Monday, 14 December 2015
GUNTING KECIL BUAT MERAIH GANJARAN UMRAH
GUNTING KECIL BUAT MERAIH GANJARAN UMRAH
Saya menziarahi seorang kawan sekampung yg hendak mengerja umrah.Ketika berbual,seorang tua jiran sekampung turut berkunjung.Setelah berbual agak lama,pakcik ini minta diri dan ketika bersalam,dia memberi satu gunting kecil kepada tuan rumah.Katanya,"Saya tak mampu nak pi ke Mekah,kerja pun cukup makan saja.Tumpang pahala pun jadilah."Sedih juga mendengarnya.Gunting kecil memang perlu untuk bergunting beberapa helai rambut setelah selesai umrah iaitu bertahallul.
Menumpang berbuat amal kebajikan, atau tolong menolong kearah berbuat kebajikan adalah perintah dari Allah dlm quran."Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya [al-Mâidah/5:2]Ayat ini jelas menunjukkan bahawa kerja kebajikan perlu dilakukan secara bersama,bantu membantu mengikut kemampuan,mungkin kita tidak mampu sendirian ke syurga Allah.
Bila ada orang berkenduri,hulurkan sedikit sumbangan tumpang berkenduri kerana kita mungkin tak mampu nak buat kendiri sendiri.Jika ada program bantuan untuk fakir miskin,yatim,hulurkan juga sedikit yg mampu,kerana jika kita beri sendiri mungkin kelihatannya amat sedikit.Jika orang nak tanah suci,berilah sumbangan walau sedikit untuk menumpang kebaikan.Jika ada pelajar tempat kita yg mungkin bermusafir hingga ke luar negara untuk menuntut ilmu khususnya ilmu agama,berilah zakat atau bantuan,juga untuk membantu kearah kebaikan.Jika ada yg mengumpul bantuan utk bencana atau jihad diluar negara,berilah sekadar ada kerana kita tidak mampu melakukannya sendiri.
Selain wang ringgit,tenaga dan fikiran juga boleh disumbang ke arah kerja kebaikan.Dimana yg boleh pada program masjid atau surau,ambillah peranan,walau tidak berjawatan.Paling tidak,hadirlah menjayakan program yg diatur walaupun hanya sekedar menjadi hadirin,nescaya Allah perkirakan peranan kita.Diprojek sedekah jariah saya ada jiran yg datang tolong gantung pakaian,ada yg tolong kutip penyangkut,ada yg tolong cuci tempat wakaf ambil air bertapis,tolong memungut sampah bahkah ada yg datang untuk bersembang dan memberi sokongan kerana umur yg telah lanjut dan tidak berdaya lagi,yg lainnya menyumbang barangan dan wang ringgit.Semua ada peranan, kerana saya sendiri tidak berupaya melakukan sendirian.
