmunya yg lebih dg hujah itu ini.Kalau awak dah banyak ilmu,kenapa tak tulis sendiri.Orang tak jemput awak membaca untuk dihentam,orang menulis dg keupayaannya,gayanya.Tidak ada sapa pun dijemput mengkritik.Jika tidak betul,tegur dibelakang dg pm penulis.Bila kita baca tulisan orang,kita ibarat tetamu yg hadir ke rumah penulis,tidakkah terasa kurang ajar kita menegur tuan rumah itu ini tak kena,dan menunjuk kita pandai.Awak tak suka,ingatlah awak tidak dijemput,beredarlah.Seorang pembawa belantan ini pernah hentam artikel kisah tak mahu tidur rumah ibu,kononnya kerana nak jaga aurat,sedangkan disebut dia anak tunggal,aurat dg mentua berbeza dari ipar.Rupanya dia tak tahu,hukum aurat dg mentua.Teruja sangat nak mengangkat belantan utk membelasah,sebaliknya bila belantan diangkat,terlondeh seluarnya,siapa yg malu.Nak hentam orang katanya tak betul,rupanya dia yg jahil. Jika kita sibuk menjadi tukang kritik,tukang komen,sampai bila pun kita ditahap itulah juga.Jika kita terus menjadi penonton,menjadi juri,kita akan hanya pandai bercakap kelemahan orang,suruh buat itu ini,akhirnya kita disitu juga,peserta membawa balik kemenangan,awak bawa balik cenderahati kecil kerana samada mengutuk atau memuji orang.Jika ia terus menjadi juri,dia hanya memanas kerusi di baris depan shj,tetapi jika dia naik ke pentas memperlihat kebolehannya,barulah dia dapat mengecap kejayaan.Jadi berhentilah dari menjd penonton,tukang sorak,menjadi juri yg memang seronok mengata orang tanpa dibalas, tetapi panjatlah tangga pentas utk beraksi, suatu masa kejayaan akan ditempa.Jangan pandai cakap saja,pandai buat juga. Dalam hidup ini,jangalah kita merasa kita lebih tahu,lebih baik dari orang,sebaiknya merendah dirilah.Bila melihat kelebihan orang,berilah sanjungan, bersyukurlah.Bila melihat kekurangan orang lain,berlapang dadalah,bersyukurlah kerana kita lebih baik dan tegurlah dg berhemah pada kekurangan mereka bila kita berupaya.Jom nak ajak semua,mulakan langkah untuk menunjuk bakat,kebolehan untuk berbuat baik dlm apa bidang yg kita boleh.Yg ada ilmu,sibarkan ilmu,yg ada harta,pergunakan utk manfaat ramai,yg ada tenaga gunakan utk beramal kebajijan,yg ada idea curahkan,yg ada masa terluang,sumbangkan kpd arah kebajikan.Berhentikan dari hanya sekedar pandai bercskap kpd pandai buat.ABD GHANI HARON

BERMALAM DI RUMAH JAGA

BERMALAM DI RUMAH JAGA Saya persembahkan satu lagi pengalaman sedih saya semasa menjadi pegawai pelajaran daerah utk tatapan kerana lebih ramai orang suka membaca pengalaman dari tulisan berbentuk ilmu semata.Ambillah iktibar.Bukakan hatimu. Malam itu saya bersama pemandu membuat semakan ke sekolah-sekolah untuk menyelia kerja pengawal keselamatan sekolah.Beberapa sekolah disinggahi.Akhirnya saya sampai di satu sekolah kebangsaan yg dipinggir bandar. Bila kenderaan kami berhenti di pintu pagar sekolah,saya turun.Seorang lelaki tua berunifom jaga yg saya jangka 60 an menegur saya .Saya cepat memperkenal diri dan minta memeriksa beberapa perkara.Dia seperti keberatan untuk membenarkan saya masuk ke pondok pengawal,tetapi bila diminta dia beralah. Saya menolak pintu bilik pengawal untuk masuk.Pintu yg ditolak tertampan sesuatu,lalu saya menjengok ke dalam .Ya Allah,seorang remaja perempun belasan tahun sedang tidur beralas tikar rumput di lantai,berbantal lipatan kain.Tidurnya mengiring kerana kakinya kena di bengkok disebabkan bilik yg sempit.Begitu nyenyak dia hingga tidak sedar kakinya tertampan pintu.Kasut sekolah,beg dan unifom sekolah menengah diletak ditepinya. Saya tidak menerus hajat untuk masuk dan mengajak orang tua itu berbual di luar.Dalam nada yg sedikit terketar,mungkin rasa bersalah,dia berkata,"Minta maaf encik,anak saya, menumpang tidur di pondok ini"Dia terhenti.Tutu kata perlahan dan tertib dan seperti menahan sebak."Tak ada siapa dirumah,mak dia dah meninggal,anak-anak dah kawin dan pindah.Saya tinggai dua beranak.Saya kena kerja untuk belanja kami berdua dan cari duit sekolah anak perempuan bongsu saya tu.Kerja lain dah tak larat,kerja jaga ni bolehlah.Saya bimbang nak tinggalkan dia seorang dirumah.Minta maaf encik,minta maaf."Air matanya mula tergenang di sinar lampu yg berbalam.Bahunya saya gosok utk menenangkannya.Saya pula yg serbasalah dan sedih. Dia terus merintih,"Hidup waktu malam kami di sinilah telah setahun lebih bila kerana saya kerja syif malam sebab rakan ada masalah nak kerja malam.Rumah jagi ni separuh dari hidup kami dua beranak.Esok pagi anak satu akan akan kesekolah menengah dg basikal,dia menumpang mandi di sekolah ini.Encik,tolong,jangan repot kat toke saya dan gurubesar,saya takut kena buang kerja.Macam mana kami hidup."Disini dia dah teresak dan mengesat air mata dg lengannya.Saya menepuk bahunya,menyuruhnya bersabar dan menjengok sekali lagi ke dalam pondok.Tangan anak itu saya lihat menampar nyamok di pipi.Ya Allah,anak semuda ini telah diuji dg kepayahan hidup.Sesungguhnya lelaki ini seorang yg tabah,hanya ini jalan hidup yg ada baginya.Saya dah tak sanggup mendengar kata-kata pak cik ini..Bila saya menaiki kenderaan,pemandu nampak kehairanan kerana beberapa sekolah yg dilalui saya bersungut itu ini,tapi kali ini diam dan mengesat air mata,tetapi dia tidak berani bersuara. Pengorbanan seorang bapa hingga penghujung usianya,selagi kudrat masih ada, keringat diperah demi penyambung hidup anak.Bila isterinya dijemput Allah,apa pilihan lagi yg ada padanya demi sesuap nasi dan keselamatan anak dara suntinya.Jika anda pernah bersungut teruknya bekerja,susahnya hidup,ukurlah dg orang tua ini.Jika anak anda besungut tilam nipis, lama,katil kecil,bilik panas tak ada aircondt,ukurlah dg anak dara orang tua ini yg bermalam ditikat rumpur dilantai simen rumah jaga yg kakinya pun tidak boleh berlunjur.Jika anak anda bersungut bilik air tak selesa,sarapan tidak sedap,ukurlah dg anak ini yg mandi di tandas sekolah,sarapan dimana yg sempat.Jika nak marah anak murid lewat ke sekolah,mengantuk dalam kelas,pakaian lusuh tidak diseterika,penampilan yg comot,mulut jangan cepatmengungkap kata yg tidak elok,ambil tahulah kisah hidup yg diala,i mereka.Pejamkan mata,hayati keseitan hidup pak cik imi dan menangislah kerana banyak menangis melembutkan hati.ABD GHANI HARON.

Sunday, 26 July 2015

MENOLAK REZEKI DARI ALLAH

MENOLAK REZEKI DARI ALLAH Seketika dulu di suatu petang hampir maghrib,di Mekah pada bulan ramadan,saya berjalan dengan seorang ustaz untuk berbuka di masjid.Di tepi jalan seorang arab menghulur roti dan sekotak kecil susu laban,susu yg rasanya masam.Saya keberatan untuk ambil,tetapi ustaz yg bersama saya yg bersama saya suruh ambil juga. Katanya,"Menolak pemberian itu tidak elok,walau kita fikir kita mau makan benda yg hendak diberi,ambillah juga dan kita beri kpd orang lain.Bila kita terima,bermakna kita menunaikan hajat dia yg nak bersedekah dan terhindar pula dari buruk sangkanya atau mengecewakannya.Itu satu kebaikan."Terasa silap saya,kerana saya hanya fikir dari segi diri saya yg tak memerlukan.Tidak jauh dari situ kami terjumpa peminta sedekah orang kulit hitam mendokong anaknya,lalu kami memberi roti dan laban itu kpdnya,ternyata ia sangat suka. Ramadan baru ini juga saya melihat ada orang menolak pemberian sedekah berbuka yg saya uruskan di depan rumah saya.Mungkin ada yg berkata,dia tidak ambil kerana tidak memakannya atau nak beri peluang pd orang lain.Tetapi lebih baik jika diterima dan sedekah pd orang lain,jiran yg mahu menerima. Di rumah kenduri juga saya pernah melihat ada tetamu yg menolak pemberian cenderahati yg berupa makanan ringan atau kuih.Mungkin mereka tiada ansk kecil utk diberikan,tetapi janganlah menolak pemberian,ambil dan berikanlah kpd anak jiran.Sesungguhnya pemberian orang juga adalah suatu tawaran rezeki,jika tidak menjadi rezeki kita,ia menjadi rezeki orang yg menerima sedekah kita dan kita juga dapat pahala. Begitulah juga bila Allah menawarkan rezekiNya kpd kita.Contoh satu urusniaga kecil yg untungnya tidak banyak,sebaiknya jangan ditolak,dibimbangi kita menolak rezeki dari Allah.Siapa tahu dari rezeki kecil itu Allah buka rezeki yg lebih besar.Saya biasa mengambil kontrak kenduri arwah yg kecil,akhirnya mendapat kontrak kenduri kahwin yg besar dari kontrak tersebut.Bersukur dg yg sedikit,nescaya Allah tambah dg banyak.Jika sedikit kita tolak,mengharap yg bantak,dikhuatiri kita tergolong orang yg tamak. Jika berbuah tanaman kita,itu tawaran rezeki dari Allah,jangan biar ranum berguguran di tanah tidak di makan.Ini juga menolak dan mensia-siakan rezeki Allah.Petiklah,jika tidak dimakan,sedekahkan. Lebih jauh kita lihat memenuhi jemputan kenduri itu wajib,kecuali dg keuzuran. Allah sediakan rezeki kita dimajlis itu.Jangan mudah-mudah membuat keputusan tidak hadir,penuhilah sedapat mungkin.Jika tidak dapat hadir sebaiknya di beritahu awal dan mohon maaf untuk mengelak dari berlaku pembaziran makanan.Bimbang lain kali kita tidak dijemput,bimbang lain kali Allah tidak menurunkan lagi rezeki. Banyaklah lagi contoh dimana kita terkadang menolak rezeki dari Allah secara tidak sedar.Menolak ikan kecil yg terkena jala atau kail,memusnah sayuran yg tidak cukup besar,membiar padi yg kurang menjadi musnah tidak dituai,membiar basikal atau motor yg tak diguna mereput dibelakang rumah,membiar mainan anak yg masih elok bertimbun dlm stor dsbnya.Fikirkanlah, rezeki Allah amat luas,apakah yg ada pd kita semuanya telah dimanfaatkan atau ditolak dan disia-siakan.Berhentilah dari memberi alasan..ABD GHANI HARON