Hakikatnya,Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang dimana dibuka ruang kita berbuat kebaikan dg cara bantu membantu walau pun sedikit dg kadar kemampuan yg ada kerana mungkin kita tidak mampu melakukan sendiriam..Dengan itu tidak ada seorang pun dari kita yg menjadi hamba Allah boleh berkata aku tidak memilki apa apa untuk berbuat baik.Hatta jika kita terlantar dikatil pun,atau sebagai suri rumah yg hidup berlegar dirumah shj,panjatlah doa utk mereka yg berbuat kebaikan,lontarkan rasa simpati dan sokongan, moga Allah beri juga kebaikan kpd kita.Bila mendengar suatu kerja kebajikan yg dilakukan jauh dari kita yg tidak terjangkau,panjatkanlah doa untuk mereka,itu juga satu pertolongan kerana salah satu senjata orang muslim ialah doanya.Jangan remehkan dan pandang kecil pada setiap bantuan untuk berbuat baikJd jangamlah simpan jari jemari dan tanganmu dg berpeluk tubuh,kaki mu dg bersila panggung,fikiran yg kosong,tetapi carilah ruang dan peluang untuk turut berbuat baik dg apa yg terdaya oleh kita.Jika orang tua dlm kisah diatas hanya sanggup memberi gunting kecil yg harga tidak seberapa untuk tumpang memperoleh ganjaran orang berumrah,fikirkanlah mungkin kita boleh memberi apa untuk tumpang mendapat kebaikan dari usaha berbuat baik oleh orang lain.abdghaniharon
BERSEDEKAH DENGAN BERSOLAT BERJRMAAH
BERSEDEKAH DENGAN BERSOLAT BERJEMAAH
Ketka menghadiri satu usrah,saya terlewat hadir dan ahli usrah lain telah selesai solat berjemaah Maghrib.Bila saya berdiri untuk solat Maghrib, beberapa ahli usrah yg telah bersolat maghrib,menyertai saya bersolat maghrib lagi sekali.Mereka ini faham tuntutan solat berjemaah dan kelebihannya.☺abdghaniharon☺
Walau kita dah bersolat wajib,jika ada yg baru datang nak bersolat,sebaiknya kita bersolat dengannya utk mewujudkan jamaah. Hadis dari Imam Ahmad dari Abu Sa’id Al Khudri berkata; “Seorang laki-laki masuk ke dalam masjid sedang Rasulullah saw dan para sahabatnya telah melakukan shalat, maka Rasulullah saw pun bersabda: “Barangsiapa ingin bersedekah kepada orang ini hendaklah ia shalat bersamanya, ” lalu berdirilah seorang laki-laki dan shalat bersamanya.Dalam riwayat lain diceritakan ada dua orang yg datang ke masjid ketika solat jemaah berlangsung tetapi mereka tidak bersolat bersama kerana telah bersolat dirumah,lalu bila selesai nabi menegur mereka supaya bersolat lagi dengam berjemaah jika mereka temui orang bersolat berjemaah kerana itu nafilah (sunat).
Begitu penting dan ditekankan oleh nabi tentang solat berjemaah hingga selagi boleh,hendaklah didirikan jemaah walaupun orang lain telah bersolat.Solat berjemaah itu 27 darjat melebihi solat sendirian,dg itulah dituntut sangat berjemaah.Jika kita disurau atau masjid dan kelihatan orang nak bersolat sendirian,ajaklah berjemaah utk memenuhi sunnah dan suruhan nabi.Jika kita telah bersolat sekalipun, tetapi jika kita dapati ada jemaah bersolat,sertailah mereka.
Jika kita singgah di surau R & R dilebuhraya,kita dapati ada orang yg lebih senang memilih solat sendirian,walaupun ada orang lain berjemaah.Bukan tidak sah solat,tetapi mereka memilih ganjaran yg sedikit,sedangkan Allah menawarkan yg banyak.Jika suami isteri singgah di masjid,kekadang mereka solat sendirian kerana tempat solat berasingan,sedangkan mereka boleh bersolat berjemaah.
Ubahlah kpd yg lebih baik,kpd mentaati suruhan nabi.Ujudkan solat berjemaah bagi yg nak bersolat.Bagi kita yg telah bersolat,sertailah jemaah yg bersolat jika kita temuinya atau bantulah orang lain yg nak bersolat supaya terjadi jemaah walaupun kita telah bersolat.Akhirnya saya ingin mengulang ayat marilah kita bersama berpimpin tangan ke syurga, kita takkan dapat kesyurga sendirian,kita perlukan insan lain utk bersama kita.Kita perlu oorang lain utk beribadat dg ganjaran lebih besar,kita perlu orang lain untuk berbiat kebajikan,sama seperti orang lain memerlukan kita.abdghaniharon
Friday, 11 December 2015
MENYAPA GELAMA PIPI MERAH DI ALAM MAYA
MENYAPA GELAMA PIPI MERAH DI ALAM MAYA
"Kita dipisah laut dan pantai,pagar dan dinding,jarak dan hukum,suatu hari nanti mungkin kita akan terbang bersama". Itulah antara ayat yg ditemui dalam whatsapp suami saya yg saya curi tengok ketika dia dlm bilik air." Cerita seorang surirumah kpd saya dalam meminta nasihat mengenai masalah suaminya yg berwhatsapp dg isteri orang.
Masalah kemajuan perhubungan dlm meruntuhkan rumahtangga semakin hari semakin serius,cuma tidak didedah,yg kita lihat akhirnya kadar perceraian makin meningkat.Bukan salah teknologi, kerana ilmu semuanya dari Allah utk kesejahteraan manusia,tetapi manusialah memilih untuk memanfaatkannya atau menyalahgunakannya.Sebuah telefon pintar boleh membina masjid tetapi boleh menjd fitnah kpd agama,boleh menjalin ukhwah tetapi boleh juga memecah belah,boleh membawa pemiliknya ke syurga atau juga ke neraka,semua terletak pada yg menggunakannya.
Anda lebih tahu yg mana baik yg mana buruk.Saya kadar mengingatkan.Para suami,dlm menyapa gelama pipi merah di alam maya,ingatlah diri kita,tanggungjawab dan taraf kita.Jangan bermain api,nanti membakar diri.Orang yg dah berumahtangga ibarat bara api,jika dibiar dia akan terus jadi bara,jika dihembus berulangkali,ia akan menyala,maka dalam meneroka alam maya,sapaan biarlah ikhlas,bukan madah penuh berhelah,umpan berkail bersalut madu.Ingatlah nafsu tidak pernah tua,yg tuanya diri kita,tetapi jgn juga jadi tua keladi,tetapi jadilah tuanya padi, makin tua makin tunduk berisi.Malulah kpd anak isteri dan yg lebih utama malulah kpd Allah.
Kpd para isteri,teknologi seolah membebaskan semua orang ke alam maya.Seorang isteri tidak lagi terperok di rumah pada hakikatnya. Ingatlah bila Islam melarang isteti keluar rumah tanpa kebenaran suami,kecuali keperluan hidup,walaupun larangan itu nampaknya bersifat fizikal,isteri yg solehah sepatutnya mengambilkira juga hal ini.Tidak salah meneroka ilmu,mendapat perkhabaran,menjalin ukhwah sesama wanita,menjalin silaturrahim,menyeru yg makruf,menegah yg mungkar tetapi jangan menyapa sebarang orang di alam maya khususnya yg berbeza jantina,melainkan atas niat yg baik dan terkawal.Jika Islam melarang sebarang bentuk godaan fizikal seperti pandangan,senyuman,liuk lentok, maka begitu juga soal godaan dialam maya.Gaya bahasa,gurau senda,gambar dsbnya tetap menjadi jarum halus syaitan utk menyuntik racun pada rumahtangga.
Kpd yg bujang,ingatlah pemuda yg baik adalah mereka yg menunduk pandangan,yg takut kpd Allah,pemudi yg baik adalah yg memelihara kesucian diri,memelihar agamanya. Bila telefon di tangan,tiada siapa yg nampak,tiada siapa yg boleh menyekat,ditangan kitalah memilih utk menjadikannya laluan kesyurga atau ke neraka.Dua malaikat yg disisi tetap tidak akan leka mencatat tiap sentuhan jari anda dan jari itulah akan memetik buah disyurga atau dibakar hangus di neraka.Kemajuan teknologi ini menjadikan syaitan lebih mudah kerjanya mengheret manusia bersamanya kerana maksiat dan kejahatan boleh dibuat tanpa keluar dari rumah, tidak seperti zaman Abu Jah dan Abu Lahab dahulu,tapi dosanya mungkin sebesar itu juga.Namun teknologi juga membolehkan kita melaung kebaikan,menyeru kpd kebenaran seluas isi dunia ini,melebihi suara para nabi, menakluk ruang lebih luas dari Iskandar Zulkarnain,tetapi semua terletak kpd diri kita,nak merebutnya atau nak melihatnya shj.😆abdghaniharon😆