Saturday, 25 July 2015

BERBUAH LEBAT TETAPI TIDAK BERISI

PADI NAMPAK BERBUAH LEBAT,TETAPI TIDAK BERISI Salah satu pesan nabi ialah bila memberi sedekah biarlah tangan kiri pun tidak tahu,yg membawa maksud sedekah dan kebaikan yg kita buat,jangan diceritakan kepada orang,digahkan,diumumkan, sebaliknya sembunyikanlah.Bukan senang untuk berbuat begini,runtunan hati dan lidah tetap terasa nak berbicara mengenainya.Apalagi syaitan dalam stateginya untuk merosakkan ibadat manusia bermula dg menghalang kita berbuat baik,menunai perintah Allah.Bila kita tidak menghirau,kita buat juga,maka ia berubah kpd merosakkan ibadat yg kita buat.Contoh jika solat,kita dilalaikan,diwas waskan,diterlupakan,disuntik rasa riak,ujub,aku rajin solat,aku sorang shj yg buat dsbnya.Bila buat sedekah jariah,disuntik rasa nak beritahu orang,nak tunjuk kita beri sumbangan,rasa riak,bangga,rasa heran diri dsbnya. Salafus soleh berpesan" Sesungguhnya syaitan akan membuka ruang sebanyak 99 peluang untuk manusia melakukan kebaikan,sebagai perangkap untuk mereka hanya melakukan satu kejahatan."(petikan khutbah hara raya jab.Agama Islam,Kedah)Oleh itu bila kita berbuat suatu amal kebaikan,beringatlah ada perangkap syaitan di kelilingnya,jangan sesekali terperangkap dan amal itu menjadi rosak.Sebanyak mana amal kebaikan,boleh musnah dg satu tindakan shj seperti berbangga-bangga,bercerita sana sini. Bila berbuat baik,lupakanlah,jangan diingat,jangan dicerita. Jika Allah menghendaki,amal baik kita akan didedahkan oleh Allah dg kekuasaanNya, kehendakNya,mungkin dg perantaraan orang lain yg bercerita.Saya contohkan (saya berlindung dg Allah dari rosak amal ini)suatu masa 9 tahun dulu saya pernah bantu seorang ustaz,saya pun dah lupa, tetiba dalam tahun ini ustaz itu bercerita kisah ini dlm satu komen di fb.Saya anggap itu kehendak Allah,saya telah melupakannya.Iktibar dari hal ini ialah,satu amal baik yg kita buat,kita serah kpd Allah dan lupakan.Berbuat baik dan berpalinglah dari mengingatnya.Walau mungkin ada keinginan untuk kita menceritakannya kpd orang lain,biar Allah yg menakdirkannya terbit dari lidah insan lain,bukan dari lisan kita sendiri. Mungkin sebab inilah amalan seperti solat sunat diutamakan dibuat dirumah yg lebih tertutup.Menghidupkan malam dipesan berulangkali oleh nabi,satu dari faktornya ialah kesunyian ,terhindar dari mata orang,pendengaran orang,kita sendirian mengadap Allah dg solat,zikir,baca quran dll.Dg yg demikian saya hairan bila masjid membuat qiyamullail,dipasangnya pembesar suara hingga terdengar berkilometer ,meraung tangis dlm doa di dengar sekampung.Apakah kita nak bagi tahu kita sedang bersolat malam?Ustaz yg jd imam tu tak terperasankah?Seperti mereka terkena perangkap . Marilah kita mengambil ingat supaya menjaga ibadat dan amal kebajikan yg dikerjakan sendirian supaya disembunyikan,dirahsiakan.Syaitan pasti amat cemburu dan terus berusaha untuk merosakkannya.Seorang rakan menceritakan dia memberi sumbangan kpd masjid tidak melalui tabung yg disorong,tetapi memilih tabung yg tetap yg tidak dilihat orang utk menjaga rasa riak,rasa malu jika tak masukkan duit dlm tanung yg melintas didepan saf.Janganlah amal kebajikan yg banyak,akhirnya bila dihadap kpd Allah,menjadi kosong bagai padi yg tidak berisi,dari jauh nampak berbuah lebat,bila dekat ia hanya kulit yg tidak berisi.ABD GHANI HARON

Friday, 24 July 2015

BIAR IBU MAKAN NASI BERKUAH,LAUK UNTUK ANAK DI RUMAH

BIAR IBU MENELAN NASI BERKUAH,LAUK UNTUK ANAK DI RUMAH. Saya menghadiri satu jamuan kenduri kahwin anak seorang sahabat di suatu kampung.Makan secara buffet.Tempat duduk bercampur.Setelah mengambil makan,saya dan isteri mencari meja yg kosong.Kami duduk dengan seorang wanita 30an dengan dua orang anak lelaki yg umur 5,6 tahun.Nampak mereka makan dg berselera sekali.Isteri saya menyapanya,dibalas dg senyuman. Wanita itu saya lihat menyuap nasi dg kuah gulai shj.Lauk ayam seketul dan gulai ubi dibiar ditepi pinggannya.Tak lama kemudian anaknya bersuara."Dah habis".Riak wajah seperti minta tambah,tetapi si ibu menggeleng kepala isyarat tak benarkan.Pnggan kedua-duanya licin.Wanita itu bangkit meninggalkan meja dan pegi ke tempat buffet set,saya lihat dia membawa beberapa helai tisu paper.Saya jangka dia nak mengesat tangan dan mulut anaknya,saya meneruskan makan. Tetapi dia membentang tisu atas meja dan mengambil ketulan ayam yg tidak habis dimakan dari pinggannya,lalu membungkusnya.Dia mengambil paper cup yg digunakannya utk minum dan memungut ketulan daging kecil serta ubi dlm pinggannya lalu dimasukkan ke dlm cup.Dia berbisik kpd anaknya"Kita bawa balik bagi kakak.Mak tak boleh bawak dia." Saya terhenti menyuap.Dia sebenarnya sengaja tidak makan ketulan ayam dan gulai ubi dalam pinggannya kerana nak dibawa balik untuk anak yg ditinggalkan di rumah.Allahuakbar!! Ya Allah,Mungkin ibu ini memelihara anak oku yg tidak dapat dibawa bersama atau mereka yatim dan hidupnya tentunya miskin, saya menelah dlm hati.Mungkin jangkaan ini betul kerana dia hadir dg anak tanpa suami.Dia bergegas meninggalkan kami dg minta diri. Kedua tangan menggenggam bungkusan tisu dan paper cup.Saya mengekori mereka dengan pandangan melihat susuk tubuh itu berjalan bersama anaknya. Tidak jauh dari pintu pagar,dia mengambil basikal separuh umur yg carriernya agak besar.Kedua anaknya didudukkan di carrier belakang.Mungkin tepat ia ibu tunggal yg miskin.Dia mula mengayuh dan menghilang di celah tetamu yg baru hadir.Dibenak saya terlintas pertanyaan,mengapa dia sanggup tidak makan lauknya dan dibungkus bawa balik.Apakah situasi kakak yg disebutnya,mungkinkah oku atau tidak mampu dibawa bersama dg basikal.Ketulan ayam yg sengaja tidak habis dimakan itu adalah sebagai bekal untuk anak perempuan yg ditinggalkan dirumah yg mungkin belum makan .Tidak akan ada insan yg sanggup berbuat begini melainkan ia benar-benar terdesak dan memerlukan,rezekinya dikongsi,biarlah dia menelan nasi dg kuah shj..Saya gagahkan menghabis nasi dg air mata tergenang..Terasa kesal, kenapa tidak datang pd fikiran saya utk meminta kpd tuan rumah memberi dia sedikit bekal. Lihatlah ketika kita menimbun nasi dan semua jenis lauk yg tersedia,ketika kita menyuap dg penuh berselera,ketika ada orang bersungut masakan tak sedap,ada ibu yg berkira untuk membawa lauk yg didlm pinggannya untuk dibawa pulang utk anak yg ditinggalkan kerana tidak berupaya membawanya ke majlis,kerana kemiskinannya.Fikirlah,jika kita meninggalkan lauk yg diambil di dlm pinggan,utk dibuang sebagai sisa kerana kita tak habis makan,ada ibu yg terpaksa membahagi rezekinya dg anak,ada insan yg rezekinya adalah sisa makanan.Janganlah membazir,jangan tamak untuk menimbun makanan dlm pinggan kita,jangan seronok mencedok,kerana apa yg tertinggal akan ditanya diakhirat kelak. Dari peristiwa ini teringat jika masa dulu orang utara menyedia mungkok tingkat untuk bekalan bawa balik tetapi kini sudah tiada kebiasaan itu.Inilah kelebihan budaya kita yg lama,yg halus,yg tetap berhati-hati takut anak yg tertinggal tidak dapat merasa nasi kenduri.Mungkin boleh menjadi iktibar bagi yg hendak berkenduri, sediakan sedikit lauk bekal untuk mereka yg ibu tunggal yg memelihara anak yatim,atau yg miskin supaya kisah begini tidak berulang dimajlis kita. Jika tergenang air nata memikir ibu ini,pesan nabi,banyakkanlah menangis dari ketawa.Mungkin ini satu dari episod duka seorang ibu yg sendirian memelihara anak,suatu episod pengorbanan seorang ibu.Bayangkan jika anda di situasi itu.Lembutkanlah kalbumu untuk mengingati insan lain yg tidak pernah cukup keperluan hidupnya.ABD GHANI HARON

Thursday, 23 July 2015

BAWA BEKAL APA HARI INI

BAWA BEKAL APA HARI INI? Melangkah masuk bilik guru suatu pagi,seorang bertanya,"Bawa bekal apa?"Saya pantas menjawab,"Nasi bungkus ."Seorang ustaz dihujung bilik guru bersuara,"Bekal,untuk hidup,bekal untuk mati dah ada ka.?"Dia gelak terkekeh.Tajam sindirannya dalam nada gurau.Kami sambung gelak kecil. Seorang guru Cina mencelah,bercerita mereka percaya bekal untuk mati boleh dibawa atau dikirim dg cara membuat model benda dan dibakar.Boleh kirim duit, kereta,rumah,kad kredit dsbnya.Kami semua angguk saja,nak menghujah bimbang kecik hati awal pagi.Tetapi sempat juga bercerita kami orang Islam berbekal kpd amal ibadat yg dibuat semasa hidup.Tetapi bekal ibadat itu masih boleh disambung walau kita sudah mati dg 3 perkara menurut hadis iaitu sedekah jariah,ilmu yg bermanfaat yg diajar dan anak yg soleh yg mendoakan. Dari kisah ini saya nak mengajak pembaca memikir hal ini.Mungkin kita terlupa maka kita hanya menumpu kpd ibadat shj untuk bekal selepas mati,sedangkan nabi menyatakan ada 3 cara lagi untuk kita menjamin bekalan berterusan selepas mati,talian hayat kata orang sekarang.Pertama bersedekah jariahlah kerana sedekah jariah yg berbentuk waqaf,khairat yg dimanfaatkan oleh manusia akan terus menjana pahala walau kita sudah di alam barzakh.Kalau tiap hari kita menyedia bekal ke tempat kerja samada dari rumah atau beli di warung kerana nak terus hidup yg sementara.,mengapa tidak tiap hari kita menambah bekal untuk hidup yg kekal setelah mati, seperti menyumbang seringgit dua ke tabung masjid,surau,badan kebajikan,membaiki kemudahan untuk orang ramai contohnya. Kedua sampaikanlah ilmu dan pesanan yg baik serta berguna kpd orang lain moga dimanfaatkannya.Apa saja yg baik baik berupa pesanan atau hadis nabi atau perintah Allah Jangan simpan ilmu kerana ilmu yg disimpan tidak berguna,sampaikanlah,sebarkanlah. Tidak mesti anda seorang guru atau ustaz baru boleh berkata hal ilmu.Ambillah peluang menyampaikan apa yg kita tahu kpd rakan sekeliling,kpd orang yg kita temui,pelanggan kita dsbnya.Tulislah perkara yg baik dlm media,akhbar dan bahan bercetak.Setelah pencen saya menjadikan pelanggan syarikat saya untuk menyampaikan sesuatu yg diselit dlm perbincangan urusniaga,setelah itu saya beralih menulis di fb.Nabi berpesan ,sampaikan dari ku walau satu ayat.Semua orang ada keupayaan untuk berkata yg baik,menyampaikan suatu ilmu, jika mereka tidak mampu bersedekah jariah. Ketiga,didiklah anak menjadi soleh,beriman dan beramal.Doa mereka setelah ibubapa kembali akan menjadi ibarat anak sungai kebaikan kpd ibubapanya yg telah kembali disisi Allah.Untuk itu,didiklah anak supaya mereka boleh berdoa kpd kita.Tentulah anak yg terdidik dg didikan agama,tidak meninggalkan solat,puasa,zakat dsbnya sahaja yg mampu menadah tangan kpd Allah untuk memohon keampunan bagi ibubapanya.Yg lain pasti melupakan ibubapanya bila mereka telah tiada. Inilah bekalan yg masih boleh berterusan membantu setelah kita mati dan ibadat kita terhenti.Jangan tonggang terbalik beribadat sahaja,beri perhatian kpd 3 perkara ini juga,seperti yg dipesan oleh ustaz dlm bilik guru tersebut.Jika anda miskin didiklah anak menjd soleh,sampaikan ilmu dimana yg boleh,jika anda tiada anak,tambahkanlah waqaf,khairat dan sedekah, dan seterusnya. Allah maha adil,setiap orang tetap ada jalan dan peluang, cuma kita kekadang teralpa.Apakah anda telah menyediakan bekalan dan talian hayat yg cukup untuk menempuh kubur yg sunyi sepi,yg hanya menunggu ganjaran dari yg apa yg ditinggalkan didunia iaitu anak yg soleh,sedekah jariah dan ilmu yg bermanfaat yg diajar kpd manusia lain.ABD GHANI HARON