Akhirnya wahai para suami,isteri dan seluruh muslimin muslimat, marilah kita semua memanfaatkan apa yg kita miliki,dlm kontek tulisan ini alat perhubungan, kpd jalan mentaati Allah.Kita akan kembali kepadaNya,kita akan ditanya.Keseromokan dunia ini akan tamat juga.Buat suami yg dok berhubung dg bini orang, berhentilah,pandanglah anak bini yg telah diamanahkan oleh Allah,buat isteri dok menjengok laki orang, jengoklah sekitar rumah sendiri.Bukankah lebih baik memperbaiki tumah sendiri yg sedia ada dari meruntuh dan membina semula yg belum tentu lebih sempurna.Memang tabiat manusia,suka pada apa yg orang miliki,sedangkan yg ada pada kita lebih baik.abdghaniharon
Sharelah,mungkin boleh menjadi teguran secara tidak langsung,moga menjadi saksi dihari akhirat kelak kita pernah menegur,walau dg artikel yg pendek ini kerana nak tegur cara terus takut berkelahi pula.Yg terima artikel ni,mau sendiri faham,jangan marah yg share,marah penulisnya!,jika nak terasa nak marah.
SYARAT UNTUK JADI MENANTU ,TIDAK MEROKOK Singgah di sebuah masjid saya terserempak dengan
SYARAT UNTUK JADI MENANTU ,TIDAK MEROKOK
Singgah di sebuah masjid saya terserempak dengan rombongan pengantin,mungkin ada majlis akad nikah di masjid.Ketika berwuduk di kolah,saya lihat pengantin lelaki merokok di pintu tandas,berkepul asapnya.Agaknya gelabah nak mengadap tok imam.Majlis akad dibuat didepan mimbar dan ssya bersolat di satu penjuru masjid.Tok imam mengguna mike dlm qutbah nikah dan akad.Berkali-kali akad diulang kerana pengantin lelaki tersangkut menerima akad,tergagap,terlupa nama bakal isteri,terlupa jumlah mas kahwin.Imam suruh rehat seketika untuk bertenang.Dalam hati saya berkata, buat dosa dengan merokok,lepas tu nak buat ibadat terima akad dg mulut yg baru berbuat dosa,itulah padahnya.Saya meninggalkan mereka,entah sampai bila baru boleh selesai majlis itu.🐹abdghaniharon🐹
Merokok dan vape dah difatwa haram,haramlah. Berhentilah. Kempen kerajaan nampaknya kurang berkesan.Maka saya nak cadang kempen yg tak melibat kerajaan tetapi libat peranan orang Islam sahaja,kerana rokok ini masalah hukum,masalah merosakkan diri.Apa kata jika semua bapa yg ada anak dara meletak syarat untuk jadi menantu,tidak boleh merokok,jika tidak,pinangan ditolak.Beri syarat kpd anak perempuan,suruh bakal suami jangan merokok,jika dok merokok,mula berhenti sebelum masuk meminang.Kalau semua bapa bertegas hal ini,ramai yg akan berhenti merokok kerana orang bercinta sanggup berkorban apa saja.Mungkin ada orang tanya,cikgu cadang cikgu dah buat ka?Sudah,menantu saya masa meminang telah diletak syarat tidak merokok.Ini perkara hukum,kalau dg rokok sebatang sanggup buat dosa,iman mereka lebih murah dari sebatang rokok,macam tuu kah nak buat menantu,nak menyambung zuriat kita?Tapi kalau kita yg menjadi bapa sendiri merokok,mungkin Allah takdirkan menantu pun merokok sebagai satu kebencian,jika Allah masih menyayangi moga didatangkan menantu yg tidak merokok dan berani menegah..😆abdghaniharon😆
Lebih jauh ,jangan pangkah wakil rakyat yg merokok walau dari parti Islam kerana jika dg sebatang rokok pun tewas,macam mana nak tegak hukum Islam.Guru saya pesan,jangan mengaji dg guru yg merokok,cakap tak serupa bikin,ada sifat munafik,termasuklah cikgu sekolah.Jika boleh guna Pibg minta tukar cikgu yg merokok disekolah,walau dalam tandas,hantar ke SJK Cina atau SJK Tamil,kerana rokok haram pada orang Islam shj..Ni mesti ada cikgu naik angin, minta maaflah, jika nak marah pun fikir banyak kali.