Wednesday, 22 July 2015

JALAN KE SYURGA PENUH RANJAU

JALAN MENUJU KESYURGA PENUH RANJAU DAN DURI Banyak orang mengambil fahaman cukuplah patuh pada petkara wajib dg mengerja solat,berpuasa,berzakat dan mengerja haji serta tak buat perkara yg dilarang Allah.Mereka berpuas hati sekedar itu dan meneruskan hidup dg menumpu kpd usaha mencari rezeki.Betulkah mereka ini akan ke syurga?Tetapi naqib usrah saya dulu selalu berkata,jalan menuju syurga penuh ranjau dan duri.Kita kena buat banyak kerja kebaikan,menegah mungkar hingga digambarkan tidaklah mereka yg sampai ke pintu syurga itu segak,cantik,kemas tetapi mereka yg tiba dpintu syurga itu penuh luka kesan perjuangan,tubuh yg cengkung menentang nafsu,wajah yg kelesuan kesan ibadat yg berterusan. Mereka tiba disyurga bukan dg kebesaran,kekayaan dan pangkat tetapi tiba dg kepapaan harta dunia dan lusuhnya tubuh kerana beribadat dan berjuang dijalan Allah. Syaitan bukan sekedar menyuruh berbuat jahat,malah dia juga memujuk manusia supaya berpuashati dg ibadat wajib,mengajak manusia untuk tidak menambah ibadat,berbuat kebajikan tambahan,tidak menegah mungkar.Slogannya "cukuplah","orang lain lagi teruk dari aku" dan berpadalah.Bila ada usaha untuk berbuat kebajikan,syaitan takutkan dg kemiskinan dan kekurangan harta dg nak bersedekah jariah,ditakutkan dg ancaman,sindiran,kata nista manusia bila berdakwah dan menegah mungkar.Syaitan menimbulkan berbagai masalah bila ada usaha berbuat baik,hingga timbul sindiran kpd mereka siapa yg gatal,dialah yg garu,'hang gatai nak buat itu ini,hang lah yg tanggung.Bukankah lebih baik tak berbuat apa'.Sebab itu ada dikalangan orang kita yg mengatakan 'dia tu baik,tak tak ambik tau hal orang,tak kacau orang'.Baik pada mata manusia yg dibayangi syaitan,belum tentu baik di mata Allah. Disamping bersikap demikian,ada juga tabiat orang kita yg tidak membantu ketja kebajikan,lebih senang menonton dan mengkagumi,memuji tetapi dia tetap tidak berubah.Puji dlm sembang,puji dlm fb,upload cerita orang buat baik,gambar orang buat perlu dibantu,tetapi hakikatnya dia hamya jadi pengkagum,tapak kakinya tetap tak berubah.Begiti juga dg sikap orang yg melihat mungkar,dia tetap berpeluk tubuh,katanya'aku tak mau masuk campur'''aku menegah dg hati shj'.Menegah dg hati itu selemah-lemah iman,sampai bila nak duduk pada tahap lemah iman. Bahkan ada manusia yg bertindak menghalang dan merosak kerja kebajikan dg alasan sendiri.Saya contohkan yg biasa saya lalui.Bila saya mengajak sekolah membuat bacaan quran dikalangan pelajar muslim sebelum memulakan kelas pada setiap hari,yg menentang dan memberi alasan ialah guru Islam bahkan bertitle ustaz lagi,bila saya buat program sedekah jariah,ada yg hantar pakaian koyak rabak,bra dan underware terpakai,menghantar bangkai ayam hitam,bangkai katak puru ke tempat pameran baju,bila saya buat wakaf air bertapis,ada yg patahkan paip,biar air terbuka semalaman bahkan ada yg berak ditempat mengambil air.Betullah kata orang,siapa gatai,dia garu,saya yg gatai nak buat benda begini,sayalah kena garu.Betul juga kata naqib usrah saya dulu,jalan menuju ke syurga penuh duri dan ranjau,kamu tidak akan sampai ke sana hingga isi tubuhmu terkoyak rabak. Apa yg saya nak sebutkanlah disini ialah,jangan berpuashati dg ibadat wajib saja,itu pun tanda halangan syaitan.Tak berbuat apa,bukalah baik mata mata Allah,walau baik pada bibir manusia.Jika berbuat baik,ingatlah anda pasti akan menempuh berbsgai halangan dan dugaan,itu mehnah dalam berbuat baik,itu mehnah dalam perjuang dan itu mehnah dalam merebut syurga.Kalau takut dilambung ombak,jangan berumah ditepi pantai,tetapi bila ombak telah reda,alangkah seronoknya berumah ditepi pantai.Tiada suatu kenikmatan pun akan diperolehi tanpa pengorbanan dan perjuangan,jika kamu perplehi tanpa pengorbanan,itu mungkin kenikmatan yg palsu.ABD GHANI HARON

TAK SANGGUP TIDUR DI RUMAH EMAK

TAK SANGGUP TIDUR DI RUMAH IBU Seorang wanita yg lebih tua dari saya yg berjemaah solat,berbual lepas solat ketika saya berada di motor untuk balik.Saya bertanya tentang sambutan raya dan hal anak tunggalnya.Air mukanya berubah.Katanya," Dia sampai balik pagi raya dg anak bini.Katanya tak cuti dan jalan jem.Takpalah,asal dia balik.Petang raya,dia kata nak pi rumah mentua dan tidok di sana,di Kg Tongplu,dekat Pedu.Saya tak kata apa.Tapi masa depa nak naik kereta,cucu saya bertanya mak dia,kita nak tidor di hotel semalam ka?Mak dan bapa dia diam tetapi saya sempat melihat menentu saya membeliak mata pada anaknya."Sampai disini dia berhenti bercakap.Dia tunduk dan mula mengesat air mata dg hujung telekong yg masih dipakai.Saya faham anaknya sebenarnya bermalam dihotel dan pagi itu baru balik kerumah orang tuanya.Kes pecah tembelang. "Hinanya kami mak bapa dia.Bapa yg membesaqkan dia,yang mendodoikan dia dalam kain sentung,menepuk hingga lena dlm kelambu takut digigit nyamuk.Hinanya emak dia yg dia gonggong susunya hingga bertahun,disuap nasi hingga membesaq,hinakah kami yg beri dia sekolah dg titik peluh kami.Saya tahu,depa jijik tegok dapor saya,jijik bilik ayaqnya,jijik bilik tidur yg panas bertilam kabu.Tapi depa tak sedaq mereka membesaq dengan keadaan itu,tapi hari ini depa pandang jijik.Itu sebab depa tak mau tidok rumah ibubapa sendiri,mereka tidok hotel.Bukan tak ada tempat dirumah tu,kerana dia anak tunggal.Tergamak dia."Kesedihannya makin berlarutan. Wahai anak,bukanlah perkataan dari lidahmu sahaja boleh melukakan hati ayahbondamu,bukanlah tingkah lakumu sahaja boleh mengguris hati emak ayahmu,tetapi tindakanmu juga boleh merobek hati kecil mereka.Jika biasa dg kemewahan dirumah sendiri,jangan mengharap yg sama dirumah ayahbonda,.Kita dibesar dg kepayahan ayahbonda,sesekali laluilah kembali.Jika kita rasa tidak selesa dirumah ibubapa,kenapa kita biar mereka hidup tidak selesa,kenapa tidak diupgrade rumah ibubapa seperti rumah kita.Ingat kekayaan yg kita miliki sebenarnya berpunca dari pengorbanan ayahibu yg menyekolahkan kita.Maka sepatutnya mereka hidup lebih selesa dari diri kita kerana mereka yg melabur harta dan tenaga utk mencipta kejayaan kita,tetapi hasilnya kita kaut semuanya,meninggalkan ayahibu dg hidup dirumah tuanya.Apa juga perkara yg kita rasa jijik pada kehidupan ibu ayah kita,sepatutnya dibeban kepada diri kita,bukan melarikan diri dari keadaan itu.Dlm kes ini,tidur dihotel kersna tak sanggup tidur dirumah ayah. Jika anak anak tidak dididik untuk merasa kepayahan orang lain,suatu hari mereka tidak akan mampu hidup bila ditimpa kepayahan.Jika anak dididik merasa jijik dg apa yg orang lain lalui,apa lagi keturunannya,suatu hari nanti,mereka akan memandang jijik kpd seluruh mereka yg miskin. Betapa ibuayah mengharap anak yg pulang sesekali,menghidupkan kembali suasana rumah yg sunyi setelah anak berkeluarga.Tidurlah semalam dua,makan bersama,berkongsi bilik air dan bilik tidur dsbnya.Jika terasa payah pun,biarlah demi menjaga hati emakayah,janganlah merungut tidak sempurna itu ini.Mungkin emak ayah teringin naik kereta baru kita,bawalah mengunjung saydara mara,mungkin mereka sedikit ingin berbzngga dg kejayaan anak,bawalah bertandang,bershopping. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran yg baik kerana berkunjung mengerat silaturrahim,menggembirakan ayah ibu.Jangan jadikan kunjungan beraya ke kampung menjadi gurisan tajam ke hati ibuayah yg akan memahat dosa yg besar. Tidak salah tidur dihotel atau homestay jika keadaan rumah tidak muat kerana ramai,mohon izin dg baik pada ibuayah.Mereka tentu memahami.Menipu itu ibarat bangkai,yg amat mudah tercuim busuknya,apa lagi bila Allah hendak membukanya.Bertindaklah dg rasional,ibuayah itu keutamaan.Ingat suatu hari nanti kita juga akan berada disituasi ibu ayah kita. ABD GHANI HARON

TINGGALKAN YG SUNAT KETIKA DI SURAU R&R

TINGGALKAN PERKARA SUNAT KETIKA DI SURAU R&R Singgah di R@R untuk bersolat maghrib,kenderaan sesak apa lagi suasana raya masih ada. Ditempat wuduk,saya lihat berbaris agak panjang.Saya meninjau ke hadapan,jelas yg sedang berwuduk semuanya melakukan basuhan sunat tiga kali.Saya rasa dlm keadaan begini,perkara sunat patut ditinggal dulu utk mempercepat ambik wuduk supaya orang lain tidak menunggu lama.Basuhan sekali sudah cukup dan pastikan rata memenuhi tuntutan.Basuhan yg sunat juga patut ditinggal dulu,kerana kita hanya nak buat yg sunat,sedangkan yg berbaris nak tunaikan rukun resah melihat jam takut habis waktu.Mungkin ada yg perlu segera,mungkin ada yg anak menangis dikereta kepenatan,yg parking sementara dll.Jika semua yg berwuduk meringkaskan wuduknya pd perkara wajib shj,tentu lebih cepat,apalagi waktu maghrib yg singkat. Bila saya selesai wuduk,masuk ke ruang solat.Penuh juga.Yg pelek ada yg duduk berwirid lepas solat.Wirid itu sunat,sedangkan orang lain perlu ruang untuk solat.Selesaikan solat dg beri salam,segera bangkit beri ruang kpd orzng lain.Berwiridlah masa berjalan kekereta,masa menunggu penumpang yg lain.Allah menyuruh mengingatnya bukan atas sejadah shj,tetapi masa berbagai keadaan. Ada juga yg berjamaah yg imamnya membaca surah yg panjang,ini solat maghrib.Kenapa tak pilih surah yg pendek supaya solat menjadi pendek masa untuk memneri ruang kpd orang lain.Waktu maghrib sangat singkat.Tak payah dok nak tayang hang boleh hafal ayat ar rahman,al mukminun,yg panjang dlm situasi ini.Baca inna aqthoina dan qul huwallah cukuplah.Sah juga solat dan memudahkan orang lain.Nabi mengingatkan mereka yg menjadi imam mengambil kira makmum yg tua,kanak-kanak,yg ada keperluan segera dsbnya. Yg jadi imam pun berdoa berjela-jela sedangkan yg menunggu nak ambil tempat bersesak di belakang.Tak perlu doa masa begini,memberi ruang kpd orang bersolat lebih utama,jika berdoa pun,ringkaskan..Ada pul a yg bersolat sunat qabliah dan bagdiah.Saya rasa dalam ketika begini solat sunat kita tidak dituntut berbanding memberi ruang orang lain bersolat waktu.Jangan fikir diri shj,fikir orang lain juga.Lebih menyusahkan ada yg tidur,yg melepak dlm surau di samping yg minta sumbangan dg duduk membaca sesuatu. Mereka yg singgah di surau R& R adalah dlm perjalanan.Singgah kerana tuntutan bersolat.Maka semua orang patut memudahkan,memendekkan ibadat,jangan buat seperti kita berada dirumah atau berada di masjid.Sedangkan Allah memberi ruang untuk jamak dan qasar yg memendekkan dan menghimpun solat utk memudahkan hambanya,maka mengapa kita tidak mendekkan ibadat ketika solat ditempat begini dg meninggalkan yg sunat.Dlm ibadat kita kena selalu bertanya yg mana lebih utana, kena diutamakan,lebih lebih lagi bila kita berkongsi tempat wuduk,tempat solat.Permudahkanlah dan berilah ruamg kpd orang lain. Ketika meninggalkan surau itu,masih ramai yg berdiri menunggu di tempat wuduk.Saya rasa mereka akan terlepas waktu maghrib yg semakin picik.Menghampiri kereta,ada beberapa orang bersolat ditanah lapang berumput.Tunaikanlah solat dimana saja dibumi Allah asalkan tempat itu bersih.Ini satu tindakan yg baik dari terlepas langsung waktu solat kerana menunggu giliran di surau.ABD GHANI HARON