Mungkin bila mengambil pekerja pun kena tanya soal merokok kerana pekerja yg merokok biasanya mengotorkan dan tak lama akan berpenyakit.Bila membeli barangan dipasar minggu,atau gerai makanan,jika terlihat yg menjual berkepit rokok,carilah penjual yg lain,kerana kita seolah memberi rezeki ketika dia buat dosa.Nak beri zakat pun lihatlah asnaf yg tidak merokok supaya duit zakat kita tidak diguna pada perkara haram.Jangan berimamkan seorang yg merokok kerana kita yg tidak merokok lebih baik dari dia yg bergelar imam atau ustaz.Nabi melarang kpd mereka yg berbau mulut kerana makan makanan : "Barangsiapa yang makan buah dari pohon ini yakni bawang putih maka janganlah sekali-kali mendekati masjid kita."(Muttafaq 'alaih)Merokok menyebab bau mulut yg lebih dahsyat.Ustaz yg merokok lebih baik tak dipanggil berceramah kerana mereka ibarat kokok berderai-derai,ekor bergelumang taik.
Banyak lagilah kalau nak sebut.Jika kita semua sepakat dg tujuan untuk kebaikan mereka yg merokok, supaya mereka patuh kpd hukum Allah,perkara ini boleh berjaya.Ini juga satu dakwah.Kepada mereka yg merokok,saya tidak berniat buruk, sesungguhnya cadangan yg diberikan adalah dg tujuan untuk mengembalikan anda kpd jalan yg benar,patuh hukum tuhan. Ingatlah pesan Allah dlm quran,'dan janganlah kamu mencampakkan diri dalam kebinasaan'.(surah baqarah 195) .abdghaniharon
Sharelah sebagai teguran,moga ada hati yg mahu berfikir dan berubah kpd yg lebih baik.Dilarang memadam nama penulis sebagai satu tanggungjawab dan adab.
Wednesday, 9 December 2015
RUGILAH YANG BERNIAT MEMBELI KERANA HARGA MURAH
RUGILAH YANG BERNIAT MEMBELI KERANA HARGA MURAH
Seorang anak saudara memberitahu tentang rancangannya nsk mengajak beberapa orang jiran pergi ke pasar kemboja di Parit Buntar.Bila saya tanya dia kenapa begitu jauh nak mrmbeli barang.Katanya,"Murah harganya."Saya membalas percakapannya,"Hang akan dapat apa yang hang hajatkan,barang yang murah harganya,tapi mau ka tidak paklang bagitau supaya hang dapat yang lebih lagi dari itu."Segera dia bertanya,"Tentu mau,apa dia?"Perbetulkan niat hang nak pi beli di pasar kemboja kerana murah,kepada kerana mereka adalah orang Islam,mereka musafir,mereka tidak meminta tetapi berusaha niaga untuk menampung hidup mereka dan keluarga dinegara mereka.Mendahulukan saudara seagama adalah dituntut hinggalah dalam jual beli, muamalah."☺abdghaniharon☺
Telah selalu orang bercakap bahawa hidup itu ibadat, nak jadi ibadat kena ada niat sebagai rukun ibadat.Apa pun terletak pada niat.Banyak dari kita melepaskan kesempatan menjadikan aktiviti hidup sebagai ibadat kerana tersalah niat, atau tak berniat kerana Allah,lebih teruk berniat kerana dunia, kerana keperluan diri.Seperti contoh diatas,betulkan niat, tidak menambsh belanja pun,tidak guna tenaga pun,cuma ingat dihati shj.Jadi bila nak membeli,jadikan pembelian sebagai ibadat,niatnya yg berbalik kpd Allah,akad jual beli sprt yg diajar dlm muamalah,dahulukan saudara seagama dll.