Sunday, 19 July 2015

JIKA TERKENA JERAT,JANGAN MERONTA

JIKA TERKENA JERAT,JANGANLAH MERONTA Petang ini menziarah seorang rakan yg sakit.Katanya minor strok.Nampak sihat,tetapi sangat murung,tidak mahu makan sudah berminggu,tidak mahu bercakap walaupun boleh bercakap.Badan kurus dan tidur shj.Doktor dah sahkan tiada apa penyakit.Mata terbuka dan melihat sana sini,bila ditanya sekedar angguk dan geleng shj.Dia pernah mrngunjungi saya bulan lalu bertanya penyakit buah pinggang saya kerana dia bimbang kencing manis yg baru diketahui dialami olehnya akan merosak buah pinggang.Dia nampak sangat risau dan kemungkinan itu membawa kpd minor strok.Kemurungan yg teruk ini mungkin juga kerana kebimbangan yg berterusan bila terkena penyakit. Saya nak mengulas hal ini.Bila sesuatu menimpa kita,atau ditakdir pd kita,jangan timbulkan kerisauan yg amat sangat,janganlah terus bermati matian nak keluar dari masalah,tetapi berusahalah utk sesuaikan diri dg situasi itu Kalau ditimpa penyakit,bersabar,bermuhasabah mungkin kafarah yg Allah berikan,mungkin ujian Allah,mungkin peringatan dsbnya.Allah timpakan mungkin unyuk kita merasainya,laluinyalah dg sabar.Jika rezekiNya kita terima dg senyum lebar dan syukur,mengapa musibah yg ditimpakanNya tidak diterima dg sabar dsn syukur.Jangan memikir apa akan jadi kehadapan kerana itu dlm ilmu Allah,tetapi sesuaikan diri dg penyakit,ubah tabiat pemakanan,kebiasaan dan berikhtiarlah sambil mengharap pertolongan Allah. Kalau kena tukar tempat kerja,jangan habis masa berleter,mengumpat,mengutuk dok merayu,dok kerabat tangga kementerian,tak mau buat kerja,akhirnya membawa kemurungan, sebaliknya,sesuaikan diri,Allah dah takdirkan,mungkin dihujung jalan ada baiknya. Jika kita di timpa kehilangan harta,jangan gundah gulana, mencari bomoh,menengok menilik sapa curi,nak dapat balik harta.Berusahalah pada kadar sesuai dg peraturan undang-undang,jangan buat benda khurafat,syirik,reda dg takdir Allah,sesuaikan diri dg ketiadaan harta itu.Ingat setiap sesuatu yg terjadi adalah dg izin Allah,maka redolah,bersabatlah kerana kemenangan kpd yg bersabar. Thats better. Jika takdir tiada zuriat,berusahalah pada kadar yg boleh tanpa langgar syarak,sambil sesuaikan diri,reda.Begitu juga jika dapat anak yg kurang pintar,kurang sihat,oku,jangan terlalu sedih,Allah yg merancang dan perancanganNya lebih baik,itu janji Allah.Kita mungkin hanya dapat melihat hidup sehari dua,tetapi Allah yg menentukan hidup kita hingga akhir hayat. Anda boleh contohkan dg yg lain.Apa pun terjadi,sit down first,fikir ini takdir tuhan,apa yg patut, kita usahakan mengikut syarak dan peraturan negara,lepas tu sesuaikan diri untuk menerima dan bersyukur dg apa yg masih ada.Jangan terburu-buru.Kepayahan yg tertimpa akanImenjadi lebih biruk jika kita bersusah hati,bertindak mengikut rasa,menggelupur nak segera keluar dari masalah.Ingatlah jerat yg mengena pada kijang akan terus menjadi erat jika kijang itu meronta-ronta.Setiap sesuatu terjadi dg kehendak dan izin Allah.FIRMAN ALLAH YG BERMAKSUD KAMU MERANCANG DAN AKU MERANCANG,PERANCANGAN AKU LEBIH BAIK.BERTAKWALAH KEPADA ALLAH.Jika kita berpegang kpd hakikat ini,insyaallah semua masalah akan dilalui dg mudahnya dengan pertolongan Allah juga. ABD GHANI HARON

Saturday, 18 July 2015

IBUKU PENGASUH ANAKKU

IBUKU PENGASUH ANAKKU JUGA Saya berbual dihalaman rumah seseorang penduduk kg ketika berziarah..Tiba-tiba anak lelakinya yg datang lebih awal muncul dari dalam rumah dan menghulur duit kpd emaknya dan berkata,"Mak,ni duit upah mengasuh bulan ni."Dia berlalu sambil senyum pada saya.Ibunya berkata pada saya,"Depa hantar cucu tiap hari sebelum pi kerja.Sayalah kena mengasuh." Saya terasa seperti nak menegur waktu itu juga,tetapi rasa tak sesuai.Seorang anak mengupah emak mengasuh anaknya adalah sesuatu yg teruk,tetapi banyak orang yg tidak terasa.Bukankah keadaan ini ibarat ibu sendiri menjadi pekerja kpd anak,ibu melahirkan tuannya.Teringat saya satu hadis yg panjang tapi saya petik sebahagian Daripada Umar bin al-Khattab r.a., ………… Jibrail bertanya kepada Rasulullah ., "Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa perempuan akan melahirkan tuannya .... (Riwayat Muslim) Berapa ramai kini kita yg menjadikan ibubapa sebagai pekerja dg berselindung disebalik ibubapa suka cucu, ada yg kata susah dapat pengasuh yg dipercayai,ada yg kata emak bapa pandai mengasuh,emak bapa tak kerja apa.Hakikatnya kerana isteri nak kerja,nak tambah pendapatan.Sedangkan tanggungjawab mengasuh,mendidik dan membesarkan anak terletak kpd isteri dan isteri tidak dituntut utk bekerja hingga mengabai tanggungjawab kpd anak.Bila ditinggal anak kpd ibubapa,berlaku dua pengabaian iaitu pengabaian tanggungjawab kpd anak dan pengabaian tanggungjawab kpd ibubapa yg sepatutnya direhatkan setelah seumur hidup membela anak hingga berjaya.Jika ibu kita boleh memelihara kita dg tidak membuat kerja lain,menjadi surirumah sepenuh masa,dan ia berjaya menunai tanggungjawabnya,kenapa kita kena berbimbang takut tak cukup hidup jika tak bekerja.Ingatlah kejayaan seorang anak hari ini adalah hasil pengorbanan seorang ibu,dan patutkah dia dikorbankan utk anaknya setelah mereka berjaya demi mengejar dunia,profession,kemewahan?Saya telah berusiz 60 tahun,pengalaman mengajar saya bersama isteri menunjukkan betapa tidak mampunya mengurus kerja mengasuh cucu,jika ada ibubapa sanggup berbuat demikian mungkin atas dasar kesian pada anak dan menggagahkan diri.Sebaiknya jika ibubapa mahu mengasuh cucu,mereka juga diberi pembantu jntuk merjngankan beban mengasuh. Bila kes penderaan oleh pengasuh makin meningkat kini dan mewujud kebimbangan utk meninggalkan anak di rumah pengasuh,jangan ada yg berpatah balik menjadikan ibubapa sbg pengasuh,tetapi pertimbangkanlah utk mengorbankan jawatan demi anak.Rezeki ditangan tuhan,jika niat kita baik demi anak yg diamanahkan,tetaplah kita perolehi apa yg ditentukan tuhan.Ingatlah,tuhan memberi kpd kita anak sebagai amanah,dan bukan amanah itu diberi kpd ibubapa kita atau orang lain.Kita yg akan ditanya dihadapan tuhan,bukan ibubapa atau pengasuh anak kita.Bagaimana akhlak anak kita nanti,kita yg akan menanggungnya. Rehatkanlah ibubapa kita.Berilah ruang utk mereka mempersiap diri dipenghujung usia,meskipun mereka menawar diri kerana sifat kasih sayang mereka.Jika kasih kpd ibu,lapangkan hidupnya, ringankan bebannya, Saya sedar ada pembaca akan melenting bila membaca artikel ini,ada yg memberi alasan emak bapa yg suka,saya bagi duit bukan upah, dsbnya,saya mengajak utk berlapang dada kerana saya menulis kadar untuk mengingatkan dan mengajak berfikir.Jika anda rasa anda buat perkara yg betul,maka teruskanlah kerana keputusan apa yg anda ambil,tiada siapa yg tahu,andalah yg menanggungnya,bukan orang lain.ABD GHANI HARON

DUA KEBAIKAN

SAYA MENDAPAT DUA KEBAIKAN Ketika nak meninggalkan tempat solat terawih,dipintu ada disediakan makanan yg di pack dlm bekas polistrine.Tiap jemaah ambil satu pack.Saya ambil satu untuk tidak menolak pemberian.Saya lihat beberapa orang jemaah mengambil 2 pack.Saya mengenali mereka ini bukanlah golongan miskin yg mungkin perlu berkongsi makanan dg anak. Akhirnya tinggal satu pack makanan yg diambil oleh seorang tua lelaki,dia tinggal sendirian dan miskin.Belum dia melangkah,dia berpaling melihat seorang lagi jemaah yg terlewat keluar kerana mungkin melanjutkan doa.Orang tua itu segera berdiri di pintu tempat makanan diletakkan dan telah habis,lalu menghulurkan kpd jemaah yg terakhir itu dg senyuman.Orang itu mengambilnya dg ucapan terima kasih. Saya memerhati orang ini dan bila dia nak meninggalkan tempat itu,saya sengaja menegurnya."Pak Long beri yg Pak Long perolehi kepada orang,sekarang Pak Long tak dapat apa."Dia senyum dan membalas,"Cikgu silap,saya dapat dua kebaikan ,insyaallah, pertama saya dah dapat makanan tadi yg saya ambil,kedua saya dapat ganjaran bersedekah hak saya,ganjaran menggembirakan orang lain dan mengelak dia kecewa kerana tidak dapat apa."Subhanallah.Terasa betapa butanya saya untuk melihat kebaikan berbanding dia.Segera terlintas dihati untuk memberi pack makanan yg ada pada saya kpdnya.Dia mulanya menolak,tetapi akhirnya menerima.Saya berkata,"Kini Pak Long mendapat tiga kebaikan iaitu dua kali menerima sedekah dan sekali memberi sedekah.."Dia gelak kecil dan menuruni tangga. Perhatikan bahawa ada orang yg tamak bila menerima pemberian,diberi satu,nak dua.Tidak memikir orang yg dibelakang yg mungkin tidak cukup.Dan yg biasanya, yg agak berada yg jadi demikian sedangkan yg miskin lebih suka mengalah.Banyak orang suka menerima,tak suka memberi.Lebih suka menjadi tangan yg dibawah sedangkan nabi bersabda tangan yg dia5as itu lebih baik dari tangan yg dibawah.Memberi lebih baik dari menerima.Selalulah berfikir untuk memberi,selalulah berfikir apakah orang lain akan dapat juga utk mengelak dari rasa tamak.Selalulah mendahulukan orang lain. Orang yg halus perkiraannya amalannya akan sentiasa mencari peluang untuk mendapat ganjaran lebih seperti orang tua itu.Dia tidak merasa kesal tidak ada pack makanan dibawa balik tetapi merasa lebih bersyukur keranz dapat berbuat baik.Seperkara lagi mungkin anda pernah terbaca kisah para sahabat yg dahaga tetapi tetap menyorongkan bekas minuman kpd sahabat yg lain dg kata dia lebih memerlukan dari saya.Ini kisah bagaimana sahabat nabi yg lebih mementingkan orang lain dari diri sendiri.Apa yg ditunjuk oleh orang tua ini,adalah sifat mementingkan kesejahteraan orang lain darii diri sendiri. Muhasabahlah diri.Kita di tahap mana?Kita suka memberi atau menggenggam rapat apa yg dimiliki.Kita tangan yg dibawah atau diatas?Kita orang yg bergegas untuk mendapat pemberian atau menunggu hingga semua orang telah mendapatnya?Jom kita menjadi insan yg lebih molek,lebih halus budi lakunya.ABD GHANI HARON Peringatan....berpuasa enam hari dlm bulan syawal itu ibarat................