Mungkin anda pernah terdengar kawan rakan yg bercerita atau mengajak makan disuatu tempat,perkataan apa yg selalu terbit?Tempat tu sedap masakannya!Jom makan disitu,sedap,di sini tak sedap.Jika sedaplah yg menjadi tujuan,kita akan dapat sedap,dapat penuhi nafsu makan.Tetapi alangkah baik jika dibetul sedikit niat dari kerana sedap kepada makanan yg lebih baik,utk lebih sihat,utk beribadat. Janganlah sedap dihighlightkan,diletak sbg sebab dan tujuan sebab sedap itu nafsu,sedangkan rezeki makan bukan Allah beri untuk sedap tetapi untuk sihat.Sedap itu hiasan pada makanan shj,hanya berguna semasa dlm mulut dan kerongkong,selepas itu sedap dah tak guna,yg berguna khasiat makanan.Jadi mengapa sedap menjd tujuan.Jika tidak mengapa nabi pesan berhenti sebelum kenyang,suruh jangan penuhkan perut dg makanan dll.
Bila pergi kerja,betulkan niat untuk mencari rezeki utk anak isteri dan diri,bukan sebab nak dapat gaji,bila pergi kenduri jangan niat kerana nak makan,nak jaga hati,tetapi niatlah kerana memenuhi jemputan,menjalin ukhwah dan silaturrahim.Bila beriadah,on diet,jangan niat nak kurus,nak hilang perut buncit,niatlah untuk sihat,utk beribadat.Bila bersantai ke tempat peranginan utk berehat tambahkan niat kpd melihat kebesaran tuhan dan ciptaanNya.
Rugilah mereka yg membatas niat pada tindakannya untuk dirinya dan hidupnya shj,sedangkan Allah membuka ruang seluasnya untuk menjadikan setiap gerak manusia sebagai ibadat dg hanya mengubah niat kepada kerana Allah,kerana taatkan perintahnya.Dengan itu juga,diri kita tidak terdorong berbuat yg berdosa.Perhatikan,bila kita niat berpuasa,secara otomatik tubuh menolak makanan minuman,hilang keinginan dan diri sentiasa terdorong utk memelihara puasa.Itulah pentingnya niat,moga bila setiap gerak diniat kerana Allah,kita sentiasa dlm peliharaanNya.abdghaniharon
BURUNG KAKAK TUA YANG BERKATA "BAGUS! BAGUS!"
BURUNG KAKAK TUA YANG BERKATA "BAGUS! BAGUS!"
Membuka sebuah kotak yg dihantar oleh seorang lelaki ke projek sedekah jariah,saya menemui pakaian kanak-kanak yang koyak rabak,kotor,berdebu.Lebih mengejutkan ialah beberapa helai seluar dalam terpakai wanita dan baju dalam.Ini bukan kali pertama saya menemui perkara begini.Terfikir juga,apakah tujuannya dihantar perkara begini kepada saya?Sedangkan apa yg saya buat adalah utk mengajak bersedekah barangan terpakai,mengelak pembaziran dan menolong yg susah.Saya tidak menyusahkan sesiapa pun.Kenapa lelaki ini sanggup datang dari Taman Kristal Sg Petani,hanya untuk menghantar perkara begini?
Inilah mehnah orang berbuat baik,akan ada yg menghalang, akan ada yg menyakitkan.Jalan ke syurga penuh ranjau dan duri,ini sebahagian darinya.Halangan ini dibangkitkan oleh syaitan yg merasuk manusia lain.Bilangan mereka adalah sedikit tetapi menyakitkan,maka jika kita mengalah dengan mereka maka terhentilah kebaikan,maka manfaat yg diperolehi oleh ramai orang akan terhenti.Ketawalah syaitan. Sebab itu bila kita berbuat kebajikan,bersedialah menghadapi golongan ini,jangan pedulikan mereka,lebih utamakan matlamat baik.