Friday, 17 July 2015

BAGAIMANA SAYA DAPAT IDEA

BAGAIMANA SAYA MENDAPAT IDEA Seorang rakan fb dalam komen bertanya bagaimana saya ada idea untuk terus menulis.Kini beratus tulisan saya ada di page,wall dan blog.Saya kongsikan cerita disini moga memberi manfaat.Terlebih dulu saya berlindung dg Allah dari merasa riak,ujub atau rasa menunjuk,sebaliknya saya hanya berniat untuk mengajak kpd kebaikan. Selalu dalam berdoa kita meminta supaya mendapat sesuatu,minta teguh iman,murah rezeki,minta keselamatan dsbnya.Maksudnya kita selalu minta supaya kita dapat itu ini.Itu betul.Tetapi saya selalu meminta jalan untuk berbuat kebajikan,sedekah jariah,minta hati yg pemurah,tidak tamak.Lebih kurang begini ,"Ya Allah jangan Engkau berikan kepada aku suatu saat dimana aku tidak tahu berbuat kebajikan."Alhamdulillah,Allah sentiasa mendorong saya ke arah tersebut dengan mendatangkan peluang,idea dan rezeki serta kekuatan untuk itu sehingga ada perkara yg orang lain belum terfikirkan.Kalau anda betul-betul ingin membuat kerja kebajikan,doakan begini.Saya cabar anda,sernok buat kerja kebajikan ini, terutama bila melihat senyuman mereka yg menerima khidmat kita. Jika mohon rezeki bertambah,saya tidak tamatkan disitu tetapi disambung ,Ya Allah tambah rezekiku moga dgnya bertambah sedekah jariahku,utk mereka yg berkongsi rezeki bersamaku,untuk keluarga pekerja ku".Saya mengisafi bahawa ada bahagian rezeki yg Allah beri adalah diturunkan melalui saya untuk orang lain.Rezeki keluarga pekerja saya yg bergaji bulan diturunkan melalui rezeki saya dan saya hanya menumpang bahagian dari rezeki mereka.Fakir miskin dan ibu tunggal sengaja saya simpan senarainya untuk dibantu secara berkala kerana saya percaya dg ini moga Allah dorongkan rezeki untuk mereka melalui rezeki saya. Alhamdulillah,saya tidak pernah putus rezeki,perniagaan saya ada saja tempahan walau tidak mengiklan, berbulan-bulan kehaodapn. Untuk menulis,saya bergantung kpd idea dan ilmu serta pengalaman.Maka saya selalu menetapkan dalam doa moga diberi ilham dan fikiran..Alhamdulillah saya selalu dipertemukan dg berbagai insiden untuk menjadi topik tulisan,idea yg tercetus tidak kira masa..Jadi jangan bergantung kpd fikiran kita,tetapi bergantunglah kpd Allah untuk mengilhamkannya dlm berbagai bentuk Harus diingat Allah tidak saja datangkan ilham secara terus,kekadang secara insiden yg memerlukan tafsian dan pemikiran.Siapa yg tidak sensitif kpd perkara begini,tidak memperolehi apa apa pun. Mohonlah perlindungan dari rasa malas,rasa takut dan bacul dalam memperkata yg benar,nescaya Allah datangkan sifat rajin,Allah datangkan keberanian.Untuk jadi rajin pun kena minta kpd Allah,nak jadi berani pun kena minta kpd Allah. Kesimpulannya,saya lebih suka meminta jalan,ilham,kekuatan untuk berbuat kebajikan bagi mencapai syurga.Walaupun orang berkata nabi suruh minta syurga,tetapi harus diingat,jika berdoa terus dapat syurga,mengapa Allah menyuruh beruat amal kebajikan?Ini bermakna syurga tidak akan tercapai dg hanya berdoa,tetapi berusaha ke arahnya.Maka jalan untuk berusaha kena diminta juga.Mungkin lebih menyenangkan jika kita meminta cara membuat gulai yang sedap dari terus meminta kpd orang gulai yg sedap.Mungkin lebih baik meminta cara menanam cili dari terus pergi memetik cili di kebun orang.Lebih belajar ,enjala ikan dari terus meminta ikan.ABD GHANI HARON
MAK TERINGIN NAK MAKAN PEKNGA! (Ulang siar dari artikel 2014) Ketika duduk menunggu dilobi hospital,disebelah saya ada sepasang suami isteri yg masih muda yg saya lihat baru keluar dari melawat seseorang.Isterinya bersungut."Emak ni merapu.Nak makan yg pelek pelek.Ada ka nak makan pek nga cicah kuah gulai ikan." Si isteri mula membebel.Suaminya yg pelat selatan bertanya,"Apa bendanya peknga tu." Lempiang, johor kata lempeng."Sahut isterinya.Bebelannya berterusan,"Mana ada orang makan benda begitu zaman ni,nak cari tang mana, tak pernah orang juai.Akai tak berapa betoi orang tua ni."Sambungnya isterinya dg muka chom(muka masam).Saya cepat memintas sebelum bebelannya memanjang dan menambah dosa pd ibunya,"Di Kepala Batas ada,di Sg Petani pun ada.Ada peknga pisang,ada peknga cicah kuah gulai.Murah sangat.Tak baik cakap macam tu pada emak." Orang sakit memang terasa nak makan benda yg dia biasa makan dulunya,apalagi zaman 50an dan 60an memang menyorok (sarapan)dg peknga,cucok kodok,dangai,paktongko dsbnya.Penuhi harapan mereka.Kalau dulu apa yg kita minta dizaman kanak-kanak emah dsn ayah pasti akan usahakan,maka bila mereka tua,bayarlah kembali dg menunai permintaan mereka.Sesungghnya ini juga ujian kepatuhan dan ketaatan kpd ibubapa.Ingatlah kita membela ibubapa untuk mejunggu hari matinya,tetapi ibubapa memelihara kita untuk menghidupkan,membesarkan,dan membina kejayaan. Belajarlah untuk mengetahui makanan tradisi sekurangnya boleh menimbulkan nostalgia pd ibubapa atau sebagai sarapan yg jauh lebih baik dari roti canai. Makanan yg mudah dan makanan itulah yg mrmbesarkan mereka.ABD GHANI HARON

Monday, 13 July 2015

BERKORBAN DENGAN SEBELAH KASUT

BERKORBAN DENGAN SEBELAH KASUT Ketika singgah di satu masjid,kebetulan seorang oku yg kudung kakinya tiba dg motor bersama saya.Dia kelihatan terkial-kial menaiki tangga masjid,satu anak tangga ke satu anak tangga.Saya meninjau kalau -kalau ada laluan oku,memang tidak ada. Saya mengekorinya ke tempat wuduk yg berbaris paipnya.Tongkatnya disandar ke dinding.Saya melihat dia berdiri dg kaki sebelah yg menggeletar menahan berat badan.Wuduknya pun kelihatan ringkas kerana mungkin tak tertahsn berdiri sebelah kaki.Tidak ada tempat wuduk secara duduk yg disediakan. Masuk dlm masjid saya bersolat tahyat masjid,dia pun demikian.Matanya menyorot setiap sudut masjid mencari kerusi untuk duduk dlm solat,hampa.Dia meneruskan solat dg berdiri tetapi nampak sangat dia hanya bergagah,akhirnya mengalah dan solat duduk dilantai. Oku tersebut keluar dari masjid dahulu dari saya.Ketika saya keluar,saya lihat dia masih di tangga masjid,tercari sesuatu.Bila ditanya,katanya kasutnya hilang.Dalam hati saya berkata,takkan kasut yg sebelah pun dicuri.Mungkin orang lain menganggap kasut itu tidak ada pasang,lalu mereka buang.Ketika kami bercakap ditangga,seorang anak muda datang menegur dan bertanya masalah.Bila diberitahu,dia berkata mungkin kasut itu di ambil oleh penvuci masjid yg tersilap sangka sebab tidak ada pasang.Tapi dia minta tunggu sekejap.Dia menghilang di penjuru masjid dan tidak lama datang membawa sebelah kasut lalu diberikan kpd oku tersebut.Agak besar sedikit tapi boleh dipakai.Oku itu berlalu dg memberi salam.Saya bertanya anak muda itu dimana dia ambil kasut.Jawabnya,"Kasut saya,biarlah, dia telah diuji oleh Allah dg kekurangan,sedangkan kita sempurna.Apalah sangat jika saya berkaki ayam untuk balik rumah, berbanding dia yg seumur hidup berkaki satu."Subhanallah! Lihatlah betapa Allah datangkan pertolongan kpd oku ini.Lihatlah betapa anak muda ini mensyukuri nikmat yg Allah beri kpdnya dan kesanggupan berkorban apa saja demi kesejahteraan orang lain.Lihatlah betapa anak muda ini merebut peluang yg didatangkan Allah untuk berkorban apa yg dimilikinya walau sekedar sebelah kasut.Maha Suci Allah yg membolak-balikkan hati insan. Dari kisah ini juga saya ingin membangkitkan kesedaran betapa setiap masjid perlu menyediakan kemudahan oku seperti laluan tidak bertangga,tempat duduk wuduk,kerusi utk solat,kerusi roda utk kegunaan dlm masjid dll.Oku juga insan yg dituntut ke masjid,jika ajk masjid tidak memudahkan dan menyebabkan mereka tidak boleh hadir bersolat apa lagi solat jumaat,saya bimbang mereka akan dituntut diakhirat.Bilangan oku hari ini dan orang tua makin meningkat,maka kemudshan oku sudah menjadi keperluan dimasjid.Bertindaklah,berilah saranan kpd ajk masjid tempat anda,bangunkan usaha mencari dana bagi menyedia kemudahan ini.

BERAPA HANTARAN KAHWIN

BERAPA BELANJA HANTARAN KAWIN? Ketika Rasulullah menikahkan anaknya Siti Fatimah dg Siayidina Ali,baginda menjemput Abu Bakar,Umar,Uthman dan Usamah untukl membawa perbekalan Siti Fatimah.Mereka membawa alat penggiling gandum,kulit yg disamak,sebuah bantal yg isinya sabut dan biji kurma,sebuah kendi danm sebuah piring.Abu Bakar yg melihat perkara ini m,enangis dan berkata,”Wahai Rasulullah,inikah perbekalan anakmu Fatimah?”Rasulullah menjawab<”Wahai Abu Bakar,inipun sudah cukup bagi orang yg masih berada didunia.” Maka Siti Fatimah puin keluar sebagai mempelai dg mengenakan pakaian dari bulu yg sudah bertampal sebanyak 12 tempat. Bandingkanlah dg hantaran kita.Hebat,cantik,mahal.berdulang-dulang.bereben, bertingkat.Mungkin ada campur sikit perasaan riak,menunjuk,kalau tak ada baguslah berilah tanpa ada unsur lain termasuk nak bersaing dg bakal besan.Lihat juga jangan ada yg membazir seperti ukiran makanan yg elok pada mata,tapi tak boleh dimakan,atau tak lalu nak telan.Hiasan yg melampau akhiornya ke bakul sampah,agaknya Allah akan tanya ke tidak? Orang kita juga suka meletak harga anak ,mungkin kerana nak jaga status,takut orang kata.Piiiiraaaah,status pada mata manusia,apa guna, jika Allah mengejinya,sedang anak nabi pun setakat yg diceritakan dlm hadis diatas.Yg pelek bercinta bagai nak rak, bertahun tahun,tapi bila nak kahwin letak harga tinggi sampai bakal menantu kena berhutang,lepas kahwin,dok bayar hutang bertahun.Nak jadi menantu kita,nak jaga anak kita,logiknya nak letak harga buat apa?Saya tahu ada juga orang buat pek tikam pek(pengantin perempuan tolong bayar)>ini sah nak tunjuk harga tinggi.Tiga orang anak perempusn saya tidak ada belanja cuma mas kawin saja rm300.Bukan nak menunjuk tapi utk kata cakap serupa bikin dan kot mengkalu ada yg mau ikut. (mengkalu = sekiranya,dg yg demikian) Bila kenduri pula ada yg membazir dari segi cenderahati.Bagi bunga telor,pada hal zaman kini mana orang makan telur rebus walaupun itu budaya,balik dibuang,patutnya

Saturday, 11 July 2015

REZEKI YANG DIROSAKKAN

REZEKI YANG DIROSAKKAN

Ini kisah sebenar.Semasa saya menjadi setiausaha masjid dulu,saya pernah berusaha memungut sumbangan bagi membina semula masjid yg sangat uzur.Berbagai usaha dan kaedah sumbangan dibuat.Bila masjid siap,pihak masjid masih memerlukan beberapa microphone untuk azan dan kuliah.Seorang anak qariah yg berniaga, suatu hari menemui saya ketika saya ke pekan membeli ikan dan menyerahkan wang RM5000.00,katanya utk menampung pembelian mic dan apa saja yg perlu.Saya pun terima dg berbesar hati.Petang itu juga saya ke Sg Petani mencari microphone yg terbaik.Malam itu mic berkenaan telah berfungsi dg baik.

Esok pagi,seperti biasa saya datang lebih awal kerana seorang jemaah masjid suka bertarhim sebelum subuh.Bila ke tempat PA system,saya terkejut kerana mendapati getah yg membalut wayar mic semuanya seperti dimakan sesuatu,yg tinggal hanya wayar tembaganya dari mic hingga ke pembesar suara.Pagi itu mic tersebut tak boleh digunakan.Selepas subuh saya bercerita kepada beberapa jemaah hal tersebut.Seorang jemaah bertanya,siapa penderma.Saya menyatakan tanpa syak.Dia terkejut dan berbisik dg saya dan menyatakan orang itu baru kena loteri 4 no ekor Rm70000.

Dipagi itu juga saya mencari peniaga berkenaan dikedainya dg membawa baki wang yg ada.Saya berterus terang bertanya padanya.Walaupun dia terkejut tetapi akhirnya mengakui,dia kena loteri tetapi katamnya duit yg dia bagi bukan duit loteri tetapi duit simpanannya.Saya tetap menyerahkan wang baki yg ada dan menamatkan kata kata bahawa nila setitik rosak susu sebelanga.Saya meninggalkannya walau dia merayu.

Betapa tuhan tidak redo sumber yg haram menjadi sebahagian rumahnya.Allah Maha Kuasa,ia datangkan semut utk menunjukkan kebenciannya,ketidakredoannya.Betapa tuhan tidak mahu kesucian sumbangan orang lain bercampur dg kemaksiatan.
Saya menyeru kita mengambil iktibar.Janganlah rezeki kita yg bersih dititik walau setitik sumber yg haram.Mungkin kita tidak tikam ekor,tetapi pernah tak kita mengambil mc tanpa sakit,pernah tak kita datang lewat atau balik awal dari waktu sebenar sebagai pekerja,pernah tak kita mengambil komisyen dalam urusan pembelian ditempat kerja,pernah tak kita melaksanakan urusan peribadi atau keluarga dalam masa tugas,pernah tak kita mengambil pen atau alat tulis pejabat ke rumah utk kegunaan sendiri atau keluarga,pernah tak tuntutan perjalanan tak menepati perbatuan sebenar?Pernah tak.........Rezeli yg baik jangan dirosakkan.Susu yg dianugerah Allah jangan dititis nila walau setitis,rosak selutuhnya.

Muhasabahlah,Jika terlanjur,berhentilah,bertaubatlah,mohon ampun,mohon ketua jabatan maafkan.Jika masa pejabat terguna utk peribadi atau balik awal,gantikanlah dg datang awal atau balik lewat.Jika dah terambil harta pejabat,gantikan dan mohon ampun pd Allah.
Takutlah kepada Alah,seandainya dia mengirim sesuatu untuk memakan dan memusnahkan apa yg kita perolehi secara haram seperti dlm kisah ini.ABD GHANI HARON

Friday, 10 July 2015

BILA MELIHAT SESUATU

BILA MELIHAT SESUATU....
Sekeping kertas kotak barang terdapar dilantai,lalu saya bertanya seorang pekerja saya,"Hang nampak apa?"sambil saya menunjuk kepingan kertas itu.Dia cepat menjawab,"Sampah.".Saya membalas,"Saya melihat duit."Dia tercengang,dia ingatkan ada duti yg jatuh pada hal saya melihat kepingang tong kertas itu jika dijual ada nilainya beberapa sen.Saya nak menghurai tentang sudut pandangan.

Bila melihat sesuatu,kita akan membuat tanggapan dan tafsiran sendiri mengikut sudut pandangan kita.Dari insiden diatas,sekeping kertas sudah dipandang dari sudut berbeza.Mereka yg positif sentiasa memikir peluang dari setiap sesuatu manakala yg negatif sentiasa menepis dan menolak utk berfikir.Firman Allah ” Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, [192] (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi.........

Jelas ayat tersebut menerangkan bahawa apa juga yg dijadikan tuhan ada faedahnya,terpulang kpd kita mentakrifkannya, mentafsirkannya,mengkajinya. Berenga dari lalat menjadi alat membersih kaki buruk kencing manis,kolam takungan indah water menjadi sumber rezeki setengah orang utk memancing,pek nga(lempeng)yg menjad makanan tradisi melayu dulu menjadi kesukaan bila diupgrade dg kuah gulai yg sedap.asam paya menjadi kesukaan bila dinamakan rosell,pisang tua luas dipasaran bila dijadikan makanan ringan dg berjenama dll.Jadi,apa yg ada didepan mata anda,itu adalah peluang,fikirkanlah.

Ayat tersebut juga membawa maksud apa juga peristiwa yg terjadi pada kita tidak sia sia,ada faedahnya.Cuma kita kena fikir,kena tafsir dan mengambil masa.Jangan biar apa yg berlaku berlalu begitu sahaja.Seekor kucing yg mengiau di dapur rumah kita,seorang peminta sedekah yg muncul dipintu pagar kita,seorang sahabat lama tiba-tiba menelefon kita,bila nak bertolak ke pejabat,tiba-tiba tayar pancit sebelum keluar pagar rumah,semua ada sebabnya,ada yg kita kena fikirkan kerana apa yg berlaku adalah digerakkan oleh Allah.Mungkin binatang yg datang kerumah ,peminta sedekah yg datang kerumah adalah pembuka jalan utk kita bersedekah,seorang sahabat lama menghubungi mungkin ruang utk menjalin ukhwah,tayar pancit dirumah mungkin lebih baik dari pancit dijalan yg membahayakan dsbnya.

Bila lihat sesuatu,anda sedang melihat kebesaran Allah kerana jika anda melihat alam yg cantik,maka yg cantik itu adalah penciptanya.Jika anda melihat manusia yg gagah,maka yg gahah itu juga penciptanya bukan manusia yg kita lihat.Ini adalah pandangan hakikat.Cawan yg cantik ,bila dipecahkan,hilang cantiknya,tetapi pembuat cawan ini boleh membuat cawan itu lagi.Dg itulah dikatakan cantik itu letak pada pembuatnya,sama seperti penciptaan alam yg lain.

Bila melihat musibah,ambillah iktibar.Bila melihat orang sakit,berusahalah utk mengelak dari terkena sprt itu,bila melihat kemalangan,beringatlah utk tidak terjadi pd kita.Bila melihat kejayaan orang,ambillah langkah utk mengikut jejak,mempelajari,meniru utk turut berjaya.Jangan sibuk bertepuk tangan shj,memuji,tapi kta tak berganjak setapak pun.Bila melihat keburukan,berusahalah untuk mengelak dari terjadi kpd kita.

Kesimpulannya semua yg datang kpd kta dlm apa bentuk pun,Allah menyuruh memikirkan sama ada ia menjadi peluang,menjadi iktibar,menjadi ikutan,menjadi pelajaran,untuk kita bersyukur dan sebagainya.Jangan sesekali memandang tiap sesuatu yg tuhan jdkan sebagai remeh,sia-sia dan tak berguna,lalu dibiarkan..Lihatlah semua perkara dari berbagai sudut,jangan lekas nak marah membabi buta,bebal,membebel. mengeluh.Jika ia peluang,gunakan,jika ia peringatan,beringatlah,jika ia hukuman,bersabarlah.,jika ia anugerah bersyukurlah.ABD GHANI HARON



JANGAN TUKARKAN RM DENGAN DOSA

JANGAN TUKARKAN RM DENGAN DOSA

Seorang lelaki yg berbual dg rakannya disebelah saya ketika menunggu giliran,berkata,"Hilang lima puluh ringgit hari ini,tak pakai tali pinggang keledar punya pasai.Kalau biar dia saman ,lagi banyak kena bayar."Kawan sebelahnya hanya mengangguk dan senyum.Saya teringin nak jawab tapi bimbang jadi pertelagahan.

Dia kesal hilang lima puluh padahal dia tidak sedar dia telah menempah neraka dg lima puluh itu kerana memberi rasuah.Itu hukum Allah,pemberi dan penerima rasuah,keduanya dlm neraka.Tak pakai tali pinggang keledar bukan boleh menyebab masuk neraka,bukan berdosa,dia hanya boleh di saman dan denda rm 300.Kes ini tak dibawa ke mahkamah akhirat.Tetapi bila dia nak jimat Rm 300 dg beri rasuah Rm 50,dia menempah satu tempat bersama polis itu dineraka.

Jika buat salah,mintalah maaf kpd polis yg menahan kita.Jika dia tak mau maaf,terimalah saman.Itu bermakna Allah menarik balik sebahagian rezeki kita.Muhasabah diri,jangan pula dah ambil slip saman,dok maki hamun polis tu pulak.Ini pun menempah neraka dan lagi teruk kerana kena bayar rm300 lagi.Paling cantik bila kena tahan,minta maaf,buatlah sedikit rayuan,jika tidak diterima,ambil slip saman,senyum pada polis itu dan ucap terima kasih dan mulalah muhasabah diri kenapa Allah tarik balik rezeki.

Saya biasa cubit anak yg dipangkuan isteri bila ditahan polis kerana memandu laju,melolonglah budak tu.Bila polis menghampiri,dia pun bertanya sebab anak melolong.Saya beri alasan tu lah sebab saya memandu laju nak ke hospital.Polis tu pun tak jadi saman dan suruh cepat-cepat pergi.Nasib baik hospital berada diarah hadapan jalan yg dituju.Kalaulah polis itu saya masih kenal,saya nak minta maaf kat dia kerana tipu dia.Cerita 30 tahun dulu.Dilarang meniru.

Kekadang kita memandang remeh hukum Allah bila ia berkait dg wang ringgit.Jangan tukarkan rm dg dosa dan neraka.

Thursday, 9 July 2015

DOSA KECIK SAHAJA

DOSA KECIK SAJA!

 Kelmarin saya melihat seorang jiran saya mencabut rumpur di tepi pagar halaman rumahnya dan melemparkan rumput ke jalan didepan rumah.Hanya melihat dari jauh,dalam hati teringat orang tua ini mungkin tidak memahami atau tidak mengaji bahawa dalam amalan iman,antara yg disebut membuang halangan dijalan.Dalam menghurai halangan disini,termasuklah apa saja yg membahayakan manusia dan makhluk Allah.Sampah mengotorlan,mungkin menyebab kegelinciran.Begitulah juga tabiat orang yg sewenang-wenangnya menggugurkan sampah dari kereta mereka dijalan,membuang plastik minuman,plastik bungkusan,kulit buah-buahan dll.Jika buang halangan dijalan itu amalan iman,menambah halangan,membuang sampah dijalan itu bertentangan amalan iman dan menjadi dosa.

Tiap amalan buruk walau kecil akan melahirkan keburukan lain.Contoh jika anda buang sampah dijalan,ini menyebabkan sesorang jatuh,cedera,sedangkan dia perlu bekerja utk tanggung anak isteri,kini anak isteri pula,menderita dan seterusnya.Lihatlah betapa satu perlakuan buruk yg kecil yg kita buat,menjana dosa bertingkat-tingkat tetapi kita tidak terasa kerana kita telah berlualu darinya dan tidak sedar. Begitu juga setiap kebaikan walaupun kecil akan melahirkan kebaikan yang lain. Jika kita melakukan kebaikan, maka akan menjadi pintu gerbang untuk memasuki pelbagai kebaikan yang lainnya.Ibarat membuang batu dijalan,akan mengelak dari mencederakan orang lain,orang itu mungkin nak ke masjid,beribadat atau melakukan keperluan hidupnya dan seterusnya,yg menumpang menjana pahala kpd kita juga.Inilah yg dikata kebaikan bertingkat tingkat.Jika kita meremehkan kebaikan yg kecil atau meninggalkannya, akan menutup pintu gerbang yang mendatangkan kebaikan-kebaikan tersebut.

 Setiap kebaikan sekecil mana pun akan membawa seorang muslim ke dalam syurga. Sabda nabi: “Barangsiapa yang membuang batu di jalanan, ia akan dicatat telah mendapat satu kebaikan (pahala), dan barangsiapa mempunyai suatu kebaikan, maka ia akan masuk syurga”. (Tabrani)Dalam hadis yg lain, Rasulullah SAW mengajarkan, “Jangan pernah kamu meremehkan kebaikan, meski dengan menyambut saudaramu dengan wajah berseri.” (HR Muslim).
Allah akan membalas suatu amalan yang kecil dengan balasan yang besar dan mahal iaitu syurga.

Jadi jangan pandang remeh pada apa juga dosa atau amal baik kerana ia bertingkat dan berkembang.Jika anda tidak menutup aurat,tidak bertudung atau berpakaian seperti telanjang atau di fb anda menulis sesuatu yg menyakit hati,ia menyebab orang lain yg memandang, berdosa,yg melihat di fb dan membacanya terasa hati.Berapa banyak manusia yg melihat fb yg 24 jam dan seluruh dunia.Berapa banak dosa dijana dan berterusan.Jika anda hanya merokok dlm bas yg hukumnya haram,ia mungkin menyebab orang lain batuk,selsema,sesak nafas,adalah dosa yg dipandang kecil tatapi membesar bila memudaratkan orang lain.Tetapi satu perkara baik yg dibuat menjadi gerbang menjana kebaikan bertingkat-tingkat.Satu pesanan, seruan,pandangan,saranan ,gambar yg baik di fb boleh dilihat 24 jam diseluruh dunia yg mungkin menyentuh hati sesiapa.Jangan meremehkan satu dosa kecil atau satu kebaikan,ia menjadi gerbang dosa atau pahala,ia menjadi berkembang menjadi besar..ABD GHANI HARON





NAFSU TIDAK PERNAH TUA

NAFSU TIDAK PERNAH TUA
Ketika menunggu sesi dailisis,beberapa pesakit berbual.Perbualan mula melencong kepada mengusik misi muda yg lalu lalang sibuk dg tugas.Senyuman misi yg meleret,sahutan balas yg lembut membuatkan mereka semakin gatai,makin miang.Saya diamkan diri,kerana saya dah jangka keadaan ini.Kadang berlarutan hingga ke perkara sedikit lucah.Mereka tu ,tua-tua belaka macam saya,60an,rosak buah pinggang lagi,pun masih ada miangnya,benarlah kata orang, tua keladi,makin tua makin gatai.