Syaitan sentiasa menyuruh orang berbuat mungkar,jika mereka tidak berbuat mungkar,dihalang mereka berbuat baik dan jika boleh biar manusia tidak berbuat apa kebaikan pun.Sedangkan Allah memerintah manusia berbuat baik dan menegah mungkar,itu prinsip asas Islam,bermaksud kita tidak boleh berada pada situasi tidak berbuat apa.Tetapi banyak manusia mengambil pendirian tidak berbuat apa dg maksud hanya beribadat untuk dirinya,tak mau kacau orang.Katanya sapa gatai dia garu sendiri.Orang yg hanya berbuat ibadat,tanpa menegah mungkar,tanpa mengajak orang lain berbuat baik,tidak saling membantu,tidak lengkap agamanya.
Islam bukan agama pertapaan,mengasing diri,menjadi sami-sami seperti agama lain.Islam bukan agama yg penting diri shj.Disamping mengajak kpd kebenaran,kebaikan,di suruh kita saling membantu,berkongsi segalanya.Sengaja Allah jadikan manusia berbagai tahap hidup sedangkan Dia berupaya menjadikan manusia semua sama,satu tahap kedudukan,tetapi perbezaan yg dibuat kpd manusia adalah sebagai ujian kpd mereka untuk saling bekerjasama.Tetapi mengapa banyak dari kita hanya memikirkan diri sendiri.Lihat dalam masyarakat,mereka yg menjadi penggerak masyarakat amat sedikit,yg lebih banyaknya berpeluk tubuh menyaksikan,paling kuat memuji,tapi dia tetap tidak berganjak walau setapak.Fikirkanlah, aoa sumbangan aku kpd masyarakat Islam sebagai bekal nak dijawab kpd Allah.Berpadakah Allah menjadikan kita hanya untuk bekerja,makan,tidur,berkeluarga,berharta dan mati.?
Nak ajak anda memikirkan sesuatu kebaikan utk masyarakat keliling anda,jika kita tidak berupaya menjadi penggerak,jadilah penyokong,penyumbang, baik harta atau tenaga.Buanglah sikap takut dikata orang,takut disakiti orang.Mereka yg pernah ke tempat saya mungkin melihat seorang ibu tunggal dan jiran berdekatan rumah saya menyumbang tenaga setiap hari membantu memilih dan menggantung pakaian utk dipamerkan.Apakah kita akan terus menjadi pemerhati, menjadi orang yg memuji kebaikan orang lain,kagum dg orang lain ibarat burung kakak tua yg diajar berkata,"Bagus, bagus!"abdghaniharon.
RM50 UNTUK ANAK BELAJAR DI LUAR NEGARA.
RM 50 UNTUK ANAK BELAJAR DI LUAR NEGARA.