Nafsu tidak pernah tua seperti umur kita,seperti tubuh anggota kita. Nafsu tetap muda.Sebab itulah ujud kata miang keladi,makin tua makin menjadi,makin gatai.Sindrom ini ,yg herannya banyak berlaku dikalangan orang Melayu Islam,pergaulan dg orang Cina jarang saya temui hal ini.Lihatlah dimana pun orang Melayu berbual dikedai kopi,di rumah kenduri,di rumah kematian hatta di masjid, perbualkan lelaki jika tersilap sikit perkataan akan terus dibawa kepada seks dan kelucahan.Dan diikuti gelak terkekek,terbahak.Bahkan perhatikan lawak jenaka kita dlm tv,asyik nak bawa lawak kpd kelucahan,seperti tak ada perkara lain nak dijadikan bahan mengeletek hati.

Sedangkan kalau kita fikir,tuhan menjadikan fizikal manusia dan meletakkan kemaluannya paling tersembunyi,dibina tangan yg tapak keduanya sama ukuran utk menutuip kemaluan bila terlucut pakaian.Tetapi manusia begitru berusaha utk mendedah apa yg disembunyi tuhan dlm percakapan,perbualan,lawak,hinggalah kpd pakaian.Nafsu yg tidak tua inilah yg menyebabkan begitu banyak ubat seks muncul,berbagai kopi jantan,betina,janda , tongkat ali dan entah apa lagi.Peniaga yg mengambil kesempatan dari nafsu manusia yg tidak tua,tetapi umur tua,maka dibuatlah ubat-ubatan dan makanan ini,supaya memenuhi tuntutan utk memulihkan tenaga demi nafsu.Siapa yg mengambilnya,jelaslahj orang itu tergolong dalam kalangan mereka yg menurut nafsu.

Sebaiknya ukurlah diri dg usia,peliharalah nafsu selaras dg usia.
Kadang kita lihat nafsu si orang tua ini juga dijelmakan dalam bentuk kebanggaan.Mereka berkahwin muda,tidak lain utk berbangga, kerana semua orang tahu setakat mana kemampuannya, kekuatannya.Tak payah temberanglah.Tetapi nafsu yg tidak tua kpd mereka menewaskan fikiran mereka,maka terjelmalah begitu ramai orang orang ternama yg beristeri muda trang tang tang,dibawa ke sana sini utk ditayang kpd ramai.Bagi yg mengerti,kita hanya tersenyum dan beristighfar dan berlindung dg Allah.

Berlindunglah dg Allah dari menjadi tua keladi.,dari menjadi hamba nafsu.Tinggalkanlah percakapan berbaur kelucahan kerana ia tidak disukai Allah,bahkan tidak dihormati dikhalayak ramai,disamping ia merendahkan martabat penuturnya.Terlalu banyak perkara ,topik lain boleh dipercakapkan,bukan perkara itu shj.Mereka yg menjadikan perkara lucah sbg perbualan,jelaslah dia hamba kpd nafsu yg nyata,fikiran dikuasai nafsu yg tidak tua.Mereka yg menyahutnya,turut terseret sama.
 “Tidak seorang muslim pun yg melihat kecantikan wanita, kemudian dia mengalih pandangan matanya kecuali Allah akan memberikan kpdnya kemanisan dalam ibadatnya.”Riwayat Ahmad dan At Tabrani

Adakah nabi berbicara dan bergurau dg kelucahan?Jika tidak mengapa kita lihat gejala ini sangat meluas hingga yg berceramah pun mengambil modal kelucahan untuk buat orang gelak.Tinggalkanlah tabiat ini,tinggalkan mereka yg bercakap perkara lucah,jangan layan kelucahan.Malulah kpd Allah kerana Allah yg mencipta manusia menyembunyikan kemaluan dan diperintahkanNya supays menutup aurat.ABD GHANI HARON

Tuesday, 7 July 2015

KALAU MENGAJI TAK PANDAI

KALAU MENGAJI TAK PANDAI,NANTI NAK KERJA APA?

Allan Ooi tauke percetakan Ak Kow Press pernah berkata pada saya ketika menghadiahkan sekeping poster gambar wang seluruh dunia Katanya "Lu tengok kita punya tokong dlm rumah semua muka bengis,nampak jahat,sebab kita hormat dan sembah tok nenek yg jahat saja,yg baik tak sembah pun tak apa, dia tak kacau sama kita.Tok nenek yg jahat kena hormat kena taruh gambar pd dinding,kena sembah,kena bagi makan baru dia tarak kacau.Itu sebab kita kena gantung gambar duit dlm pejabat depan pintu masuk.Ini duit semua hantu,lu tengok,semua duit ada gambar orang sudah mati,kita kena hormat sama dia,baru dia mau mai duduk sama kita."Bersungguh dia menerangkan.Dia benar-benar bertuhankan duit.Kita bagaimana?

Ada orang kata ada duit semua jadi.Ada orang kata,kalau tak ada duit tak payah nak sembang.Ada yg kata duit adalah segalanya.No money no talk.Pagi petang fikir duit,fikir nak cari duit.Mandi peluh diladang,dilaut,ditempat kerja,kerana duit.Nampak macam kita lebih kurang sama dg si Allan Ooi,cuma Allan percaya pada gambar duit,kita mengabdi diri utk mendpt duit.

Minggu lepas ketika ke Bank Islam mengeluarkan duit,saya diberi semua note RM 100.Ketika balik teringin nak minum air tebu dijalan.Gerai pertama menolak note Rm 100 saya,gerai kedua pun sama dan gerai ketiga pun sama. Mereka menolak kerana tiada tukaran.Jadi tak betullah kata kata ada duit semua boleh beli,semua boleh dapat. Akhirnya balik buat airr sirap dirumah.Sesungguhnya rezeki itu ditentukan Allah.Bukan duit yg menentukan,meskipun hanya sekadar segelas air tebu.Siapa yg berkata ada duit semua jadi,telah menafikan kuasa tuhan yg menentukan rezeki.Siapa yg mengejar duit utk hidupnya telah menafikan tuhan yg memberi kehidupannya.Siapa yg mengira gaji sebagai jaminan hidupnya,telah kufur kpd ketentuan rezeki ditangan Allah.Siapa yg bertuhankan wang secara tidak ketara,tidak jelas,dia telah menafikan tuhan yg menjadikannyalah yg mentukan hidup dan rezekinya.

Ada orang berpesan kpd anak suruh belajar rajin-rajin,nanti dapat kerja besar,gaji besar,senang hidup.Kalau gagal,nak kerja apa,nak maksn apa.Kalau mengaji agama,ngaji pondok,tahfiz,tak ada sijil,nak hidup macam mana.Percakapan yg menafikanAllah yg mengatur rezrki.Berapa ramai yg lulus jurutera,akauntant, pendidikan dll yg menunggkat dagu,menumpang rezeki emak bapa kerana tiada kerja,tetapi mereka yg tiada ijazah,yg mengaji agama,Allah buka rezeki mereka dlm niaga,kerjatangan ,keusahawanan,pendidikan agama,motivator dll.Mana kebenaran ijazah menjamin rezeki?

Jangan kesal jika jualan tidak laris hari ini,padi kurang menjadi,ikan tidak banyak tersangkut dipukat,gaji tak naik, atau hilang pekerjaan,kerana hidup kita bukan kerana gaji,pendptan,tetapi kita hidup kerana tuhan menghendaki,tuhan juga yg menentukan segalanya.Yg ada pd kita hanya usaha dan bertawakkal.Kita bukan penyembah wang, kita menyembal Allah yg akan melimpahkan rezeki dlm berbagai bentuk dan keadaan termasuk wang ringgit, emas perak, makanan dll.Awas percakapan anda, berhati hatilah dlm keyakinan kita.
ABD GHANI HARON

Monday, 6 July 2015

SINGGAH DI MASJID UTK BUANG AIR

SINGGAH DI MASJID UNTUK BUANG AIR?

Bila anda menyumbang ke tabung masjid,apa niat anda?Untuk kegunaan masjid menyediakan kemudahan bagi orang beribadat.Bayar bil letrik,air,beli peralatan dsbnya.Kita tidak beri sumbangan untuk kemudahan orang yg bukan nak ibadat,kita tidak beri sumbangan untuk manfaat individu.Bertitik tolak dari sini,jom kita lihat beberapa situasi penggunaan harta wakaf dan sumbangan orang ramai khususnya dimasjid dan surau secara kurang betul.

Duduk bersembang dibalai lintang,bercakap hal dunia dg lampu terbuka dan kipas berputar adalah mengguna letrik masjid dan alatannya bukan utk ibadat,lagho,apa lagi bila sembangnya berlarutan.Ditambah lagi dg gelak ketawa,merokok dan membuat sampah.Balai lintang masjid di sesetengah tempat menajadi tempat lepak lepas solat Isyak

Ada orang singgah masjid dalam perjalanan kerana nak kencing dan berak.Tak terasa janggalkah,rumah Allah disinggahi untuk membuang najis.Sedangkan orang yg menyumbang wang utk bil air masjid utk kemudahan orang bersolat,saya ulang utk kemudahan orang bersolat.Tandas masjid bukan tandas awam,ia tandas untuk orang yg datang beribadat.Jika kecemasan sekalipun,kenapa pilih masjid,rumah Allah,kenapa tak kedai kopi,bahkan melepas dlm semak dijalan mungkin lebih baik jika ada bawa air atau tisu.

Seorang guru saya berkata,jika kita mengambil air masjid untuk menyiram selipar atau kusyen motor yg kotor setelah turun dari masjid untuk balik rumah,itu tidak diharuskan,kerana kita mengguna air utk kepentingan diri.Tetapi jika kita mencuci kaki dan selipar ketika datang ke masjid utk solat,itu diharuskan sebab menepati penggunaan air utk tujuan ibadat.

Saya bercakap atas pandangan saya dan pergaulan dg mereka yg amat berhati-hati takut terbuat perkara haram.Anda mungkin ada pandangan sendiri,tetapi saya ingin mengajak semua supaya lebih halusi dg harta wakaf.Masjid adalah rumah Allah,tempat ibadat bukan tempat melepak,bersembang,tandasnya bukan tandas awam.Masjid hidup dg sumbangan orang ramai,jangan dibebankan kewangannya lagi untuk manfaat peribadi.Jamaah yg bermalam dimasjid berhari-hari sepatutnya menyumbang kpd masjid terutama masjid yg daif di kampung utk menampung bil air dan letrik yg digunakan.Sebaiknya bantu pentabiran masjid utk menambah kewangan.ABD GHANI HARON

Sunday, 5 July 2015

JIKA MELATIH KERBAU

JIKA MELATIH KERBAU,PEGILAH KE KANDANGNYA

Seorang rakan sebaya saya yg menyertai satu jamaah Islam menegur saya dg katanya,"Cikgu bercakap agama,tapi saya tengok dalam tulisan cikgu seperti cikgu tengok tv yg penuh berbagai perkara maksiat dlmnya,ambil tau juga hal artis,hal politik tak islamik,sukan dan berbagai benda lagho lagi.Tak sesuai kot orang cakap agama buat benda begitu."Saya menjawab disini.

Jika seseorang itu mengaku Islam,maka Islamnya sempurna bila dua perkara dibuat iaitu menyeru yg makruf ,menegah yg mungkar..Jika buat ibadat sahaja,tak tegah mungkar,lari dari mungkar,mengasing diri dari perkara mungkar dlm masyarakat,maka Islam mereka tidak sempurna,sempurna sebelah shj.Nak menegah mungkar,kita kena berada dlm masyarakat,kita kena lihat apa perkara mungkar mereka buat,kena faham,kena kaji dan buat teguran,beri nasihat.Mereka nak ikut ke tidak itu bukan urusan kita,kita di perintah menyeru kpd yg baik,menegah yg mungkar.Soal berjaya tidaknya,itu urusan Allah.

Jika nak melatih seekor kerbau untuk menurut perintah,kita kena pergi ke kandangnya,terkena najisnya,terajang dan tandukannya,baru akhirnya kita boleh menundukkannya.Jika kita terus menjauhkan diri dari kerbau itu,bolehkah kita melatihnya untuk patuh pada arahan.Jangan jadi manusia suci,yg sibuk dg tasbihnya shj,jalan tunduk shj,hidup macam kera sumbang sendirian, rasa diri wara,hakikanya bila dihadap dihadapan Allah,mana amal menegah mungkar kamu masa hidup,terbelalaklah biji mata.Mereka yg menjd pendakwah,ustaz yg berceramah,sepatutnya perlu memahami semua selokbelok hidup masyarakar untuk diperbetulkan,jangan hanya menyampai ilmu,tetapi tegurlah masyarakat,perbetulkanlah mereka,maka dg itu kena tahu apa kemungkaran yg mereka buat.

Saya nak mengajak semua menilik,sempurnakah Islam kita bila kita hanya buat ibadat shj sedangkan teras kpd Islam ialah menyeru yg baik,menegah yg mungkar.Sebab itu Allah takdirkan perkara mungkar dikeliling kita sebagai ujian,siapa yg berlepas diri bukanlah bertambah imannya tetapi menjadi golongan yg tewas.Jangan jadi bagai sami suci yg duduk ditempat ibadatnya ,tanpa mengambil tahu hal masyarakat.Janganlah menjadi seorang lalaki yg dipimpin ke syurga,tetiba dari neraka keluar anak isterinya dan berkata,"Ya Allah,lekaki ini bapa kami,suami kami,semasa didunia dia tidak menyuruh kami berbuat baik,tidak melaramg kami berbuat mungkar,hari ini kami tuntut kpd Mu keadilan".Lelaki itu akhirnya dihumban ke neraka.Inilah contoh mereka yg beribadat shj,mereka yg mementing diri,memikir utk diri sendiri shj masuk syurga,tidak mahu menghulur tangan bergandingan beramai menuju kesyurga.Ajaklah semua orang ke syurga dg berbuat baik,menegah mungkar.

Jangan abaikan apa juga kemaksiatan yg samoai kpd pengetahuan kita.Tegahlah dg tanganmu,kuasa yg ada pada kamu,dg lidahmu,atau dg kebenvian dihatimu,tetapi itu selemah-lemah iman.Sampai bila iman nak dibiar lemah.Jangan berfikir jika aku tegah pun dia tak berubah,atau teguran aku takkan sampai,tak berkesan.Soal berubah,soal berkesan tidaknya teguran kita,itu hak Allah.Kita diduruh melakukan dg kudrat yg ada.Tidak ada konsep bagai anjing menyalak bukit atau ular lidi nak menelan naga,kerana anjing takkan dapat meruntuh bukit,ular lidi takkan tertelan naga,tetapi Allah akan berupaya meruntuh bukit,menundukkan naga,dg sebab usaha manusia.
ABD GHANI HARON

Saturday, 4 July 2015

MENGIDAM

KISAH ORANG MENGIDAM -satu catatan pengalaman.

Petang hari khamis yg lalu,saya bersama pekerja seperti hari kain dibulan ramadan ini sibuk mengagih 400 bungkus bubur kanji.Biasanya habis sebelum 5.30 petang.Kira -kira jam 6.30 petang ,ada seorang wanita pertengahan umur yg sarat mengandung,mungkin 8 bulan kerana nampak besar kandungannya berdiri dihalaman bersama motor yg agak tua.Tangan kirinya seolah mengampu perut yg membusung,lalu berkata,"Cikgu,kanji ada lagi dak?"Saya cepat menjawab dah habis,tetapi rasa simpati menyebabkan saya bertanya datang dari mana.Dia menjawab,"Pinang Tunggal."Ya Allah,pinang Tunggal tu lebih kurang 7 km dari rumah saya.Dia menunggang motor yg separuh umur sendirian hanya untuk dptkan bubur kanji.Saya segan nak bertanya mengapa suaminya tidak datang.Ada beberapa tempat lagi yg mengagih bubur sebegini.

Saya jadi serba salah.Dalam hati berkata tentu dia mengidam,jika tidak takkan diredahkah perjakanan sejauh ini sendirian dg perut yg membusung.Teringat saya menyimpan dua bungkus bubur kanji untuk cucu.Saya bergegas ke dapur dan masih ada satu bungkus belum dibuka,..Bila diserah kpdnya,nyata airmukanya yg hampa telah berubah kpd senyuman dan terpacul kata syukur.Dia terus berkata,"Rezeki saya." Ucapan terima kasihnya berkali kali diucap dan berlalu dg motornya.Saya menghantarnya dg pandangan dan rasa puas kerana dapat memenuhi hajatnya.Tidak lain pastilah wanita ini mengidam dan Allah telah mengatur rezekinya.Saya bernasib baik tidak terhalang oleh rasa tamak dan bimbang tidak cukup.Allah sengaja mengatur hal ini,juga sebagai ujian

Teringat dulu,saya telah dipesan oleh seorang kawan yg tinggal di Kuala Kubu Selangor, utk membeli mee maggi yg dijual di Mekah,kerana isterinya yg mengandung mendengar cerita orang bahawa mee maggi Mekah sangat sedap.Saya kesana mengerja umrah.Empat bungkus dibeli dan dibawa balik.Sementara menunggu kawan datang ambil saya simpan mee ini dlm almari.Saya masuk bekerja setelah beberapa hari balik.Suatu hari bila balik bertugas terlewat kerana mesyuarat,saya dan isteri mengsyaki sesuatu bila melihat mangkuk bekas beri mee maggi didapur.Bila ditanya anak lelaki,apa yg mereka makan,katanya,"Mee maggi kami jumpa dlm almari.Seddaap abah oooi." Kering darah saya mendengarnya.Saya segera membuka almari dan rasa sedikit lega bila masih ada satu bungkus mee lagi.Masa itu juga saya telefon kawan saya dan minta dia datang hari itu juga untuk ambil mee tersebut,jika tidak dia kena bayar tambang rm 5000 lagi untuk memenuhi hasrat isterinya yg mengidam mee maggi mekah.

Cerita orang mengidam,walaupun ini adalah kepercayan shj,tiada kaitan dg agama,tetapi atas dasar kesihan,simpati dan kasih,tak sampai hati tidak diturutkan.Bagaimana pun memenuhi harapan dan permintasn tetaplah suatu amalan baik disisi Allah.Cuma jangan mengidam yg bukan bukan.Isteri saya pernah bercerita ketika tinggal di Penang dulu,jirannya yg mengandung mengidam sup khinzir kerana bau tumisan jiran cina disebelah rumah setiap hari,hingga diminta jiran cina tersebut memasaknya.Bila dihantar semangkuk,dan dia duduk untuk makan,tuhan memeliharanya dan kandungannya.Dia muntah hingga bagai habis isi perut keluar,walau belum menjamah sup tersebut dan berakhirlah mengidam sup khinzir

Jadi penuhilah permintaan isteri yg mengidam selagi mampu dan tidak memudaratkan.Ia lambang kasih sayang,simpati.Kepada mereka yg tidak berkaitan saudara pun,berilah kelapangan kpd ibu mengandung,berilah keringanan seolah berkongsi bebanan yg ditanggungnya,sesungguhnya membantu mereka bermakna kita membantu takdir Allah untuk melahirkan satu jiwa,siapa tahu mungkin ia menjadi seorang insan beriman,pemimpin, pendakwah,pejuang agama dsbnya.Usah bersembang hal makan itu ini yg sukar diperolehi atau terlalu mahal yg boleh didengar oleh ibu yg mengandung bimbang ia menyusah dan menggusarkan suami yg kurang mampu..ABD GHANI HARON

Friday, 3 July 2015

BETULKAN RUKUN QAULI

BETULKANLAH RUKUN QAULI

Saya nak sentuh sekali lagi soal rukun solat utk tujuan mengingatkan.Rukun solat dikumpukan kpd 3 kumpulan iaitu rukun qauli (bacaan)fi'li (perbuatan) dan qalbi (hati)Saya nak tumpu rukun qauli yg banyak orang teralpa.
Ada lima tempat rukun qauli iaitu takbiratul ihram,fatihah,tahiyat, selawat dan memberi salam.Rukun ini kena disebut dg lisan bukan dalan hati,atau sik sik saja,kena jelas.Takbiratul ihram kena di sebut Allaaahuakbar hingga boleh didengar oleh telinga kita,mesti disebut penuh huruf ,begitu juga rukun qauli yg lain yg lain.

Banyak orang yg baru nak belajar solat,yg dah lama solat terlupa rukun qauli iaitu rukun bacaan atau lafaz.Rukun ini kena disebut penuh setiap huruf mesti dengar sekurangnya oleh telinga sendiri.Fatihah ada 156 huruf,kena sebut semuanya dan didengar.Bukan main bisik-bisik saya,atau merumit mulut shj.Takbiratul ihram mesti sebut dan dengar penuh Allahuakbar, jangan bunyi Allaaaahhh...saja atau Allaaaaaah...bar,atau tak bunyi langsung,konon khusyuk..Salam mesti disebut Assalamualaikum ....jangan sebut salamualaikum, tak sah solat kerana tinggal satu alif didepan.Tak payah tunjuk wara,khusyuk dg sembahyang macam orang bisu, senyap sunyi sedangkan kita tak bisu.Tak sah solat.Sia-sia solat.

Surah Al-`Isra' ayat 110:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Berhati- hati dan bersungguhlah dlm solat dg memastikan kita patuh semua rukun qauli,fi'li dan qalbi setiap kali solat.Jangan berasa aku dah ok,aku dah solat berpuluh tahun,dah mahir.Mahir ka tak mahir ka,rukun kena patuh.Jangan pulak nanti bila dibuka catatan amal,kita ternganga melihat tiada pahala solat kerana tak patuh rukun,kerana solat ikut-ikut,solat pakai hentam saja,dan solat orang malas yg sebutannya seperti tak makan berhari hari.Ibadat apa pun,mesti patuh sepenuh rukunnya,tak patuh rukun,tak sah,tak patuh sunat,tak rosak ibadat.

Firman tuhan diatas juga mengingatkan kita supaya tidak menyaringkan doa.Setengah orang berqiyamullail(ramadan akhir memang musim qiyamullail)bersolat dan doa dg pembesar suara diawal pagi,didengar berkilometer yg ternyata bercanggah dg ayat ini.Ustaz yg jadi imam pun satu hal juga,apa perlu kita bagi tau kita bersolat malam dg pasang pembesar suara luar masjid..Berdoalah dg kadar sederhana yg didengar telinga sendiri atau didengar oleh mereka yg turut mengangkat tangan supaya mereka tahu apa yg didoakan.
Sama juga tak payan dok keriau kuat-kuat,apa lagi guna mike.Bukankah solat malam itu disuruh bersunyi-sunyi,tak perlu habak kat orang.ABD GHANI HARON

Wednesday, 1 July 2015

BAGAI ADA PEMISAH AIR TAWAR DAN AIR MASIN DI MUARA

BAGAI ADA PEMISAH AIR TAWAR DAN MASIN DI MUARA

Ketika nak meninggalkan rumah kenduri aqiqah,tuan kenduri berkata kpd yg hadir,"Saya mohon maaf kerana membazirkan masa tuan tuan kerana majlis saya."Seorang jemaah bersungut ketika berjalan ke kenderaan," Apa la dia ni.Kita mai kenduri dia,dia minta maaf kerana membazir masa pulak."

Orang yg halus budi bahasanya,yg warak, akan sentiasa merendah diri,menyalahkan diri lebih bagi mereka dari menuding tangan kpd orang lain.Bila mereka berhubung dg orang lain,mereka akan akhiri dg meminta maaf takut tertinggal dosa kerana dosa sesama manusia tidak diampun tuhan.Tuan rumah itu berbimbang ada yg tak kena pd majlis,makanan yg tak menepati kehendak jemputan, bimbang jemputan hadir dan meninggalkan aktiviti lain,keadaan rumahnya yg tak selesa dll.Akhirilah setiap pertemuan dg mohon maaf supaya tidak tertinggal dosa.

Ini satu contoh perbezaan taraf sesama manusia dapat dilihat kpd amalan hidup mereka.Orang yg kuat iman,warak dan beramal dg ilmu tasauf akan sentiasa ingin mendekat diri dg tuhan.Ketika orang berfikir apa program tv malam ini,ketika orang lain bersembang dg kawan kisah drama tv bersiri,program lawak,akademi fantasia,mereka berfikir untuk kemasjid mana,ke majlis ilmu di mana.Ketika orang lain berbincang tempat makan yg sedap,masakan apa yg sedap,mereka berfikir untuk berpuasa sunat,untuk mengurangkan makan.Ketika orang lain bersiap sedia berjaga untuk menonton bola mereka berqailullah untuk menghidup malam dg qiyamullail.Ketika orang lain berhempas pulas nak senang dan kaya didunia,mereka berhempas pulas untuk bersedekah jariah,membuat kerja kebajikan untuk bekal akhirat.

Seorang orang kampung saya setiap hari memberi saya rm 5 utk program sedekah bubur kanji di ramadan ini.Dia tidak menyerah sekali gus utk sebulan kerana nak mengambil kelebihan bersedekah tiap hari meskipun sekedar rm5.Seorang kawan meminta diguna keretanya walaupun saya sudah sediakan kereta saya, utk bawa anak yatim ke satu program,kerana katanya dia juga mahu ganjaran yg lebih dari sekadar jadi pemandu.Begitu halus perkiraan mereka kpd merebut ganjaran yg lebih.Pedulikah kita hal begini.?

Banyaklah perbezaan antara orang awam dg mereka yg ingin mendekat diri dg Allah bagai garis pemisah air masin dan tawar dimuara.Kita semua tidak boleh berada ditahap selesa didunia,tak berusaha utk tingkat tahap keimanan, ketakwaan,mendekat diri dg Allah kerana hanya mereka yg terus berusaha kearah itu sahaja akan selamat di mahsyar.Jangan kata aku dah solat,puasa, haji,berzakat, cukuplah utk masuk syurga sebab kita tak akan masuk syurga dg amalan yg diwajibkan,tetapi kita akan masuk syurga dg kasih sayang Allah.Apakah memadai dg melaksana rukun Islam,untuk Allah mengasihi kita.Sabda nabi, "Tidak masuk syurga diantara kamu dg amalnya.Sahabat bertanya,"Walaupun engkau?"Rasulullah menjawab,"Walaupun aku, melainkan dg limpah rahmat Allah kpd ku." Riwayat Bukhari

Kita ditahap mana????Muhasabahlah diri dan berusahalah utk berubah kpd yg lebih baikABD GHANI HARON