Melangkah ke ruangan mesin atm sebuah bank,saya terpandang seorang haji yang saya kenali sedang mendeposit wang.Berkali-kali saya lihat mesin menolak wang yang di masuk,lalu saya menegurnya untuk membantu.Note Rm 50 yg dimasukkannya saya lihat agak lusuh.Lalu saya minta wang tersebut dan memberi wang Rm50 yg ada pada saya dan saya tolong depositkan.Rupanya dia mendeposit untuk anaknya.Saya langsung bertanya,anaknya mengaji dimana,lalu dijawabnya,"Di Mesir cikgu.Dia minta duit kelmarin,saya ada semangga banyak tu saja,maklum padi dok hijau lagi.Pi mengaji dengan duit sendiri,tak dapat bantuan apa."Subhanallah! Wajahnya jelas risau dan sedih,matanya mula berair tetapi cepat pula dia menyapu dg jarinya..Bila dia menyebut padi masih hijau bermaksud dia bergantung kpd hasil padi utk biayai nak belajar .Ini satu dari beribu kepayahan ibubapa yg membiayai sendiri pengajian anak di timur tengah kerana demi agama.😣abdghaniharon😣
Balik ke rumah hari tu,saya masih memikirkan hal itu.Apalah yg anaknya dapat buat dg Rm 50?Perkataan semangga yg digunakannya yg bermaksud 'hanya sebanyak itu shj' jelas menunjukkan dia telah putus ikhtiar.Itulah pengorbanan seorang ayah utk memberi pendidikan anak, yg tersembunyi dari semua anak kerana mereka jauh dan mereka hanya tahu meminta.Beringatlah mereka yg menjadi pelajar,beringatlah mereka yg telah tamat belajar.Jangan berasa aku berjaya kerana kerja keras belajar bersungguh dg melupakan jerihpayah ayah berhujan panas,bermandi peluh untuk memenuhi permintaan anak untuk belanja.Sebulan ratusan ringgit bahkan ribuan utk ayah ibu bila bekerja tidaklah dapat menebus pengorbanan mereka,bahkan mereka bukan mengharap dibalas dg rm.Rafakkanlah budi yg luhur kpd mereka,itulah balasan yg diharapkan.
Kita mengistihar negara kita negara Islam,tetapi universiti yg berkaitan Islam hanya sebuah,selebihnya hanya fakulti yg tak dapat menampung jumlah pelajar yg banyak.Dari sebelum merdeka,kita terpaksa pergi ke timur tengah untuk belajar,guna belanja sendiri.Sepatutnya kerajaan mewujudkan universiti sendiri khusus bidang agama utk menampung lebih ramai pelajar.Bila program J Qaf dilaksana oleh kementerian pelajaran dulu,masalah besar ialah kekurangan siswazah bidang agama hingga program tersebut tidak berjalan seperti sepatutnya,tetapi kita boleh tambah universiti yg berbagai utk ilmu dunia,sedangkan tidak juga ujud universiti khusus utk ilmu agama selain universiti islam antarabangsa yg penuntut terpalsa bersaing dg pelajar dari luar utk memasukinya.Kenapa tiada universiti yg seperti universiti Azhar dibuat disini sedangkan kita punya ramai ilmuan yg berupaya mengendalikannya,mengupgrade institusi pondok kpd universiti atau kolej.☺abdghaniharon
Disebabkan perlunya sebahagian kita merantau jauh utk belajar ilmu agama kerana perlunya sebahagian dari kita mendalami ilmu agama seperti yg difirman dlm ayat 122 surah Taubah,maka menjadi tanggungjawab umat Islam membantu mereka dg sumbangan,zakat dan apa saja,agar mereka mencapai tujuan dan balik ke negara ini sebagai orang yg berilmu agama utk berkhidmat kpd masyarakat.Ada orang akan berkorban apa saja utk hantar anak belajar agama diluar negara kerana tiada ruang dinegara sendiri,ada pelajar sanggup merantau sejauh ini maka kita yg tidak sedemikian,ambillah peranan untuk menyokong mereka,moga Allah berikan kebaikan kpd kita semua. Bagaimanapun,janganlah pula mereka yg habis belajar,bila dah bekerja,duduk dirumah merasa cukup dg gaji yg diperolehi,tidak mahu berkhidmat di masjid,surau atau institusi lain utk menyebar ilmu dan dakwah.Jangan menuntut ilmu agama hanya untuk dibuat cari makan,sedangkan kita ada tanggungjawab yg lebih besar kpd umat Islam.
Akhirnya,sehari selepas saya menemui haji ini,Allah datangkan kpd saya seorang rakan fb yg minta saya agihkan wang zakat utk asnaf ibn sabil sebanyak 3k,lalu saya agihkan wang zakat ini kpd pelajar kita di jordan dan mesir termasuk anak haji berkenaan.Sesunghuhnya Allah Maha Mendengar rintihan hambanya,lalu dibuka jalan yg tidak disangka-sangka.abdghaniharon
Subscribe to:
Posts (Atom)